Anda di halaman 1dari 40

ISI KANDUNGAN

Bil Topik Muka Surat


1 DEFINISI 1
2 SEJARAH 4
3 FALSAFAH 5
4 TEORI PELAZIMAN KLASIK 6
5 TEORI PELAZIMAN OPERAN 13
6 PERMODELAN 25
7 SUMBANGAN PSIKOLOGI TINGKAH LAKU KEPADA 29
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
8 KESIMPULAN 38
9 RUJUKAN 39

1
DEFINISI

Psikologi

'Psikologi' didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku dan proses
mental organisma. Tiga idea penting dalam definisi ini ialah; 'saintifik', 'tingkah laku'
dan 'proses mental'. Setiap satu daripadanya akan dihuraikan di bawah ini.

Saintifik bermaksud kajian yang dilakukan dan data yang dikumpulkan perlulah
mengikuti prosedur yang sistematik yakni dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
 Nyatakan masalah & tentukan hipotesis yang hendak dikaji
 Reka bentuk kajian & tentukan teknik pengumpulan data
 Pengumpulan data & melakukan analisis data
 Melaporkan penemuan untuk memastikan sejauh manakah hipotesis dapat
dibuktikan.

Berasaskan maklumat di atas, jelaslah bahawa kajian terhadap disiplin psikologi turut
menggunakan kaedah saintifik. Walaupun kaedah saintifik diikuti, namun ahli-ahli
psikologi perlulah membuat pelbagai inferen atau tafsiran berdasarkan dapatan yang
diperolehi. Ini adalah kerana subjek atau sampel yang dikaji adalah haiwan dan
manusia dan tidak seperti sesuatu unit kecil umpamanya sel (seperti dalam kajian
biologi) atau bahan kimia (seperti dalam kajian kimia) yang secara perbandingannya
adalah lebih stabil. Ini amat berbeza apabila mengkaji tingkah laku haiwan atau
manusia yang sememangnya sukar dan memerlukan kekerapan dalam membuat
inferen atau tafsiran.

Tingkah laku bermaksud apa jua aktiviti yang dapat diperhatikan, direkod dan diukur.
Tingkah laku juga dapat diperhatikan apabila individu menyebut atau menulis sesuatu.
Sebagai contoh, catatan yang dilakukan seorang tentang ketakutan yang dialaminya
atau sikap dirinya merupakan tingkah laku.

1
Proses Mental merangkumi segala proses-proses yang terlibat dengan pemikiran,
penaakulan, ingatan, lupaan, pembelajaran, sikap, emosi, perasaan dan seumpamanya.
Perkara-perkara inilah yang menjadi tumpuan ahli-ahli psikologi untuk mengkaji dan
menyelidik dan seterusnya memperolehi dapatan untuk dikongsi bersama dalam dunia
psikologi. Namun demikian dalam meneroka proses kajian ini para psikologis
menemui masalah kerana proses-proses ini tidak boleh dilihat dan sukar pula untuk
merekod dan mengukur dengan tepat. Sebagai contoh, sukar untuk mengukur dan
merekodkan emosi atau spiritual individu. Justeru pada tahun 60an, ahli-ahli psikologi
enggan menerima kajian mengenai proses-proses ini kerana ia tidak boleh dijalankan
secara saintifik. Bagaimana pun paradigma tersebut telah berubah apabila pelbagai
teknik dan kaedah baru ditemui, lantaran itu kajian mengenai proses-proses mental
diterima sebagai aspek psikologi.

Apakah itu Pembelajaran?

Pembelajaran adalah perkara yang sangat rapat hubungannya dengan manusia. Setiap
manusia mengalaminya dalam setiap detik kehidupannya. Setiap detik dan masa yang
kita lalui pada hakikatnya adalah detik-detik dan masa kita belajar. Sebagai contoh,
kita belajar tentang iklan yang kita tonton melalui media massa dan media cetak. Kita
juga memiliki perasaan terhadap seseorang yang kita pandang, bertemu, berbual atau
bersentuhan. Kita turut berasa kecewa, marah, geram, benci atau menyampah
terhadap sesuatu tingkah lalu individu dan sebagainya. Kita juga berasa mual dan loya
kerana bau hapak dan busuk apabila melintasi sesuatu kawasan, tapak, tempat atau
premis. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa
pembelajaran berlaku melalui kelima-lima deria kita, iaitu:
 Penglihatan: melihat ('visual') kejadian sesuatu peristiwa.
 Pendengaran: mendengar ('auditory') sesuatu bunyi.
 Bau: Bau ('olfactory') makanan membuat kita merasa lapar.
 Rasa: Lidah kita merasa ('taste') dan dapat membezakan antara masin dan masam.
 Sentuhan: Kulit kita merasa sentuhan ('tactile') dan dapat membezakan antara
permukaan licin dan permukaan kasar.

2
Lazimnya secara konsensas pembelajaran dikaitkan dengan pemahaman atau
penguasaan fakta atau konsep. Namun demikian bidang psikologi melihat bahawa
pembelajaran tidak semestinya melibatkan penguasaan fakta atau konsep sesuatu
bidang ilmu semata-mata. Malahlah pembelajaran dalam konteks ilmu psikologi
adalah melampaui perkara tersebut yang mana turut melibatkan perasaan-perasaan
berkaitan dengan kehendak, dorongan, desakan, hasrat, emosi, kasih sayang, benci,
dengki dan kerohanian.

Pembelajaran tidak terbatas kepada apa yang kita rancangkan sahaja, tetapi jua
melibatkan pengalaman yang berada di luar kawalan kita. Sebagai contoh, peristiwa
kemalangan (jalan raya), bencana (peperangan) dan mala petaka (gempa bumi dan
tsunami) atau mungkin juga seorang yang jatuh cinta pada pandangan pertama (Love
at first sight!). Pembelajaran adalah minat ramai orang tanpa mengira batas usia,
status, jawatan, kedudukan, kaya mahupun miskin, individu ataupun organisasi
(Contohnya; kanak-kanak, pelajar, ibubapa, guru, pekerja, majikan, swasta mahupun
kerajaan, individu mahupun organisasi). Bertitik tolak dari itu, maka psikologi
pembelajaran telah muncul sebagai satu-satunya tumpuan yang mengkaji mengapa,
bila dan bagaimana pembelajaran berlaku bagai sesuatu organisma. Semua organisma
mempunyai kapasiti untuk belajar selagi organisma itu mempunyai otak. Hal ini amat
menjurus kepada manusia yang memiliki otak dan akal. Dalam konteks Islam pula
manusia memiliki akal (aql), naql, dan nafsu (naf).

