Anda di halaman 1dari 34

MUQADDIMAH

‫ الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على‬، ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫سيدنا و حبيبنا و شفيعنا محمد بن عبد هللا و على آله الطاهرين وصحبه‬
...‫ أما بعد‬.‫الكرام‬
Sesungguhnya kitab sirah telah banyak tersebar di merata
tempat dan selayaknya saya tidak menulis lagi kitab ini. Akan
tetapi ada satu perkara yang saya lihat dan saya merasakan,
iaitu ramai dikalangan orang kita tidak dapat memahami sirah
dengan benar dan tidak mengingati peristiwa tahun.
Dulu, para pelajar akan membaca kitab Nurul yaqin tetapi kini
kitab itu dirasakan begitu berat kerana ketebalannya, jadi
perkara ini menjadi sukar bagi pelajar ilmu terutamanya bagi
pelajar yang baru.
Jadi dengan mengharapkan keredhaan Allah, saya melakukan
sebuah teks ringkas (dalam bahasa arab dipanggil matan) yang
disusun mengikut tahun agar ia menjadi mudah bagi para
pelajar untuk menghafalnya (jika mahu) dan menjadi mudah
juga jika dipelajari kerana ianya mengikut susunan tahun.
Hakikatnya, ini juga merupakan kelemahan saya. Kerana untuk
mengingati peristiwa tahun adalah perkara yang tidak diambil
berat, tidak kira sama ada dari para pelajar atau guru dan ini
ialah kekurangan yang jelas pada diri kita.

1
Diantara rujukan saya untuk melakukan kitab ini ialah, kitab
guru saya Maulana Dr Hisyam Kamil Hamid Musa Al-azhari Asy-
syafie yang berjudul Tabsiratul-‘uqala’, kitab ibnu Sayyidinnas
yang berjudul ‘Uyun Al-atsar, kitab Syuzurul-‘uqud bagi Imam
Ibnu Jauzi, kitab Nurul-‘uyun bagi Ibnu Sayyidinnas, kitab
mukhtsor sirah nabi bagi Syiekh Abdul Ghani Al-maqdisi, kitab
susunan Imam Tirmizi yang berjudul Syamail Muhamadiah.
maka jika terjadi apa-apa perkara yang memusykilkan, rujuklah
kepada kitab-kitab yang saya telah sebutkan.
Semoga kitab ini menjadi satu manfaat yang besar bagi kita
semua untuk meraih cinta Allah dengan mengenali kekasihnya
Rasulullah yang dicintai. Juga saya doakan agar kitab ini
menjadi mudah bagi para pembaca untuk mengingati
perjalanan hidup nabi.
Maka dengan ini, saya mengakhiri muqaddimah ini dengan
memohon ampun kepada Allah jika ada kekurangan dalam
usaha saya ini.

Penyusun: Mohammad Naim bin Saidi Asy-syafie.

2
Nama Baginda:
Nama Baginda ada banyak dan di antaranya yang disebutkan di
dalam hadist dan Al-quran ialah: Ahmad, Muhammad, Mahi,
‘Aqib, naziron, basyiron, toha, yasin dan banyak lagi.
Sebahagian dari nama ini menjadi khilaf dan ada sebahagiannya
dipersetujui para ulama. Adapun kita hanya menyebutkan
perkara ini atas dasar pengetahuan sahaja.
Nasab Baginda di sebelah ayahnya:
Ayah Baginda bernama Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim
bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murroh bin Ka ‘ab bin
Luaiy bin Gholib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin
Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin
Ma‘ad bin Adnan bin Ismail bin Ibrahim alaihissalam.
Silsilah keturunan Rasulullah dari Baginda sehingga Adnan ialah
disepakati ulama’ akan tetapi dari Adnan sehingga Ibrahim ada
khilaf diantara ulama.
Nasab Baginda di sebelah ibunya:
Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdu manaf bin
Zuhrah. Ibunya juga daripada kalangan yang mulia yang
menjaga maruah diri dan tidak seperti bangsa arab yang lain di

3
zaman jahiliah. Selain dari itu ibunya juga terkenal dengan
kecantikan, kesucian dan kemulian.
Kelahirannya:
Baginda dilahirkan pada 12 rabiul awal bersamaan 20 April 571
masihi, yang menjadi bidan ialah Ummu Syifa’, disusukan oleh
ibunya, kemudian disusukan oleh Suwaibah (hamba Abu
Lahab), kemudian disusukan oleh Halimah As-sa’diah sehingga
berumur 4 tahun.
Ketika berumur 2 tahun:
Waktu penyusuan tamat dan Rasulullah harus dihantar kembali
kepada ibunya, akan tetapi Halimah Sa’diyah meminta agar
ditambah lagi sedikit tempoh dan ibu Baginda merelakannya.
Ini kerana pada waktu itu di Mekah tersebar wabak penyakit
yang membunuh.
Ketika berumur 4 tahun:
Rasulullah dibelah dada, kemudian dihantar pulang kepangkuan
ibunya.
Ketika berumur 6 tahun:
Baginda keluar bersama ibunya untuk menziarahi keluarga
ayahnya di bani ‘Adi dan selepas itu ibu Baginda meninggal.
Kemudian Baginda dijaga oleh datuknya Abdul Muttalib.
Ketika berumur 8 tahun:
4
Datuknya meninggal dunia dan Abu Talib (bapa saudaranya)
menjaganya, di tahun ini juga Baginda dididik supaya
mengembala kambing.
Ketika berumur 12 tahun:
Baginda keluar bersama Abu Talib untuk berniaga di Syam, di
sana mereka bertemu dengan rahib Buhaira dan rahib melihat
tanda-tanda kenabian yang ada pada Baginda. Lalu meminta
agar Abu Talib membawa Baginda pulang.
ketika berumur 20 tahun:
telah terjadi peperangan Fujjar di antara kabilah Quraisy dan
Kinanah dengan kabilah Qais. Rasulullah menyertai peperangan
ini dan menjadi perisai kepada bapa-bapa saudaranya. Pada
tahun ini juga terjadinya perjanjian fudhul.
Ketika berumur 25 tahun :
Baginda keluar berdagang ke negeri syam dengan barang Siti
Khadijah. Selepas pulang dari Syam, Baginda dilamar oleh
Sayyidah Khadijah. Pada tahun ini juga mereka berkahwin.
Ketika berumur 35 tahun:
Pada tahun ini telah terjadi peristiwa banjir yang menyebabkan
Ka’bah runtuh, lalu orang Mekah membina Ka’bah lagi. Akan
tetapi telah terjadi pertelingkahan ketika ingin meletakkan

