Anda di halaman 1dari 25

Kes analisis

SSKC5313
CLINICAL MENTAL HEALTH COUNSELING
FARAH ATHIRAH BINTI MOH FUZI (829799)

YASHAWINI RAJENDARAN (829762)

LEONG KAR JOON (830760)

SITI AISHAH BINTI ABDUL AZIZ (829760)

PENSYARAH : DR NABISAH IBRAHIM


CASE
Eva, seorang perempuan berumur 26 tahun berketurunan Cina yang bekerja sebagai guru sekolah rendah,
memulakan hubungan dengan seorang lelaki 3 bulan lalu. Dalam hubungan ini, Eva mempunyai hubungan
yang baik dengan teman lelakinya. Namun dia mempunyai rahsia bahawa dia merupakan seorang
biseksual. Eva mula tertarik secara seksual dan emosi kepada rakan sejenisnya. Dia berasa sangat
bersalah dan cuba menafikan perasaannya itu. Eva juga merasakan dirinya hidup dalam ketakutan jika
ditangkap dan bimbang prestasinya di tempat kerja mula merosot. Eva percaya ketertarikan biseksualnya
mungkin berpunca daripada pengaruh rakan-rakan semasa belajar IPG perempuan Melaka yang mana
didapati pengaruh rakan-rakan yang mempunyai hubungan sesama jenis. Dia juga pernah mengalami
situasi dimana rakan perempuannya secara tidak sengaja menyentuh anggota kemaluannya, lalu
merangsangkan nafsu Eva. Semasa di IPG, Eva pernah berkongsi rasa bersalah terhadap orientasi
seksual kepada rakan baiknya namun rakan baiknya tidak dapat membantu dan memberi cadangan untuk
berjumpa kaunselor. Disebabkan kesibukan belajar, Eva tidak berpeluang untuk mendapatkan khidmat
kaunseling pada ketika itu dan memendamkan rasa bersalahnya sahaja.
CASE
Disebabkan budaya Malaysia yang menentang LGBT, Eva juga tidak berani meluahkannya kepada
ibubapanya. Hal ini, kerana Keluarga Eva juga konservatif - ibunya guru besar seorang yang tegas
dan bapanya tukang kayu seorang yang garang dan tegas. Apabila mula berhubungan dengan
teman lelakinya, Eva baru sedar dia adalah biseksual. Namun dia tidak berani berterus terang pada
teman lelakinya dan berasa tertekan. Disebabkan perasaan tertekan dan konflik dalaman yang dialami,
Eva mula menunjukkan simptom kemurungan. Dia sering menangis tanpa sebab, hilang selera makan,
dan sukar untuk bangun dari katil pada hujung minggu. Eva juga kerap memikirkan untuk membunuh diri
kerana berasa hidupnya tidak bermakna lagi akibat perasaan bersalah yang mendalam terhadap orientasi
biseksualnya. Pada satu ketika, Eva cuba untuk mencederakan dirinya sendiri dengan menggores
pergelangan tangan menggunakan pisau, tetapi luka itu tidak mendalam. Eva semakin mengasingkan diri
dan enggan berinteraksi dengan orang lain. Dia juga hilang minat terhadap aktiviti kesukaannya seperti
membaca dan melukis. Walaubagaimanapun, Eva sedar akan keadaan itu akan terus merosakkan
dirinya, dia ingin berjumpa kaunselor untuk mengurangkan tekanan dan mendapat keyakinan
menerima dirinya.
Presenting Problem (masalah utama)
1. Orientasi biseksual
Eva seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai guru sekolah rendah. Dia
memulakan hubungan heteroseksual dengan seorang lelaki 3 bulan lalu. Namun, Eva
sebenarnya menyimpan rahsia bahawa dia tertarik secara seksual dan emosi terhadap
wanita, iaitu merupakan biseksual. Ketertarikan pada wanita bermula sejak zaman belajar di
IPG dahulu, di mana Eva pernah menjalin hubungan intim dengan rakan sejenis. Kini,
walaupun mempunyai teman lelaki, Eva masih berasa tertarik pada rakan wanitanya.