Secara umum pembelajaran disifatkan sebagai suatu proses perubahan yang berlaku
akibat daripada pengalaman yang dialami oleh individu berkenaan. Tumpuan dan
fokus perhatian ahli psikologi ialah kepada tiga soalan berikut, iaitu: mengkaji
bagaimana, mengapa dan bila proses pembelajaran berlaku. Contohnya, bagaimana
seekor anjing datang ke mari apabila dipanggil namanya. Manusia mempamerkan
pelbagai tingkah laku dan agak sukar pula untuk menentukan bagaimana tingkah laku-
tingkah laku tersebut dipelajari. Justeru, ahli-ahli psikologi ingin mengetahui prinsip-
prinsip umum yang menerangkan pembelajaran.

3
SEJARAH

Psikologi Awal

Psikologi moden bermula di Eropah. Pengasasnya ialah Wilhelm Wundt yang menjadi
orang pertama menubuhkan makmal psikologi. Sejarah telah mencatatkan bahawa
tumpuan psikologi awal ialah mengkaji aspek-aspek sensasi (sensation), persepsi
(perception) dan tumpuan. (attention). Hermann Ebbinghaus, seorang Jerman,
merupakan ahli psikologi yang pertama mengkaji pembelajaran secara saintifik. Pada
tahun 1879, dia menggunakan dirinya sendiri sebagai subjek dalam eksperimen yang
mengkaji pembelajaran dan ingatan.

Hermann Ebbinghauslah yang memperkenalkan ujian 'kaitan bebas' (free


association). Ujian 'kaitan bebas' (free association) ini menguji kaitan antara
perkataan yang diberikan oleh penyelidik dengan perkataan yang berikan oleh subjek
(sampel/responden). Sebagai contoh, penyelidik meminta respons daripada responden
terhadap pernyataan ini. "Nyatakan perkataan pertama yang muncul dalam minda
kamu apabila saya mengatakan _______ ". Tujuannya ialah untuk mengkaji
bagaimana responden membuat perkaitan antara perkataan dengan idea. Jelaslah di
sini bahawa tujuan psikologi ialah untuk mengkaji bagaimana manusia membuat
perkaitan antara perkataan atau idea. Ebbinghaus juga terkenal dengan eksperimen
yang menunjukkan fenomena ingatan di kalangan manusia. Dalam tahun 1885, beliau
telah menjalankan satu eksperimen yang menunjukkan bahawa kadar lupaan lebih
ketara pada permulaan (iaitu 55% selepas 1 jam) dan berkurangan seterusnya (iaitu
14% selepas 31 hari).

Kajian mengenai psikologi biasanya akan berkisar dengan kajian dan penulisan asal
John B. Watson. Pada tahun 1913, Watson telah merumuskan mengenai tingkah laku
di dalam penulisannya bertajuk “Psychology as the Behaviorist Views It”. Watson
menentang penggunaan rumusan sendiri atau penilikan sendiri dalam mengumpulkan
maklumat psikologi. Beliau mengatakan bahawa pemerhatian tingkah laku merupakan
satu-satunya kaedah untuk mengumpul maklumat psikologi. Menurut Watson, minda
atau kesedaran perlu disingkirkan dari bidang psikologi. Tokoh lain yang terkenal
dalam mengamalkan tradisi ini ialah B. F. Skinner dari Universiti Harvard.
4
FALSAFAH

Seperti bidang-bidang sains lain, psikologi berasal sebahagian daripada falsafah.


Psikologi yang dikaji secara saintifik bermula pada akhir abad ke 19 dan umur bidang
ini adalah lebih kurang 100 tahun; agak muda jika dibanding dengan disiplin-disiplin
lain. Tumpuan disiplin psikologi pada awalnya ialah mengkaji dan memahami
bagaimana manusia atau organisme mengetahui atau belajar. Kemudian, psikologi
terbahagi-bahagi kepada sub-disiplin lain seperti psikologi perkembangan, psikologi
sosial, psikologi organisasi, psikologi kaunseling dan lain-lain.

Ahli-ahli falsafah telah lama cuba menerangkan apa itu pengetahuan/ilmu, bagaimana
manusia menguasai pengetahuan/ilmu atau mengetahui sesuatu dan bagaimana
manusia menggunakan pengetahuan itu. Mungkin teori yang tertua berkenaan
pengetahuan ialah Teori Salinan (Copy Theory) yang dicadangkan oleh ahli falsafah
Yunani Alcmaeon, Empedocles dan Democritus pada abad ke4 & ke5 sebelum
Masihi. Menurut teori ini kita melihat sesuatu objek dan salinan objek itu terbentuk
dalam minda kita. Oleh itu kita mengetahui objek itu melalui salinan yang berada
dalam minda kita.

Ahli-ahli falsafah yang datang kemudian menolak teori salinan. Menurut mereka
perwakilan (salinan) mungkin tidak merupakan objek asal dan sekiranya kita hanya
mengetahui salinan, adalah sukar untuk menentukan bahawa salinan itu adalah tepat.
Ahli-ahli falsafah realisme (realism) seperti Thomas Reid menolak konsep salinan
dan mencadangkan bahawa kita mengetahui tentang sesuatu objek secara langsung
tanpa melalui perwakilan atau salinan. Masalah dengan penerangan ini ialah; jika kita
mengetahui sesuatu secara langsung, mengapa kita selalu membuat kesilapan.
Contohnya, sesuatu bintik pada lantai kita sangkakan adalah seekor serangga yang
sebenarnya adalah titik cat yang tertinggal.

Kemudian terdapat ahli-ahli falsafah idealisme (idealisme) yang menolak sama sekali
objek. Bagi mereka apa yang terdapat dalam minda kita ialah idea; semua
pengetahuan kita terdiri daripada idea dan bukan perkara atau benda.

5
TEORI PELAZIMAN KLASIK

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Ivan Petrovich Pavlov (1849 - 1936) seorang ahli fisiologi Rusia,membuat kajian
mengenai 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah
Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat
sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang
berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin
membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian
ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.[1]

Pada awal tahun 1900an, Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik
dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu
organisme. Daripada eksperimen ini mak belian mewujudkan teori pelaziman klasik.

Teori ini juga dikenali sebagai:


(a) Teori pelaziman Pavlov.
(b) Teori pelaziman gantian.
(c) Teori pelaziman pemindahan.
(d) Teori pelaziman bergerak balas/responden.

Mengikut teorinya, setiap rangsangan menimbulkan gerak balas. Sebagai contoh,


seorang ibu meletakkan makanan yang sedap di atas meja (rangsangan) dan anaknya
pergi mendapatkannya (gerak balas). Pavlov mengatakan bahawa pembelajaran
berlaku akibat kaitan rangsangan dan gerak balas.[2]

Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan antara dua rangsangan
dinamakan pelaziman. Contohnya, jika cara seorang guru mengajar Psikologi adalah
menarik, pelajar akan memberi perhatian dalam bilik kuliah. Rangsangan yang
pertama adalah Psikologi dan rangsangan yang kedua ialah cara mengajar yang
menarik. Oleh kerana perkaitan antara dua rangsangan ini adalah positif,
pembelajaran atau gerak balas positif berlaku (pelajar memberi perhatian). Tingkah
6
laku memberi perhatian ini akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus memberi
perhatian apabila guru tersebut mengajar Psikologi.