5
hajar aswad dan akhirnya mereka bersetuju untuk memilih
Rasulullah sebagai orang yang meletakkan hajarul-aswad itu.
Ketika berumur 39 tahun:
Baginda selalu didatangi satu cahaya di dalam mimpi dan
selepas itu Baginda selalu bersendirian di gua Hira’.
Ketika berumur 40 tahun dan tahun pertama pengutusan
Rasulullah sebagai Nabi:
Malaikat Jibril datang dan memberikan wahyu pertama
kepada Baginda Rasulullah, malaikat jibril juga mengatakan
kepada Rasulullah “kamu adalah Rasulullah”. Seterusnya wahyu
terhenti selama 6 bulan. Setelah 6 bulan tanpa wahyu, kini
Rasulullah diberikan wahyu lagi dan Baginda juga diperintahkan
untuk menyeru ahli keluarganya kepada islam. Dakwah ini juga
dilakukan secara sembunyi. Orang pertama memeluk islam
secara mutlak ialah Sayyidah Khadijah (isterinya), sahabat
pertama memeluk islam ialah Abu Bakar. Namanya ialah Abu
Qahafah.
Ketika berumur 44 tahun (tahun keempat pengutusan
Rasulullah:
Rasulullah diperintahkan untuk menzahirkan dakwah kepada
orang Mekah. selepas itu, orang kafir mula menyiksa Rasulullah
dan pengikut-pengikutnya.

6
Ketika berumur 45 tahun (tahun kelima pengutusan
Rasulullah):
Rasulullah menyuruh pengikutnya dari kalangan orang yang
lemah untuk berhijrah ke habsyah, ini kerana orang kafir selalu
menyiksa mereka. Maka seramai 15 orang telah pergi ke
habsyah, diantaranya Uthman bin Affan.
Ketika berumur 46 tahun (tahun keenam pengutusan
Rasulullah):
Pada tahun ini Saidina Umar bin Al-khattab dan Saidina Hamzah
telah memeluk islam.
Ketika brumur 47 tahun (tahun ketujuh pengutusan
Rasulullah):
Orang kafir telah berpakat untuk memulau bani Hasyim
sehingga mereka menyerahkan Rasulullah lalu membuat surat
perjanjian dan menggantungkannya di dalam Ka’bah. Perjanjian
ini dilakukan supaya tidak ada sesiapa pun yang akan menikahi,
berjual beli dan tidak bergaul dengan Bani Hasyim.
Ketika berumur 50 tahun (tahun kesepuluh pengutusan
Rasulullah):
Perjanjian pemulauan dibatalkan kerana surat perjanjian yang
digantung didalam Ka’bah telah reput. Tidak ada perkataan
yang tertinggal melainkan perkataan “bismikallahumma”.

7
Selepas peristiwa ini, sekumpulan rombongan dari Najran yang
beragama nasrani datang kepada Rasulullah dan memeluk
islam. Di tahun ini juga Abu Talib telah meninggal dan selepas
10 hari, Sayyidah Khadijah pula meninggal. Di tahun ini juga
Rasulullah telah berkahwin dengan Sayyidah Saudah dan
Sayyidah Aisyah. Pada tahun ini juga Rasulullah keluar ke Taif
untuk menyeru mereka kepada agama islam dan perkara itu
ditolak. Pada tahun ini juga, sekumpulan jin telah beriman
dengan Rasulullah.
Ketika berumur 51 tahun (tahun kesebelas pengutusan
Rasulullah):
Pada tahun ini, Rasulullah telah diannugerahkan isra’ dan
mi’raj. Disana Rasulullah diberikan syariat solat. Rasulullah
menyeru kabilah-kabilah dari luar yang datang ke Mekah untuk
menunaikan haji. Dengan usaha ini, seramai 6 orang telah
memeluk islam. Mereka ialah orang Yasrib (Madinah).
Ketika berumur 52 tahun (tahun kedua belas pengutusan
Rasulullah):
Pada tahun ini, seramai 15 orang dari Yasrib datang bertemu
Rasulullah untuk melakukan perjanjian dan memeluk islam.
Mereka daripada kabilah Khazraj dan Aus. Perkara ini
dinamakan baiah (perjanjian) ‘aqabah pertama.

8
Ketika berumur 53 tahun (tahun ketiga belas pengutusan
Rasulullah):
pada tahun ini seramai 75 orang dari kabilah Khazraj dan aus
datang bertemu Rasulullah untuk melakukan perjanjian dan
memeluk islam. Perkara ini dinamakan Baiah (perjanjian)
‘aqabah kedua.
Tahun keempat belas pengutusan Rasulullah dan tahun hijrah
yang pertama :
Orang kafir quraisy berpakat untuk membunuh Rasulullah, akan
tetapi rancangan mereka gagal. Selepas itu Rasulullah keluar
bersama Abu Bakar untuk berhijrah ke Madinah. Ketika sampai
ke Madinah (Yasrib), Rasulullah mula mengasaskan ia sebagai
sebuah Negara. Antara yang dilakukan oleh Rasulullah di
Madinah ialah: membina masjid dan rumahnya,
mempersaudarakan orang muhajirin dan ansar, perjanjian
keamanan dengan yahudi Madinah, tinggal dengan Sayyidah
Aisyah. Pada tahun ini juga azan disyariatkan.
Tahun kedua hijrah :
pada tahun ini peperangan disyariatkan, kemudian berlaku
peperangan Waddan, peperangan Buwath, peperangan
‘Usyairah, peperangan Safawan (badar pertama), perubahan
qiblat, puasa disyariatkan, zakat disyariatkan, peperangan
Badar kubra, peperangan Bani Salim (qurqurah), peperangan