2. Perasaan bersalah dan konflik identiti


Eva merasa sangat bersalah dan berusaha menafikan ketertarikannya pada wanita. Ini
menimbulkan konflik dalaman terhadap orientasi seksual dirinya. Dia tidak dapat menerima
kenyataan bahawa dirinya seorang biseksual, dan berusaha menyembunyikan perasaan
sebenarnya.
Presenting Problem (masalah utama)
3. Stigma sosial dan ketakutan
Eva bimbang jika identiti biseksualnya terbongkar, dia akan dihukum dan ditolak
masyarakat. Ini menyebabkan Eva hidup dalam ketakutan identiti rahsianya akan
terbongkar, terutama di tempat kerja yang boleh menjejaskan kerjayanya.

4. Tekanan emosi dan kemurungan


Akibat perasaan bersalah, konflik dalaman dan stigma sosial yang dialami, Eva
mengalami tekanan emosi yang mendalam. Dia kerap menangis, hilang selera makan,
dan sukar bangun dari katil. Eva juga memikirkan untuk membunuh diri dan pernah
mencederakan diri sendiri. Ini menunjukkan simptom kemurungan yang serius.
Presenting Problem (masalah utama)
5. Hilang minat terhadap aktiviti
Eva semakin mengasingkan diri dan enggan berinteraksi dengan orang lain. Dia
kehilangan minat untuk terlibat dalam aktiviti kesukaannya seperti membaca dan
melukis, yang menyebabkan kemerosotan kualiti hidup.

Kesimpulannya, masalah utama Eva adalah berkaitan identiti biseksual


yang tidak dapat diterima, mengakibatkan tekanan emosi dan stigma
sosial yang mendalam hingga menyebabkan kemurungan dan idea
bunuh diri.
Predisposition Factors
● Faktor Biologi
Hormon seks, seperti testosteron dan estrogen, dapat memainkan peranan dalam perkembangan
orientasi seksual. Perubahan hormon sepanjang perkembangan janin dalam kandungan atau
selama tempoh seseorang matang mendorong kepada mempengaruhi orientasi seksual
seseorang. Maka, ketidak seimbangan hormon testosteron dan estrogen mendorong keadaan Eva
yang mempunyai kecenderungan dalam orientasi biseksual.Selain itu, terdapat beberapa teori
yang menjelaskan kemungkinan bahwa orientasi biseksual Eva mempunyai asas biologi. Teori
genetik oleh Dean Hamer (1993) menunjukkan bukti adanya kaitan gen Xq28 pada kromosom X
dengan orientasi homoseksual lelaki. Walaupun kajian ini tidak konklusif, ia menunjukkan
kemungkinan pengaruh genetik. Selain itu, teori neurobiologi oleh Simon LeVay (1991)
mendapati perbezaan struktur otak antara homoseksual dan heteroseksual lelaki pada nucleus
INAH3 di hypothalamus. Ini menunjukkan terdapat perbezaan biologi pada otak yang
mempengaruhi orientasi seksual. Walaupun kajian hanya pada lelaki, kemungkinan konsep sama
boleh diguna pakai pada Eva.
Predisposition Factors
● Faktor Psikologi
Teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura (1977) mencadangkan pengalaman awal Eva
bersama rakan sejenis di IPG bertindak sebagai pemodelan tingkah laku biseksual. Interaksi
intimitinya dengan rakan wanita menjadi penguat positif yang membentuk orientasi biseksual.
Selain itu, teori perkembangan psikososial oleh Erik Erikson (1968) menyatakan Eva berada
dalam peringkat dewasa awal yang berkisar identiti ego vs kekeliruan peranan. Konflik identiti
seksual yang dialami Eva menyebabkan kekeliruan peranan gender dan seksualnya, lalu
mengakibatkan krisis identiti.

● Faktor Sosial
Stigma masyarakat Malaysia terhadap LGBT disebabkan norma tradisional yang masih
menganggap orientasi alternatif sebagai songsang. Menurut teori ekologi oleh Urie
Bronfenbrenner (1979), nilai masyarakat yang konservatif memberi tekanan ke atas Eva untuk
menyesuaikan diri. Selain itu, Eva juga mengalami kurang sokongan sosial menurut pandangan
barat teori sistem oleh Rudolf Moos (1984), Ketiadaan sokongan keluarga dan rakan-rakan
memburukkan tekanan Eva.
Predisposition Factors
● Faktor Budaya
Budaya keluarga Cina yang konservatif di mana ibu bapa Eva berpegang pada nilai
tradisional juga mempengaruhi (Bronfenbrenner, 1979). Menurut teori dimensi
budaya oleh Geert Hofstede (1984), masyarakat Asia menekankan kolektivisme dan
mengelakkan perlakuan tidak normatif. Ini memberi tekanan pada Eva yang berasal
dari keluarga sedemikian. Selain itu, ajaran agama yang tidak membenarkan
hubungan sejenis juga berperanan.