Eksperimen Pavlov

Semasa Pavlov yang sedang mengkaji sistem penghadaman, secara tidak langsung
telah memerhati satu cara pembelajaran. Pavlov mencadangkan bahawa proses asas
pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu
GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan
menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas
dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing
tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang
akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis
bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu
rangsangan. Peralatan eksperimennya dengan anjing ditunjukkan dalam rajah 4.1 dan
huraian ringkas dihuraikan dalam jadual 4.1.

Rajah 4.1 : Peralatan eksperimen

7
Jadual 4.1 Proses pelaziman klasik Pavlov

Peringkat sebelum pelaziman

Apabila Pavlov menunjukkan makanan kepada anjing (rangsangan tak terlazim),


anjing mengeluarkan air liur (gerak balas tak terlazim). Apabila sesuatu berlaku
secara semula jadi, istilah tak terlazim digunakan. Seterusnya, Pavlov membunyikan
loceng, (rangsangan terlazim) tidak ada gerak balas atau respon daripada anjing
tersebut. Apabila sesuatu berlaku secara tidak semula jadi, istilah terlazim digunakan.
Tidak ada respon kerana air liur tidak keluar daripada mulut anjing tersebut.

8
Peringkat semasa pelaziman

Dalam peringkat ini, Pavlov membunyikan loceng. Kemudian selepas seketika


menunjukkan makanan kepada anjing dan ini dilakukan beberapa kali. Loceng
(rangsangan terlazim) dibunyikan dan selepas itu anjing diberi makanan (rangsangan
tak terlazim). Anjing mengeluarkan air liur dari mulutnya (gerak balas tak terlazim).

Peringkat selepas pelaziman

Tindakan loceng dan pemberian makanan serentak diulangi beberapa kali. Apabila
anjing mendengar bunyi loceng (rangsangan terlazim), ini menyebabkan gerak balas
terlazim (air liurnya keluar). Pelaziman berlaku apabila loceng dibunyikan
(rangsangan terlazim) dan anjing mengeluarkan air liurnya (gerak balas terlazim),
walaupun makanan tidak ditunjukkan. Tingkah laku ini dikenali sebagai pelaziman
klasik kerana anjing telah mempelajari suatu tingkah laku yang bukan kebiasaan
baginya.

Mengikut Pavlov, eksperimennya juga dapat menunjukkan banyak tingkah laku


pelaziman yang lain seperti generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.

9
Konsep rangsangan dan tindak balas dalam eksperimen Pavlov

Sebelum Pelaziman

RTT (makanan) -----> GTT (keluar air liur)


RT (loceng) -----> Tidak ada gerak balas

Semasa Pelaziman

RT (loceng) -----> GTT (makanan) ----> GTT (keluar air liur)

Selepas Pelaziman

RT (loceng) -----> GT (keluar air liur)

Simbol:
RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)

10
Konsep tingkah laku pelaziman yang lain dalam eksperimen Pavlov

Generalisasi

Definisi generalisasi ialah organisma akan melakukan gerak balas yang sama
walaupun rangsangan yang menggerakkannya tidak serupa seratus peratus. Pavlov
mendapati bahawa apabila anjing mendengar bunyi yang hampir sama dengan loceng
kuat atau lemah atau bunyi seperti siren dan gong, anjing masih mengeluarkan air
liurnya (gerak balas terlazim). Ini bermakna anjing tersebut sudah berjaya membuat
generalisasi.

Diskriminasi

Pavlov juga mengatakan bahawa anjing berkeupayaan untuk membuat respon yang
berbeza untuk rangsangan yang hampir sama. Makanan hanya diberi apabila terdapat
bunyi siren dan tidak semasa bunyi-bunyi yang lain. Selepas pelaziman, air liur anjing
hanya akan keluar (gerak balas terlazim) apabila bunyi siren (rangsangan terlazim)
kedengaran. Anjing telah berjaya membezakan atau mendiskriminasikan bunyi siren
daripada bunyi-bunyi yang lain.

Penghapusan

Dalam penghapusan, rangsangan terlazim diberi (bunyi loceng) dan ia tidak diikuti
dengan rangsangan tak terlazim (makanan). Proses ini dipanggil proses penghapusan.
Sebagai contoh, jika makanan tidak diberi semasa loceng dibunyikan, air liur
anjing akan semakin berkurangan sehingga tidak keluar langsung. Maka gerak balas
terlazim (air liur yang keluar) semakin sedikit dan akhirnya hapus sama sekali.

11
Pembelajaran semula

Selepas proses penghapusan, rangsangan makanan dan bunyi loceng diberikan secara
serentak dan anjing belajar semula untuk mengeluarkan air liurnya. Sekali lagi, anjing
telah belajar membuat perkaitan antara bunyi loceng dengan makanan. Proses inilah
yang dipanggil proses pembelajaran semula.

Pemulihan serta merta

Jika bunyi loceng diberhentikan secara serta merta, air liur anjing masih keluar untuk
seketika. Selepas itu, ia semakin sedikit dan akhirnya akan berhenti sama sekali.
Proses terlelehnya air liur untuk seketika dikenali sebagai pemulihan serta merta.

12
TEORI PELAZIMAN OPERAN

Teori Pelaziman Operan Thorndike

Edward L. Thorndike (1874 – 1934) dikaitkan dengan teori pelaziman operan.


Thorndike terkenal untuk teori cuba jaya dan tiga hukumnya, iaitu hukum kesediaan,
hukum latihan dan hukum kesan. Teorinya, seperti teori Pavlov, melihat perkaitan
antara rangsangan dan gerak balas. Akan tetapi, Thorndike tidak setuju dengan teori
pelaziman klasik Pavlov. Dalam eksperimennya, beliau cuba menegakkan hakikat
bahawa manusia belajar melalui proses cuba jaya (kaedah cuba dan ralat). Menurut
beliau, ganjaran mendorong manusia untuk melakukan sesuatu gerak balas, manakala
denda pula menghalang manusia daripada melakukan sesuatu gerak balas. Organisma
akan bertindak atau beroperasi dalam persekitaran, untuk menghasilkan sesuatu yang
positif kerana mendapat gerak balas positif. Dalam pelaziman operan, organisma akan
melakukan sesuatu gerak balas secara sukarela.

Eksperimen Thorndike

Rajah 5.1 Eksperimen Thorndike dengan kucing

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1, Thorndike telah meletakkan seekor kucing
yang lapar di dalam sebuah sangkar dan makanan di luar sangkar tersebut. Setelah
dimasukkan ke dalam sangkar, kucing tersebut melakukan pelbagai tingkah laku
untuk mencari jalan keluar seperti mencakar dan mencuba untuk keluar. Setelah

13
beberapa percubaan, dengan cara tidak sengaja, kucing tersebut telah terusik selak
yang menahan pintu.