9
Bani Qainuqa’, peperangan Sawiq, pernikahan Saidina Ali
dengan Sayyidah Fatimah, Sayyidah Ruqayyah meninggal dunia
dan solat raya yang pertama didirikan.
Tahun ketiga hijrah :
Pada tahun ini terjadi peperangan Ghotofan, peperangan
Buhran, peperangan Uhud, peperangan Hamra’ al-asad,
Rasulullah berkahwin dengan Sayyidah Hafsah binti Umar,
Rasulullah berkahwin dengan Sayyidah Zainab binti Khuzaimah,
Saidina Uthman bin Affan berkahwin dengan Sayyidah Ummu
Kalsum binti Rasulullah, kelahiran Saidina Hasan dan
diharamkan arak.
Tahun keempat hijrah:
Perkara yang terjadi pada tahun ini ialah pengutusan Raji’,
peperangan Bi’ri Maunah, peperangan Bani Nadhir, peperangan
Bani Riqa’, peperangan Badar terakhir, kelahiran Saidina
Husain, kewafatan Sayyidah Zainab binti Khuzaimah,
perkahwinan Rasulullah dengan Ummu Salamah, perkahwinan
Rasulullah dengan Sayyidah Zainab binti Jahsh.
Tahun kelima hijrah:
Perkara yang terjadi pada tahun ini ialah: peperangan Dumah
Al-jandal, peperangan Khandaq (Ahzab), pengkhianatan Bani
Quraizah dan peperangan ke atas mereka dan ayat hijab
diturunkan pada tahun ini.
10
Tahun keenam hijrah:
Diantara perkara yang terjadi pada tahun ini ialah: peperangan
bani Lihyan, peperangan Al-ghobah (Al-qard), peperangan bani
Mustholaq (muraisi’), hadist ifk (dusta) dan penyucian ke atas
Sayyidah Aisyah, perjanjian Hudaibiah dan bai-ah (perjanjian)
Ridhwan, surat kepada raja-raja, turunnya hukum zihar,
difardukan haji, kewafatan isteri Saidina Abu Bakar ,
perkahwinan Rasulullah dengan Sayyidah Juwairiah dan pada
tahun ini Rasulullah melakukan cincin dan cop mohor.
Tahun ketujuh hijrah:
Diantara perkara yang terjadi pada tahun ini ialah: peperangan
Khaibar, Rasulullah berkahwin dengan Ummu Habibah binti
Abu Sufyan, Rasulullah berkahwin dengan Sayyidah Sofiyyah
binti Huyay, Rasulullah berkahwin dengan Sayyidah Maimunah,
kedatangan Ja’far dan Jemaah dari Habsyah, pengharaman
nikah mut’ah (kontrak), pembukaan Fadak, pembukaan Taima’,
pembukaan Wadi Qura, umrah qhada dan percubaan seorang
wanita membunuh Rasulullah dengan meletakkan Racun ke
dalam makanan Rasulullah.
Tahun kelapan hijrah:
Diantara perkata yang terjadi pada tahun ini ialah: peperangan
Mu’tah, keislaman Khalid Al-walid dan sahabat-sahabatnya,
peperangan Zat-salasil, peperangan Khobath, peperangan

11
pembukaan kota Mekah, peperangan Hunain, peperangan
thoif, kelahiran Saidina Ibrahim bin Rasulullah dari ibunya
Sayyidah Mariah Al-qibtiyyah, pada tahun ini Rasulullah
melakukan mimbar sebagai tempat untuk berkhutbah,
kewafatan Sayyidah Zainab binti Rasulullah dan perkahwinan
Rasulullah dengan seorang wanita bernama Mulaikah dan
menceraikannya sebelum menyentuhnya.
Tahun kesembilan hijrah:
Diantara perkara yang terjadi pada tahun ini ialah: peperangan
Tabuk, Saidina Abu Bakar melakukan Haji, kedatangan
Rombongan ke Madinah untuk memeluk islam, kewafatan
Ummu Kalsum binti Rasulullah, kewafatan Najasyi, kematian
Abdullah bin Ubay bin Salun (ketua puak munafik) dan
dihancurkan masjid Dhirar.
Tahun kesepuluh hijrah:
Diantara perkara yang terjadi pada tahun ini ialah: Rasulullah
melakukan haji wada’, kewafatan Saidina Ibrahim bin Rasulullah
dan akhir ayat Al-quran diturunkan.
Tahun kesebelas hijrah:
Perkara yang terjadi pada tahun ini ialah : kewafatan Rasulullah
pada 12 Rabiul-awal tahun 11 hijrah yang bersamaan 8 jun
tahun 633 masihi. Ini ialah ringkasan tentang sirah Rasulullah
mengikut tahun.
12
Perkara-perkara yang berkaitan Rasulullah
Setelah kita mengetahui tentang perjalanan hidup Rasulullah
mengikut tahun, maka disini sebagai penutup dan
penambahan, kita perlu mengetahui tentang perkara yang
berkaitan dengan Baginda secara ringkas, seperti biodata ahli
keluarganya, sifat-sifatnya dan lain-lain lagi.
Sifat-sifat Rasulullah (zahir):
Rasulullah itu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tidak
terlalu putih melepak dan Baginda juga tidak gelap bahkan
putihnya Rasulullah putih kemerahan, Rambutnya tidak terlalu
lurus (seperti Rambut orang Cina) dan tidak terlalu keras
(seperti rambut orang Afrika), badannya tegap dan kelihatan
gagah, rambutnya adakala sampai kepada cuping telinga,
adakala sampai ke pertengahan tengkuk dan sebelum
mencecah bahu, dan Rasulullah juga pernah membotakkan
kepalanya ketika umrah, tapak tangan Baginda luas, kepalanya
besar, tapak tangan dan kaki Baginda juga tidak terlalu lembut
dan tidak terlalu keras, bulu keningnya bersambung akan tetapi
di tengahnya tidak terlalu tebal, hidungnya mancung, matanya
kehitaman seperti memakai celak, bibirnya panjang, dahinya
luas, bulu matanya melentik, di badannya ada bulu yang
memanjang hingga ke pusat dan ia lurus, tidaklah bulu
badannya itu memenuhi badannya, uban di rambut Baginda
kurang dari 20 urat, tengkuknya begitu putih tanpa berdaki,

