Anda di halaman 1dari 126

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN PEL TAJUK MS

1 MENJAUHI RIBA' 2

AYAT HUKUM 2 PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM 8

3 NASAB ANAK ANGKAT 13


4 MENJAUHI ARAK 17

HADIS HUKUM 5 HUKUMAN ZINA 21


MENJAUHI PERLAKUAN GANAS DAN MENJAGA
6 25
MARUAH DIRI
7 AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYAH 28
ULUM
8 ILMU TAFSIR 34
AL-QURAN
9 KEISTIMEWAAN RESAM UTHMANI 46
10 HADIS-HADIS YANG BOLEH DIJADIKAN HUJJAH 54
ULUM HADIS-HADIS YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN
11 58
AL-HADIS HUJJAH
12 ISTILAH-ISTILAH ULUM AL-HADIS 62

13 AM DAN KHAS 66
USUL AL-FIQH 14 MUTLAK DAN MUQAYYAD 77

15 NASAKH 84

SEJARAH
16 MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA 92
PERUNDANGAN
ISLAM
PENGENALAN SENI SUARA DALAM BACAAN AL-
17 99
QURAN
MAHARAT
AL-QURAN 18 PENGENALAN TARANNUM 103
(ASAS 19 SENI TARANNUM DI MALAYSIA 109
TARANNUM)
20 AMALI TARANNUM 113
BAHAGIAN AYAT HUKUM

1.0 MENJAUHI RIBA'


1.1 PENGENALAN

Bab ini memberi penekanan kepada semua dalam mengamalkan tuntutan kewajipan
menjauhi riba’ berdasarkan kaedah istinbat hukum daripada ayat 278-280 surah al-
Baqarah.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 278-280 surah al-Baqarah.


2. Menerangkan sebab nuzul ayat 278-280 surah al-Baqarah.

3. Menghuraikan istinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﲚ‬

4. Menjelaskan konsep taqwa dan riba’.


5. Menilai kepentingan sifat taqwa dalam menjauhi amalan riba’.
6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk
diamalkan dalam kehidupan.

1.3 AYAT DAN TERJEMAHAN

Firman Allah SWT:

‫ﱡﭐ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ‬

‫ﲪﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲ‬
‫ﲫ‬ ‫ﲥ ﲦﲧ ﲨ ﲩ‬

‫ﲼ ﲾ ﲿ ﳀﳁ‬
‫ﲽ‬ ‫ﲳﲴﲵ ﲶﲷ ﲸﲹﲺﲻ‬

٢٨٠ – ٢٧٨ :‫ﳂ ﳃﳄﳅﱠ البقرة‬


Ertinya:
[278] Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah SWT dan
tinggalkanlah saki-baki riba’ (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika
benar kamu orang-orang yang beriman.
[279] Maka, jika kamu tidak melakukan (perintah meninggalkan riba’ itu), maka
ketahuilah Allah SWT dan rasulNya akan memerangi, dan jika kamu bertaubat, maka
hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa
dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[280] Dan jika orang berhutang itu dalam kesempitan hidup, maka berilah tempoh
sehingga lapang hidupnya. Dan jika kamu sedekahkan hutang itu adalah lebih baik
untukmu, kalau kamu mengetahui (pahalanya amat besar akan kamu dapati kelak).

2
‫ﭐ‬
1.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 278-280

Dalam ayat tersebut, Allah SWT memerintahkan:

1. Orang beriman perlu bertaqwa dan meninggalkan riba’. Jika ada saki baki riba’
yang terdahulu hendaklah dihapuskan, tetapi jika mereka melanggar perintah
Allah, ia dikira memulakan peperangan dengan Allah dan Rasulullah kerana ia
merupakan perintah yang jelas.

2. Orang yang bertaubat sesudah itu akan diampunkan oleh Allah dan mereka boleh
mengambil harta modal mereka. Ketentuan ini ditetapkan supaya tidak berlaku
kezaliman.

3. Jika ada orang yang berhutang dalam kesempitan, berilah mereka masa untuk
membayarnya. Jika disedekahkan hutang tersebut kepadanya, itu adalah lebih
baik jika manusia mengetahuinya.

1.5 SABAB NUZUL 278-280 SURAH AL-BAQARAH

• Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas bahawa Bani ‘Amru meminta keizinan daripada
gabenor Makkah untuk mengambil saki baki harta riba’ daripada Bani Mughirah
setelah riba’ diharamkan.
• Apabila berita tersebut sampai kepada Rasulullah, maka turunlah ayat berkaitan
pengharaman riba’.

1.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM

• Berdasarkan lafaz ‫ ﲚ‬yang merupakan Fi ‘il Amar.

• Fi ‘il Amar yang menunjukkan perintah wajib untuk meninggalkan amalan riba’
dalam harta.

• Oleh itu, wajib membersihkan harta daripada sebarang unsur yang mengandungi
riba.

3
1.7 KONSEP TAQWA DAN RIBA’

Pengertian Taqwa

• Bahasa: Takut
• Istilah: Pengabdian secara menyeluruh bagi seorang hamba kepada Allah
berasaskan empat faktor iaitu takut, harap, sabar dan syukur.
• Takut dengan siksaan Allah SWT jika melanggar Batasan-batasan ketetapanNya,
sentiasa mengharap rahmat dan nikmat kurniaanNya, sabar dengan segala
ujianNya dan bersyukur dengan semua kurniaanNya.
• Pengabdian yang menyeluruh melahirkan kepatuhan terhadap semua suruhan
dan larangan Allah SWT. Inilah peringkat tertinggi pengabdian terhadap Allah
SWT sehingga mampu menjauhkan diri daripada sebarang maksiat seperti riba’.
Firman Allah SWT:

‫ﲾﳀ ﳁ ﳂ‬
‫ﲿ‬ ‫ﭐﱡﭐﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ‬

١٣٠ :‫ﳃﳄﱠ آل عمران‬


Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba’ dengan
berlipat ganda dan hendaklah kamu bertaqwa kepda Allah SWT supaya kamu
berjaya.

Pengertian Riba’

• Bahasa: Lebih atau tambah


• Istilah: Bayaran secara berlebihan ketika melakukan bayaran kembali terhadap
sesuatu pinjaman yang diperoleh peminjam.
• Pembahagian riba’:

Riba’ al-Buyu’ (Riba’ Jual Beli)

• Riba’ an-Nasa’: • Riba’ al-Fadhl:


Pertukaran barang ribawi dengan Pertukaran antara barang ribawi
barang ribawi lain yang mempunyai yang sama jenis dengan kadar atau
illah yang sama secara bertangguh. pertukaran yang berbeza.

• Contoh: • Contoh:
Membeli emas secara bertangguh Menukar 10 kg beras biasa dengan
atau berhutang sama ada bayaran 5kg beras basmathi. Walaupun
dahulu, dapat emas kemudian atau kedua-duanya beras, tetabi ianya
dapat emas dahulu, bayaran berlainan kualiti dan harga.
kemudian. Pertukaran mesti pada berat yang
sama.

4
Riba’ ad-Duyun (Riba’ Hutang Piutang)

• Riba’ al-Jahiliyyah: • Riba’ al-Qardh:


Sesuatu penambahan daripada Sesuatu pengambilan manfaat atau
hutang yang asal kerana berlaku penambahan tertentu yang
penangguhan tempoh masa disyaratkan kepada penerima
bayaran. hutang.

• Contoh: • Contoh:
Ahmad meminjam duit RM1000 Ahmad meminjam duit RM1000
kepada Mahmud untuk tempoh kepada Mahmud dan meletakkan
masa 5 bulan. Tetapi jika melebihi syarat mesti dipulangkan sebanyak
tempoh tersebut akan didenda RM1200. Lebihan RM200 itu
RM200. Denda kelewatan tersebut merupakan riba.
ialah riba.

Pengharaman Riba’

• Hukum riba’ haram sebagaimana firman Allah SWT:

٢٧٥ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﱛ‬


‫ﱜ‬ ‫ﱗﱘﱙﱚ‬...‫ﱡﭐ‬
Ertinya:
Padahal Allah SWT telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan
mengharamkan riba’.

Dalam potongan seterusnya:

٢٧٥ :‫ﱮﱰﱱﱲﱳﱠ البقرة‬


‫ﱯ‬ ‫ﭐﱡﭐ ﱩ‬
‫ﱪﱫﱬﱭ‬...
Ertinya:
Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba’ itu), maka orang itulah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

Hukum riba’ juga disebut dalam hadis:

Ertinya:
Daripada ‘Ubadah bin Samit RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: (ditukar)
emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan
barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, pertukarannya hendaklah sama
5
berat, hendaklah serah tangan terus, tangan dengan tangan. Sekiranya berbeza
jenis (barang), maka jual belilah seperti yang engkau mahukan dengan tidak
bertangguh (penyerahannya). (HR Muslim)

Taqwa Menjauhkan Diri Daripada Amalan Riba’

• Sifat taqwa dalam diri seseorang sangat penting untuk melahirkan muslim yang
sejati.
• Kepatuhan dan menyeluruh terhadap semua suruhan dan larangan Allah SWT
dalam kehidupan seharian seperti larangan mengambil hak orang lain.
• Sifat taqwa memandu manusia supaya berlaku adil dalam sebarang muamalah
terutama bidang ekonomi dan menjauhkan diri daripada riba’ yang boleh
menceroboh hak orang lain.
• Sifat taqwa melahirkan insan yang wasatiyyah dalam semua aspek kehidupan
yang tidak keterlaluan sehingga boleh menindas orang lain.
• Sifat taqwa menanamkan sifat zuhud dalam diri seseorang, iaitu tidak terlalu
cintakan hal-hal keduniaan sehingga boleh menzalimi orang lain.

1.8 KEPENTINGAN SURUHAN MENJAUHI RIBA’

1. Amalan ribamerupakan perbuatan mengambil dan makan harta orang lain secara
batil dan menjadi darah daging yang haram selamanya.

2. Melahirkan sifat tamak dan monopoli yang boleh menjejaskan ekonomi umat
Islam.

3. Menghalang manusia daripada bekerja untuk mencari keuntungan melalui usaha


sendiri dengan cara yang betul.

4. Golongan yang tertindas akan menjadi bertambah miskin manakla yang kaya
akan bertambah kaya dengan cara yang batil.

5. Amalan riba’ menyebabkan permusuhan dan pergaduhan dalam masyarakat


yang memburukkan imej Islam.

1.9 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AMALAN RIBA’

• Kefahaman yang betul dalam setiap ajaran Islam sama ada perintah atau
larangan mendorong kepada amalan yang baik dalam kehidupan seharian.
• Mengikuti perkembangan semasa tentang sistem ekonomi Islam.
• Mematuhi prinsip muamalah Islam.
• Sentiasa menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT.

6
1.10 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan maksud riba’.


2. Jelaskan saban Nuzul ayat suruhan menjauhi riba’.
3. Jelaskan pembahagian riba’ berserta jenis-jenisnya.

4. Kemukan dua hujjah anda untuk menyokong pernyataan di atas.

7
2.0 PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM
2.1 PENGENALAN

Bab ini berkaitan tuntutan kewajipan menguruskan harta anak yatim berdasarkan
kaedah istinbat hukum daripada ayat 5-6 surah an-Nisa’.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 5-6 surah an-Nisa’.


2. Menerangkan sabab nuzul ayat 5-6 surah an-Nisa’.

3. Menjelaskan istinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﲣﲤ‬

4. Menghuraikan maksud ‫ﲥ‬

5. Menilai kepentingan menguruskan harta anak yatim.


6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk
diamalkan dalam kehidupan.

2.3 AYAT DAN TERJEMAHANNYA

‫ﱡﭐ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ ﲧ ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯ ﲰ ﲱ‬
‫ﳀﳂ‬
‫ﳁ‬ ‫ﲲﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽﲾﲿ‬
‫ﳌﳎﳏﳐﳑ‬
‫ﳍ‬ ‫ﳇﳉﳊ ﳋ‬
‫ﳈ‬ ‫ﳃﳄﳅﳆ‬
٦ - ٥ :‫ﳙﳛﳜﳝﳞ ﱠ النساء‬
‫ﳚ‬ ‫ﳒ ﳔ ﳕﳖﳗ ﳘ‬
‫ﳓ‬
Ertinya:
[5] Dan janganlah kamu serahkan harta benda kamu kepada orang yang belum
sempurna akalnya, (harta) yang Allah SWT telah jadikannya untuk kamu semua
sebagai asas pembangunan kehidupan kamu. Berikanlah mereka (anak yatim)
perbelanjaan dan pakaian daripada hasil hartanya dan ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang baik.

[6] Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka mencapai usia
kahwin (dewasa). Kemudian jika kamu nampak daripada keadaan mereka tanda-
tanda telah cerdik (berkebolehan menjaga hartanya), maka serahkanlah kepada
mereka harta-harta mereka serta janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu
secara melampaui batas dan terburu-buru sebelum mereka dewasa. Sesiapa (antara
8
penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya, maka hendaklah menahan diri (dari
memakannya) dan seiapa yang miskin, maka bolehlah dia memakannya dengan cara
sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka
hendaklah kamu bawakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan
cukuplah Allah SWT sebagai pemelihara.

2.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 5-6 SURAH AN-NISA’

Dalam ayat tersebut, Allah SWT memerintahkan:


1. Larangan keras untuk menyerahkan harta kepada anak yatim yang belum mampu
mengurus harta sehingga mereka cerdik dan mampu mengurus harta mereka
sendiri.
2. Perintah membelanjakan harta anak yatim untuk keperluan mereka dengan baik
dan memberi layanan yang baik kepada mereka.
3. Perintah menguji anak yatim apabila telah sampai umur serta menyerahkan harta
mereka apabila mereka telah cerdik dan pandai mengurus harta
4. Larangan memakan harta anak yatim bagi penjaga yang kaya dan harus bagi
penjaga yang miskin secara berpatutan.
5. Perintah untuk menghadirkan saksi ketika penyerahan harta anak yatim.

2.5 SABAB NUZUL AYAT 5-6 SURAH AN-NISA’

• Kisah Thabit b. Rifa’ah yang dijaga oleh bapa saudaranya selepas bapanya
meninggal dunia.
• Bapa saudaranya berjumpa Rasulullah dan bertanya: “Sesungguhnya anak
saudaraku dalam jagaanku, adakah hartanya halal bagiku dan bilakah aku boleh
menyerahkan hartanya?”
• Maka turunlah ayat ini.

2.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM BERDASARKAN LAFAZ ‫ﲣﲤ‬

• Ulamak mengistinbatkan hukum ayat di atas berdasarkan lafaz ‫ﲣﲤ‬.

• Lafaz ini merupakan Fi ‘il Mudari’ yang didahului dengan La Nahiyyah yang
menunjukkan ‘larangan pasti’.
• Setiap ‘larangan pasti’ membawa hukum haram.
• Oleh itu, haram menyerahkan harta anak yatim sehingga dipastikan kecerdikkan
mereka dalam menguruskan harta.

9
• Antara istinbat lain dalam ayat ini ialah:

Lafaz Huraian Hukum


Fi ‘il Amar yang Wajib memberi
‫ﲬﲭﲮ‬ menunjukkan perintah perbelanjaan yang
suruhan. secukupi.
Wajib berkata baik dan
‫ﲯ‬ memberi layanan yang
baik.
Wajib menguji sebelum
‫ﲴ‬ penyerahan harta.
Wajib mengadakan
‫ﳘ‬ saksi ketika penyerahan
harta.
Fi ‘il Mudari’ yang Wajib menahan diri jika
‫ﳌ‬ didahului Lam al-Amr berkemampuan.
yang menunjukkan
Wajib makan secara
‫ﳑ‬ perintah suruhan.
berpatutan jika miskin.