Tindakan kucing yang melakukan pelbagai tindakan dipanggil cuba jaya atau kaedah
cuba ralat. Kucing dapat keluar dan makan makanan tersebut. Apabila Thondike
memasukkan semula kucing ke dalam sangkar, ia hanya mengambil sedikit masa
sahaja untuk keluar daripada sangkar itu kerana sudah mengetahui cara keluar. Pada
percubaan yang terakhir (kali ke-20), kucing tersebut dengan serta merta (automatik)
menekan selak sebaik sahaja ia dikurung di dalam sangkar. Maka ia telah dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.

Di sini, Thorndike mengemukakan hukum kesan, iaitu apabila kucing dapat melihat
kaitan antara rangsangan dan gerak balas (membuka pintu sangkar dan diikuti dengan
keadaan yang memuaskan (mendapat ganjaran), tingkah laku tersebut akan
diteguhkan. Jika kesannya menyeronokkan, tingkah laku akan diulang. Jika kesannya
tidak menyeronokkan, tingkah laku tidak akan diulang. Thorndike berpendapat
bahawa pembelajaran adalah proses penyelesaian masalah dalam persekitaran dan
membuat pilihan serta keputusan yang terbaik.

Hukum-hukum hasil eksperimen Thorndike

Hasil daripada eksperimen Thorndike, beliau mengemukakan tiga hukum yang utama
iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.

Hukum kesediaan

Thorndike mengatakan bahawa hukum kesediaan merujuk kepada persiapan yang


perlu ada pada organisma sebelum ia bertindak. Dalam eksperimen Thorndike, kucing
harus berkeupayaan melakukan gerak balas yang diingini (menekan selak dalam
sangkar). Begitu juga dengan manusia, untuk melakukan sesuatu aktiviti yang
diperlukan, dia perlu berada dalam keadaan fizikal yang baik dan mempunyai aras
motivasi yang tinggi. Apabila pelajar berada dalam keadaan bersedia, dia akan berasa
puas apabila dia bertindak. Jika pelajar belum bersedia untuk bertindak, dan guru
14
menyuruh pelajar bertindak, dia akan berasa kecewa. Oleh itu, guru perlu melihat
tahap kesediaan pelajar.

Hukum latihan

Dalam eksperimen Thorndike, selepas beberapa kali kucing dimasukkan balik ke


dalam sangkar, ia mengambil masa yang tidak begitu lama untuk keluar, jika
dibandingkan dengan masa kali pertama. Ini ialah kerana ia telah belajar melalui
proses latihan, dan telah mempelajari bahawa gerak balas yang lebih cepat akan
mendatangkan ganjaran yang lebih cepat kepadanya. Hukum latihan menyatakan
bahawa satu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan
tanpa pengukuhan. Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah
kukuh jika latihan diadakan. Sebagai contoh, jika pelajar selalu mengulang kaji
rumusan sifirnya, dia dapat mengingatinya dengan lebih senang. Hukum latihan
sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan atau latihan otot.

Hukum kesan

Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan
akan melemahkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Sebagai contoh, dalam
eksperimen Thorndike, kucing mendapat kesan yang menyeronokkan iaitu makanan
apabila ia tekan selak sangkar dengan betul. Sekiranya ia mendapat kejutan elektrik
apabila ia keluar daripada sangkar, kesannya menyakitkan dan ia tidak akan
mempunyai motivasi untuk keluar. Rumusan Thorndike ialah jika tingkah laku diikuti
dengan kepuasan ia akan diulang tetapi jika diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.
Ketiga-tiga hukum dirumuskan dalam Rajah 5.2.

15
Rajah 5.2 Hukum-hukum dalam teori Thorndike

Teori Pelaziman Operan Skinner

Burshus Frederick Skinner (1904-1990) telah melanjutkan usaha E.L Thorndike


dalam kajian tentang pelaziman operan. Skinner telah menjalankan berbagai kajian
dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang
menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant). Perkataan 'operan'
dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan
ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu
mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan
menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan
diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan
tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim. [4]

Eksperimen Skinner

Skinner B.F telah menjalankan kajian ke atas tikus, burung merpati dan manusia
untuk membuktikan teori-teori beliau mengenai psikologi tingkah seperti peneguhan
positif dan peneguhan negatif.

16
Kajian pertama dengan tikus

Langkah pertama kajian Skinner

Beliau meletakkan seekor tikus yang lapar ke dalam kotak Skinner seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 5.3. Dalam kotak itu ada alat penekan pada dindingnya.
Apabila tikus menekan alat tersebut, biji-biji makanan akan terkeluar. Seperti kucing
dalam teori Thorndike, tikus berlari secara rawak dalam kotak tikus Skinner.

Rajah 5.3 : Kotak tikus Skinner

Secara tidak sengaja, tikus tertekan alat penekan dan bijirin makanan pun keluar.
Tindakan ini diulang-ulang sehingga tikus belajar bahawa ‘Jika alat penekan ini
ditekan, makanan akan diperoleh’. Ini bermakna tikus itu telah belajar cara
memperoleh makanan dengan menekan alat penekan tersebut. Tindakan inilah yang
dikatakan pembelajaran melalui pelaziman.

Langkah kedua kajian Skinner

Dalam langkah kedua kajian, Skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat
penekan. Apabila tikus menekan alat penekan tersebut, makanan tidak keluar. Apabila
ganjaran (makanan) dihentikan, tikus pun berhenti menekan alat penekan tersebut
(gerakbalas terhapus). Peringkat ini dikenali sebagai penghapusan.

17
Langkah ketiga kajian Skinner

Skinner memasukkan lampu dalam kotak tikus Skinner. Apabila tikus menekan alat
penekan, lampu menyala dan makanan diperoleh. Jika tikus menekan alat penekan
dan lampu tidak menyala, tikus tidak diberi makanan. Lama-kelamaan tikus belajar
untuk menekan alat penekan hanya apabila lampu dinyalakan. Dalam langkah ini,
tikus belajar konsep diskriminasi, iaitu dapat membezakan masa yang paling sesuai
untuk menekan alat penekan untuk mendapatkan makanan.

Kajian Kedua dengan Burung Merpati

Langkah pertama kajian Skinner

Dalam kajian ini Skinner cuba mengajar burung merpati seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 5.4 untuk bermain ping pong. Skinner cuba membentuk tingkah laku
burung merpati secara berperingkat-peringkat. Apabila burung merpati menghampiri
bola ping pong, ia diberi peneguhan dalam bentuk kacang hijau. Langkah ini diulang-
ulang sehingga burung merpati dilazimkan dengan peneguhan.

Rajah 5.4 : Skinner cuba mengajar burung merpati.

18
Langkah kedua kajian Skinner

Dalam langkah kedua, apabila burung merpati mematuk bola ping pong ia diberikan
kacang hijau. Dengan peneguhan ini, burung merpati terus mematuk bola ping pong
tersebut.

Langkah ketiga kajian Skinner

Apabila burung merpati berjaya mematuk bola ping pong ke sebelah jaring dengan
paruhnya, ia juga diberi peneguhan positif dalam bentuk kacang hijau.