Kesimpulannya, gabungan faktor biologi, psikologi, sosial dan budaya saling


berinteraksi mempengaruhi orientasi dan tekanan yang dialami Eva dalam kes
ini.
Precipitants Factors
1. Isu ini berlaku adalah disebabkan Eva bermula untuk mejalin
hubungan kekasih dengan lelaki, dan perasan bahawa dirinya mampu
menerima lelaki sebagai pasangan kekasihnya.
2. Namun, hakikat dia pernah mencintai perempuan menyebabkan dia
merasa bersalah terhadap teman lelakinya, dan dia menganggap
perkara ini merupakan satu penipuan dan tidak jujur dalam
hubungan ini.
3. Pekerjaan sebagai seorang cikgu juga menyebabkan dia stress dan
murung terhadap diri sendiri, dan dia juga merasa diri sendiri
bukan lagi berkeyakinan seperti dahulu.
Protective Factors & Strength
1. Eva mempunyai kelebihan iaitu mengetahui apa yang diingini dan
mengharapkan mendapat bantuan daripada kaunselor, walaupun pada
pertama kali perjumpaan itu tidak berjadi.
2. Apabila mengetahui diri sendiri sudah tidak mampu dan tertekan
sangat, dia mempunyai keberanian dalam memberitahu kepada
kawan-kawan baik dia.
3. Dia juga bercuba untuk lebih mengenali orientasi seksual dia
dengan bercuba untuk menjalin hubungan kekasih dengan lelaki.
4. Akhir sekali, dia mempunyai keberanian untuk mencari kaunselor
untuk mengatakan isu LGBT ini dan bersedia untuk mengatasi
masalah dia.
Pattern ( Maladaptive)
- Eva mengasingkan diri kerana rasa bersalah
- Beliau menjadi tertekan kerana tidak berani berterus
terang
- Disebabkan konflik dalaman, beliau mula menunjukkan
simptom kemurungan
- berasa hidupnya tidak bermakna lagi akibat perasaan
bersalah yang mendalam terhadap orientasi biseksualnya.
Perpetuates
- Sistem sokongan yang tidak ramai. Beliau lahir dalam
kelaurga yang tegas dan konservatif. Rakan karib Eva juga
tidak banyak membantu, hanya mencadangkan beliau berjumpa
kaunselor.
- Eva juga kerap memikirkan untuk membunuh diri kerana
berasa hidupnya tidak bermakna
- Eva juga merasakan dirinya hidup dalam ketakutan jika
ditangkap dan bimbang prestasinya di tempat kerja mula
merosot.
Plan
Intervensi kaunseling:
1. Terapi Realiti untuk membantu Eva menerima kenyataan orientasi
seksualnya.
2. Pendekatan Person-Centered bagi mencipta hubungan saling percaya dan
penerimaan tanpa syarat.
3. Cognitive Behavior Therapy (CBT) untuk mengubah pemikiran negatif dan
meningkatkan penerimaan diri.
4. Psychoeducation tentang LGBT untuk mengurangi stigma diri.
5. Advokasi dan sokongan sosial untuk melawan stigma masyarakat.
6. Intervensi krisis bunuh diri jika perlu.
7. Merujuk ke pakar psikiatri bagi gejala kemurungan serta memudaratkan diri.
Plan
1. Terapi Realiti
Terapi realiti oleh William Glasser bertujuan membantu klien menghadapi realiti dan
bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka. Kaunselor perlu membantu Eva menerima kenyataan
bahawa dia seorang biseksual. Ini penting bagi Eva memahami dan menerima orientasi seksualnya yang
sebenar.
2. Pendekatan Person-Centered
Pendekatan person-centered oleh Carl Rogers memberi fokus kepada penciptaan hubungan saling
percaya antara klien dan kaunselor. Kaunselor perlu memberi penerimaan tanpa syarat dan empati
tulus kepada Eva. Ini dapat membantu Eva membina penerimaan dan kepercayaan terhadap dirinya.
3. Cognitive Behavior Therapy (CBT)
CBT membantu mengubah pemikiran dan skema negatif klien. Kaunselor boleh mengajar Eva teknik
CBT seperti mencabar pemikiran automatik negatif dan menilai bukti menyokong atau menentang
pemikirannya. Ini dapat mengubah stigma diri Eva terhadap orientasi biseksualnya.
4. Psychoeducation
Pemberian pendidikan psikologi tentang LGBT penting untuk mengurangkan salah faham dan stigma
diri Eva. Ini termasuk pendedahan tentang kepelbagaian orientasi seksual yang normal.
Plan
5. Advokasi dan sokongan sosial
Kaunselor perlu membantu Eva mendapatkan sokongan sosial dan melawan
stigma masyarakat. Ini boleh dilakukan dengan merujuk Eva kepada kumpulan
sokongan LGBT.