13
ketika berjalan pandangannya menunduk ke bawah tanda
tawadhuk, ketika berjalan langkahnya laju seperti seseorang
yang berjalan turun dari bukit, ketika berpaling Baginda akan
memalingkan seluruh badannya, di belakang badannya dan
berhampiran bahu ada khatam nubuwwah iaitu ibarat kacang
kuda yang terkadang mengecil dan terkadang membesar,
ketika berbicara bahasanya sangat fasih, kelakuannya paling
baik, sesiapa sahaja yang bergaul dengannya pasti menyukainya
dan tidak ada sesiapa pun yang bersifat seperti sifatnya ini.
Nama-nama Rasulullah:
Diantara nama-nama Rasulullah yang disebutkan didalam kitab
ialah: Muhammad, Ahmad, Al-mahi, Alhasyir, Al-‘aqib, Muqfi,
Nabi taubah, Nabi rahmat, Nabi malhamah, Basyir, Nazir, siraj,
Munir, Rauf, Rahim, Rahmah lil-alamin, Thoha, Yasin,
Muzammil, Mudassir dan Abdullah.
Akhlak Rasulullah:
Ketika Baginda berbicara tentang kehidupan dunia Baginda
akan berbicara dengan sahabat-sabahatnya, ketika Baginda
berbicara tentang perkara akhirat Baginda akan berbicara
dengan para sahabatnya, ketika berbicara Baginda tidak akan
menyakiti sesiapa pun, ketika ada orang melakukan kesalahan
berkaitan dunia Baginda tidak akan menegur, ketika ada orang
melakukan kesalahan berkaitan akhirat Baginda akan menegur
tanpa menyakiti hati mereka, tidak pernah menjerit seperti di
14
pasar, tidak membalas kejahatan dengan kejahatan bahkan
membalasnya dengan kebaikan, Baginda bukanlah orang yang
bersifat keji, tidak pernah memukul sesiapa pun melainkan
dalam peperangan, ketika membuat pemilihan Baginda akan
memilih perkara yang paling mudah (afdhal), Baginda tidak
pernah bersifat kasar dengan sesiapa pun, tidak pernah
mengaibkan sesiapa pun, tidak pernah mencela seorangpun,
wajahnya selalu tersenyum, ketika ada yang datang meminta
pertolongan daripadanya Baginda akan menunaikan
permintaannya, jikalau tidak dapat untuk menunaikan
permintaan mereka Rasulullah akan menolak permintaan
mereka tanpa menyakiti hati mereka, tidak berkata-kata
melainkan pada perkara yang penting, tidak melakukan perkara
yang tidak penting, tidak bertengkar, tidak pernah memutuskan
hubungan silaturrahim dengan sesiapapun dan tidak menerima
sedekah akan tetapi menerima hadiah.
Makanan Rasulullah:
Ketika makan Baginda akan menggunakan tiga jarinya, tidak
makan dalam keadaan bersandar, selepas makan Baginda
menjilat jarinya, roti yang dimakan oleh Rasulullah ialah roti
yang kering, selalunya Baginda tidak akan makan selama dua
hari berturut-turut kerana ketiadaan makanan, tidak pernah
makan di atas meja, tidak pernah makan sendirian, Rasulullah
menyukai cuka dan makanan yang diletakkan cuka, Baginda

15
suka makan ayam, suka makan kambing akan tetapi Baginda
hanya pernah makan beberapa kali sahaja dan tidak pernah
makan secara bersendirian, bahagian kambing yang disukai
oleh Baginda ialah lengan, Baginda suka makan makanan
dengan minyak zaitun, Baginda suka makan labu air, Rasulullah
menyukai makanan dan minuman yang manis, Rasulullah
menyukai madu, sebelum makan akan membaca bismillah,
selepas makan akan membaca doa, Baginda makan dengan
tangan kanan dan tidak pernah makan dengan menggunakan
tangan kiri, Rasulullah menyukai tamar, timun, tembikai,
Rasulullah menyukai minuman yang manis, minuman yang
sejuk, Rasulullah menyukai susu, Rasulullah menyukai air zam-
zam, terkadang Rasulullah minum dengan cara berdiri akan
tetapi selalunya Baginda minum dalam keadaan duduk, ketika
minum Rasulullah tidak bernafas dalam cawan akan tetapi
Baginda akan minum dan berhenti untuk bernafas dan
seterusnya minum lagi.
Pakaian Rasulullah:
Rasulullah pernah memakai kemeja dan jubah. Warna pakaian
yang pernah dipakai oleh Rasulullah ialah putih, hijau, merah.
Rasulullah pernah memakai kain dan menggunakan rida’.
Rasulullah juga pernah memakai pakaian dari Rum dan Yaman,
semua itu ialah hadiah yang diberikan kepadanya.
Gurauan Rasulullah:

16
Rasulullah tidak pernah bergurau melainkan pada perkara yang
benar. Antaranya:
1. Datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan meminta
unta daripadanya, lalu Rasulullah mengatakan bahawa Baginda
akan memberikannya anak unta. Lalu orang itu berkata: apakah
yang saya boleh lakukan dengan anak unta?
Lalu jawap Baginda: bukahkah unta juga asalnya dari anak
unta?
2. Telah datang seorang perempuan lalu berkata kepada
Rasulullah: suamiku sakit dan dia memanggil kamu wahai
Rasulullah.
Lalu Baginda bertanya: adakah di dalam mata suamimu putih?
Lalu perempuan itu pulang kepada suaminya dan melihat mata
suaminya secara dekat.
Bertanya suaminya: Mengapakah denganmu?
Isterinya menjawap: Rasulullah mengatakan kepadaku bahawa
matamu berwarna putih.
Lalu berkata suaminya: betapa jauhnya akalmu, adakah ada
orang yang matanya tidak berwarna putih?.
3. Seorang wanita tua datang bertemu Rasulullah dan
meminta supaya Rasulullah mendoakannya untuk masuk ke

17
syurga, lalu Baginda berkata: wahai ibu fulan, sesungguhnya
orang tua tidak memasuki syurga.
Lalu wanita itu beredar dalam keadaan menangis. Rasulullah
meminta seorang sahabatnya supaya memberitahu kepada
orang tua itu bahawa beliau tidak akan masuk ke dalam syurga
dalam keadaan tua, akan tetapi Allah akan menjadikannya
muda.
Isteri-isteri Rasulullah:
Isteri-isteri Rasulullah yang ulama sepakati ada 11 orang.
Secara tertib isteri-isteri Rasulullah ialah seperti berikut:
1) Sayyidah Khadijah binti Khuwailid: Berkahwin dengan
Rasulullah ketika umurnya 40 tahun. Beliau melahirkan anak
dari hasil perkahwinannya dengan Rasulullah seramai 6 orang.
Beliau meninggal di Mekah 3 tahun sebelum hijrah ketika
umurnya 65 tahun dan dikebumikan di Mekah.
2) Sayyidah Saudah binti Zam’ah: Dilahirkan 55 tahun sebelum
pengutusan Rasulullah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah
pada tahun kesepuluh pengutusan Rasulullah menjadi nabi.
Pada ketika itu umurnya 65 tahun. Beliau meninggal di
Madinah pada akhir pemerintahan Saidina Umar Al-khattab dan
dikebumikan di Madinah.

18
3) Sayyidah Aishah binti Abu Bakar: Dilahirkan 9 tahun sebelum
hijrah di Mekah. Beliau berkahwin dengan Rasulullah ketika
umurnya 9 tahun pada bulan Syawal tahun pertama hijrah.
Beliau meninggal dunia di Madinah pada tahun 58 hijrah
ketika berumur 67 tahun dan dikebumikan di Madinah.
Tambahan: Beliau ialah satu-satunya isteri Rasulullah yang
masih bujang ketika berkahwin dengan Rasulullah dan beliau
ialah isteri Rasulullah yang paling dicintai selepas Khadijah.
4) Sayyidah Hafsah binti Umar Al-khattab: Dilahirkan di Mekah
5 tahun sebelum pengutusan Rasulullah. Beliau berkahwin
dengan Baginda pada bulan Sya’ban tahun 3 hijrah ketika
umurnya 21 tahun. Beliau meninggal di Madinah pada tahun
41 hijrah ketika berumur 59 tahun dan dikebumikan di
Madinah.
5) Sayyidah Zainab binti Khuzaimah: Dilahirkan 13 tahun
sebelum pengutusan Rasulullah. Beliau berkahwin dengan
Baginda pada tahun 3 hijrah ketika umurnya 29 tahun, akan
tetapi hanya sempat hidup bersama Baginda kurang dari 7
bulan sebelum meninggal. Beliau meninggal di Madinah pada
bulan Rabiul-akhir tahun 4 hijrah ketika berumur 30 tahun dan
dikebumikan di Madinah.
6) Sayyidah Ummu Salamah (Hindun): Dilahirkan 7 tahun
sebelum pengutusan Rasulullah. Beliau berkahwin dengan
Baginda pada bulan Syawal tahun 4 hijrah ketika umurnya 34
19
tahun. Beliau meninggal di Madinah pada tahun 61 hijrah ketika
umurnya 91 tahun dan dikebumikan di Madinah.
7) Sayyidah Zainab binti Jahsh: Dilahirkan di Mekah 20 tahun
sebelum pengutusan Rasulullah. Beliau berkahwin dengan
Rasulullah pada bulan Zul-qaedah tahun ke-4 hijrah ketika
beliau berumur 37 tahun. Beliau meninggal di Madinah pada
tahun 20 hijrah ketika umurnya 53 tahun dan dikebumikan di
Madinah.
Tambahan: Beliau ialah isteri Rasulullah yang pertama
meninggal selepas kewafatan Rasulullah.
8) Sayyidah Juwairiyah binti Al-harist: Dilahirkan 14 tahun
sebelum hijrah dan berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 6
hijrah ketika berumur 20 tahun. Beliau meninggal di Madinah
pada tahun 50 hijrah pada ketika berumur 64 tahun, dan
dikebumikan di Madinah.
9) Sayyidah Ramlah (Ummu Habibah): Dilahirkan di Mekah 30
tahun sebelum hijrah dan bernikah dengan Rasulullah pada
tahun 7 hijrah ketika berumur 37 tahun. Beliau meninggal di
Madinah pada tahun 42 hijrah ketika berumur 72 tahun dan
dikebumikan di Madinah.
10) Sayyidah Sofiyyah binti Huyai: Dilahirkan 10 tahun sebelum
hijrah dan berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 7 hijrah
ketika umurnya 17 tahun. Beliau meninggal di Madinah pada