Begitulah ketetapan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT berkaitan pengurusan
harta anak yatimyang betul. Ketetapan ini diterangkan secara mendalam satu persatu
menunjukkan kepentingan ayat tersebut.

2.7 PENGERTIAN ‫ﲥ‬

• Bahasa: Ringan dan goyang.


• Istilah: Orang-orang yang membazirkan harta atau membelanjakan hartanya
untuk sesuatu yang bukan pada tempatnya serta tidak mampu untuk
memanfaatkannya.

• Termasuk dalam kategori ‫ ﲥ‬ialah anak-anak yang belum baligh, orang

gila, orang kelainan upaya yang perlu dibantu dan kaum perempuan yang tidak
pandai mengurus harta.
• Berdasarkan huraian ayat di atas, sangat jelas tentang pengharaman
menyerahkan harta anak yatim di bawah jagaan sehingga mereka benar-benar
mampu berdikari untuk menguruskan harta. Begitu juga, haram memakan harta
mereka bagi penjaga yang kaya. Firman Allah SWT:

10
‫ﭐﱡﭐ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ ﱿ‬
‫ﱾ‬

١٠ :‫ﲀﲁﲂﱠ النساء‬
Ertinya:
Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim
sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka
pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

2.8 CARA MENGURUS HARTA ANAK YATIM

• Cara pengurusan harta anak yatim yang betul bagi menjamin kesejahteraan anak-
anak yatim dan hak mereka terpelihara:
1. Memberi perbelanjaan yang cukup dan layanan yang baik kepada anak yatim.
2. Menguji anak yatim untuk melihat kecerdikan mereka mengurus harta.
3. Menyerahkan harta anak yatim setelah terbukti kecerdikan mereka mengurus
harta.
4. Menghadirkan saksi semasa penyerahan harta anak yatim.

• Contoh ujian untuk menilai kebolehan mengurus harta:


1. Memberikan mereka wang untuk melihat kebolehan mereka mengurus wang
dalam urusan harian.
2. Memberikan mereka modal berniaga untuk melihat kebolehan mereka
mengendalikan perniagaan dengan baik.
3. Memberikan mereka asset untuk memastikan sama ada mereka mampu
menguruskannya atau tidak.

• Larangan dalam menguruskan harta anak yatim:


1. Memakan harta anak yatim bagi penjaga yang kaya, tetapi jika miskin boleh
makan secara berpatutan.
2. Membelanjakan harta anak yatim dengan boros semasa dalam jagaan mereka.
3. Menyerahkan harta anak yatim sebelum diuji kecerdikannya.

• Hikmah pengurusan harta anak yatim yang betul:


1. Kehidupan anak-anak yatim akan terjamin untuk mereka meneruskan masa
hadapan seperti orang lain yang mempunyai keluarga yang sempurna.
2. Mengelakan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan harta yang boleh
menyebabkan harta tersebut digunakan secara tidak sah.
3. Mengelakkan pergaduhan dan permusuhan yang boleh menyebabkan
perpecahan dalam keluarga dan masyarakat.
4. Merapatkan hubungan sillaturrahim antara penjaga dengan anak yatim sebagai
satu keluarga.

11
2.9 CARA UNTUK MENGGALAKKAN PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM YANG
SESUAI

• Mewujudkan akaun khas anak yatim suoaya tidak bercampur dengan harta
penjaga yang boleh menimbulkan masa pada masa akan datang jika penjaga
meninggal dunia.
• Jika diuruskan oleh perbadanan atau institusi, akaun rasmi dan peribadi mereka
hendaklah diaudit oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan berlaku pecah
amanah harta anak yatim.
• Melantik beberapa orang untuk menjaga amanah harta tersebut bagi
mengelakkan sebarang penyelewengan.
• Semua sumbangan orang ramai yang ditujukan kepada anak yatim hendaklah
dimasukkan terus kedalam akaun mereka.
• Pemantau daripada pihak berkuasa untuk melihat perjalanan dan perkembangan
anak-anak yatim dari semasa ke semasa.

2.10 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan dua larangan yang terdapat dalam ayat 5 surah an-Nisa’.


2. Jelaskan cara ulamak mengistinbatkan hukum pada ayat 5 surah an-Nisa’.
3. Terangkan hikmah menguruskan harta anak yatim dengan cara yang dianjurkan
dalam ayat 5-6 surah an-Nisa’.

4. Berdasarkan situasi di atas, huraikan hujjah anda untuk membuktikan perbuatan


tersebut salah menurut pandangan Islam.

12
3.0 NASAB ANAK ANGKAT

3.1 PENGENALAN

Bab ini mengulas tentang tuntutan kewajipan menasabkan anak angkat dengan bapa
kandung berdasarkan kaedah istinbat hukum daripada ayat 5 surah al-Ahzab.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 5 surah al-Ahzab.


2. Menerangkan Sabab Nuzul Ayat.

3. Menghuraikan istinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﲇ‬

4. Menjelaskan batas batas pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat.
5. Menilai kepentingan mematuhi pensyariatan dalam menasabkan anak angkat.
6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk
diamalkan dalam kehidupan.

3.4 AYAT DAN TERJEMAHAN

Firman Allah SWT:

‫ﭐ ﭐﱡﭐ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲍ‬
‫ﲌﲎﲏﲐﲑﲒ ﲓﲔ‬

‫ﲠ‬
‫ﲡ‬ ‫ﲕﲗﲘﲙﲚﲛ ﲜﲝﲞﲟ‬
‫ﲖ‬
٥ :‫ﲢﲣﲤﲥ ﲦﱠ األحزاب‬
Ertinya:
Panggillah anak-anak angkat dengan nama bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah
yang lebih adil di sisi Allah SWT. Maka jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa
mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama
dan sebagai maula-maula kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara
yang kamu tersilap melakukannya, tetapi berdosa perbuatan yang disengajakan oleh
hati kamu. Ingatlah Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(al-Ahzab 33: 5)

13
3.5 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 5 SURAH AL-AHZAB

1. Wajib menasabkan anak angkat dengan nama bapa kandung.


2. Anak angkat yang tidak diketahui bapa kandung boleh dipanggil dengan
panggilan saudaraku.
3. Jika menasabkan anak angkat dengan nama bapa angkat, secara tidak sengaja
tidak berdosa tetapi sebaliknya adalah berdosa.

3.6 SABAB NUZUL AYAT 5 SURAH AL-AHZAB

• Ayat ini diturunkan berkaitan dengan kisah Zaid Bin Harithah, bekas hamba
Rasulullah SAW.
• Rasulullah SAW telah mengambil Zaid Bin Harithah sebagai anak angkat
sebelum kerasulan baginda SAW, tetapi orang ramai memanggilnya dengan
nama Zaid Bin Muhammad.
• Lalu Allah SWT menurunkan ayat ini, yang melarang perbuatan tersebut dan
memerintahkan untuk mensabkan anak angkat kepada bapa kandungnya.

3.7 KAEDAH ISTINBAT HUKUM BERDASARKAN LAFAZ ‫ﲇ‬

• Ulama’ mengistinbatkan hukum berdasarkan lafaz ‫ﲇ‬

• Lafaz ini merupakan Fi ‘il Amar yang menunjukkan perintah suruhan.


• Setiap suruhan membawa hukum wajib.
• Oleh itu anak angkat wajib dinasabkan anak angkat kepada bapa kandungnya.
Maka menasabkan anak angkat kepada bapa angkat adalah dilarang sama
sekali.

3.8 BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA ANAK ANGKAT DENGAN KELUARGA


ANGKAT

• Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak angkat dan anak
kandung sejak kecil lagi terutamanya tentang aurat dan adab pergaulan dalam
keluarga.
• Menjaga batas pergaulan seperti sentuhan dan bahasa badan antara anak angkat
dan keluarga angkat.
• Menjaga batas aurat dalam keluarga apabila anak angkat telah aqil baligh kerana
keluarga angkat bukanlah mahram.

14
3.9 KEPENTINGAN MENASABKAN ANAK ANGKAT KEPADA NAMA BAPA
KANDUNG

• Kesan Menasabkan Anak Angkat kepada Nama Bapa Angkat:

Jika diwalikan oleh orang yang tidak sah nasab seperti


Pernikahan bukan bapa atau saudara lelaki kandung, maka
pernikahan tersebut tidak sah.
Nafkah dan Nafkah dan tanggungjawab terhadap anak kandung
Tanggungjawab adalah wajib dan lebih berat daripada anak angkat.
Selain pernikahan, wali berperanan penting dalam
Perwalian banyak perkara seperti dalam pengurusan harta,
penjagaan anak yatim dan haji.
Pembahagian harta pusaka kepada anak angkat
Pewarisan harta
bermakna memberikan harta yang bukan haknya. Anak
dan Wasiat
angkat hanya berhak mendapat wasiat dan hibah.
Anak angkat merupakan bukan mahram. Pergaulan
Pergaulan dengan keluarga angkat seperti batas aurat dan adab
pergaulan perlu dijaga.

• Hikmah Suruhan Menasabkan Anak Angkat kepada Bapa Kandung:


1. Mengiktiraf bapa kandung supaya mengekalkan pertalian nasab antara
mereka.
2. Memelihara salasilah keluarga agar tidak bercampur dengan orang yang tiada
hubungan kekeluargaan.
3. Menjaga batas pergaulan dan aurat antara anak angkat dengan keluarga
angkat kerana mereka bukan mahram.
4. Memastikan bahawa hukum perkahwinan anak angkat perempuan adalah
sah apabila walinya adalah bapa kandungnya.
5. Memelihara hak anak angkat kepada bapa kandungnya seperti hak
perwarisan harta pusaka.
6. Anak angkat dapat mengenal asal usl keluarga kandung agar tidak berlaku
kekeliruan pada masa akan datang.

• Kelebihan Mengambil Anak Angkat:


1. Mengeratkan hubungan sillaturrahim antara keluarga angkat dan keluarga
kandung.
2. Membantu keluarga yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai
tanggungan yang ramai.
3. Memberi kebahagian kepada mereka yang tidak dikurniakan zuriat.
4. Melahirkan perasaan kasih sayang antara anak angkat dengan keluarga
angkat.

15
3.10 TINDAKAN YANG SESUAI DENGAN TUNTUTAN AYAT HUKUM UNTUK
DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN

• Kaedah Terbaik Penyelesaian Aurat dan Batas Pergaulan:


1. Mengambil anak angkat dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat seperti
anak saudara perempuan daripada adik-beradik seibu sebapa.
2. Menjadikan anak angkat sebagai anak susuan iaitu dengan menyusukan bayi
tersebut sebanyak lima kali kenyang sebelum mereka mencapai umur 2
tahun.
3. Jika mereka telah berumur lebih dua tahun, berikan mereka pendidikan
agama secukupnya tentang batas aurat dan adab pergaulan dalam keluarga.
4. Memberi tahu anak angkat tentang keluarga kandung mereka supaya mereka
tahu asal keturunan mereka.
• Langkah memberi kefahaman kepada orang ramai supaya menasabkan anak
angkat kepada bapa kandung:
1. Kempen kesedaran tentang nasab angkat kepada bapa kandung mereka.
2. Program dakwah tentang hukum menasabkan anak angkat kepada bapa
angkat.
3. Memudahkan urusan pengambilan anak angkat yang betul supaya lebih
ramai menggunakannya dan tidak melanggar peraturan berkaitan dengannya.
4. Mengurangkan birokrasi pengambilan anak angkat yang menyebabkan ramai
mengambil jalan mudah dan salah.

3.11 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan dua perintah Allah SWT dalam ayat 5 surah al-Ahzab.


2. Jelaskan sabab Nuzul ayat 5 surah al-Ahzab.
3. Jelaskan dua kepentingan menasabkan anak angkat kepada bapa kandungnya.

4. Berdasarkan penyataan di atas, terangkan hujjah anda berserta huraian untuk


menyokong penyataan tersebut.

16
BAHAGIAN HADIS HUKUM

4.0 MENJAUHI ARAK

4.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan tentang kewajipan menjauhi arak berdasarkan kaedah istinbat
hukum berdasarkan hadis Riwayat Ibnu Hibban.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada matan hadis.

2. Menjelaskan istinbat hukum berdasarkan lafaz .

3. Menghuraikan 10 perkara yang berkaitan dengan arak berdasarkan hadis.


4. Menilai kepentingan menjauhi keterlibatan dengan arak.
5. Menjana idea atau usaha yang perlu dilakukan untuk menghindari daripada
perbuatan yang berkaitan dengan arak.

4.3 HADIS DAN TERJEMAHAN

Maksudnya:
Daripada Haiwah, berkata: Malik bin Khair az-Zubadi menceritakan kepada aku,
sesungguhnya Malik bin Sa‘id at-Tujibi meriwayatkan bahawa dia mendengar Ibnu
Abbas berkata: Jibril telah mendatangi Rasulullah SAW lalu berkata: “ Wahai
Muhammad, sesungguhnya Allah melaknat arak, orang yang memerahnya, orang yang
meminta diperahkannya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan
untuknya, orang yang meminumnya, orang yang menjualnya, orang yang meminta
dijualkan arak untuknya, memberi minum arak kepada orang lain dan orang yang
meminta dituangkan untuknya.”
(HR Ibnu Majah)

17
4.4 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS

1. Arak adalah haram dan golongan yang terlibat dengannya juga adalah haram
2. Antara golongan yang terlibat dengan arak ialah orang yang memerahnya, orang
meminta diperahkannya, orang yang membawanya, orang yang meminta
dibawakan untuknya, orang yang meminumnya, orang yang menjualnya, orang
yang meminta dijualkan arak untuknya, memberi minum arak kepada orang lain dan
orang yang meminta dituangkan untuknya.

4.5 PENGERTIAN ARAK

• Bahasa; Menutupi
• Istilah; setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-
lain.
• Ulamak telah bersepakat mengatakan arak adalah haram dan dikenakan hukuman
hudud sekiranya diminum sama ada sedikit atau banyak. Hal ini dijelaskan dalam
hadis Nabi SAW:

‫ﷺ‬
Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “jika
sesuatu dalam jumlah yang banyak boleh memabukkan , maka sedikitnya juga
haram”
(HR Abu Daud)

• Apabila seseorang muslim yang telah baligh dan berakal meminum sesuatu yang
memabukkan, wajib dikenakan hukuman hudud ke atasnya, iaitu sebanyak 40 kali
sebatan. Cara untuk mensabitkan hukuman adalah dengan penyaksian oleh dua
orang lelaki muslim yang adil atau pengakuan peminum arak itu sendiri.

4.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM

• Ulamak mengistinbatkan hukum pengharaman arak melalui lafaz yang

bermaksud Allah melaknat.


• Setiap perkara yang dilaknat oleh Allah SWT menunjukkan haram.
• Oleh itu , segala perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram.

4.7 10 PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ARAK BERDASARKAN HADIS


1. Al-Khamru – Arak
• Segala minuman yang memabukkan.
2. Al-‘Asir – Pemerah Arak
• Orang yang bekerja untuk menjadikan arak sebagai minuman.