6. Intervensi krisis
Jika Eva masih memikirkan untuk mencederakan atau membunuh diri, kaunselor
perlu memberi intervensi krisis seperti menilai tahap risiko dan merujuk ke hospital
jika perlu.

7. Rujukan ke pakar
Jika gejala kemurungan Eva tidak membaik, rujukan ke pakar psikiatri atau
doktor perlu dilakukan untuk rawatan lanjutan seperti terapi ubatan
Terapi realiti
1. Membangun hubungan terapeutik
● Ciptakan hubungan yang hangat, tulus dan penuh penerimaan tanpa syarat terhadap Eva. Ini
penting untuk membina kepercayaan.

2. Menghadapi kenyataan
● Bantu Eva menghadapi kenyataan bahawa dia memang tertarik pada perempuan dan menyadari
perilakunya selama ini menafikan fakta tersebut.

3. Bertanggung jawab
● Dorong Eva untuk bertanggung jawab terhadap perasaan dan kehidupannya sendiri. Ia bermula
dengan menerima orientasi seksualnya apa adanya.

4. Tumpuan pada masa kini


● Bimbing Eva untuk fokus pada apa yang dapat dilakukan saat ini untuk meningkatkan kualiti
hidupnya, bukan terus meratapi masa lalu.
Terapi realiti
5. Memenuhi kekeperluan
● Bantu Eva mengenal pasti kebutuhan psikologi dan fisiologi dirinya yang perlu
dipenuhi, seperti kebutuhan mendapatkan penerimaan sosial.

6. Menentukan tujuan
● Bantu Eva menetapkan tujuan-tujuan realistik jangka pendek dan panjang berdasarkan
nilai-nilai yang penting bagi dirinya.

7. Merencanakan tindakan -Susun rencana tindakan spesifik dengan Eva untuk


mencapai tujuan yang ditetapkan seperti menceritakan perasaannya kepada rakan
terdekat.
8. Evaluasi
● Pantau kemajuan Eva dan nilai keberkesanan intervensi. Buat penyesuaian jika perlu
untuk membantu Eva.
Terapi cbt
5. Restruktur kognitif
● Ajar Eva menilai semula situasi dengan lebih rasional dan adaptif.
● Gantikan pemikiran negatif dengan yang lebih realistik.
6. Tugasan rumah
● Berikan tugasan seperti merekod pemikiran negatif dan mencabar bukti.
● Pantau kemajuan setiap sesi.
7. Rancangan tindakan
● Bantu Eva laksanakan perubahan tingkah laku sejajar dengan pemikiran
yang lebih rasional.
● Contoh: Luahkan perasaan kepada rakan yang dipercayai.
8. Sesi susulan
● Pantau kemajuan dan kukuhkan lagi perubahan pemikiran dan tingkah laku.
● Ulang langkah 1-7 jika perlu.
Terapi cbt
1. Assessment awal
● Kenal pasti isu-isu utama Eva seperti pemikiran negatif tentang orientasi biseksualnya.
● Ukur tahap kemurungan dan risiko bunuh diri menggunakan skala dan inventori seperti BDI,
BSS.
2. Psychoeducation
● Berikan penerangan tentang konsep CBT dan hubungkait pemikiran-perasaan-tingkah laku.
● Jelaskan bahawa pemikiran negatif menyebabkan perasaan tertekan. Tetapi pemikiran boleh
diubah.
3. Mencabar pemikiran automatik
● Bantu Eva mengenal pasti pemikiran automatik negatif tentang dirinya (cth: "Saya tidak
normal").
● Ajar teknik mencabar bukti pemikiran itu. Adakah benar atau hanya anggapan?
4. Mengubah skema berat sebelah
● Kenal pasti skema negatif utama Eva tentang identiti dirinya.
● Cari bukti menyokong dan menentang skema itu.
● Bantu Eva mengubah skema negatif.
inventori
BDI (Beck Depression Inventory)
● Merupakan inventori skala pengukuran yang menilai kemurungan berdasarkan gejala kognitif,
afektif, somatik dan motivasional.
● Terdiri dari 21 item pertanyaan pilihan ganda mengenai gejala depresi.
● Skor total menunjukkan tahap kemurungan: 0-9: tidak ada/minimal 10-18: ringan 19-29: sedang
30-63: berat
● Diberikan sebelum dan sesudah intervensi untuk menilai perubahan tahap depresi klien.