20
tahun 50 hijrah ketika umurnya 60 tahun dan dikebumikan di
Madinah.
11) Sayyidah Maimunah binti Al-harist: Dilahirkan 19 tahun
sebelum hijrah dan berkahwin dengan Rasulullah pada tahun 7
hijrah ketika umurnya 26 tahun. Beliau meninggal di Madinah
pada tahun 51 hijrah ketika umurnya 70 tahun dan beliau
dikebumikan di sebuah tempat bernama “saraf” di luar
kawasan Mekah.
Anak-anak Rasulullah:
Anak-anak Rasulullah semuanya 7 orang, 3 lelaki dan 4
perempuan. Anak dari Sayyidah Khadijah 6 orang, manakala
baki seorang dari hambanya yang dihadiahkan oleh Maqauqis
(raja mesir) yang bernama Mariah Al-Qibtiyyah.
Anak-anak Baginda secara tertib:
1) Qasim: Lahir di Mekah sebelum pengutusan Rasulullah.
Beliau adalah anak yang pertama akan tetapi hanya hidup
selama 2 tahun dan dikebumikan di Mekah.
2) Zainab: lahir di Mekah 10 tahun sebelum pengutusan
Rasulullah. Beliau berkahwin dengan Abu Al’as bin Rabi’
sebelum hijrah dan dengan perkahwinan ini terlahirlah dua
orang cahaya mata iaitu Ali (meninggal ketika kecil) dan
Umamah (meninggal pada zaman pemerintahan Muawiyah bin

21
Abu Sufyan). Zainab meninggal pada tahun 8 hijrah ketika
umurnya 30 tahun dan dikebumikan di Madinah.
3) Ruqayyah: Lahir di Mekah 7 tahun sebelum pengutusan
Rasulullah. Pada awalnya beliau dikahwinkan dengan Ut’bah
bin Abu Lahab, akan tetapi diceraikan oleh Ut’bah dengan
perintah ayahnya (Abu Lahab) untuk menjatuhkan semangat
Rasulullah dalam menjalankan usaha dakwah. Setelah itu beliau
dikahwinkan dengan Uthman bin Affan. Dengan perkahwinan
ini terlahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Abdullah.
Sayyidah Ruqayyah meninggal pada tahun 2 hijrah dan
dikebumikan di Madinah.
4) Ummu Kalsum: Lahir di Mekah 6 tahun sebelum pengutusan
Rasulullah. Pada awalnya beliau dikahwinkan dengan U’taibah
bin Abu Lahab tetapi kejadian yang sama menimpanya seperti
yang berlaku kepada kakaknya (Sayyidah Ruqayyah). Kemudian
beliau bernikah pula dengan Uthman bin Affan selepas
kematian kakaknya (Sayyidah Ruqayyah) dan menjaga anak
saudaranya Abdullah. Perkahwinan mereka tidak menghasilkan
zuriat. Beliau meninggal pada tahun 9 hijrah dan dikebumikan
di Madinah.
5) Fatimah Az-zahra’: Lahir di Mekah 5 tahun sebelum
pengutusan Rasulullah. Berkahwin dengan Saidina Ali bin Abu
Talib dan terhasil dari perkahwinan ini 5 orang anak (Hasan,
Husain, Zainab, Ummu Kalsum dan Muhsin). Beliau meninggal

22
di Madinah selepas 6 bulan kewafatan Rasulullah pada tahun
11 hijrah dan dikebumikan di Madinah.
6) Abdullah: Lahir di Mekah sebelum pengutusan Rasulullah.
Beliau hanya sempat hidup di dunia kurang dari setahun dan
kemudiannya meninggal. Beliau dikebumikan di Mekah.
7) Ibrahim: Lahir di Madinah pada tahun 8 hijrah akan tetapi
meninggal ketika umurnya 17 bulan pada tahun 10 hijrah dan
dikebumikan di Madinah.
Tambahan: Kedua-dua orang anak Abu Lahab sepanjang
perkahwinan mereka dengan puteri-puteri Rasulullah belum
pernah melakukan apa-apa hubungan. Ini kerana mereka
dinikahkan ketika masih kecil dan ini ialah adat bangsa arab di
zaman dahulu.
Tambahan: Semua anak-anak Rasulullah meninggal ketika
Rasulullah masih hidup, melainkan seorang sahaja yang
meninggal selepas kewafatan Rasulullah iaitu Sayyidah Fatimah
Azzahra’.
Ayah dan ibu saudara Rasulullah:
Keseluruhan bapa saudaranya ialah 10 orang manakala
keseluruhan ibu saudaranya ialah 6 orang.
Nama-nama mereka ialah:

23
Bapa saudara: Harist, Qatsam, Zubair, Al-abbas, Abu Talib
(namanya abdu manaf), Abu Lahab (namanya Abdul-uzza),
Abdul-ka’bah, jahal (namanya Mughirah), Dhirar dan Ghaidaq.
Ibu saudara : Sofiyyah, ‘Atikah, Arwa, Umaimah, Barrah, Ummu
Hakim Al-baidho’.
Akan tetapi, ibu dan bapa saudara Baginda yang memeluk
agama islam hanyalah 3 orang, mereka ialah:
1) Hamzah bin Abdul Muttalib: dilahirkan di Mekah 2 tahun
sebelum tahun gajah dan memeluk islam pada tahun ke enam
dari pengutusan Rasulullah. Beliau meninggal pada tahun ketiga
hijrah dalam peperangan Uhud dan dikebumikan di depan bukit
Rummah.
Tambahan: beliau juga ialah saudara susuan Rasulullah.
2) Abbas bin Abdul Muttalib: dilahirkan di Mekah 3 tahun
sebelum tahun gajah dan memeluk islam sebelum hijrah, akan
tetapi beliau menyembunyikan keislamannya sehinggalah
beliau berhijrah. Beliau meninggal di Madinah pada bulan
Ramadhan tahun 32 hijrah dan dikebumikan di Madinah.
Tambahan: Beliau ialah orang yang terakhir berhijrah dari
Mekah ke Madinah.
3) Sofiyyah binti Abdul Muttalib: dilahirkan 50 tahun sebelum
hijrah dan memeluk islam pada awal dakwah Rasulullah. Beliau

24
meninggal di Madinah pada tahun 20 hijrah dan dikebumikan di
Madinah.
Tambahan: ibu saudara dan bapa saudara Baginda yang khilaf
tentang keislaman mereka ialah Abu Talib, Arwa dan A’tikah.