18
3. Al-Mu’tasir – Pembuat Arak
• Pemilik kilang arak untuk tujuan pasaran.
4. Al-Hamil – Pembawa Arak
• Orang yang membawa arak atau membekalkan arak ke tempat-tempat tertentu.
5. Al-Mahmulata Ilaih- Pemesan Arak
• Orang yang memesan arak untuk diminum.
6. As-Syarib- Peminum Arak
• Orang yang minum arak sama ada mabuk atau tidak mabuk.
7. Al-Ba ‘ii – Penjual Arak
• Orang yang menjual arak sebagai pekerjaan atau punca pendapatan.
8. Al-Mubta‘a- Pembeli Arak
• Orang yang membeli arak untuk diminum .
9. As-Saqi- Pelayan Arak
• Orang yang menghidangkan arak sebagai minuman kepada orang lain.
10. Al-Musqa- Pelanggan Arak
• Orang yang meminta arak untuk dijadikan sebagai minumannya.

4.8 KEPENTINGAN MENJAUHI KETERLIBATAN DENGAN ARAK

1. Menjaga akal manusia supaya tetap waras serta boleh berfikir dengan baik dan
sempurna.
2. Mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan penyakit sosial yang berpunca
daripada arak supaya kehidupan aman dan harmoni.
3. Mengelakkan penyakit yang boleh memudaratkan agar manusia sentiasa
mempunyai tahap kesihatan yang baik.
4. Menjauhi pembaziran wang supaya ia boleh digunakan ke jalan yang berfaedah.

4.9 PERINGKAT-PERINGKAT PENGHARAMAN ARAK

• Surah An-Nahl; 67
• Surah Al-Baqaarah; 219
• Surah An-Nisak; 43
• Surah Al-Maidah; 90-91

19
4.10 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHINDARI PERBUATAN YANG BERKAITAN
DENGAN ARAK

• Memperketatkan undang-undang yang sedia ada.


• Menyebarluaskan kempen-kempen menjauhi arak.
• Meningkatkan cukai arak.
• Tidak memproses arak sendiri.

4.11 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan dua golongan yang terdapat dalam hadis menjauhi arak.


2. Jelaskan cara ulamak mengistinbatkan hukum suruhan menjauhi arak.

3. Sahabat anda seorang murid tingkatan empat menghadapi masalah


ketagihan pil khayal”

Sebagai seorang sahabat, terangkan dua cara anda untuk membantu mengatasi
masalah tersebut.

20
5.0 HUKUMAN ZINA

5.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan tentang ketelitian dalam pensabitan hukuman zina berdasarkan
kaedah istinbat hukum daripada hadis riwayat Imam Muslim.

5.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada hadis.


2. Menerangkan sabab wurud hadis.

3. Menjelaskan istinbat hukum berdasarkan lafaz

4. Menghuraikan cara pensabitan hukum zina .


5. Menilai kepentingan mengamalkan ketelitian dalam pensabitan hukuman zina.
6. Menjana idea atau usaha yang perlu dilakukan untuk menjauhi perkara-perkara
yang boleh mendekatkan diri kepada zina.

5.3 HADIS DAN TERJEMAHAN

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya beliau berkata: Seorang lelaki telah datang
menemui Rasulullah SAW semasa baginda berada di dalam masjid, lalu beliau
memanggil Rasulullah seraya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah
berzina! Maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga dia mengulangi lagi: Wahai
Rasulullah, sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina! Diulang
pengakuannya sebanyak 4 kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat
pengakuan ke atas dirinya sebanyak 4 kali, Nabi SAW pun memanggilnya lalu
bersabda: “Adakah engkau gila?” Jawab lelaki itu: Tidak. Nabi bersabda lagi: “Adakah
engkau telah berkahwin?” Jawab lelaki itu: Ya. Maka Nabi SAW bersabda: “Bawalah
dia dan jalankanlah hukuman rejam.”
(HR Muslim)

21
5.4 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS

• Orang berzina yang Muhsan (sudah berkahwin) wajib dikenakan hukuman rejam.
• Pengakuan penzina boleh diambil kira sebagai salah satu cara pensabitan
hukuman hudud.
• Pengakuan tersebut disyaratkan sebanyak 4 kali bagi membolehkan penzina
dijatuhkan hukuman hudud.

5.5 PENGERTIAN ZINA

• Bahasa; Persetubuhan haram.


• Istilah; Perhubungan seks haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.

5.6 JENIS-JENIS HUKUMAN ZINA

• Muhsan: Penzina yang telah berkahwin sama ada lelaki atau perempuan akan
direjam sehingga mati.
• Ghair Muhsan: Penzina yang belum berkahwin sama ada lelaki atau perempuan
akan disebat 100 dan dibuang daerah selama setahun.
• Hukuman hudud bagi penzina juga dijelaskan dalam ayat berikut:

( ‫ﱠ‬...
‫ﱡﭐﱋﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒ ﱓ‬

Maksudnya:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang daripada kedua-duanya 100 kali sebatan.

• Hukuman buang daerah ; Majoriti para fuqaha’ termasuk mazhab syafie berpendapat
bahawa hukuman ini adalah termasuk dalam kategori hudud, jesteru wajib
dilaksanakan selama setahun bersama-sama hukuman sebat. Ia dijelaskan
berdasarkan hadis Nabi SAW:

Maksudnya:
Daripada ‘Ubadah bin Somit RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Ambillah
daripadaku, ambillah daripadaku (hukum), sesungguhnya Allah SWT telah

22
menentukan bagi mereka jalan (ketetapan). Penzina dara dan teruna disebat 100 kali
dan dibuang daerah selama setahun..”

5.7 SABAB WURUD HADIS

• Ketika Rasulullah SAW berada di masjid, seorang lelaki muslim telah datang
menemui baginda. Lelaki tersebut mengaku bahawa dia telah berzina tetapi
Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.
• Kemudian lelaki tersebut mengulang-ngulangnya sehingga 4 kali, lalu Rasulullah
SAW bertanya kepada lelaki tersebut sama ada dia mempunyai penyakit gila. Lelaki
tersebut menjawab bahawa dia tidak gila. Rasulullah SAW bertanya lagi sama ada
dia telah berkahwin. Lalu, lelaki tersebut menjawab bahawa dia telah berkahwin.
• Kemudia Rasulullah SAW memerintahkan agar lelaki tersebut direjam.

5.8 KAEDAH MENGISTINBATKAN HUKUM BERDASARKAN BERDASARKAN LAFAZ

• Ulamak mengistinbatkan hukum zina melalui lafaz “Izhabu bihi Farjumuh”. Kalimah
ini merupakan fiil amar yang menunjukkan perintah suruhan.
• Setiap yang menunjukkan perintah membawa hukum wajib.
• Oleh itu, wajib bagi penzina yang telah berkahwin dihukum rejam sampai mati.

5.9 CARA PENSABITAN HUKUMAN ZINA

1. Pengakuan Penzina Sendiri


• Penzina mengulang pengakuan sekurang-kurangnya empat kali.
• Penzina mestilah:
1. Akhil Baligh
2. Mengaku dengan pilihan sendiri atau sukarela.
3. Orang yang membuat pengakuan mampu melakukan zina.
4. Pengakuan dibuat dengan ucapan.
5. Pengakuan mestilah jelas, fasih dan tiada keraguan.

2. Penyaksian Empat Orang Saksi Lelaki


• Saksi yang akil baligh dan adil (mempunyai intergriti peribadi).
• Disyaratkan juga bahawa setiap saksi melihat perbuatan itu secara jelas tanpa
sebarang kesamaran. Jika tidak, mereka dikenakan hukuman Qazaf iaitu 80 kali
sebatan.

23
3. Qarinah atau Bukti
• Bukti yang meyakinkan seperti:
1. Gadis yang didapati hamil atau seorang perempuan yang bersuamikan
kanak-kanak yang belum baligh tetapi didapati mengandung.
2. Seorang perempuan melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam masa
tidak sampai enam bulan Hijrah daripada tarikh pernikahannya(perempuan
berkenaan)

5.10 KEPENTINGAN MENGAMALKAN KETELITIAN DALAM PENSABITAN HUKUMAN


ZINA

• Mengelakkan daripada berlaku sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan


yang akan mencalarkan imej mereka yang tidak bersalah.
• Memberi keadilan kepada penzina agar mendapat balasan yang sesuai dengan
perbuatan yang dilakukan.
• Menunjukkan Islam amat berhati-hati dalam melaksanakan hukuman zina.
• Menimbulkan kegerunan kepada manusia agar menjauhi zina kerana setiap
perlakuan tersebut akan mendapat hukuman.

5.11 LANGKAH UNTUK MENJAUHI PERKARA YANG BOLEH MENDEKATKAN DIRI


KEPADA ZINA

• Menjaga dan membataskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan.


• Mengawal serta menutup pusat-pusat hiburan.
• Meningkatkan pendidikan agama kepada anak-anak.

5.12 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah maksud zina?


2. Jelaskan cara ulamak mengistinbatkan hukum zina.

3. “Pengaruh media massa yang negatif menjadi punca bertambahnya


jenayah zina”

Terangkan hujjah anda untuk menyokong pernyataan di atas.

24
6.0 MENJAUHI PERLAKUAN GANAS DAN MENJAGA MARUAH DIRI

6.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan tentang kewajipan menjauhi perlakuan ganas dan menjaga
maruah diri berdasarkan kaedah istinbat hukum daripada hadis riwayat Imam Muslim.

6.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada matan hadis.

2. Menerangkan istinbat hukum berdasar lafaz

3. Menghuraikan perbuatan yang termasuk dalam kategori berkelakuan ganas dan


merosakkan maruah diri.
4. Menilai kepentingan menjaga ketenteraman awam dan maruah diri.
5. Mencadangkan usaha yang boleh dilakukan untuk menghindari perlakuan ganas
dan kewajipan menjaga maruah diri.

6.3 HADIS DAN TERJEMAHAN

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua
golongan daripada penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi, iaitu satu
kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk mereka memukul manusia
dengannya dan Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang(memakai pakaian
tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna), yang cenderung kepada perbuatan
maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya(menggoda lelaki ke arah
melakukan zina). Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang
senget(supaya orang kagum akan mereka). Mereka tidak akan masuk ke syurga dan
tidak akan mencium baunya walaupun bau syurga itu mampu dihidu dari jarak
perjalanan tertentu.
(HR Muslim)

25
6.4 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS

• Pengharaman perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang


bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam.
• Pengharaman wanita yang tidak menutup aurat, berpakaian nipis dan ketat, wanita
yang menarik perhatian lelaki dengan tabarruj dan wanita yang membuat lenggok-
lenggok yang menggoda lelaki.
• Kedua-dua golongan ini, iaitu yang berkelakuan ganas dan tidak menjaga maruah
diri tidak akan masuk ke dalam syurga.

6.5 PENGERTIAN PERLAKUAN GANAS DAN MARUAH DIRI

• Perlakuan Ganas: Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja
sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi.
• Maruah Diri: Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada
diri seseorang.

6.6 CARA ULAMAK MENGISTINBATKAN HUKUM

• Ulamak mengistinbatkan hukum haram berkelakuan ganas dan merosakkan

maruah diri berdasarkan lafaz . Lafaz ini bermaksud dua

golongan manusia yang menghuni neraka


• Setiap perbuatan yang menerima balasan neraka menunjukkan dosa besar, dan
melakukan dosa besar adalah haram.
• Oleh itu, haram untuk manusia berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri.

6.7 PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM KATEGORI BERKELAKUAN GANAS


DAN MEROSAKKAN MARUAH DIRI

1. Berkelakuan Ganas:
• Penguasa yang zalim.
• Merosakkan harta dan kemudahan awam.
• Memeras ugut atau menyertai kongsi gelap.
• Lumba haram yang membahayakan orang lain.
• Membuli dan mencederakan orang lain.

2. Merosakkan Maruah Diri:


• Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
• Memakai pakaian yang mencolok mata.
• Bersekedudukan atau duduk berdua-duaan tanpa ikatan yang sah.

26
• Melakukan hubunga luar tabi’i.
• Pergi ke tempat-tempat maksiat.

6.8 KEPENTINGAN MENJAGA KETENTERAMAN AWAM DAN MARUAH DIRI

• Ketenteraman Awam:
1. Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman
dan tenteram.
2. Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling
mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

• Menjaga Maruah Diri:


1. Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan
seksual.
2. Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan.

6.9 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHINDARI PERLAKUAN GANAS DAN


KEWAJIPAN MENJAGA MARUAH DIRI

• Menyediakan garis panduan etika pemakaian yang patut dipatuhi.


• Menguatkuasakan undang-undang terhadap perlakuan ganas.
• Menyebarluaskan kempen-kempen berakhlak mulia dan menjaga maruah di
media sosial.

6.10 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Senaraikan dua contoh perbuatan tidak menutup aurat.


2. Jelaskan cara ulamak mengistinbatkan hukum berkelakuan ganas dan
mendedahkan aurat.
3. Cadangkan dua Langkah untuk mencegah gejala samsing yang berleluasa di
sekolah pada masa kini.

27
BAHAGIAN ULUM AL-QURAN

7.0 AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH ( )

7.1 PENGENALAN

Ayat Makiyyah atau Surah Makiyyah ialah istilah yang diberikan kepada ayat-
ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah atau kawasan sekitarnya atau diturunkan
sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah iaitu ayat yang diturunkan sebelum 1H.
Sebuah surah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Makkah secara
keseluruhannya namun boleh juga sebahagian daripadanya diturunkan di Madinah
(Madaniyah). Ayat Makiyyah diturunkan selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari iaitu
bermula 17 Ramadan ketika Rasulullah SAW berumur 40 tahun hingga awal bulan
Rabiulawal ketika Rasulullah SAW berumur 54 tahun.
Madaniyyah ialah istilah yang diberikan kepada ayat al-Qur'an yang diturunkan
di Madinah atau diturunkan setelah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Sebuah
surah Madaniyah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Madinah secara
keseluruhan namun dapat juga sebahagian daripadanya diturunkan di Makkah
(Makkiyah).
Surah Madaniyah kebanyakannya panjang, dengan ayat yang panjang, dan
kebanyakannya terletak di awal al-Quran.

7.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan pengertian ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.


2. Menjelaskan perbezaan ciri-ciri ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
3. Menilai kepentingan mempelajari ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
4. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menggunakan ayat Makkiyyah dan
ayat Madaniyyah sebagai panduan dan memahami kandungan kandungan al-Quran.

7.3 PENGERTIAN AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH

• Dari segi Masa:

Ayat Makkiyyah Ayat Madaniyyah


Ayat yang diturunkan sebelum hijrah Ayat yang diturunkan selepas
dinamakan Ayat Makkiyyah walaupun hijrah dinamakan Ayat Makkiyyah
diturunkan di Madinah. walaupun diturunkan di Makkah.

28
- Ayat 3, Surah al-Maidah dikategorikan sebagai ayat Madaniyyah walaupun
diturunkan di Padang Arafah selepas Hijrah.

٣ :‫ﱵﱠ المائدة‬
‫ﭐﱡﭐﱫﱬﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴ ﱶ‬
Maksudnya:
Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmat-nikmatku kepada kamu dan Aku reda agama Islam
sebagia agama untuk kamu.
(al-Maidah: 3)
- Pengertian ayat Makkiyyah dan Madaniyyah dari segi masa adalah yang
paling mahsyur dan diiktiraf oleh seluruh ulamak kerana dikira menyeluruh
dan merangkumi semua ayat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

• Dari segi Tempat:

Ayat Makkiyyah Ayat Madaniyyah

Ayat yang diturunkan di Makkah Ayat yang diturunkan di Madinah


dinamakan ayat Makkiyyah, walaupun dinamakan ayat Madaniyyah,
diturunkan selepas Hijrah walaupun diturunkan sebelum
Hijrah.

