Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

BESERI,PERLIS

DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

TUGASAN TEORI
AUTOMOTIVE AIR-CONDITIONNING

TAJUK ASSIGNMENT

BASIC ELECTRICAL AIR-CONDITIONING KENDERAAN

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD RADZIF BIN ABD RAZAK
040129-09-0139
MUHAMMAD NURSYAMIL FITRI BIN MOHD SOKRI
041022-08-1093

DISEDIAKAN KEPADA :
EN. KHALID BIN DAUD

SESI
JUL-DIS 2023

ISI KANDUNGAN

 OBJEKTIF TUGASAN
 PENGENALAN
 NAMA-NAMA KOMPONEN,FUNGSI DAN OPERASI SETIAP
DARIPADANYA
 GAMBARAJAH KOMPONEN
 LOKASI KOMPONEN
 RUMUSAN&KESIMPULAN
 RUJUKAN
OBJEKTIF TUGASAN
PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur


kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah memberi
keizinan kami untuk menyiapkan laporan Basic Electrical Air-
Conditioning kenderaan ini. Berikut adalah satu tanda penghargaan
kami kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi
tunjuk ajar yang berguna semasa kami menyiapkan laporan ini.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Encik Khalid bin Daud kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada
kami sekumpulan supaya memudahkan kami menyiapkan laporan ini.
Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang turut membantu dan
memberikan tunjuk ajar, serta yang telah banyak membantu diri kami
samaada secara langsung mahupun tidak secara langsung dari segi
teknikal atau kemahiran kepada kami sepanjang tempoh menyiapkan
laporan ini.
PENGENALAN

Sistem penyamanan udara didalam kenderaan, atau sistem air-conditioning


(AC), berfungsi untuk mengawal suhu, kelembapan dan kualiti udara didalam kabin
kenderaan. Ia memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang dalam
pelbagai keadaan cuaca. Sistem AC kenderaan berfungsi dengan mengedar gas
penyejuk melalui kitaran tertutup, mengubah wujudnya daripada gas ke cecair dan
semula ke gas semasa mengalir melalui komponen-komponen seperti Compressor,
Condenser, Receiver-drier, Expension valve, Evaporator, dan Termostat. Ini
menghasilkan penyejukan dan keselesaan di dalam kabin kenderaan, terutamanya
semasa cuaca panas.

Sistem elektrikal Air-conditioning (AC) didalam kenderaan menggabungkan


unsur elemen elektrikal untuk menjalankan dan mengawal fungsi penyejukkan
udara. Berikut adalah komponen-komponen utama sistem elektrikal AC kenderaan
seperti Blower Fan, Blower motor, Compressor Clutch ( Magnetic Clutch), Relay dan
AC Control Unit. Sistem elektrikal (AC) kenderaan adalah gabungan yang kompleks
dari unsur elemen elektrikal yang berfungsi bersama-sama untuk menyediakan
keselesaan udara di dalam kabin kenderaan. Kecekapan dan kebolehpercayaan
sistem ini bergantung kepada kerjasama yang sempurna di antara semua
komponen.
Sekiranya salah satu sistem elektrikal gagal berfungsi, mungkin akan menyebabkan
sistem aircond kenderaan kurang sejuk atau tidak sejuk langsung.
SENARAI KOMPONEN ELEKTRIKAL PENYAMAN UDARA KENDERAAN YANG
TERLIBAT

1.Compressor Magnetic Clutch

2.Blower Motor

3.Condenser Fan Motor

4.Thermostat

5.Amplifier

6.Pressure Switch

7.Vaccum Switching Valve (VSV) atau FICD


1.COMPRESSOR MAGNETIC CLUTCH

Magnetic Clutch adalah komponen utama dalam sistem penyejukkan udara


kenderaan yang bertanggungjawab untuk menghubungkan dan memutuskan
penggera compressor AC daripada pulley. Berikut adalah fungsi-fungsi utama
magnetic clutch.

1. Menghidupkan dan mematikan compressor


-Fungsi utama magnetic clutch adalah untuk menghidupkan dan mematikan
compressor Air-Condition.
-Apabila sistem AC dihidupkan, magnetic clutch aktif dan menyebabkan A/C
Compressor Pulley berputar untuk menyedut dan memampatkan gas
penyejuk di dalam sistem.

2. Pengawalan suhu dan tekanan


-Magnetic clutch berfungsi mengikut isyarat daripada sistem pengawal elektrik
(ECU) yang memantau suhu dan tekanan didalam sistem AC.
-Ini membolehkan sistem AC mengawal dengan bijak apabila compressor
perlu diaktifkan atau dimatikan berdasarkan keadaan operasi dan keperluan
penyejukkan.
3. Perlindungan terhadap Overloading
-Magnetik clutch membantu melindungi compressor daripada beban
berlebihan atau keadaan berbahaya seperti peningkatan tekanan yang tidak
diingini didalam sistem AC.
2. Blower Motor

Blower motor adalah komponen penting didalam sistem penyaman udara

kenderaan. Ia terdiri dari motor kipas. Motor mengandungi gegelung utama dan
gegelung kelajuan.Kelajuan motor terdiri dari 1,2,3, dan 4 kelajuan .Kelajuan ini
dikawal oleh rintangan (Heater Speed Coil / resistor ) jika motor mempunyai hanya
dua pendawaian. Sesetengah motor sememangnya telah tersedia gegelungnya
untuk kelajuan yang mempunyai 3,4 dan 5 pendawaian. Berikut adalah beberapa
fungsi utama blower motor.