Mawali Rasulullah (hamba yang dibebaskan):


Mawali Rasulullah dari kalangan lelaki ialah:
Zaid bin Harisah, Sauban bin Bajdad, Abu Kabsyah Salim,
Anisah, syuqran, Rabah Nubi, Yasar Nubi, Abu Rafi’, Abu
Muwaihibah, Fadhalah, Rafi’, Mad’am, Kurkurah Nubi, Zaid
(datuk Bilal bin Yassar), ‘Ubaid, Thohman, Mabur Al-qibthi,
Waqid, Abu Waqid, Hisyam, Abu Dhomroh, Hanin, Abu ‘Asyib,
Abu ‘Ubaid, Safinah, Abu Hind, Anjasyah Al-hadi dan Abu
Lubabah.
Mawali Rasulullah dari kalangan perempuan:
Salma ibu Rafi’, Barakah (pengasuhnya), Mariah, Raihanah,
Maimunah, Khodroh dan Ridhwa.
Khadam Rasulullah (dari kalangan orang yang bebas:
Anas bin Malik, Hindun binti Harisah, Asma binti Harisah,
Rabiah bin Kaab Al-aslamiyyun, Abdullah bin Mas’ud, Uqbah bin
‘Amir, Bilal, Saad, Zu Mikhmar (anak saudara Najasyi), Bukair
bin Syaddakh Al-laisi dan Abu Zar Al-ghifari.
25
Penjaga Rasulullah:
Saad bin Muaz dalam peperangan Badar, Zakwan bin Abdu Qais
dan Muhammad bin Maslamah pada peperangan Uhud, Zubair
pada peperangan Khandaq, Ubad bin Bisyr, Saad bin Abi
Waqqas dan Abu Ayyub pada peperangan Khaibar, Bilal ketika
di Wadi Qura. Ketika turunnya ayat:

ِ ‫و هللاه يعْ صِ مهك مِن ال َّن‬


‫اس‬
Baginda tidak mahu dijaga lagi.
Utusan Rasulullah kepada raja-raja (penghantar surat):
Baginda mengutuskan:
Amru bin Umayyah menghantar surat kepada Najasyi dan
beliau memeluk islam,
Dihyah Al-kalbi menghantar surat kepada Qaisar raja Rum dan
beliau menolak islam kerana takut kekuasaannya jatuh.
Abdullah bin Huzafah menghantar surat kepada Kisra raja Farsi
dan beliau mengoyak surat Rasulullah.
Hatib bin Abi Balta’ah menghantar surat kepada Maqauqis raja
Mesir dan beliau menolaknya dengan cara yang baik iaitu beliau
menghantar hadiah kepada Rasulullah.
Amru bin As’ menghantar surat kepada Jifar dan Abdu ibni Al-
julanda dan mereka memeluk islam.

26
Salith bin Amru Al-amiri menghantar surat kepada Huzah raja
Yamamah dan beliau tidak memeluk islam.
Syuja’ bin Wahab Al-asadi menghantar surat kepada Al-harist
bin Abi Syamr Al-ghisani raja Balqa’ dari Syam dan beliau
mencampakkan surat Rasulullah, lalu beliau mahu menyerang
Rasulullah akan tetapi dihalang oleh Qaisar.

‘Ala’ bin Al-hadhrami menghantar surat kepada Munzir bin


Sawa raja Bahrain dan beliau memeluk islam.
Abu Musa Al-asyari dan Muaz bin Jabal menghantar surat
kepada raja Yaman dan mereka semua (raja dan rakyat)
memeluk islam.
Harist bin Umair Al-azdiy menghantar surat kepada raja Basra,
ketika sampai di Mu’tah beliau ditahan oleh Syarahbil lalu
dipenggal lehernya. Hanya beliau utusan Rasulullah yang
dibunuh.
Penulis surat bagi Rasulullah:
Diantara penulis bagi Rasulullah ialah : Saidina Abu Bakar,
Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Amir bin Fahirah,
Abdullah bin Al-arqam, Ubay bin Kaab, Thabit bin Qais bin
Syamas, Khalid bin Said, Hanzalah bin Rabi’, Zaid bin Thabit,
Muawiyah, Syarhabil bin Hasanah radiallahu anhum.
10 para sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga:

27
Mereka ialah : Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina
Uthman, Saidina Ali, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqqas,
Abdurrahman bin Auf, Tolhah bin Ubaidillah, Said bin Zaid, Abu
Ubaidah Amin bin Al-jarrah.

Kenderaan Rasulullah:
Rasulullah mempunyai beberapa haiwan tunggangan
diantaranya:
Kuda 10 ekor yang bernama: Sakab, Murtajiz, Lizaz, Lahif,
Zhorb, Ward, Dhors, Mulawih, Sibhah dan Bahr.
Baghal 3 ekor yang bernama: Duldul, Fiddhoh dan Iliyah.
Seekor himar yang bernama: Ya’fura.
Seekor kambing untuk diminum susunya bernama: Ghisah.
Senjata Rasulullah:
Rasulullah mempunyai beberapa senjata seperti:
Pedang: Baginda mempunyai 9 pedang yang bernama : Zul-
Qaffar, Al-Qal’iy, Battar, Hatf, Mikhdam, Rasub, ‘Asob, Qadib
dan lagi satu pedang yang diwarisi oleh ayahnya.
Pemanah: Baginda mempunyai empat anak panah yang
bernama: Munsana, Mihjan, Arjun dan Mamsyuq.

28
Baju besi yang bernama; Saghdiyah, Fiddhah, Zat fudhul, baju
besi nabi Daud.
Topi besi: Subugh.

Barang keperluan Rasulullah (kegunaan harian):


Baginda ada sebuah beg yang berisi di dalamnya : cermin, sikat,
celak, gunting dan kayu sugi. Tilam Rasulullah dibuat dari
pelepah kurma, Baginda juga ada 3 bekas cawan.: Mughis,
Rayyan dan kedua ini digunakan untuk minum, adapun lagi
sebuah bekas yang bernama Uud’ digunakan untuk membuang
air kecil.Baginda juga ada cincin dari perak yang tertulis
padanya “Muhammad Rasulullah” dan cincin ini juga digunakan
sebagai cop mohor. Cop mohor ini hilang pada zaman
pemerintahan Saidina Uthman bin Affan di telaga Aris.
Beberapa mukjizat Rasulullah:
Sebagai seorang nabi dan rasul, mukjizat ialah sebuah anugerah
dari Allah kepada mereka untuk membuktikan kebenaran
sebagai seorang Rasul. Di antara mukjizat-mukjizat yang
dianugerahkan kepada Rasulullah ialah:
- Al-quran: ini kerana Ayat-ayat yang ada padanya tidak
seperti syair arab dan tidak ada yang mampu untuk mencipta
sepertinya walaupun satu surah yang pendek.

29
- Ketika beliau menyifatkan bentuk Baitul-Maqdis selepas
pulang dari isra dan mi’raj, bulan terbelah, ketika menabur
pasir di atas kepala orang quraisy yang ingin membunuhnya
dan ketika itu Baginda hendak berhijrah ke Madinah,
mencampakkan pasir pada musuh pada peperangan Hunain
yang mematikan ramai pihak musuh, menyapu belakang
kambing Ummu Ma’bad yang lemah dan tidak bersusu lalu
keluar susunya mencurah-curah, doanya kepada Umar untuk
memeluk islam, menyembuhkan mata yang terkeluar dan
kembali mata itu di tempat asalnya, doanya kepada Anas untuk
panjang umur dan diberkati harta dan Anas meninggal ketika
umurnya melebihi 100 tahun dan ia tinggal di istana dan
banyak lagi.
Bagi yang ingin mengetahui maklumat tentang mukjizat-
mukjizat Rasulullah, maka bolehlah merujuk kepada kitab U’yun
Asar bagi Ibnu Sayyidinnas, Anwarul Muhammadiah bagi Syiekh
Yusuf Annabhani. Wa Allahu A’lam.

30
Penutup
Alhamdulillah, saya telah selesai menulis kitab ini pada hari
selasa 28 Zulhijjah 1438 hijrah yang bersamaan 19 September
2017 hijrah di Kaherah, Mesir.
Dengan mengharapkan redha dan kasih sayang daripada Allah,
saya berdoa agar kitab ini menjadi berkat dan dibaca di mana-
mana sahaja. Semoga Allah memilih kita untuk mempunyai
cinta yang utuh kepada Nabi Muhammad Sallallhu alaihi
wasallam, semoga kita dapat minum air dari telaganya, semoga
kita mendapat syafaat daripadanya, semoga kita boleh untuk
bertemu dengannya di dalam tidur dan jaga kita, semoga cinta
kita kepada ahli-keluarganya tidak akan pernah kurang malah
bertambah, semoga kita akan mati dalam agama yang
dibawanya. Amin ya robbal-alamin.
Pesan saya pada para pembaca, jangan merasa kosong hati
ketika kita telah meminta untuk bertemu Rasulullah tetapi tidak
dikabulkan. Hakikatnya doa kita diterima oleh dan hanya yang
tinggal ialah kita berusaha menyucikan hati dari segala
keburukan dan bertawakkal kepada Allah. In sya Allah Baginda
akan datang kepada kita dan mendoakan kita. Janganlah cinta
ini menjadi kurang, ini kerana Baginda mencintai kita padahal
Baginda belum bertemu kita, cinta dan kerinduannya terlalu
tinggi kepada kita. Oleh kerana itu, percayalah walai sahabatku
semua, kita akan dapat melihatnya bilamana kita mengikut

31
syariatnya, menjauhi larangannya dan sentiasa menambahkan
cinta kita kepadanya..
Untuk mengakhiri penulisan ini saya meminta maaf jika
terdapat kekurangan dalam penulisan ini, kerana sesungguhnya
pekerjaan makhluk biasa tidak akan pernah terlepas dari
kesalahan dan bagi sesiapa yang ingin mengetahui maklumat
yan lebih maka boleh lah untuk membaca buku susunan saya
yang berjudul “Fathul Mubin Fi Sirah Sayyidil Mursalin”. Buku
ini ialah buku yang sangat ringkas, padat akan tetapi
perbahasannya menyeluruh dan boleh saya katakan di sini
bahawa kitab itu ialah tangga yang kedua selepas membaca
kitab ini. Wa Allahu a’lam.
َّ ‫و صلَّى هللاه على سي ِدنا همح َّمد و على آلِ ِه‬
.‫الطا ِه ِر ْين و صحاب ِت ِه أجْ م ِع ْين‬

32
IJAZAH KITAB
‫ الحمد هلل رب العالمين و الصالة والسالم على سيدنا‬،‫بسم الرحمن الرحيم‬
‫أما بعد‬.‫محمد المبعوث رحمة للعالمين وعلى آله و صحبه و سائر المسلمين‬..
Saya mengijazahkan kitab :

‫السنَ ِة‬
َّ ‫ب‬ِ ‫اهلل َعلَى تَ ْرتِْي‬
ِ ‫الرسالَة اللَّ ِط ْي َفة فِي ِس ْي رِة رسو ِل‬
ْ َ َ ْ َ ِّ
“Risalah yang ringkasan pada menyatakan sirah Rasulullah
mengikut tertib tahunan”
Kepada yang menerima:
……………………………………………………………………
Yang ianya karangan hamba yang faqir.
Semoga penerima akan mendapat manfaat dari pembacaan
kitab ini dan bertambah cintanya kepada Rasulullah yang
mulia Sayyidina Muhammad bin Abdullah Al-qurasyi Al-
Muttalibi Rahmatan Lil A’lamin.

Yang mengijazahkan :
Mohammad Naim Saidi Asy-syafie
Pelajar Ilmu Asy-syarif

33

Anda mungkin juga menyukai