- Pendapat ini kurang tepat dalam membuat pembahagian ayat Makkiyyah dan
ayat Madaniyyah kerana terdapat ayat yang tidak diturunkan sama ada di Makkah
ataupun Madinah tetapi di tempat lain.

Sebagai contoh, ayat 45 surah al-Zukhruf ini telah diturunkan pada malam Israk
di Baitul Maqdis. Ayat ini tidak dapat dikategorikan sebagai ayat Makkiyyah atau
Madaniyyah kerana tidak diturunkan di antara kedua-dua tempat tersebut.

‫ﱡﭐﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﱠ‬
٤٥ :‫الزخرف‬
Maksudnya:

Dan bertanyalah kepada (umat) mana-mana rasul yang telah kami utuskan
sebelum engkau, pernahkah kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan
untuk disembah selain Allah SWT yang Maha Pemurah?

(al-Zukhruf: 45)

29
• Dari segi Kumpulan Sasaran:

Ayat Makkiyyah Ayat Madaniyyah

Ayat yang ditujukan kepada penduduk Ayat yang ditujukan kepada


Makkah dinamakan ayat Makkiyyah penduduk Madinah dinamakan
ayat Madaniyyah

- Pendapat ini juga kurang tepat kerana tidak semua ayat yang diturunkan

dimulakan dengan kedua-dua lafaz tersebut iaitu lafaz ‫ﲌﲍ‬ dan

‫ﲢ ﲣﲤ‬

- Sebagai contoh, ayat 1 surah al-Ahzab menggunakan lafaz ‫ ﱁﱂ‬dan tidak

dapat dipastikan ayat tersebut ditujukan kepada penduduk Makkah atau Madinah.

‫ﱈﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱠ‬
‫ﱉ‬ ‫ﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇ‬
١ :‫األحزاب‬
Maksudnya:

Wahai Nabi (Muhammad SAW)! Tetaplah bertaqwa kepada Allah SWT, dan janganlah
engkau patuhi kehendak orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Allah SWT Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(al-Ahzab:1)

7.4 CIRI-CIRI AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH

AYAT MAKKIYYAH AYAT MADANIYYAH

• Membicarakan tentang seruan • Menjelaskan tentang ibadah,


tauhid dan beribadah hanya kepada muamalah, hudud, kekeluargaan,
Allah serta membuktikan kebenaran warisan, jihad, kemasyarakatan
risalah para rasul. dan hubungan antarabangsa,

30
kaedah hukum dan masalah
perundangan.

• Menceritakan kisah Nabi Adam AS • Menceritakan kisah dan perilaku


dan Iblis serta kisah para nabi dan buruk orang-orang munafik.
umat terdahulu kecuali pada ayat-
ayat dalam surah al-Baqarah.

• Ayat-ayat yang pendek dan • Suku kata dan ayatnya lebih


mengandungi ayat yang bermula panjang dengan gaya Bahasa
huruf-huruf al-Muqatta‘ah kecuali yang mantap dalam menjelaskan
ayat dalam surah al-Baqarah dan syariat serta tujuan dan
Ali ‘Imran. sasarannya.

• Mengandungi lafaz
• Mengandungi lafaz ‫ﲌﲍ‬
kecuali pada surah al-Hajj yang
‫ﲢﲣﲤ‬
menggunakan lafaz

‫ﲢ ﲣﲤ‬
• Mengandungi ayat Sajadah (Sujud • Seruan terhadap ahli kitab dari
Tilawah). Terdapat 15 tempat kalangan yahudi dan Nasrani,
dalam al-Quran. ajakan kepada mereka untuk
memeluk Islam, penjelasan
mengenai penyelewengan
mereka terhadap kitab Allah dan
permusuhan mereka terhadap
kebenaran.
• Mengandungi lafaz (Kalla). Lafaz ini • Menerangkan tentang keizinan
hanya terdapat pada separuh berperang dan peraturannya,
terakhir dalam al-Quran dan hanya serta hukum berkaitan dengan
disebut sebanyak 15 kali. jihad.

• Menceritakan tentang gambaran • Semua hujjah dan dalil mengenai


hari Kiamat, syurga dan nikmatnya, hakikat-hakikat Islam
neraka dan siksanya serta bukti- dibincangkan dengan terperinci
bukti terhadap musyrik serta ayat
Kauniyyah.

31
7.5 KEPENTINGAN MEMPELAJARI AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH

1. Membezakan antara ayat yang Nasikh dan yang Mansukh.


2. Mengetahui sejarah hidup Rasulullah SAW kerana penurunan al-Quran adalah seiring
dengan perjalanan hidup baginda SAW.
3. Mengetahui ayat yang diturunkan itu ditujukan kepada masyarakat arab Makkah atau
Madinah, masyarakat setempat, orang kafir, ahli kitab atau kaum muslimin
seluruhnya.
4. Membantu ulamak dalam melakukan pentafsiran al-Quran, kerana pengetahuan
tentang tempat turun ayat dapat membantu para mufassir memahami ayat tersebut
dan dapat mentafsirkan dengan tafsiran yang betul.
5. Gaya Bahasa yang digunakan dapat dipraktikkan dalam kegiatan dakwah kerana ayat
yang diturunkan sama ada sebelum hijrah atau selepas hijrah mempunyai tujuan atau
penumpuan yang tertentu.

7.6 USAHA-USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN AYAT MAKKIYYAH DAN


AYAT MADANIYYAH SEBAGAI PANDUAN DALAM MEMAHAMI KANDUNGAN AL-
QURAN.

• Membaca buku-buku ilmiah dan mentadabbur ayat


Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
• Mengkaji dan meneliti gaya Bahasa ayat Makkiyyah
Individu dan ayat Madaniyyah.
• Melakukan kajian berkaitan ayat Makkiyyah dan ayat
Madaniyyah dalam buku-buku dan penulisan para
ilmuan yang pakar dalam bidang tersebut.

• Membaca kertas kerja, artikel dan buku-buku berkaitan


ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
• Mengadakan diskusi dan halaqah di masjid dan surau
Masyarakat untuk mendalami perbezaan antara ayat Makkiyyah
dan ayat Madaniyyah.
• Menganjurkan program “Bedah Buku” berkaitan ayat
Makkiyyah dan ayat Madaniyyah di peringkat masjid
dan surau.

• Mengadakan symposium dan seminar di peringkat


antarabangsa.
Negara • Menerbitkan risalah-risalah pendek untuk menolak
golongan yang menolak berlakunya Nasikh dan
Mansukh dalam al-Quran.

32
7.7 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah maksud ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah?


2. Jelaskan perbezaan antara ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.

‫ﱡﭐﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽ ﱾﱿﲀﲁﲂ‬

١٥ :‫ﲃﲄﲅﱠ السجدة‬

3. Mengapakah kita disarankan untuk melakukan sujud Sajadah apabila


membaca ayat di atas? Jelaskan.

“Golongan kafir Quraisy telah mengetahui akan penurunan ayat Makkiyyah


dan ayat Madaniyyah disebabkan ayat-ayat tersebut turun dalam
persekitaran kehidupan mereka, namun mereka masih tidak beriman
kepada Allah SWT.”

4. Berdasarkan penyataan di atas, mengapakah berlaku hal sedemikian?


Kemukakan hujjah dan alasan.

33
8.0 ILMU TAFSIR

8.1 PENGENALAN

Tafsir al-Quran adalah ilmu pengetahuan untuk memahami dan menafsirkan yang
bersangkutan dengan al-Quran dan isinya berfungsi sebagai mubayyin (pemberi
penjelasan), menjelaskan tentang arti dan kandungan al-Quran, khususnya menyangkut
ayat-ayat yang tidak di pahami dan samar artinya. Kebutuhan umat Islam terhadap tafsir
al-Quran, sehingga makna-maknanya dapat dipahami secara penuh dan menyeluruh,
merupakan hal yang mendasar dalam rangka melaksanakan perintah Allah (Tuhan dalam
Islam) sesuai yang dikehendaki-Nya.
Dalam memahami dan menafsirkan al-Quran diperlukan bukan hanya
pengetahuan bahasa Arab, tetapi juga berbagai macam ilmu pengetahuan yang
menyangkut al-Quran dan isinya. Ilmu untuk memahami al-Quran ini disebut dengan Usul
al-Tafsir atau biasa dikenal dengan Ulumul Quran (ilmu-ilmu Al-Quran). Terdapat tiga
bentuk penafsiran yaitu Tafsir bil ma’tsur, al-Tafsir bir Ra’yi, dan Tafsir al-Isyari,

8.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan pengertian ilmu dan kitab tafsir.


2. Menerangkan jenis-jenis tafsir.
3. Menjelaskan syarat-syarat untuk mentafsir al-Quran.
4. Menghuraikan metodologi penulisan kitab dan latar belakang penulis kitab Tafsir al-
Azhar, Tafsir at-Tabari, Tafsir Ruhul Ma‘ani dan Tafsir al-Jalalain.
5. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menggunakan ilmu tafsir sebagai
panduan dalam memahami kandungan al-Quran.

8.3 PENGERTIAN ILMU TAFSIR

• Pengertian Ilmu
- Ilmu dari segi bahasa bermaksud mengetahui, merasai dan memahami, yakin dan
percaya

• Pengertian Tafsir
- Bahasa: menurut Lisanul Arab Ibni Manzur, tafsir bermaksud keterangan atau
membuka sesuatu yang dikehendaki daripada lafaz yang tidak jelas.
- Menurut pengertian yang diberikan oleh Mu’jam al-Wasit pula tafsir ialah syarah
dan penjelasan. Manakala tafsir al-Quran pula ialah sebahagian daripada ilmu
islam iaitu yang menerangkan makna-makna al-Quran al-Karim dan apa yang
terkandung didalamnya seperti aqidah, hikmah-hikmah, rahsia-rahsia dan hukum-
hukum.
- Istilah: menurut az-Zarqani, tafsir ialah satu ilmu yang membahaskan tentang
ayat-ayat al-Quran dari segi petunjuk lafaznya mengikut kehendak Allah swt
sekadar kemampuan manusia.

34
- Manakala menurut az-Zarkasyi, tafsir ialah satu ilmu yang dengannya dapat
memahami al-Quran, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan
menerangkan makna maksud dan hukum-hukum serta hikmah-hikmah yang
terkandung didalamnya.

• Pengertian Ilmu Tafsir


- Ilmu tafsir ialah satu bidang ilmu yang membincangkan dan menjelaskan
kehendak Allah swt yang tersirat didalam kitabnya menurut keupayaan manusia,
mengandungi ilmu-ilmu yang ada hubungan dengannya untuk memahami makna
dan kehendak Allah SWT

8.4 JENIS-JENIS TAFSIR

Para ulamak membahagikan tafsir kepada tiga bahagian :


1. Tafsir ar-Riwayat atau tafsir an-Naqli dan lebih dikenali sebagai tafsir bil-Ma’thur.
2. Tafsir ad-Dirayat atau lebih dikenali sebagai tafsir bil-Ra’yi.
3. Tafsir al-Isyarat atau lebih dikenali sebagai tafsir al-Isyari.

1. Tafsir Bil-Ma’thur ( )

• Tafsir yang bersandarkan kepada riwayat yang sahih, iaitu mentafsirkan al-Quran
dengan al-Quran atau dengan hadis kerana berfungsi sebagai penjelasan kepada
al-Quran, atau dengan riwayat sahabat ra (atsar), memandangkan mereka ialah
orang yang paling mengetahui tentang al-Quran al-Karim, atau dengan sesuatu
yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka biasanya menerima perkara
tersebut daripada para sahabat ra.

• Tafsir al-Quran dengan al-Quran:


Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas :

٤ :‫ﭧﭐﭨﭐﱡﭐﱎﱏﱐﱑﱠ الفاتحة‬
Maksudnya :
Yang memiliki hari pembalasan.

Perkataan ‫ﱏﱐ‬ bermaksud hari pembalasan. Ditafsirkan dengan


firman Allah swt dalam surah al-Infitar :

‫ﭐﱡﭐﲍﲎﲏﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞ‬
١٩ - ١٧ :‫ﲟﲠﲡﲢﲣﲤﱠ االنفطار‬

35
Maksudnya:
Dan sudahkah engkau ketahui apa (yang dikatakan) hari pembalasan? Lagi,
sudahkah engkau ketahui apa yang (dikatakan) hari pembalasan? (ialah) hari
yang tidak siapa pun dapat menolong sesiapa kerana semua urusan dihari itu
(adalah) kepunyaan Allah SWT.

• Tafsir Al-Quran Dengan Hadis Rasulullah SAW:


Hadis menjelaskan kemusykilan yang terdapat pada ayat al-Quran. Contohnya
penerangan mengenai maksud benang putih dan benang hitam dalam firman Allah
swt :

‫ﱡﭐ ﱢ‬
‫ﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫﱬﱭ‬...

١٨٧ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﱮ‬


‫ﱯ‬
Maksudnya :
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kakmu benang putih
(cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.

Ayat diatas menjadi kemusykilan kepada ‘Adiyi bin Hatim ra. Oleh yang demikian

Rasulullah saw menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‫ﱨﱩ‬

(benang putih) ialah cahaya siang dan ‫ﱫﱬ‬ (benang hitam) ialah

kegelapan malam melalui sebuah hadis baginda saw :

‫ﷺ‬

Maksudnya :
Daripada ‘Adiyyi bin Hatim ra, beliau berkata : Ketika diturunkan firman Allah swt
(ayat ila akhir) ‘Adiyi berkata kepada Rasulullah saw, Wahai Rasulullah saw : Aku
telah meletakkan dibawah bantalku dua utas benang, satu utas berwarna putih dan

36
satu lagi berwarna hitam untuk aku mengetahui malam dan siang. Rasulullah saw
bersabda : Bantal kamu terhalang, tidak begitu! Yang dimaksudkan ialah kegelapan
malam dan terangnya siang.

• Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat Dan Ijtihad Sahabat RA


Tafsir ini termasuk dalam tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana
para sahabat ra pernah bergaul dengan Rasulullah saw. Mereka menerima
keterangan daripada sumber yang asli, hidup bersama dengan Rasulullah saw
ketika Allah swt menurunkan wahyu dan mengetahui asbabun nuzul sesuatu ayat.
Firman Allah SWT:

‫ﭐﱡﭐﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎ‬

٣٠ :‫ﲏﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﱠ األنبياء‬

Maksudnya : Dan apakah orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit


dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah satu yang padu, kemudian kami
pisahkan antara keduanya, dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang
hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?

Ibnu ‘Abbas ra mentafsirkan “langit yang padu” ialah langit yang tidak ada
hujan, manakala “bumi yang padu” ialah bumi yang tiada tumbuhan.
Sementara “lalu tuhan pisahkan keduanya” ditafsirkan sebagai turunnya hujan
dan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan.

- Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat Tabiin Ra


o Tafsir kategori ini boleh diterima berdasarkan sebab bahawa para tabiin ra
kebiasaannya mendapat ilmu pengetahuan daripada para sahabat ra.
Contoh pentafsiran tabiin ra adalah :

‫ﱡﭐﱹﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﱠ‬
٦٥ :‫البقرة‬
Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang yang melanggar
peraturan diantara kamu pada hari sabtu, lalu kami berkata kepada mereka :
jadi kera lah kamu serta terusir.

Mujahid mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa orang-orang yang


disumpah oleh Allah swt dalam ayat diatas hanya melibatkan hati yang bersifat
seperti kera dan tidak melibatkan perubahan dari sudut fizikalnya.
Perumpamaan daripada Allah swt sama seperti perumpamaan terhadap

37
orang-orang jahil yang disifatkan seperti seekor keldai yang menunggang
bebanan kitab diatas belakangnya, tetapi tidak mengetahui sesuatu apa pun.