Langkah keempat kajian Skinner

Skinner juga memberi kacang hijau kepada seekor burung merpati lagi yang berada di
sebelah jaring yang lain, sehingga kedua-dua burung merpati berjaya bermain ping
pong.

Peneguhan (Reinforcement)

Peneguhan bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu


tingkah laku dan bukan untuk menyekat atau menghentikannya dengan denda.
Peneguhan ialah proses menggunakan peneguhan positif dan negatif untuk
menguatkan atau mengukuhkan sesuatu tingkah laku operan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5 : Proses peneguhan

Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan stimulus atau
maklum balas yang positif. Peneguhan negatif ialah tingkah laku positif yang

19
ditonjolkan kerana individu ingin melepaskan diri daripada rangsangan yang tidak
menyeronokkan atau menyakitkan.

Peneguhan negatif tidak bererti mendera atau mendenda. Skinner tidak percaya pada
konsep denda atau dera untuk mengubah dan mengawal tingkah laku kanak-kanak.
Skinner mengatakan bahawa kesan denda hanya menindas gerak balas buat sementara
waktu sahaja. Apabila kesan penindasan itu hilang dan ia pasti hilang dengan
peredaran masa, tingkah laku negatif akan berulang lagi.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian


berulangnya sesuatu tingkah laku, jika ia diberikan selepas sesuatu tingkah laku itu
berlaku. Peneguhan boleh diberikan dalam bentuk-bentuk berikut:
(a) Kebendaan : wang, hadiah, gula-gula.
(b) Sosial : pujian, kata-kata perangsang, sentuhan.
(c) Token : point atau bintang yang boleh ditukar untuk sesuatu ganjaran.

Pujian yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar untuk menghasilkan kerja
yang bermutu tinggi. Pujian yang diberi juga mesti jelas dan sistematik dan hanya
tingkah laku spesifik yang mesti dipuji. Brophy (1981), telah memberikan ciri-ciri
pujian yang berkesan seperti berikut:
(a) Memuji secara ikhlas.
(b) Memuji dengan cepat..
(c) Memuji tingkah laku yang spesifik
(d) Memuji jawapan respon yang spontan
(e) Memuji usaha dan cuba jaya.
(f) Memuji tanpa pilih kasih

20
Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau
memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu. Peristiwa yang memalukan,
menyakitkan dan menyusahkan akan bertindak sebagai peneguhan negatif. Untuk
mengelakkan atau menghindari sesuatu yang negatif, individu akan mengulangi
tingkah laku operan yang dihendaki.

Apabila Skinner menghendaki supaya tikus melompat (tingkah laku operan yang
dihendaki), dia telah memberikan tikus kejutan elektrik. Tikus terus melompat untuk
mengelakkan kejutan elektrik. Peristiwa negatif yang ingin dielakkan berjaya
menambahkan kebarangkalian berulang tingkah laku operan.

Jadual Peneguhan Skinner

Cara Skinner mengagihkan peneguhan dan ganjaran ialah melalui Jadual Peneguhan
Skinner dalam rajah 5.6.

Rajah 5.6 : Jadual peneguhan Skinner

Peneguhan Berterusan

Setiap tingkah laku operan yang terhasil akan diberi peneguhan untuk memastikan
tingkah laku yang dihendaki terbentuk. Peneguhan berterusan ini diberikan pada
peringkat awal supaya tingkah laku operan berulang. Apabila sesuatu tingkah laku

21
operan telah diperoleh, barulah peneguhan diberi dalam bentuk berkala. Peneguhan
yang berterusan adalah paling mudah untuk dilaksanakan kerana ia diberi setiap kali
tingkah laku operan ditunjukkan. Contohnya, setiap kali Ravin dapat menjawab
semua soalan matematik dengan betul, guru akan memberikan bintang dalam buku
latihannya. Bintang merupakan peneguhan kepada tingkah laku operan membuat kerja
matematik dengan baik.

Peneguhan berkala

Peneguhan ini tidak diberikan secara berterusan, tetapi ia diberikan dalam bentuk
nisbah dan masa. Jika peneguhan diberikan dalam dua bentuk, iaitu mengikut
bilangan atau kadar sesuatu tingkah laku operan itu dihasilkan ia disebut jadual
peneguhan berkala nisbah. Sebagai contoh, jika guru memberitahu pelajar bahawa
jika mereka diam sebanyak tiga kali apabila dia keluar daripada bilik darjah mereka
akan diberi peneguhan dalam bentuk hadiah. Jika kekerapan sesuatu peneguhan
diberikan mengikut masa, ia dikenali sebagai jadual peneguhan masa. Sebagai contoh,
guru boleh memberi arahan berikut bagi pelajar yang hiperaktif: ‘Jika anda duduk
diam selama tiga minit, anda akan diberi peneguhan dalam bentuk wang’. Jadual
berkala ini boleh diberi secara tetap atau berubah.

Peneguhan nisbah tetap

Guru tetapkan bilangan operan yang mesti dilakukan sebelum peneguhan diberikan.
Sebagai contoh, guru memberitahu pelajar bahawa mereka mesti mendapat markah
100 peratus sebanyak tiga kali sebelum dia membawa mereka melancong ke Port
Dickson.

22
Peneguhan masa tetap

Guru menentukan jumlah masa yang mesti berlalu, tanpa mengira bilangan operan
yang dilakukan sebelum peneguhan diberikan.

Peneguhan nisbah berubah

Guru tidak tetapkan bilangan operan yang mesti dilakukan. Peneguhan diberi
mengikut kehendak guru. Kadang-kadang selepas 3 kali atau selepas 10 kali dan
sebagainya. Oleh kerana pelajar tidak mengetahui bila masa peneguhan akan
diberikan, dia akan terus melakukan operan dengan harapan diberi ganjaran yang
ditetapkan.

Peneguhan masa berubah

Guru tidak menetapkan jumlah masa tertentu sebelum peneguhan diberi. Sebagai
contoh, ia mungkin diberikan selepas lima minit atau lepas lima jam pelajar
menunjukkan tingkahlaku operan.

Kesan Jadual Peneguhan Skinner

Peneguhan nisbah dan masa yang berubah akan menyebabkan organisma


menghasilkan lebih banyak tingkah laku operan kerana peneguhan tidak ditetapkan
oleh masa atau nisbah. Oleh itu, individu akan menunjukkan lebih banyak tingkah
laku positif kerana mengharapkan peneguhan. Di dalam peneguhan masa atau nisbah
tetap, pelajar akan memperlihatkan tingkahlaku operan yang paling sedikit kerana dia
berjaya meramal pola peneguhan yang diberikan. Individu dapat mengagak bila
peneguhan akan diberi dan dia bertindak balas dengan sewajarnya. Individu akan
perlihatkan tingkah laku operan yang lebih banyak jika jadual peneguhan yang
berubah digunakan.