1. Memaksa udara ke dalam kabin.


-Fungsi utama blower motor adalah memaksa udara melalui sistem
penyaman udara dan mengedarkannya ke dalam kabin kenderaan.
-Ini mencipta aliran udara yang diperlukan untuk menyebarkan udara sejuk
atau panas ke seluruh kabin.

2. Mengawal kecepatan udara.


-Blower motor boleh dikawal untuk mengubah kecepatan udara yang
dihembuskan ke dalam kabin.
-Pengguna biasanya mempunyai pilihan untuk mengubah kelajuan kipas
menggunakan kawalan kipas atau sistem kawalan suhu.
Variable speed blower Operation (transistor type)
Blower Motor Speed Control (Manual Air Con.)
Kedudukan blower motor Waja

Kedudukan blower motor model Proton Waja berada di bawah dashboard bahagian
penumpang hadapan.
3. Condenser Fan Motor

Sesetengah kenderaan ,hanya mengunakan kipas enjin sebagai medium


penyejukkan untuk condenser serta bantuan dari udara luar semasa kenderaan
bergerak.makin laju enjin makin laju putaran kipas.Begitulah sebaliknya.dengan ini
kecekapan pembuangan haba agak terhad.

Sesetengah kenderaan pula mengunakan satu atau dua kipas yang mengunakan
kuasa electric DC 12 V / 24 V . Satu kipas digunakan untuk menyejukkan
radiator dan satu lagi untuk penyejukan condenser.Kebanyakan kipas menggunakan
jenis ‘axial flow’

Dengan pengunaan kipas, proses pembuangan haba akan lebih tinggi dan ini akan
mempercepatkan lagi perubahan sifat bahan pendingin serat menurunkan suhu dan
tekanan .Ditambah lagi dengan bantuan angin luar semasa kederaan bergerak.
Berikut adalah beberapa fungsi utama condenser fan motor.
1. Pembuangan haba
-Motor kipas membantu dalam membuang haba yang dihasilkan semasa
proses penyejukan. Kondensor bertindak untuk memindahkan haba dari
dalam kabin kenderaan ke udara sekeliling.

2. Memelihara suhu optimum


-Motor kipas condenser membantu mengekalkan suhu optimum pada
condenser. Ini memastikan bahawa condenser berfungsi dengan efisyen
dalam mengeluarkan haba dan menjalankan kitaran penyejukan.

3. Pencegahan pemansan berlebihan.


-Pemindahan haba yang efisen oleh kipas condenser membantu mencegah
pemanasan berlebihan pada condenser. Ini adalah elemen penting untuk
memastikan kinerja yang optimal dalam system penyejukan.
Kedudukan condenser fan motor

Kedudukan condenser fan motor bagi model proton wira terletak bersebelahan
radiator fan.
4. Thermostat

Thermostat adalah komponen utama dalam sistem penyaman udara yang


berfungsi untuk mengawal dan mengekalkan suhu yang dikehendaki di dalam
kabin atau ruangan. Berikut adalah beberapa fungsi utama thermostat.

1. Kawalan suhu
-Thermostat berfungsi sebagai pengawal suhu didalam sistem penyaman
udara. Ia membaca suhu di dalam kabin atau ruangan dan menghantar
isyarat kepada komponen-komponen lain didalam sistem untuk
memastikan suhu dikekalkan pada tahap yang diinginkan.

2. Pengawalan sistem kawalan suhu automatik


-Thermostat merupakan komponen penting dalam sistem kawalan suhu
automatik. Ia membantu memastikan sistem hanya beroperasi apabila
diperlukan, membantu menjimatkan tenaga dan meningkatkan kecekapan
bahan api.

3. Penyambungan dan pemutusan sistem


-Thermostat berfungsi untuk menyambung dan memutuskan laluan
bekalan arus elektrik kepada komponen-komponen utama seperti
magnetic clutch dan motor kipas.
Jenis-jenis thermostat

1.Thermostat jenis gas

Ianya mempunyai tiub rerambut yang dipenuhi dengan gas khas. Tiub
rerambut ini disambungkan kepada ruangan gegendang (Diaphragm
Chamber). Pada bahagian hujung tiub rerambut ini dipasangkan booster
outlet dan ia adalah bertujuan untuk mengesan suhu kemasukkan booster.

Apabila suhu udara memasukinya adalah lebih tinggi daripada


penambahan tekanan didalam ruang gegendang. Apabila suhu udara
masuk pula adalah rendah, suis akan terbuka kerana tekanan didalam
ruangan gegendang dan penurunan ketegangan spring akan memutuskan
magnetic clutch untuk menghalang evaporator daripada bersali atau
menjadi ais batu.
2. Thermostat jenis thermister

Thermistor adalah pengesan suhu dan ia dipasangkan di bahagian hadapan


evaporator. Perbezaan antara jenis gas dan thermistor dimana jenis gas
menggunakan gas untuk mengesan suhu manakala jenis thermistor pula
menggunakan kuasa elektrik.

Anda mungkin juga menyukai