- Contoh buku-buku tafsir bil-Ma’sur

• Tafsir Bil-Rakyi ( )

- bermaksud tafsir al-Quran dengan menggunakan akal fikiran. Para ulamak


tidak sepakat mengenai tafsir ini, sesetengah pendapat mengharamkannya
dan ada pula pendapat yang mengharuskannya.
- Doktor Subhi as-Soleh berpendapat pengharaman adalah wajar
berdasarkan dua sebab :
1. Sekiranya pentafsir itu dengan tegas menyatakan bahawa inilah
makna sebenar ayat yang dihuraikannya, sedangkan pentafsir
tersebut gagal membawa dalil yang sah untuk menyokong
pendapatnya.
2. Pentafsiran dilakukan oleh seorang yang jahil dalam kaedah Bahasa
arab dan usul-usul syarak, atau juga disebabkan beliau cuba
mencari sokongan daripada ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan
hawa nafsu sendiri.

38
- Jenis-Jenis Tafsir Bil-Rakyi
1. Tafsir bil-Rakyi al-Mamduh ( )-terpuji

Tafsir ini dilakukan oleh seseorang yang mempunyai ilmu


pengetahuan dalam mentafsirkan al-Quran seperti Bahasa arab,
ilmu nahu, ilmu balaghah, asbabun nuzul, nasikh dan Mansukh dan
lain-lain cabang ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.

2. Tafsir bil-Rakyi al-Mazmum ( )-tercela

Tafsir dilakukan oleh seseorang yang tidak layak dalam bidang tafsir.
Kebanyakan tafsir yang dilakukan hanyalah bersandarkan kepada
pendapat sendiri dan mengambil sumber yang tidak sahih.

- Contoh buku-buku tafsir bil-Rakyi al-Mamduh

39
- Contoh buku-buku tafsir bil-Rakyi al-Mazmum

• Tafsir Al-Isyari ( )

- Tafsir al-Isyari atau tafsir sufi bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran


dengan tidak berpandukan kepada kenyataan zahir ayat sepenuhnya,
disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi hanya diketahui oleh ahli
tasawuf dan pentakwilan ini mempunyai persamaan dengan maksud zahir
ayat.
- Para ulamak berselisih pendapat berhubung dengan tafsir ini. Ada
dikalangan ulamak yang mengharuskan (menerima) tafsir al-Isyari seperti
Imam an-Nasafi dan ada pula yang menegah atau menolaknya seperti
Imam at-Taftazani.

40
- Contoh buku-buku Tafsir al-Isyari

8.5 SYARAT-SYARAT UNTUK MENTAFSIR AL-QURAN.


• Antara syarat-syarat yang membolehkan seseorang melakukan pentafsiran
terhadap ayat-ayat al-Quran adalah :

1. Menguasai Bahasa arab dan kaedahnya(Nahu, Sorof Dan Isytiqaq).


2. Menguasai ilmu balaghah (ilmu al-Ma’ani, ilmu al-Bayan dan ilmu al-Badi’).
3. Menguasai Usul al-Fiqh (Khas, Am,Mujmal, Mufassil dan lain-lain)
4. Mahir dalam ilmu Asbabun Nuzul.
5. Menguasai Nasikh dan Mansukh.
6. Mahir dalam ilmu Qiraat.
7. Mahir dalam ilmu hadis.

8.6 METODOLOGI PENULISAN DAN LATAR BELAKANG PENULIS KITAB TAFSIR AL-
AZHAR

• Latar Belakang Penulis


- Nama : Abdul Malik bin Abdul Karim bin Amru bin Abdullah Soleh
- HAMKA merupakan singkatan bagi Haji Abdul Malik Karim Amrullah
- Tarikh lahir : 14 Muharram 1326 hijrah/17 februari 1908 masihi
- Tempat lahir : Sungai batang, Maninjau Sumatera Barat

41
- Meninggal dunia : 22 ramadan 1401 hijrah/24 julai 1981 masihi di Jakarta
Selatan

• Metodologi Penulisan
- Professor HAMKA melakukan pentafsiran dalam tafsir al-Azhar dengan
menggabungkan tafsir bil-Maksur dan tafsir bil-Rakyi.
- Beliau turut menggunakan metodologi sejarah, antropologi dan sosiologi sebagai
sumber pentafsiran untuk memperkaya tafsirnya.
- Professor HAMKA memilih untuk mengikut corak al-Adabi al-Ijtimai’ iaitu sastera
budaya kemasyarakatan kerana corak tersebut menjelaskan petunjuk-petunjuk
ayat al-Quran yang berkaitan langsung dengan kehidupan masyarakat, serta
usaha bagi menangani masalah-masalah yang dihadapi mereka dengan
mengemukakan dalam Bahasa yang mudah difahami.
- Corak tersebut juga lebih menonjol berbanding aspek-aspek lain seperti Bahasa,
Fiqh, Teologi, Falsafah, Tasawuf dan ilmu pengetahuan dalam Tafsir al-Azhar.

8.7 METODOLOGI PENULISAN DAN LATAR BELAKANG PENULIS TAFSIR AT-TABARI

• Latar Belakang Penulis


- Nama : Abu Jaafar Bin Jarir at-Tabari dikenali sebagai al-Imam, al-Hafiz,
al-Mufassir, al-Muarrikh (ahli tarikh) Muhammad Bin Jarir Bin Yazid Bin
Kathir Bin Ghalib Abu Jaafar at-Tabari, dibangsakan kepada Tabristan
- Tarikh lahir : Tahun 224 hijrah/839 masihi
- Tempat lahir : Tabristan
- Meninggal dunia : Tahun 310 hijrah/932 masihi di Baghdad

• Metodologi Penulisan
- Tafsir ini menggunakan bentuk tafsir bil-Ma’thur.
- Beliau amat teliti dalam membahaskan sesuatu ayat dan menjauhkan diri daripada
syubhat
- Tafsir ini diterangkan dengan perkataan-perkataan daripada ulamak salaf dengan
sanad yang kuat dan tidak mempunyai sebarang riwayat daripada orang yang
disyaki seperti Muqatil Bin Bakir dan al-Kalbi.
- Kisah-kisah israiliyat juga dimasukkan dalam tafsir dengan pemilihan yang sangat
berhati-hati.
- Hukum-hukum fiqh turut dibicarakan dengan mengambil pelbagai pandangan
daripada pelbagai aliran mazhab kemudian mengemukakan pendapatnya sendiri
sebagai pendapat yang dipilih dan kuat.
- Tafsir at-Tabari membincangkan persoalan berkaitan akidah yang kebanyakannya
menyokong pendapat ahlus Sunnah wal jamaah dan menyanggah pendapat
beberapa aliran mazhab ahlul kalam terutamanya daripada golongan muktazilah.

42
8.8 METODOLOGI PENULISAN DAN LATAR BELAKANG PENULIS TAFSIR RUH AL-
MA’ANI

• Latar Belakang Penulis


- Nama : Mahmud Bin Abdullah al-Husaini al-Alusi, Syihabuddin Abu as-
Sana’
- Tarikh lahir : tahun 1217 hijrah
- Tempat lahir : al-Karkh, Iraq
- Meninggal dunia : tahun 1270 hijrah di Baghdad

• Metodologi Penulisan
- Tafsir ini mempunyai 15 jilid yang menjelaskan perkaitan antara ayat dengan ayat,
surah dengan surah, asbabun nuzul dan menguatkan penjelasan tafsir dan syair-
syair.
- Tafsir ini lebih cenderung terhadap ahlus Sunnah wal jamaah dan menolak
pendapat daripada golongan muktazilah dan syiah.
- Imam al-Alusi banyak membicarakan tentang ilmu cakrawala, falak, perbincangan
yang luas mengenai tatabahasa dan memperincikan tentang mazhab-mazhab fiqh
serta dalil-dalil yang berkaitan dengan hukum.
- Imam al-Alusi banyak menggunakan bentuk tafsir al-Isyari sehinggakan
sebahagian para pengkaji dan ulamak mengkategorikannya sebagai tafsir al-
Isyari.
- Kisah-kisah berkaitan israiliyat tidak dimasukkan dan telah ditolak dengan tegas
oleh imam al-Alusi.
- Tafsir ini turut menjelaskan banyak perkara seperti perbezaan antara tafsir dan
takwil kerana sebahagian ulamak menyatakan bahawa pengertian takwil dan tafsir
adalah sama, manakala sebahagian ulamak lain pula membezakannya.

8.9 METODOLOGI PENULISAN DAN LATAR BELAKANG PENULIS TAFSIR JALALAIN

• Latar belakang penulis


- Nama : Jalaluddin Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ibrahim al-Mahalli
asy-Syafie
- Tarikh lahir : tahun 791 hijrah
- Tempat lahir : Mesir
- Meninggal dunia : Hari sabtu pertengahan bulan Ramadan tahun 864 hijrah di
Kaherah

• Metodologi Penulisan
- Tafsir ini menggunakan metod ijmali oleh Imam as-Suyuti sebagaimana yang telah
digunakan terlebih dahulu oleh gurunya Imam al-Mahali iaitu mentafsirkan ayat al-
Quran secara ringkas, menggunakan Bahasa yang mudah difahami dan tidak
terlalu jauh daripada gaya Bahasa atau uslub al-Quran.

43
- Isi kandungan tafsir Jalalain sangat ringkas dan padat sehingga sebahagian
ulamak mengatakan bahawa bilangan huruf-huruf dalam kitab ini adalah sama
banyak dengan bilangan huruf-huruf surah al-Muzzammil serta dibolehkan untuk
membawanya tanpa berwuduk.
- Kitab tafsir al-Jalalain ini paling banyak digunakan dan diambil manfaat oleh umat
islam yang lain. Kebanyakan para ulamak telah membuat huraian terhadap isi
kandungan tafsir ini sehingga telah lahir nota catatan bawah (hawamish) yang
sering digunakan oleh para ulamak seperti Hasyiah al-Jamal dan Hasyiah as-
Sowi.
- Antara ciri yang menarik dalam tafsir ini ialah pentafsiran surah al-Fatihah
diletakkan dibahagian paling akhir dan tidak membincangkan mengenai ayat
Basmalah seperti kitab-kitab tafsir yang lain.

8.10 USAHA-USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN ILMU TAFSIR SEBAGAI


PANDUAN DALAM MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QURAN

• Membaca buku-buku tafsir yang muktabar.


• Menghadiri kuliah pengajian tafsir yang diadakan
disurau-surau atau masjid-masjid.
• Meneliti, mengamati dan mengkaji secara terperinci
Individu dan lebih mendalam disamping merujuk kepada hadis-
hadis Rasulullah saw untuk memahami sesuatu
maksud atau tafsiran al-Quran.
• Membaca buku-buku metodologi pentafsiran al-Quran
yang sahih.

• Memperbanyakkan lagi penganjuran seminar tafsir al-


Quran diperingkat antarabangsa.
• Membudayakan pengajian talaqqi buku tafsir.
Masyarakat • Menganjurkan program-program ilmiah diperingkat
taman perumahan dan kawasan penduduk setempat
seperti “bedah buku tafsir”.
• Menggunakan saluran media massa untuk memberi
pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu tafsir.

Negara • Mempergiatkan lagi usaha-usaha melakukan


penterjemahan buku-buku tafsir yang muktabar ke
dalam Bahasa melayu.

44
• Mengambil tindakan undang-undang terhadap individu
atau golongan yang menyeleweng dalam melakukan
pentafsiran terhadap ayat-ayat suci al-Quran.
• Memperketatkan lagi undang-undang bagi
membendung golongan liberalisme daripada
menyeleweng dalam melakukan pentafsiran terhadap
ayat-ayat suci al-Quran.
• Mengadakan pertemuan bersama-sama tokoh-tokoh
tafsir di peringkat ASEAN bagi melahirkan karya tafsir
yang lebih dekat dengan persekitaran masyarkat islam
di Malaysia.

8.11 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan maksud ilmu tafsir?


2. Jelaskan dua jenis tafsir al-Quran?
3. Huraikan jenis-jenis tafsir bil-Rakyi.
4. Jelaskan tiga syarat mentafsirkan al-Quran?
5. Terangkan dua usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan ilmu tafsir sebagai
panduan memahami kandungan al-Quran.

45
9.0 RESAM UTHMANI

9.1 PENGENALAN

Mushaf al-Quran yang diguna pakai pada zaman ini adalah mengikut kaedah penulisan
yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ke-3 iaitu Khalifah Saidina Usman bin Affan RA.
Kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran ini atau lebih dikenali sebagai Resam Uthmani telah
diarahkan oleh beliau disebabkan berlaku perselisihan bacaan di kalangan umat Islam
yang begitu ketara.

9.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan sejarah penulisan Resam Uthmani.


2. Menerangkan metodologi penulisan Resam Uthmani.
3. Menjelaskan keistimewaan Resam Uthmani.
4. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menggunakan Resam Uthmani
sebagai panduan dalam memahami kandungan al-Quran.

9.3 SEJARAH PENULISAN RESAM UTHMANI

Resam al-Quran atau Resam Uthmani ialah kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran yang
telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Istilah Uthmani disandarkan kepada
Saidina Usman R.A kerana atas perintah beliau mushaf al-Quran disalin semula dan
dihantar kepada umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Sejarah penulisan Resam Uthmani telah berlaku pada beberapa zaman:

• Zaman Nabi Muhammad SAW


- Proses penulisan al-Quran sudah berlaku.
- Apabila Rasulullah SAW menerima wahyu, baginda akan terus menyuruh para
sahabat mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang telah diwahyukan kepada baginda.
- Antara sahabat-sahabat yang terlibat ialah keempat-empat Khulafa’ ar-Rasyidin,
Saidina Muawiyah bin Abi Sufian, Saidina Khalid bin al-Walid, Saidina Ubai bin
Ka‘ab dan ramai lagi.
- Ayat-ayat al-Quran ditulis pada pelepah tamar, kulit-kulit binatang, kepingan batu
dan sebagainya.

• Zaman Khalifah Abu Bakar RA


- Al-Quran dikumpulkan pada zaman ini kerana telah berlaku satu peperangan yang
dinamakan peperangan al-Yamamah. Peperangan ini menyebabkan ramai
dikalangan para huffaz al-Quran telah syahid.
- Saidina Umar mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar agar dikumpulkan al-
Quran kerana bimbang al-Quran akan hilang dan terhapus.

46
- Cadangan itu pada mulanya tidak dipersetujui oleh Khalifah kerana beranggapan
ianya tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Namun setelah didesak
beberapa kali, Khalifah bersetuju dan melantik Saidina Zaid bin Thabit al-Ansari
RA dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat untuk menyalin semula al-
Quran yang telah ditulis sewaktu zaman Rasulullah SAW.
- Setelah kewatan Saidina Abu Bakar RA, mushaf tersebut diberikan kepada
Saidina Umar al-Khattab RA yang dilantik menjadi Khalifah ke-2. Kemudian,
mushaf tersebut disimpan pula oleh anak perempuan Saidina Saidina Umar al-
Khattab iaitu Ummul Mukminin Saidatina Hafsah binti Umar RA setelah kewafatan
Khalifah Umar al-Khattab.

• Zaman Khalifah Usman bin Affan RA


- Saidina Usman bin Affan RA telah melakukan penambahbaikan terhadap mushaf
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dengan menubuhkan satu jawatankuasa yang
diketuai oleh Saidina Zaid bin Thabit al-Ansari untuk menyalin semula mushaf
tersebut.
- Ini berlaku selepas terdapat laporan oleh Saidina Huzaifah bin al-Yaman RA
tentang perbalahan yang tercetus akibat berlakunya perbezaan cara bacaan al-
Quran disebabkan perbezaan kaedah bacaan (Qiraat) yang diambil daripada para
sahabat.
- Setelah itu, mushaf baru tersebut disalin sebanyak enam buah dan dihantar ke
wilayah-wilayah untuk dijadikan panduan berserta seorang sahabat untuk
mengajar penduduk di wilayah tersebut.
- Saidina Usman juga memerintahkan agar mushaf baru itu diperbanykkan dan
mushaf yang selain daripadanya dihapuskan. Ini bertujuan menyatupadukan
semula umat Islam yang telah berpecah disebabkan perbezaan qiraat.

9.4 SISTEM MUSHAF UTHMANI

• Menulis ayat yang tidak dinasakhkan(Mansukh) bacaannya.

• Menulis ayat-ayat yang thabit hanya secara mutawatir.

• Merujuk semula mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA.

• Mengutamakan dialek Qurays sebagai asas bagi semua dialek Bahasa arab sekiranya
berlaku kekhilafan lahjah atau dialek.

• Hanya ayat-ayat yang dibaca oleh Rasulullah SAW dengan Saidina Jibril AS dalam
al-‘Urdatul Akhirah sahaja yang dikekalkan dalam mushaf ini.

• Menghimpunkan semua wajah-wajah qiraat dalam satu cara penulisan.

47
9.5 INOVASI MUSHAF UTHMANI.

• Penambahan tanda-tanda titik dan baris dalam al-Quran.


• Meletakkan warna-warna khusus yang berkaitan dengan hukum tajwid.
• Pembahagian al-Quran mengikut juzuk dan hizib.
• Memberi terjemahan ayat al-Quran sama ada berdasarkan ayat secara
keseluruhan atau berdasarkan kalimah.
• Membuat penandaan pada ayat-ayat tertentu seperti ayat-ayat yang berisi doa
yang boleh diamalkan atau ayat sajadah.
• Menambah info berkaitan Asbabun Nuzul sesuatu ayat.

9.6 METODOLOGI PENULISAN RESAM UTHMANI.

1. Al-Hazfu ( )
Terbahagi kepada tiga bahagian:

a. Hazful Isyarah ( ) atau Hazful Ihtimal ( )


Disebabkan factor perbezaan Qiraat.
Contohnya:

٤ :‫ﭐﱡﭐﱎﱏﱐﱑﱠ الفاتحة‬
Contoh di atas ialah Hazful Alif disebabkan terdapat dua perbezaan Qiraat iaitu
Isbatul Alif dan Hazful Alif.
b. Hazful Ikhtisar ( )
Yang terjadi pada kalimah-kalimah yang khusus dan berlaku pada semua tempat
dalam al-Quran namun dikecualikan pada beberapa tempat sahaja.
Contohnya:

١ :‫ﱠ اإلسراء‬... ‫ﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈ‬

Lafaz ‫ﱁ‬ merupakan kalimah yang dihazafkan(dibuangkan) alif pada

semua tempat dalam al-Quran kecuali pada pada ayat 93 surah al-Isra’ sahaja
diisbatkan alif)dikekalkan):

٩٣ :‫ﲦﲧﲨﲩﲪﲫﲬﲭﲮﱠ اإلسراء‬...
‫ﱡﭐ ﲥ‬

48
c. Hazful Iqtisar( )
Hazaf yang ditentukan pada kalimah-kalimah tertentu tetapi tidak terjadi pada
kalimah yang serupa dengannya dalam al-Quran.
Contohnya:

٤٢ :‫ﱠ األنفال‬...‫ﱰﱱﱲﱳﱴ‬... ‫ﭐﱡﭐ‬


Hanya pada ayat di atas sahaja yang dihazafkan(dibuangkan) alif, sedangkan
pada kalimah yang sama pada ayat yang lain diisbatkan(dikekalkan) alif,
contohnya:

٩ :‫ﳔﳕﳖﳗﳘﳙﱠ آل عمران‬...‫ﱡﭐ‬

Huruf-huruf yang dihazafkan(dibuangkan) terbahagi kepada tiga bahagian:

Huruf Contoh

Hazful alif( ) ٤ :‫ﱡﭐﱎﱏﱐﱑﱠ الفاتحة‬

Hazful Wau( ) ١١ :‫ ﱠ اإلسراء‬...‫ﱡﭐﱪﱫﱬﱭﱮﱯ‬

Hazful Ya’( )
٥ :‫ﭧﭐﭨﭐﱡﭐﲻﲼﲽﲾﲿﳀﳁﱠ القمر‬

49
2. Al-Badal ( )
Bermaksud menggantikan huruf dengan huruf yang lain.

Huruf Kalimah Contoh

kepada ‫ت‬ ٢١٨ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﲫ‬


‫ﲨﲩﲪ ﲬ‬...‫ﱡﭐ‬

kepada ‫ا‬ ١٥ :‫ﭐﱡﭐﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱠ العلق‬

kepada ٦ :‫ ﱠ الحجرات‬...‫ﱖ ﱗﱘﱙﱚ‬...‫ﭐﱡﭐ‬

‫ت‬

3. Az-Ziyadah ( )
Bermaksud menambah huruf alif, wau atau ya’ pada kalimah-kalimah tertentu dalam
al-Quran.

Huruf Contoh

Ziyadatul alif( ) ٦٦ :‫ﱠ األنفال‬...‫ﲕﲖﲗﲘ‬...‫ﱡﭐ‬

Ziyadatul Wau( ) ٥ :‫ ﱠ البقرة‬...‫ﭐﱡﭐﱣﱤﱥﱦﱧﱨ‬

١٤٤ :‫ﱠ آل عمران‬...‫ﱭﱮﱯﱰ‬...


‫ﭐﱡﭐ ﱬ‬
Ziyadatul Ya’( )

50
4. Al-Faslu ( )
Bermaksud memisahkan dua kalimah

Bil Contoh

٣١ :‫ﱠ مريم‬...‫ﱡﭐﲂﲃﲄﲅ‬
1

2 ١٠٩ :‫ﱠ التوبة‬... ‫ﱾﱿﲀﲁﲂﲃ‬...‫ﭐﱡﭐ‬

٦٠ :‫ﱠ يس‬...‫ﱬ‬
‫ﱭ‬ ‫ﱩﱪﱫ‬...‫ﭐﱡﭐ‬
3

5. Al-Waslu ( )
Bermaksud menyambungkan dua kalimah.

Asal kalimah Contoh

٢٠ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﱴﱵﱶﱷﱸ‬...‫ﱡﭐ‬

٢٣ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﲳﲴﲵ‬...‫ﱡﭐ‬

٢٢ :‫ﱠ الملك‬... ‫ﲾﲿﳀ‬...‫ﭐﱡﭐ‬

51
6. Al-Isbat ( )
Bermaksud mengekalkan, iaitu mengekalkan huruf alif pada kalimah.

Bil Contoh

٩٣ :‫ﱠ اإلسراء‬...‫ﲦﲧﲨ‬...
‫ﭐﱡﭐ ﲥ‬
1

2 ٥٢ :‫ﱊﱋﱌﱍﱎﱠ الذاريات‬...‫ﱡﭐ‬

٣٨ :‫ﲡﲢﲣﲤﱠ الرعد‬...
‫ﭐﱡﭐ ﲠ‬
3

9.7 KEISTIMEWAAN RESAM UTHMANI

• Memberi kesedaran terhadap kepentingan Talaqqi Musyafahah ketika


membaca al-Quran.
• Mengelakkan daripada melakukan kesalahan penulisan al-Quran.
• Menggunakan al-Quran Resam Uthmani ketika membaca al-Quran adalah
salah satu daripada rukun bacaan al-Quran.
• Resam Uthmani telah disepakati oleh para ulamak dan sudah diterima dengan
susunan ayat-ayat, kalimah-kalimah dan huruf-huruf serta tidak dibolehkan
untuk mengingkarinya.
• Tulisan al-Quran Resam Uthmani adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW
dan telah diwarisi oleh penulis-penulis mushaf al-Quran sehingga kini.

52
9.8 USAHA-USAHA UNTUK MENGGUNAKAN RESAM UTHMANI SEBAGAI PANDUAN
DALAM MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QURAN

• Mendalamai ilmu Dabtul Quran dan Rasmul Quran serta


tajwid untuk mengetahui fungsi tanda-tanda bacaan dalam
al-Quran.

Individu • Mempelajari al-Quran dengan bertalaqqi dan


bermusyafahah bersama-sama guru yang mahir.

• Menggunakan mushaf al-Quran yang telah diluluskan oleh


Kementerian Dalam Negeri (KDN)

• Menganjurkan bengkel, kelas dan seminar Resam Uthmani


dengan lebih kerap dan berterusan.

• Mengadakan ceramah mengenai Resam Uthmani untuk


menghargai usaha-usaha Rasulullah SAW dan para
Masyarakat
Sahabat RA.

• Ahli jawatankuasa masjid dan surau perlu memastikan


hanya mushaf Resam Uthmani sahaja yang digunakan di
masjid dan surau.

• Memupuk minat masyarakat mempelajari Resam Uthmani


melalui rancangan dan kuliah di dalam televisyen.

• Mencetak buku-buku panduan memahami Resam Uthmani


Negara
dan mengedarkannya kepada masyarakat.

• Menguatkuasakan undang-undang percetakan teks al-


Quran yang menepati kaedah Resam Uthmani.

9.9 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Bagaimanakah Resam Uthmani digunakan sebagai panduan dalam memahami


kandungan al-Quran.
2. Jelaskan penulisan al-Quran yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.
3. Jelaskan sistem Mushaf Uthmani.
4. Jelaskan dua bentuk inovasi Mushaf Uthmani.

53
BAHAGIAN ULUM AL-HADIS

10.0 HADIS-HADIS YANG BOLEH DIJADIKAN HUJJAH SEBAGAI PANDUAN

10.1 PENGENALAN

Memahami kepentingan mempelajari hadis-hadis yang boleh dijadikan


hujjah sebagai panduan untuk diamalkan dalam kehidupan. Di antaranya ialah
Hadis Marfu’ dan Hadis Mauquf.

10.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:


1. Menyatakan pengertian Hadis Marfu’ dan Hadis Mawquf berserta contoh.
2. Menjelaskan hukum beramal dengan Hadis Marfu’ dan Hadis Mawquf.
3. Menilai kepentingan mengamalkan Hadis Marfu’ dan Hadis Mawquf sebagai
panduan dalam kehidupan.
4. Mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan untuk menggunakan dan
mengamalkan hadis-hadis yang boleh dijadikan hujjah dalam kehidupan.

10.3 PENGERTIAN HADIS MARFU’ ( ) BESERTA CONTOH

• Hadis Marfu’ ialah hadis yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dari segi
perkataan, perbuatan dan pengakuan atau taqrir.

Contoh Hadis Marfu’ dari segi perkataan:

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: dan sesiapa
yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia berkata yang baik
ataupun diam. (HR al-Bukhari)

Contoh Hadis Marfu’ dari segi perbuatan:

Maksudnya:
Daripada Saidatina Aisyah RA berkata, Nabi SAW suka memulakan sesuatu
dengan yang kanan semasa bersuci, menyikat rambut dan memakai selipar.
(HR al-Bukhari)

54
Contoh Hadis Marfu’ dari segi taqrir:

Maksudnya:
Daripada Qais bin Amru RA berkata, Nabi SAW melihat lelaki solat 2 rakaat
selepas menunaikan solat subuh. Lalu Baginda bertanya: Apakah solat subuh
itu dua kali? Jawab lelaki itu kepada Baginda: sesungguhnya saya tidak sempat
menunaikan 2 rakaat Qabliyah subuh lalu saya menunaikannya (selepas subuh).
Maka Baginda SAW pun diam. (HR Ibnu Majah)

10.4 PENGERTIAN HADIS MAWQUF ( ) BERSERTA CONTOH

• Hadis Mauquf ialah apa yang disandarkan kepada para sahabat sama ada
perkataan, perbuatan atau taqrir

Contoh Hadis Mawquf dari segi perkataan:

Maksudnya:
Saidina Ali RA berkata: Berbicaralah dengan manusia pada kadar pengetahuan
mereka, apakah kamu suka Allah SWT dan RasulNya didustakan?
(HR al-Bukhari)

Contoh Hadis Mawquf dari segi perbuatan:

Maksudnya:
Al-Bukhari RA berkata, telah berkata al-Hasan al-Basri: Ibnu Abbas RA menjadi
imam dalam keadaan beliau bertayamum. (HR al-Bukhari)

Contoh Hadis Mawquf dari segi taqrir:

55
Maksudnya:
Daripada Ubaid bin Umair, dia melihat kutu di kepala Ibnu Umar di dalam masjid.
Dia mengambil dan menanamnya. Ibnu Umar melihatnya dan tidak menegur
perbuatannya. (HR Abdul Razzaq al-Son‘ani)

10.5 HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS MARFU’ DAN MAWQUF

• Hadis Marfu’:
Boleh dijadikan hujjah dan dalil dalil sekiranya memenuhi semua syarat hadis
sahih.

• Hadis Mawquf:
Tidak boleh dijadikan hujjah kerana bukan wahyu dan hanya disandarkan
kepada para sahabat, tetapi terdapat beberapa kaedah yang boleh
menjadikannya sebagai dalil dengan syarat-syarat berikut:
1. Apabila para sahabat menyebut perkara ghaib seperti syurga dan neraka,
atau keadaan akhir zaman. Sekalipun datang daripada mereka, tetapi
mereka pasti mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.
2. Apabila para sahabat berkata: ‘antara perbuatan Sunnah ialah itu dan ini…’
kerana mereka hidup bersama dengan Rasulullah SAW.
3. Apabila para sahabat melakukan perbuatan yang tidak boleh berijtihad
padanya seperti solat. Contohnya Saidin Ali yang menunaikan solat gerhana
bulan.
4. Apabila para sahabat melakukan sesuatu perbuatan semasa hayat
Rasulullah SAW. tetapi wahyu tidak turun untuk menegur perbuatan
tersebut.

10.6 KEPENTINGAN MENGAMALKAN HADIS MARFU’ DAN MAWQUF DALAM


KEHIDUPAN

• Individu muslim dapat mengetahui hadis dan mendalami cabang ilmunya yang
lebih luas.
• Setiap muslim dapat berusaha mencontohi sifat-sifat seorang penyampai hadis
yang boleh dipercayai.
• Masyarakat dapat mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian
daripada sumber yang sahih.
• Masyarakat dapat menghindarkan diri daripada mempraktikkan ibadat yang
tidak diketahui sumbernya dalam islam.
• Keadaan negara akan lebih tenang dan harmoni kerana rakyat tidak berpecah
belah apabila mengutamakan fakta yang benar.

10.7 KAEDAH BERINTERAKSI DAN BERAMAL DENGAN HADIS

1. Meneliti dan mendalami pengetahuan tentang hadis-hadis yang boleh dijadikan


hujah dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
2. Mempelajari dan mencontohi kisah para sahabat dan generasi selepasnya yang
berusaha memelihara ketulenan hadis dan mengamalkannya.

56
3. Menerbitkan himpunan hadis sahih dalam perlbagai tajuk untuk bacaan umum
sama ada secara bercetak atau melalaui media sosial.
4. Kempen berterusan daripada pihak berkuasa agama untuk menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan beramal dengan hadis yang boleh dijadikan
hujjah.
5. Kerajaan menyediakan saluran khas secara dalam talian bagi orang awam
menyemak status sesuatu hadis supaya dapat diketahui sumbernya dan dapat
beramal dengan yakin.