Bila sesuatu tingkah laku operan diwujudkan, peneguhan yang berterusan mesti
diberikan pada awalnya. Selepas itu ditukar kepada peneguhan berkala untuk
23
mengekalkan tingkah laku operan tersebut. Jika hendak menghapuskan tingkahlaku
operan, peneguhan berterusan dan berkala mesti diberhentikan.

Perbezaan antara teori pelaziman klasik Pavlov

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara teori pelaziman klasik dan teori
pelaziman operan. Perbezaan utama ditunjukkan pada jadual 5.1.

Jadual 5.1 : Perbezaan antara pelaziman klasik dan pelaziman operan

Dalam pelaziman operan, individu akan bertindak balas terhadap persekitaran dan
boleh mengubah persekitarannya. Skinner mementingkan unsur motivasi dalam teori
pelaziman operan beliau. Prinsip yang penting dalam teori pelaziman operan Skinner
ialah ‘Jika sesuatu tingkah laku diingini, ia hendaklah diberi peneguhan. Jika tiada
peneguhan, tingkah laku itu akan terhapus’. [2]

Skinner mengutamakan konsep peneguhan kerana ia adalah penting untuk


mendapatkan gerak balas yang dihendaki.

24
PERMODELAN

Teori Permodelan Bandura

Bandura telah menggunakan teorinya untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial
seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan sebagainya. Elemen sosial
terbabit kerana pembelajaran diperoleh dengan melihat, meniru dan memerhatikan
tingkah laku orang lain.

Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura

1. Bandura terkenal untuk teori modelingnya. yang juga dikenali Sebagai leon
pemerhatian atau teori peniruan.
2. Aspek yang penting dalam teori pembelajaran Bandura ialah pemerhatian gerak
balas yang ditonjolkan oleh orang lain.
3. Tingkah laku orang lain boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan.
4. Bandura menjelaskan bahawa seorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku
jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang tinggi.
5. Apabila individu meniru manusia lain (model), status atau darjah model tersebut
mesti tinggi.
6. Ini bermakna model yang ditiru biasanya seorang yang terkenal dan berjaya,
bukan seorang perompak atau pembunuh!
7. Remaja suka mengidentifikasikan din dan meniru tingkah laku penyanyi kerana
faktor umur dan jantina yang sama.
8. Kanak-kanak belajar dengan cepat dengan meniru ibu bapa dan adik beradik
untuk mempelajari tingkah laku yang mudah seperti menulis, menggosok gigi dan
sebagainya.

Eksperimen Bandura

Bandura telah menjalankan eksperimen dengan satu kumpulan kanak-kanak yang


berumur antara 3 hingga 6 tahun. Mereka diarahkan untuk melihat sekumpulan orang
25
dewasa menumbuk, menendang dan menjerit terhadap satu patung besar yang berisi
dengan udara yang dinamakan Bobo. Kemudian, Bandura menyuruh kanak-kanak
tersebut untuk memukul Bobo. Kanak-kanak menunjukkan keagresifan berkali ganda
(rajah 6.1 Eksperimen Bandura dengan patung Bobo). Bandura mendapati kanak-
kanak tersebut telah menunjukkan tingkah laku agresif dua kali ganda daripada orang
dewasa dalam memukul Bobo. Kanak-kanak tersebut telah menggunakan perkataan-
perkataan yang sama yang digunakan oleh orang dewasa semasa mereka menjeritkan
Bobo.

Rajah 6.1 : Eksperimen Bandura dengan patung Bobo

Cara-cara Peniruan Boleh Berlaku dalam Teori Modeling Bandura

Peniruan Secara Langsung dan Tidak Langsung

Proses peniruan secara langsung berlaku dengan memerhatikan tingkah laku model.
Bandura mengatakan bahawa model boleh berada di depan mata atau wujud dalam
khayalan individu. Proses peniruan secara tidak langsung boleh berlaku dengan cara
melihat gambar, melihat filem, melihat televisyen, melihat video dan mendengar
huraian yang menggunakan bahasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang melihat
program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku
keganasan model dalam program tersebut. Kanak-kanak juga membuat identifikasi
dengan ayah dan ibu, dan meniru gaya mereka dan segi percakapan, berpakaian dan
sebagainya. Remaja membuat identifikasi dengan personaliti yang mereka agung-

26
agungkan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pemimpin, penyanyi atau bintang
filem.

Jenis Huraian Contoh


Peniruan Meniru tingkahlaku yang Ali meniru cara Ramlah
langsung ditonjolkan oleh model mengulangkaji peperiksaan
Peniruan tak Meniru tingkahlaku watak-
Remaja meniru cara pakaian pelakon
langsung watak dalam televisyen,
televisyen
(simbolik) buku dan filem
Atan melihat abang menggunakan
Mewujudkan tingkahlaku
kerusi untuk mengambil buku. Dia
Peniruan dengan menggabungkan
juga melihat ibu membuka pintu
gabungan tingkahlaku peniruan yang
almari. Dia meniru dengan berdiri di
berlainan
atas kerusi dan buka pintu almari

Jadual 6.1 : Jenis Peniruan

Peniruan Melalui Sekat Lakuan dan Peniruan Melalui Tak Sekat Lakuan

Peniruan sekat lakuan

Peniruan sekat lakuan ialah peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan yang
tertentu, tetapi tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai
contoh, Tan, seorang remaja, suka meniru cara berpakaian modelnya, seorang
penyanyi rock. Tetapi dia telah mempelajari bahawa dia tidak boleh berpakaian
seperti ini ke sekolah kerana guru akan mengambil tindakan. Dalam peniruan sekat
lakuan, individu akan menyekat tingkah laku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi
yang tertentu.

Peniruan tak sekat lakuan

Dalam proses tak sekat lakuan, seorang individu akan terus mengamalkan peniruan
dalam apa jua situasi. Proses peniruan terus berlaku walaupun keadaan tidak
mengizinkan. Sebagai contoh, Rama menyimpan rambut panjang kerana mengikut
gaya rambut penyanyi pujaannya. Oleh kerana guru disiplin di sekolah Rama tidak
begitu menghiraukan perkara ini, Rama akan terus menyimpan rambut panjang,

27
walaupun dia mungkin didenda apabila ditangkap. Pembelajaran seperti ini dikenali
sebagai pembelajaran melalui tak sekat lakuan.

Peniruan melalui proses elistasi

Dalam proses elistasi seorang akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang
lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku tersebut. Keinginan untuk
meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.
Contohnya, Mahani melihat Khatijah menolong membawa buku Cikgu Ali, maka
Mahani pun meniru tingkah laku ini dengan menolong membawa beg Cikgu Hamid.
Ini dikatakan peniruan melalui elistasi, iaitu gerak balas Mahani timbul setelah
melihat gerak balas Katijah.