BSS (Beck Scale for Suicide Ideation)


● Skala pengukuran untuk menilai keparahan idea bunuh diri individu.
● Terdiri dari 21 item wawancara mengenai hasrat untuk bunuh diri dalam seminggu terakhir.
● Skor total 0-38 menunjukkan tingkat risiko bunuh diri: 0-5: risiko rendah 6-14: risiko sedang 15-38:
risiko tinggi
● Digunakan untuk mengenal pasti klien berisiko bunuh diri yang memerlukan intervensi segera.
● BSS diulang secara berkala untuk memantau perubahan risiko bunuh diri.
Advokasi dan sokongan sosial
1. Mengenalpasti sumber sokongan 5. Melatih kemahiran
● Bantu Eva mengenal pasti individu atau kumpulan ● Latih Eva dengan kemahiran assertiveness
sokongan yang boleh memberikan sokongan sosial, dan komunikasi untuk mendapatkan
seperti rakan-rakan terdekat, kumpulan sokongan sokongan sosial yang diperlukan.
LGBT. 6. Membangun jaringan sosial
2. Membina kesedaran ● Galakkan Eva membina jaringan sosial
● Lakukan pendidikan dan kempen untuk dengan individu atau kumpulan yang mesra
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak dan menerima LGBT untuk meluaskan
dan isu yang dihadapi komuniti LGBT. Ini dapat sokongan.
mengurangkan stigma sosial. 7. Pemantauan
3. Menyediakan maklumat ● Pantau sejauh mana Eva berjaya
● Sediakan maklumat, resource dan rujukan kepada mendapatkan sokongan sosial dan
Eva tentang kumpulan sokongan, persatuan dan
selesaikan masalah yang timbul.
8. Rujukan lanjutan
perkhidmatan kaunseling LGBT.
● Rujuk Eva untuk mendapatkan bantuan
4. Memudahkan akses sumber
guaman, kebajikan masyarakat atau lain-lain
● Bantu memudahkan akses Eva ke sumber sokongan
sokongan yang diperlukan.
seperti menghubungkannya dengan kumpulan
sokongan atau persatuan LGBT untuk mendapat
bantuan.
Prognosis
Prognosis kes Eva bergantung kepada beberapa faktor:
1. Tahap motivasi Eva untuk berubah
Prognosis akan lebih baik jika Eva benar-benar bermotivasi dan komited untuk
membuat perubahan dengan mengikuti kaunseling dan terapi yang ditetapkan.
Dia perlu mempunyai kesungguhan untuk menerima orientasi biseksualnya.

2. Keterbukaan keluarga dan sokongan sosial


Jika keluarga dan rakan-rakan Eva dapat memberikan sokongan, penerimaan dan
pemahaman tentang keadaannya, ini akan membantu mengurangkan tekanan
dan mempercepat pemulihan Eva. Tetapi jika mereka masih menolak Eva, boleh
memperlambat pemulihan.
Prognosis
3. Kesan intervensi kaunseling
Jika intervensi seperti CBT, terapi realiti dan person-centered berkesan mengubah
perspektif dan meningkatkan penerimaan diri Eva, prognosis akan lebih cerah. Tetapi
jika tidak berkesan, mungkin memerlukan rawatan lanjutan.

4. Tahap kemurungan dan risiko bunuh diri


Jika Eva gagal untuk pulih dari kemurungan dan masih berisiko tinggi untuk bunuh diri,
prognosis menjadi kurang baik kerana memerlukan rawatan psikiatri atau kemasukan
ke hospital.

Secara keseluruhan, prognosis kes Eva adalah baik jika mendapat sokongan
penuh dan komitmen dari Eva sendiri serta orang sekeliling untuk
membantu pemulihannya. Walau bagaimanapun perlu pantau secara berterusan
risiko bunuh diri.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai