Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI SAINS SOSIAL dan KEMANUSIAAN

BAHASA dan SASTERA MELAYU


UNIVERSITI SIM
SINGAPURA

MLL 101

INTRODUCTION TO MALAY LINGUISTICS

PENGHANTAR LINGUISTIK MELAYU

SOALAN :
Pilih satu novel berbahasa Melayu, buat satu trankripsi fonetik dari petikan novel
tersebut. Transkripsi ini hendaklah berdasarkan 2 halaman dari novel berkenaan.
(100 Marks)

NAMA CALON:
Julinda Binte Hassan
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 3

1.1 OBJEKTIF 3

1.2 SKOP 3

1.3 BAHAN KAJIAN 4

2.0 PROSES MORFOLOGI 4

2.1 PEMBENTUKAN KATA TUNGGAL 5

2.1 PENGIMBUHAN 5
2.1.1 AWALAN
2.1.2 AKHIRAN
2.1.3 APITAN
2.1.4 SISIPAN

2.2 PENGGANDAAN 9
2.2.1 PENGGANDAAN PENUH
2.2.2 PENGGANDAAN SEPARA
2.2.3 PENGGANDAAN BERENTAK

2.3 PEMAJMUKAN 12
2.3.1 PEMAJMUKAN RANGKAIAN BEBAS
2.3.2 PEMAJMUKAN ISTILAH KHUSUS
2.3.3 PEMAJMUKAN KIASAN

2.4 PENGAKRONIMAN 15

2.5 GABUNGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA 16

3.0 PENUTUP 19

BIBLIOGRAFI 20

2
1.0 PENDAHULUAN

Morfologi merupakan satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji

perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Abdullah Hassan

(2007:117), morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

perkataan dibina.

Hal ini merangkumi pengkajian struktur, bentuk serta golongan kata

dalam bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah et. al. (2008:43), struktur kata

merupakan susunan bentuk bunyi dan ujaran atau lambang tulisan yang

menjadi unit bahasa yang bermakna. Sementara itu, bentuk kata pula

merujuk kepada rupa unit tatabahasa, baik dalam bentuk tunggal mahupun

yang terbina daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Golongan kata pula merupakan proses mengkategorikan perkataan

berdasarkan persamaan bentuk atau fungsi dengan anggota kata yang lain

dalam golongan yang sama.

1.1 OBJEKTIF

Maka berdasarkan apa yang telah diperkatakan di atas, matlamat

kertas kerja ini adalah untuk menghuraikan tentang proses morfologi yang

terdapat dalam variasi bahasa Melayu yang dituturkan iaitu, bahasa Melayu

Standard atau Baku.

1.2 SKOP

Dalam hal ini, proses pembentukan kata yang utama dalam bahasa

Melayu akan dihuraikan. Proses-proses tersebut termasuk pembentukan

3
kata tunggal, proses pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan

pengakroniman.

1.3 BAHAN KAJIAN

Bahan-bahan utama yang digunakan sebagai rujukan bagi

penghuraian terhadap proses morfologi ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

(2008), Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Keempat) (1993), Siri Pendidikan Guru :

Bahasa Melayu I (2008), Morfologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu ( 2006) dan Linguistik AM (2007).

2.0 TRANSKRIPSI FONETIK (halaman 6-7 dari novel ‘JUARA’, karya


S.Othman Kelantan)

# #     #  #

#,  # #   # #

# #      

# #  p # #  

  ,    # #

  - # #   

  # #,    #

# # # # ## #

,   itu  # # #

#      #

4
#   # ## #  

-# #    

  #

#    # ## #

  # #,  , 

# #   -   

   # #,   -

      ## #

      #

#      # #

  . #  . #

     # #,

        ,

      

   #

#    -  

  # #     

# #     #

#     # #!

#    , 

 # #!

# # # # #   

     -

   # #, 

5
       # # 

 ,     ,

 # #     ? #

,    ?  # -#

#   # # #  ,

 -    # #

       ## #

#        # #

    ,  # #

  ? #! #   

 #

# #  di# #, # #

  ,  # #-  

- # #!

#  # #    #

#  # #  # # #

  -    

 # #    

 -     #

# #    -  #

#,      -  

 # # itu    #

PENUTUP

6
Daripada apa yang telah dihuraikan di atas, maka dapatlah kita

merumuskan bahawa morfologi merupakan satu aspek yang penting dalam

pembelajaran dan pengajaran tatabahasa, yang merupakan perkara asas

bagi sesuatu bahasa. Proses morfologi bahasa Melayu ini merangkumi

pelbagai syarat dan ketelitian. Namun sifat bahasa Melayu yang agak

terbuka kepada pembaharuan dan pengaruh asing turut menjadikannya

dinamik mengikut peredaran masa.

****************************************************

RUJUKAN

Buku

Abdullah Hassan, 1983. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Abdullah Hassan, 2005. Linguistik Am, Siri Pengajaran & Pembelajaran


Bahasa Melayu. Pahang Darul Makmur: PTS Professional Publishing
Sdn Bhd.

Paitoon M. Chaiyanara, 2011. Asas Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu


(Edisi Kedua). Singapura: Singapore International Press.

S. Othman Kelantan, 2007. Juara (Edisi Khas Sasterawan Negara). Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus

Kamus Dewan (Edisi Keempat), 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7
LAMPIRAN (Halaman 6-7 novel ‘JUARA’ karya S. Othman Kelantan)

Abang Lazim menjadi mayat di dalam usungan itu

juga. Kemudian, mayat Abang Lazim dibaringkan di

rumahnya. Isteri Abang Lazim merangkuli mayat

suaminya yang ditebali darah kental. Seorang anak

perempuan Abang Lazim yang akan kawin bulan

hadapan, juga merangkuli mayat ayahnya. Dua

orang anak laki-laki Abang Lazim membasahi mayat

ayahnya dengan air mata. Kemudian, tegak seperti seekor tedung.

Mencapai ladingnya. Mencapai kelawang. Pistolnya. Akan tetapi, dua

beradik itu disabarkan juga. Mereka patuh. Mereka hanya melihat mayat

ayahnya yang terbaring.

Kemudian mayat itu dibasuh. Dimandikan. Orang di bawah berpusu-

pusu. Mereka menumpangi kerusuhan keluarga yang kehilangan kepala itu.

Mamat memerhatikan lagi mayat Abang Lazim. Kapas telah

menenggelamkan semuanya. Dan, saat akhir, isteri Abang Lazim

menanamkan matanya habis-habis ke atas muka suaminya yang pejam

pucat. Kemudian, tiga orang anak-anaknya mengucupi mayat itu seorang

demi seorang. Mamat menuliskan kalimat lailahaillallah melintang dahi mayat

8
Abang Lazim dengan telunjuk kanannya dengan tulisan isyarat. Dia

menggigit bibir bawahnya. Menyepetkan sedikit matanya. Dia sedih melihat

keberangkatan sahabatnya secara tragik. Dan, dia merasakan bahawa itulah

saat yang teragung dalam hidupnya, selepas dia meninggalkan perjuangan

politik sejak hampir sepuluh tahun yang lalu.

Mamat segera teringat kepada saat-saat yang pendek dalam hidup

manusia. Setiap perjuangan ialah darah dan air mata. Setiap perjuangan

ialah kejayaan dan kegagalan. Setiap perjuangan ialah kehidupan dan

kematian. Begitulah!

Alangkah susahnya untuk menghidupkan kehidupan, fikirnya sekilas

lalu. Alangkah!

Mayat Abang Lazim ditutup. Kain putih bersih itu mengingatkan

kesucian perjuangannya dalam politiknya bertahun-tahun untuk mencapai

kemerdekaan. Kemudian, kesucian yang suci itu dihantar masuk ke dalam

tanah. Seperti juga kesucian perjuangannya, kemudian dihantar ke dalam

kelupaan semua orang. Bukankah di dalam tanah sama sahaja? Dengan

kelupaan orang itu sama sahaja? fikir Mamat lambat-lambat. Masuk dalam

tanah kemudian dilupakan. Sama juga kelupaan kepada pejuang-pejuang

yang dilupakan semasa hidupnya. Ini sudah lama tumbuh dan bertunjang

dalam kepala Mamat. Abang Lazim akan dilupakan kerana dia masuk ke

dalam tanah. Dia dilupakan kerana masuk dalam kelupaan orang ramai.

Bukankah itu sama sahaja? Benar! Dia membenarkannya sendiri dalam

kepalanya sendiri.

9
Abang Lazim mati ditembak. Kemudian, dilupakan. Dia mati dalam

kelupaan, kemudian dilupakan. Sama-sama mati dan sama-sama dilupakan.

Begitulah!

Dia dan Abang Lazim menerima nasib yang sama. Perjuangan yang

sama. Hanya berbeza lapangan. Abang Lazim berjuang untuk orang-orang

yang bertaruh dalam perjudian laga lembu. Dia berjuang untuk memenangi

kemerdekaan bagi orang-orang yang anti dan separuh antikemerdekaan.

Abang Lazim mati untuk memenangi orang-orang yang bertaruh. Dan, dia

pun mati untuk memenangi orang-orang yang sebenarnya tidak berjuang.

Fikiran itu mengalir terus dalam ingatannya.

*******************************************************

10

Anda mungkin juga menyukai