28
Sumbangan Psikologi Tingkah Laku Kepada Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran

Aplikasi Prinsip-prinsip Teori Pavlov dalam Bilik Darjah

7.1.1. Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik (rangsangan) dengan


tugasan pembelajaran (gerak balas).
(a) Guru perlu menggalakkan pertandingan secara kumpulan kerana pelajar
akan belajar dengan lebih berkesan.
(b) Jika pertandingan dibuat secara individu, pelajar mungkin akan berasa
takut, dan perasaan ini mungkin digeneralisasikan kepada pembelajaran
individu yang lain.

7.1.2. Menolong pelajar untuk menghadapi situasi yang membimbangkan secara


sukarela dan berjaya. Guru perlu memberikan tugasan yang kecil sebelum
menuju ke matlamat yang lebih besar dalam bilik darjah. Ini adalah supaya
pelajar tidak mengaitkan pembelajaran dengan perasaan takut, cemas dan
bimbang. Contohnya, dalam aspek ujian, guru perlu memberi ujian-ujian kecil
yang tidak dinilai supaya pelajar tidak berasa bimbang tentang peperiksaan.

7.1.3. Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara situasi yang
berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan
betul.
(a) Generalisasi
(i) Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah.
Pemindahan pembelajaran berlaku dan situasi A kepada situasi B.
(ii) Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama
dalam situasi yang berlainan.
(iii) Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan
UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan
memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang
hampir sama dengan ujian bulanan.

29
(v) Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah
biasa membuat ujian bulanan.

(b) Diskriminasi rangsangan


(i) Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada
rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-
rangsangan yang lebih penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
(ii) Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik
yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.
(iii) Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat
penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.
(iv) Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara
maklumat penting dan yang kurang relevan.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas.Ini
bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau
tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke dalam kelas
(rangsangan) pelajar berdiri dan mengucapkan “Selamat Pagi” (gerak balas). Guru
pun memuji pelajar. Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini
setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.

Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap


rangsangan dikaitkan dengan gerak balas

(a) Semakin kukuh gerak balas terlazim.


(b) Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk
pujian untuk kerjanya yang kemas.
(c) Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru.
Pujian —> Kerja kemas —> Kerja kemas berterusan
(d) Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif
dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di
kalangan pelajar.

30
Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.

(a) Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum
mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dihendaki dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
(b) Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian,
hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk membentuk tingkah
laku yang diingini.
(c) Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Penghapusan

(a) Jika sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikis secara
perlahan-lahan.
(b) Sebagai contoh, guru boleh mengikis perasaan takut yang dialami oleh pelajar
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
(c) Sebagai contoh, jika pelajar takut untuk membuat pembentangan di hadapan
kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya berperingkat.
(d) Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang
lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.
(e) Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.
(f) Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

Aplikasi Prinsip-prinsip Teori Thorndike dalam Bilik Darjah

Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang


menyeronokkan
(a) Guru mesti memastikan dia memberi ganjaran dan motivasi yang dapat
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
(b) Guru perlu mengadakan pelbagai rangsangan dalam bentuk sumber pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai.

31
(c) Guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
supaya pelajar mendapat pengalaman yang memuaskan dan terdorong untuk
belajar.

Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul


(a) Pelajar boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru tetapi ia mengambil
masa yang lama.
(b) Contohnya, dalam eksperimen sains yang mudah, pelajar boleh belajar dengan
cara cuba jaya, iaitu dia akan mencuba pelbagai kaedah yang berlainan untuk
mencari jawapan.
(c) Akan tetapi, ini mungkin tidak berkesan. Oleh itu, guru perlu memberi
bimbingan yang sewajarnya.
(d) Apabila pelajar berjaya mendapat respon yang betul, guru mesti memastikan
yang dia memberi peneguhan yang sewajarnya.
(e) Berdasarkan teori Thorndike, guru perlu menyediakan peluang yang
secukupnya untuk pelajar memberikan respon yang pelbagai supaya respon
yang betul dapat diteguhkan oleh guru.

Menetapkan sikap
(a) Mengikut Thorndike, guru boleh menetapkan sikap pelajar.
(b) Latar belakang kebudayaan dan persekitaran pelajar menentukan respon
pelajar.
(c) Persekitaran yang menggalakkan perkembangan akademik akan menyebabkan
pelajar memberi respon secara selesa dan gembira, atau sebaliknya.

Kesediaan
(a) Guru perlu melihat aspek kesediaan belajar pelajar dalam bilik darjah.
(b) Pelajar yang bersedia dan segi mental akan dengan cepat memahami sesuatu
konsep yang diajar.
(c) Pelajar yang mempunyai kesediaan psikomotor yang tinggi, dan aspek keadaan
fizikal dan pergerakan otot bersedia untuk tindakan jasmani dan aktiviti fizikal
yang lebih sukar.
(d) Kesediaan afektif merujuk kepada kesediaan emosi dan minat terhadap
sesuatu. Jika pelajar minat kepada mata pelajaran Pendidikan Moral, pelajar
32
akan memberi lebih tumpuan kepada mata pelajaran tersebut kerana tahap
kesediaannya adalah tinggi.

Menikmati kejayaan
(a) Guru mesti menekankan aspek-aspek yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
(b) Thorndike menyatakan bahawa kanak-kanak akan tertarik kepada aspek yang
tertentu dalam sesuatu stimulus dan bukan kepada seluruh rangsangan
tersebut.
(c) Guru perlu menekankan isu penting dalam kelas melalui cara pengulangan,
menggariskan fakta penting, mewarna, dan dengan suara serta gerak-gerinya.
(d) Jika pelajar sentiasa menikmati kejayaan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi mereka untuk belajar akan meningkat dengan baik.

Membuat generalisasi
(a) Thorndike juga mementingkan aspek proses membuat generalisasi.
(b) Apabila Samy membahagikan gula-gula dengan adik-adiknya, dia sedang
membuat generalisasi operasi bahagi yang telah dipelajari di sekolah.
(c) Oleh itu, Thomdike menyarankan agar guru menunjukkan kepada pelajar
pelbagai situasi yang menggunakan peraturan yang sama.
(d) Guru juga perlu menunjukkan perkaitan antara situasi-situasi yang berlainan
kepada pelajar untuk memudahkan proses generalisasi.

Aplikasi Prinsip-prinsip Skinner dalam Bilik Darjah

Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah,
token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dihendaki.
(a) Contohnya, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya
menghasilkan lukisan yang tercantik dalam bilik darjah.
(b) Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya
tingkah laku yang positif.

33
Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berperingkat.

(a) Guru mesti memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak
terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya. Ta mesti sejajar dengan kebolehan
pelajar.
(b) Guru juga perlu1mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola jaring
secara berperingkat-peringkat (seperti burung merpati bermain ping pong)
supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.

Menggunakan prinsip penghapusan dalam bilik darjah.