10.8 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan pengertian hadis Marfu’ dan hadis Mawquf.


2. Jelaskan bagaimana hadis Mawquf boleh dijadikan sebagai hujjah dalam Islam.
3. Terangkan dua kesan terhadap masyarakat yang mengutamakan hadis Marfu’
yang sahih dalam ibadah.

4. Berdasarkan pernyataan di atas, analisis factor yang menjadikan mereka


berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah SAW.

57
11.0 HADIS-HADIS YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJJAH SEBAGAI
PANDUAN

11.1 PENGENALAN

Memahami kepentingan mempelajari hadis-hadis yang tidak boleh dijadikan


sebagai hujjah sebagai panduan untuk ditolak atau diamalkan dalam kehidupan. Di
antara hadis-hadis tersebut ialah hadis Maqtuq, hadis Mursal, Hadis Shaz dan hadis
Mawdu’.

11.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:


1. Menyatakan pengertian hadis Maqtu’, Mursal, Shaz dan Mawdu’ berserta
contoh.
2. Menjelaskan hukum beramal dengan hadis Maqtu’, Mursal, Shaz dan Mawdu’.
3. Menilai kepentingan mempelajari hadis Maqtu’, Mursal, Shaz dan Mawdu’
sebagai panduan dalam kehidupan.
4. Mencadangkan tindakan untuk menyekat penularan dan penyebaran hadis
Syaz dan hadis Mawdu’ daripada dijadikan hujjah dan diamalkan dalam
kehidupan.

11.3 PENGERTIAN HADIS MAQTU’ ( ), MURSAL ( ), SHAZ ( ) DAN

MAWDU’ ( ) BERSERTA CONTOH

• Pengertian Hadis Maqtu’:


Hadis yang disandarkan kepada tabi‘in RA atau generasi selepas mereka
sama ada percakapan, perbuatan, taqrir, sifat fizikal dan akhlak.

Contohnya:
Al-Hasan al-Basri RA, ulamak di zaman tabi‘in ditanya tentang hukum solat di
belakang ahli bid‘ah, beliau berkata:

Maksudnya:
Al-Hasan al-Basri berkata RA: hendaklah kamu solat (bersamanya). Dia yang
menanggung dosa bid‘ah yang dilakukannya.

58
• Pengertian Hadis Mursal:
Hadis yang sanadnya terputus di peringkat sahabat RA, apabila tabi‘in RA
menyandarkan kata-kata kepada Rasululah SAW tanpa menyebut nama
sahabat sedangkan mereka tidak hidup pada zaman Rasulullah SAW.

Contohnya:

Maksudnya:
Al-Hasan al-Basri RH berkata: daripada Nabi SAW bersabda: Bawalah khabar
gembira kerana sesuatu kesusahan tidak akan menghalang dua kesenangan.

• Pengertian Hadis Syaz:


Hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang diterima periwayatannya
tetapi bercanggah dengan hadis daripada perawi yang lebih baik daripadanya.

Contohnya:

Maksudnya:
Daripada Saidatina Aisyah RA berkata: Sabda Rasulullah SAW: sesungguhnya
Allah dan para malaikat berselawat ke atas mereka yang berada di saf kanan.
(Riwayat al-Baihaqi)

Menurut Imam al-Baihaqi, hadis di atas Syaz kerana bertentangan dengan


sebuah hadis lain yang beliau riwayatkan:

Maksudnya:
Daripada Saidatina Aisyah RA berkata: Sabda Rasulullah SAW: sesungguhnya
Allah dan para malaikat berselawat ke atas mereka yang menyambungkan saf.
(Riwayat al-Baihaqi)

59
• Pengertian Hadis Mawdu’:
Hadis yang direka dan disandarkan kepada Rasulullah SAW secara palsu.

Contohnya:

Maksudnya:
Daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, daripada ayahnya, daripada datuknya:
Kapal Nabi Nuh melakukan tawaf sebanyak tujuk kali mengelilingi kaabah dan
kemudian menunaikan solat di maqam Ibrahim. (Riwayat Abu Ya’la)

Imam Ibnu al-Jauzi RH menilai hadis ini sebagai Mawdu’. Manakala menurut Dr.
Mustafa as-Siba‘I, makna hadis ini secara jelas bercanggah dengan akal manusia.

11.4 HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS MAQTU’, MURSAL, SYAZ DAN MAWDU’

JENIS HADIS HUKUM BERAMAL

Tidak boleh diamalkan kerana bukan daripada


Rasulullah SAW, iaitu bukan wahyu daripada Allah
Hadis Maqtu’
SWT. Hadis ini hanya bersumberkan golongan tabi‘in
RA dan generasi selepas mereka.

Tidak boleh diamalkan kerana status hadis yang lemah


disebabkan sanad yang terputus. Menurut Imam as-
Hadis Mursal Syafie RH, hadis Mursal boleh diamalkan dengan syarat
tabi‘in dalam sanadnya itu seorang tabi‘in besar dan
pernah bertemu dengan kebanyakkan para sahabat RA.

Tidak boleh diamalkan kerana status hadis yang sangat


Hadis Syaz lemah disebabkan percanggahan dengan satu hadis
yang lebih kuat daripadanya.

Haram diamalkan kerana hadis tersebut merupakan


Hadis Mawdu’
rekaan yang disandarkan kepada Rasulullah SAW.

60
11.5 KEPENTINGAN MEMPELAJARI HADIS MAQTU’, MURSAL, SYAZ DAN
MAWDU’

• Individu muslim dapat mengetahui pembahagian hadis yang tidak sahih oleh
para ulamak.
• Menjadikan setiap muslim berusaha memiliki ingatan yang kuat supaya sesuatu
fakta terpelihara.
• Masyarakat akan hidup aman damai apabila sesuatu berita palsu tidak mudah
dipercayai.
• Mendidik masyarakat berusaha mencari sumber agam yang sahih serta
mengingatkan golongan agamawan supaya menyampaikan hanya yang benar
daripada Nabi SAW.
• Pihak berkuasa dapat mencegah penyebaran hadis palsu melalui kempen
kesedaran.
• Perpaduan negara dapat dipupuk apabila rakyat berhati-hati dengan hadis palsu
yang boleh mengakibatkan perpecahan.

11.6 TINDAKAN UNTUK MENYEKAT PENULARAN DAN PENYEBARAN HADIS


YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJJAH

• Menyebarkan maklumat sesuatu hadis palsu di media sosial agar diketahui


masyarakat.
• Membukukan semua hadis yang sangat lemah dan palsu untuk rujukan
masyarakat.
• Masyarakat mempelajari agama daripada mereka yang benar-benar berilmu.
• Memperbanyakkan penerangan tentang bahaya hadis palsu secara langsung
seperti ceramah dan khutbah Jumaat.
• Menyemak status hadis sebelum beramal dan berhujjah dengannya melalui
saluran yang betul.

11.7 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan pengertian hadis Mursal dan Hadis Maqtu’.


2. Jelaskan dua kebaikan ulamak hadis mengumpulkan hadis palsu dalam
sebuah kitab khusus.
3. Apakah tindakan anda sekiranya rakan anda menyebarkan hadis palsu di
media sosial.

4. Mengapakah fenomena di atas berlaku dalam masyarakt. Huraikan.

61
12.0 ISTILAH-ISTILAH ULUM AL-HADIS

12.1 PENGENALAN

Memahami kepentingan mempelajari istilah-istilah Ulum al-hadis dan


gelaran ahli hadis sebagai panduan dalam kehidupan. Di antara istilah-istilah
tersebut ialah rawi, sanad, isnad, musnad, musnid, matan, al-Muhaddith, al-Hafiz,
al-Hujjah dan al-Hakim.

12.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:


1. Menyatakan pengertian rawi, sanad, isnad, musnad, musnid, matan, al-
Muhaddith, al-Hafiz, al-Hujjah dan al-Hakim.
2. Menjelaskan perbezaan antara al-Muhaddith, al-Hafiz, al-Hujjah dan al-Hakim
berserta tokoh hadis mengikut kategori.
3. Mengambil iktibar daripada usaha dan pengorbanan ulamak hadis sebagai
sebagai panduan dalam kehidupan.

12.3 PENGERTIAN ISTILAH-ISTILAH DALAM ULUM HADIS

ISTILAH PENGERTIAN
• Individu yang meriwayatkan sesuatu hadis dengan
sanadnya sendiri secara bersambung hingga sampai
Rawi kepada Rasullullah SAW.
• Contohnya Imam al-Bukhari RH merupakan seorang
perawi kerana meriwayatkan hadis daripada gurunya
dengan sanad sendiri.

• Rantaian perawi yang meriwayatkan sesuatu hadis


daripada peringkat perawi pertama sehingga peringkat
sahabat.
Sanad
• Contohnya Imam Malik meriwayatkan hadis daripada
gurunya bernama Nafi’ yang meriwayatkan hadis tersebut
daripada Abdullah Bin Umar RA yang mendengar Nabi
SAW menyampaikan sesuatu.

• Menyandarkan sesuatu hadis secara bersanad daripada


perawi yang awal hingga yang terakhir.
Isnad • Contoh Isnad:

Maksudnya: Daripada Malik (perawi pertama)


meriwayatkan daripada Nafi’, meriwayatkan daripada
Abdullah bin Umar RA (perawi terakhir)

62
ISTILAH PENGERTIAN
• Orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya
diperolehi daripada gurunya hingga ke peringkat teratas
iaitu sahabat RA
• Contoh Musnid:

Musnid

Maksudnya: Imam al-Bukhari berkata: Abdullah bin Yusuf


telah memberitahuku: Malik telah mengkhabarkan
kepadaku daripada Hisyam, daripada ayahnya, daripada
Aisyah RA.
Imam al-Bukhari ialah musnid kerana beliau
menyampaikan hadis dengan menyebut sandaran dan
susur galur hadis yang diperolehinya.

• Kitab hadis yang disusun mengikut nama perawi dari


Musnad kalangan sahabat RA.
• Contohnya Musnad Imam Ahmad dan Musnad al-Bazzar
.

Matan • Teks sesuatu hadis atau sesuatu lafaz yang diriwayatkan.

• Ulamak hadis yang menghafaz lebih 700 ribu hadis


Al-Hakim daripada sanad dan matannya, mengetahui ilmu tentang
perihal perawi serta mampu menilai hadis yang boleh
dijadikan hujjah atau ditolak.

Al-Hujjah • Ulamak hadis yang menghafaz dan mengetahui lebih 300


ribu hadis dari segi sanad dan matannya walaupun
daripada periwayatan yang banyak.

• Ulamak hadis yang menghafaz lebih 100 ribu hadis,


Al-Hafiz mengetahui perihal para perawi hadis daripada pelbagai
peringkat dan guru-guru mereka serta mnguasai ilmu hadis
Riwayah dan Dirayah.

Al-Muhaddith • Ulamak yang mengkaji ilmu hadis Riwayah dan Dirayah,


mengkaji perihal sanad dan matan pada zamannya.

63
12.4 PERBEZAAN ANTARA GELARAN AHLI HADIS SERTA TOKOH HADIS
MENGIKUT KATEGORI

GELARAN MAKSUD TOKOH

Ulamak hadis yang berkecimpung • Abu Nuaim al-


Al-Muhaddith dan menguasai ilmu Riwayah dan Asbahani.
Dirayah, mengetahui status hadis dan • al-Baihaqi.
menghabiskan masa mengkaji hadis- • ad-Daraqutni.
hadis nabawi. • Ibnu Majah.

• al-Mizza.
Al-Hafiz Ulamak hadis yang menghafaz lebih • al-I'raqi.
100 ribu hadis . • as-Sakhawi.
• az-Zahabi.

• Hammad bin
Ulamak hadis yang menghafaz 300 Usamah.
Al-Hujjah
ribu hadis berserta sanad. • Abdullah bin
Muhammad.
• ‘Ukail bin Khalid.
• Abdullah bin Yusuf.
• al-Hakim an-
Al-Hakim Martabat tertinggi bagi ulamak hadis, Naisaburi.
mereka menghafaz lebih 700 ribu • at-Tarmizi.
hadis berserta sanad. • Abu Daud.
• Ibnu Hibban.

12.5 IKTIBAR DARIPADA USAHA DAN PENGORBANAN ULAMAK HADIS SEBAGAI


PANDUAN DALAM KEHIDUPAN

• Gigih memelihara hadis dengan menghafaznya melalui tulisan atau ingatan.


• Sentiasa mengkaji status hadis untuk mendapatkan ajaran islam yang sebenar.
• Menuntut ilmu dengan tokoh ilmuwan dari pelbagai negeri walaupon jauh.
• Memilih guru yang bertakwa dan mempunyai disiplin ilmu yang tinggi dalam
penyampaiannya.

64
12.6 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan pengertian sanad, rawi dan al-Hakim.


2. Jelaskan perbezaan antara al-Hujjah dan al-Muhaddith.
3. Terangkan hikmah mengkaji periwayatan sesuatu hadis.

4. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan akibat yang akan dihadapi oleh umat
Islam sekiranya tiada usaha oleh ulamak hadis seperti di atas dilakukan.

65
BAHAGIAN USUL AL-FIQH

13.0 AM DAN KHAS

13.1 PENGENALAN

Dalam kitab suci al-Quran, terdapat banyak kaedah bersifat bahasa yang
berkaitan dengan usul al-ahkam dan lafaz metodologinya. Ia berkaitan dengan lafaz-
lafaz nas serta sudut kedudukan atau keadaannya terhadap makna. Dalam bab ini
juga, kita akan membincangkan mengenai dua bentuk lafaz yang terdapat dalam al-
Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua bentuk ini mempunyai perbezaan dari segi
dilalahnya. Melalui bab ini, diperkenalkan dengan dua istilah tersebut iaitu istilah al-
Am dan al-Khas. Antara lain, ia merupakan perbahasan lafaz yang ditinjau dari sudut
cakupan terhadap lafaznya iaitu al-Am dan al-Khas dan merupakan salah satu kaedah
pengambilan hukum.

13.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:


1. Menyatakan pengertian lafaz Am dan Khas.
2. Menerangkan bentuk-bentuk lafaz Am.
3. Menghuraikan bahagian-bahagian takhsis.
4. Menganalisis kaedah Am dan Khas yang terdapat dalam al-
Quran dan al-Hadis.
5. Menilai kepentingan penggunaan kaedah lafaz Am dan Khas
dalam penetapan hukum syarak.
6. Menentukan ruang lingkup pelaksanaan hukum syarak
menggunakan kaedah lafaz Am dan Khas yang terdapat dalam
al-Quran dan al-Hadis.

13.3 PENGERTIAN LAFAZ AM DAN KHAS

Pengertian Lafaz Am
• Bahasa: Satu perkara yang merangkumi berbilang-bilang.
• Istilah: Lafaz yang merangkumi kesemua perkara yang sesuai
bagi lafaz tersebut tanpa batasan.

Bentuk-Bentuk Lafaz Am

1.

Lafaz yang menunjukkan maksud seluruh, semua atau setiap seperti

dan lain-lain. Lafaz-lafaz ini menunjukkan makna

66
yang merangkumi sama ada benda yang berakal atau tidak, lelaki atau wanita dan
sebagainya.
Contoh:

Lafaz ‫ ﲄ‬dalam ayat ini


‫ﲄﲅﲆﲇ ﲈﲉ‬
menunjukkan makna
umum, iaitu setiap ٢١ :‫الطور‬ ‫ﲄ‬
manusia terikut dengan
amal yang dikerjakan.