(a) Ini merupakan satu cara untuk modifikasi tingkah laku pelajar. Jika guru ingin
menghentikan sesuatu tingkah laku operan, guru perlu menghentikan
peneguhan yang diberikan sama ada positif atau negatif.
(b) Apabila pelajar mendapati dia tidak mendapat apa-apa perhatian, lama-
kelamaan dia akan menghentikan tingkah laku yang negatif. Prinsip Skinner
yang boleh digunakan di sini ialah ‘jangan teguhkan tingkah laku yang tidak
diingini’.
(c) Sebagai contoh, seorang pelajar membuang gumpalan kertas di dalam bilik
darjah. Guru mesti memastikan pelajar tersebut tidak mendapat apa-apa
peneguhan daripadanya atau rakan sebayanya.
(d) Apabila pelajar tidak mendapat apa-apa perhatian, dia akan menghentikan
tingkah laku negatif ini.

Menggunakan prinsip diskriminasi dalam pengajaran dan pembelajaran.


(a) Guru boleh menggunakan prinsip ini untuk membezakan apa yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(b) Guru perlu mengajar pelajar membezakan antara peraturan dan maklumat yang
lebih penting di sekolah.
(c) Apabila melihat guru besar di dewan, pelajar akan belajar untuk
mendiskriminasikan tingkah laku mereka dengan tidak membuat bising, dan
menunjukkan tingkah laku yang positif.

34
Menggunakan prinsip jadual peneguhan Skinner dalam bilik darjah.
(a) Apabila pelajar sedang mempelajari sesuatu yang baru, guru perlu memberikan
banyak peneguhan positif.
(b) Akan tetapi, selepas mereka telah menguasai sesuatu kemahiran, guru mesti
memastikan peneguhan secara berkala diberikan untuk memastikan tingkah
laku operan itu sentiasa wujud.

Menggunakan peneguhan negatif.


(a) Ini juga merupakan satu kaedah modifikasi tingkah laku. Guru boleh
menggunakan peneguhan negatif untuk mendapatkan tingkah laku operan
yang dihendaki daripada pelajar.
(b) Sebagai contoh, apabila loceng berbunyi, guru memberi arahan berikut:
‘Semua murid harus beratur pergi untuk rehat. Jika tidak, anda akan
kehilangan lima minit masa rehat anda’.
(c) Tingkah laku operan yang dihendaki oleh guru ialah supaya pelajar terus
beratur.
(d) Pelajar akan berbuat demikian kerana tidak mahu kehilangan lima minit masa
rehat mereka.

Aplikasi Model Sosial Bandura dalam Bilik Darjah

Guru sebagai role model dan model simbolik


(a) Guru menjadi role model untuk pelajar.
(b) Oleh itu, guru mesti memastikan dia mempunyai tingkah laku dan perwatakan
yang positif supaya pelajar dapat menirunya.
(c) Guru perlu memberi perhatian terhadap aspek-aspek berikut:
(i) Cara pertuturan
(ii) Cara pakaian
(iii) Ketepatan masa
(iv) Sopan-santun
(v) Personaliti dan konsep kendiri yang positif
(d) Pelajar juga boleh belajar dan model simbolik guru.

35
(e) Ini bermakna pelajar boleh meniru secara langsung dan contoh-contoh
pengajaran yang diberikan oleh guru.
(f) Guru perlu menunjukkan yang dia betul-betul berminat untuk mengajar
sesuatu mata pelajaran.

Modifikasi tingkah laku


(a) Permodelan ialah satu cara modifikasi tingkah laku.
(b) Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak
menaikkan suara dalam bilik darjah.
(c) Apabila pelajar meniru tingkah 1aku ini, guru perlu memberi peneguhan untuk
melazimkan tingkah laku tersebut.

Peniruan tidak langsung


Oleh kerana pelajar juga belajar daripada model tidak langsung. Seperti televisyen
dan filem, guru boleh menasihatkan mereka tentang jenis program televisyen yang
harus ditonton dan yang tidak harus ditonton oleh mereka.

Contoh dan hasilan yang baik


(a) Dalam mata pelajaran tertentu, seperti Kemahiran Hidup dan Seni Lukis, guru
perlu menunjukkan contoh-contoh hasilan yang bermutu tinggi.
(b) Ini adalah kerana pelajar dapat meniru idea-idea yang baik dan contoh tersebut
untuk menghasilkan kerja masing-masing.

Peniruan melalui main peranan dan simulasi


(a) Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui
situasi main peranan dan simulasi.
(b) Pelajar dapat meniru tingkah laku yang positif secara tidak langsung yang
ditunjukkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi tersebut.
(c) Main peranan dalam situasi bilik darjah harus menggunakan situasi realistik.
(d) Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi
yang sebenar.

36
Rakan sebaya sebagai model
(a) Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular untuk menunjukkan
tingkah laku model bagi seluruh kelas.
(b) Guru perlu membentuk kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada pelajar
yang pandai dan pelajar yang lemah supaya pelajar lemah dapat meniru
tingkah laku pelajar yang pandai. dan seterusnya meningkatkan
pencapaiannya.
(c) Sebagai contoh, guru juga boleh menyuruh pelajar yang popular untuk
menjadi model dalam pembentangan di hadapan kelas supaya pelajar yang
lemah, malu dan takut dapat melihat dan meniru tingkah lakunya.

37
KESIMPULAN

Psikologi tingkahlaku banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi mutu proses
pembelajaran dalam sistem pendidikan terutama dalam bilik darjah.

Pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan ialah adalah melalui aplikasi Teori


Pelaziman Klasik, Teori Pelaziman Operan dan Permodelan.

Pembelajaran merupakan pengukuhan hubungan antara isyarat dan tingkahlaku yang


dicorakkan oleh akibat. Proses ini disebut pembentukan (shaping). Dengan latihan
yang cukup, hubungan ini bertambah kuat dan masa antara isyarat dan tingkahlaku
bertambah singkat.

Pembelajaran berlaku apabila tertubuhnya hubungan yang boleh diramalkan antara


sesuatu rangsangan dalam persekitaran, suatu tingkahlaku, dan suatu akibat. Semua
orang mempunyai 'sejarah pengukuhan'. 'Sejarah pengukuhan' merupakan keseluruhan
pengalaman serta semua hubungan antara rangsang, tingkahlaku dan akibat. Ini akan
mempengaruhi tindakan seseorang apabila ia menemui corak rangsangan yang pernah
dialami.

Contohnya, anda akan memandu mengikut cara dahulu yang berjaya walaupun ia
bukan cara yang terbaik.

38
RUJUKAN

Boon Pong Ying, Ragbir Kaur (1998), Siri Bimbingan Diploma : Psikologi II
(Semester II), Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam
Ee Ah Meng (1999) Psikologi perkembangan (Semester 1), Psikologi Pendidikan 1,
Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Module 2: Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran, http
www.peoplelearn/psychlearncontent.html
Module 3: Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran Teori Pelaziman Operan
(Skinner), www.peoplelearn/psychlearncontent.html
Oja. Sharon N, Sprinthall. Norman A., Sprinthall. Richard C, (1994), Educational
Psychology : A Developmental Approach, McGraw-Hill, Inc

39

Anda mungkin juga menyukai