Lafaz ‫ ﲲ‬dalam ‫ﭐﲰﲱﲲ‬


ayat ini menunjukkan
makna yang umum, :‫التوبة‬...‫ﲳ ﲴ ﲵﲶ‬
iaitu perangilah kaum
musyrikin seluruhnya.
٣٦ ‫ﲲ‬
Maksudnya:
Dan perangilah kaun musyrikin
seluruhnya sebagaimana mereka
pun memerangi kamu seluruhnya.

Lafaz dalam hadis ini


menunjukkan makna
yang umum, iaitu Maksudnya:
semua nabi tidak Kami semua para nabi tidak
diwarisi harta mereka. diwarisi harta kami.

2. Lafaz mufrad ( ) dan jamak ( ) yang dimakrifahkan dengan


Contoh:

٣٨ :‫ المائدة‬..‫ﭐﱏﱐﱑ ﱒ‬
Maksudnya:
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, maka
potonglah (pergelangan ) tangan mereka. Mufrad

‫ ﱏﱐ‬- menunjukkan semua orang yang mencuri


akan dipotong tangan.

٢٢٨ :‫البقرة‬...‫ﱬ‬
‫ﱭ‬ ‫ﭐ ﱨ ﱩ ﱪﱫ‬
Maksudnya:
Dan isteri-isteri yang diceraikan hendaklah menunggu dengan Jamak
menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci
(daripada haid).

67
‫ﱨ‬- menunjukkan semua wanita yang ditalak.

3. Lafaz Mufrad dan Jamak yang dimakrifahkan dengan Idofah ( )


Contoh:

‫ﷺ‬
Maksudnya:
Air laut ialah air yang suci dan halal bangkainya (bangkai laut)
Mufrad
– menunjukkan semua jenis bangkai laut (hidupan air)
adalah halal.

Firman Allah SWT:

١١ :‫النساء‬...‫ﲆ‬
‫ﲇ‬ ‫ﭧﭐﭨ ﭐﲃﲄﲅ‬
Maksudnya: Jamak
Allah SWT memerintahkan kamu mengenai (pembahagian
pusaka untuk) anak-anak kamu.

‫ﲆ‬- menunjukkan semua anak kandung akan mewarisi


harta pusaka.

4. Lafaz Nakirah dalam bentuk Nafiah, Nahiyah dan ‫ ﱒ‬Syarat

Contoh:

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Tiada sebarang jenis wasiat kepada ahli waris.

(Penafian)
– Menunjukkan semua jenis wasiat tidak dibenarkan

kepada waris.

Firman Allah SWT:

٨٤ :‫التوبة‬..‫ﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥ‬
Maksudnya: (Larangan)
Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati
daripada orang munafik itu selama-lamanya.

68
‫ﲢ‬- Menunjukkan tidak dibenarkan solat jenazah ke atas
semua orang munafik.

Firman Allah SWT:

٦ :‫ الحجرات‬...‫ﱒﱓﱔﱕﱖ‬...
......

Maksudnya:
Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu
berita, maka selidiklah kebenarannya.
(Syarat)

‫ ﱔ‬- Menunjukkan semua orang fasik.

5. Isim Mausul (
Contoh:
Firman Allah SWT:

‫ﭐ ﲪ ﲫ ﲬﲭ ﲮ ﲯ ﲰ ﲱ ﲲ‬

٤ :‫الطالق‬.... ‫ﲳﲴﲵﲶﲷﲸ‬
Maksudnya:
Dan perempuan-perempuan yang putus haid, jika kamu ragu-
ragu terhadap tempoh iddah mereka, maka iddahnya adalah
‫ﲪ‬
tiga bulan dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan
yang tidak berhaid.

‫ – ﲪ‬Menunjukkan semua perempuan yang tidak ada haid.

Firman Allah SWT:

١٥ :‫ الرعد‬...‫ﭐﱟﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦ‬
..

Maksudnya:
Dan kepada Allah SWT bersujud segala yang ada di langit dan
di bumi.

‫ ﱣ‬- Menunjukkan semua benda di langit dan di bumi bersujud


kepada Allah SWT.

69
Firman Allah SWT:

٢٤ :‫النساء‬...‫ﱍﱎﱏﱐﱑﱒ‬
Maksudnya:
Dan dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan selain yang
tersebut.

‫ﱐ‬- Menunjukkan dihalalkan semua perempuan selain yang


telah disebut.

6. Isim Syarat ( )
Firman Allah SWT:

١٨٥ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﲘ‬


‫ﲙ‬ ‫ﭐﱡﭐﲔﲕﲖﲗ‬
Maksudnya:
Maka sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka
hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.

‫ ﲔ‬- Menunjukkan sesiapa sahaja yang melihat anak bulan.

7. Isim Istifham ( )
Firman Allah SWT:

٥٩ :‫ﱠ األنبياء‬...‫ﭐﱡﭐﱊﱋﱌﱍﱎ‬
Maksudnya:
Mereka bertanya siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap
tuhan-tuhan kami?

‫ ﱋ‬- Menunjukkan umumnya soalan kepada seseorang.

70
Pengertian Lafaz Khas

• Bahasa: Sesuatu yang khusus, terbatas dan terhad.


• Istilah: Lafaz yang menunjukkan makna khusus bagi suatu perkara sama ada
nama khas atau bilangan tertentu.

Contohnya, Lafaz ‫ ﲙ‬dalam firman Allah SWT:

٨٩ :‫ ﱠ المائدة‬...‫ﲗﲘﲙﲚ‬...‫ﱡﭐ‬

Maksudnya:
Maka Kaffarahnya adalah dengan memberi makan sepuluh orang miskin.

‫ ﲙ‬- Menunjukkan maksud yang dikehendaki secara Qat‘i. Dengan kata lain
tidak ada kemungkinan penambahan atau pengurangan pada bilangan tersebut.

Bahagian-Bahagian Takhsis

• Terbahagi kepada dua:


1. Takhsis dengan Dalil Nas
2. Takhsis dengan Dalil Bukan Nas

Takhsis Dengan Dalil Nas

Firman Allah SWT:

٢٧٥ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﱛ‬


‫ﱜ‬ ‫ﱗﱘﱙﱚ‬...‫ﱡﭐ‬

Maksudnya:
Padahal Allah SWT telah menghalalkan jual beli(berniaga) dan
Takhsis Al-Quran mengharamkan riba.
Dengan Al-Quran
Lafaz ‫ ﱙ‬ialah lafaz Am yang menunjukkan semua jenis jual beli
dihalalkan tanpa had tetapi jual beli ini ditakhsiskan dengan lafaz

‫ﱛ‬ yang mengharamkan semua jual beli yang mengandungi riba’.

Firman Allah SWT:

Takhsis Al-Quran
Dengan Hadis ٣ :‫ﱠ المائدة‬...‫ﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄ‬

71
Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai dan darah.

Lafaz ‫ﱃ‬ ialah lafaz Am yang menunjukkan bangkai adalah

haram. Lafaz am ini ditakhsiskan dengan lafaz dalam hadis


yang menunjukkan halal semua bangkai dari lautan.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Air laut ialah air yang suci dan halal bangkainya (bangkai laut)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:
Allah tidak menerima solat seseorang apabila dia berhadas sehingga
dia berwuduk.

Hadis ini menjelaskan wajib berwuduk sebelum menunaikan solat,


tetapi hadis yang umum ini telah ditakhsiskan dengan ayat al-Quran
supaya bertayammum ketika ketiadaan air.
Takhsis Hadis Firman Allah SWT:
Dengan Al-Quran
‫ﱡﭐ ﲦ‬
‫ﲧﲨﲩﲪﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳ‬...

٤٣ :‫ﱠ النساء‬...‫ﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻ‬

Maksudnya:
Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang
antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu telah
menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapati air, maka
bertayammumlah dengan tanah(debu) yang suci.

Sabda Rasulullah SAW:

Takhsis Hadis Maksudnya:


Apabila air itu mencukupi dua kolah, ia tidak najis.
Dengan Hadis
Hadis di atas adalah umum yang menerangkan air apabila
mencukupi dua kolah, ia tidak akan menjadi najis sama ada berubah
atau tidak berubah rasa, bau dan warnanya.
Hadis ini ditakhsiskan dengan hadis berikut:

72
Maksudnya:
Sesungguhnya air tidak dinajiskan oleh sesuatu melainkan apabila
berubah sesuatu daripada sifatnya sama ada bau, rasa atau
warnanya.

Hadis tersebut menjelaskan air yang mencukupi dua kolah akan


menjadi najis apabila air berubah salah satu daripada tiga sifat
tersebut.

Takhsis Dengan Dalil Bukan Nas

Firman Allah SWT:

‫ﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌ‬

٩ :‫ﱠ الجمعة‬...‫ﱍﱎﱏﱐ‬

Maksudnya:
Takhsis Dengan Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk
Ijmak mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada
mengingati Allah SWT dan tinggalkanlah berjual beli.

Ayat ini menerangkan kewajipan menunaikan solat Jumaat kepada


semua orang Islam tanpa sebarang pengecualian tetapi ayat ini
telah ditakhsiskan oleh Ijmak ulamak yang menyatakan bahawa
tiada kwajipan untuk menunaikan solat Jumaat bagi orang-orang
perempuan dan hamba abdi.

Firman Allah SWT:

‫ﲕﲗﲘ‬
‫ﲖ‬ ‫ﭐﱡﭐﲌﲍﲎﲏﲐﲑﲒﲓﲔ‬

٢٥ :‫ﲙﲚﲛﱠ األحقاف‬
Maksudnya:
Takhsis Dengan Al-
Yang menghancurkan segalanya dengan izin daripada tuhannya.
Hissi(Pancaindera)
Maka menjadilah mereka punah-ranah tidak kelihatan melainkan
Dan Al-Musyahadah
tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah kami membalas kaum
(Penyaksian)
yang berdosa.

Sesungguhnya kita mengetahui bahawa Allah SWT mampu


memusnahkan segala-galanya tetapi al-Hissi dan al-Musyahadah
mengtakhsiskan, iaitu Allah tidak menghancurkan langit dan bumi
serta planet-planet lain.

73
Firman Allah SWT:

١٦ :‫ﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞﲟﱠ الرعد‬...
‫ﭐﱡﭐ ﲖ‬
Maksudnya:
Takhsis Akal Katakanlah, Allah SWT jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu
dan Dialah Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

Dalam ayat tersebut dapat difahami bahawa Allah SWT mencipta


segala sesuatu, tetapi akal mentakhsiskan bahawa Allah SWT tidak
mencipta zatNya sendiri.

Firman Allah SWT:

‫ﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊ‬
٢٣ :‫ﱋﱌﱠ النمل‬
Takhsis Dengan Uruf Maksudnya:
Dan Adat Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka
dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) daripada tiap-tiap
sesuatu dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.

Ayat ini menunjukkan Balqis mempunyai segala-galanya. Walau


bagaimanapun, adat kebiasaan menunjukkan harta Nabi Sulaiman
tidak termasuk dalam penguasaannya.

13.4 ANALISIS KAEDAH AM DAN KHAS YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN
AL-HADIS

Lafaz Am Mukhassis Keterangan

‫ﭐ‬Firman Allah SWT: ‫ ﭐ‬Firman Allah SWT:

‫ﱡﭐﱨﱩﱪﱫ‬ ‫ﲹﲺﲻﲼ‬...‫ﱡﭐ‬

٢٢٨ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﱬ‬


‫ﱭ‬ ٤ :‫ﱠ الطالق‬... ‫ﲽﲾﲿ‬
Al-Quran

Maksudnya: Maksudnya:
Dan isteri-isteri yang diceraikan Dan perempuan-perempuan yang
hendaklah menunggu dengan hamil, tempoh iddahnya ialah
menahan diri mereka (daripada sehingga melahirkan anak.

74
berkahwin) selama tiga kali Semua perempuan yang diceraikan
suci(daripada haid). hendaklah beriddah tiga kali suci
kecuali perempuan yang hamil.

‫ﭐ‬Firman Allah SWT: Sabda Rasulullah SAW:

‫ﱠ‬...‫ﱡﭐﱁﱂﱃﱄ‬ Maksudnya:
Al-Hadis Air laut ialah air yang suci dan halal
bangkainya (bangkai laut).
٣ :‫المائدة‬
Maksudnya: Semua bangkai haram dimakan
Diharamkan kepada kamu kecuali bangkai binatang yang hidup
(memakan) bangkai dan darah. di dalam air.

‫ﭐ‬Firman Allah SWT: Kanak-kanak dan orang gila tidak


termasuk dalam golongan yang
‫ﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣ‬..‫ﱡﭐ ﲜ‬ ditaklifkan untuk menunaikan haji.

٩٧ :‫ﱠ آل عمران‬...‫ﲥ‬
‫ﲦ‬ ‫ﲤ‬ Akal
Maksudnya:
Dan Allah SWT mewajibkan
manusia mengerjakan ibadah haji
dengan mengunjungi Baitullah, iaitu
sesiapa yang mampu sampai
kepadanya.

‫ﭐ‬Firman Allah SWT: Pancaindera mengesahkan bahawa


langit, bumi, cakerawala dan lain-lain
‫ﱠ‬...‫ﱡﭐﲌﲍﲎﲏﲐ‬
tidak binasa (hancur).
Al-Hissy dan
٢٥ :‫األحقاف‬ al-Musyahadah
Maksudnya:
(Awan) yang menghancurkan
segalanya dengan izin daripada
Tuhannya.

‫ﭐ‬Firman Allah SWT: Imam Malik berpendapat Uruf dan


kebiasaan wanita bangsawan tidak
‫ﭐﱡﭐﲙﲚﲛﲜﲝ‬ menyusukan anak mereka sendiri,
maka mereka berhak menuntut upah
daripada suami jika menyusukan
٢٣٣ :‫ ﱠ البقرة‬...‫ﲞ‬
Uruf dan Adat
‫ﲟ‬ anak.

Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan
anak-anak mereka selama dua
tahun genap.

75
13.5 KEPENTINGAN MEMAHAMI AM DAN KHAS

1. Mengaplikasikan lafaz am dan khas pada hukum-hukum cabang


dengan betul.
2. Tidak mengumumkan sesuatu dalil yang telah ditakhsiskan.
3. Hukum yang dikeluarkan tepat dan betul mengikut kehendak
syarak.

13.6 RUANG LINGKUP PELAKSANAAN HUKUM SYARAK MENGGUNAKAN


KAEDAH LAFAZ AM DAN KHAS YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN
AL-HADIS.

• Kaedah lafaz Am dan Khas terpakai dalam semua nas al-Quran dan al-Hadis.
• Namun begitu, bagi lafaz am, jumhur ulamak berpendapat makna umum lafaz Am
tidak boleh diamalkan sebelum meneliti dan mencari dalil yang mentakhsiskannya.
• Sekira yakin dan jelas tiada yang mentakhsiskan nas tersebut maka harus
berpegang kepada keumuman lafaz terebut untuk menetapkan sesuatu hukum.

13.7 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Senaraikan dua contoh lafaz Am yang ditakhsiskan daripada hadis.


2. Jelaskan dua kesan apabila seseorang tidak memahami lafaz Am dan Khas.
3. Huraikan Mukhassis ayat berikut:

٢٥ :‫ﱠ األحقاف‬...‫ﭐﱡﭐﲌﲍﲎﲏﲐ‬

Maksudnya:
Yang menghancurkan segalanya dengan izin daripada tuhannya.

76
14.0 MUTLAK DAN MUQAYYAD

14.1 PENGENALAN

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan
umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan,
syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini.

14.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan pengertian lafaz Mutlak dan Muqayyad.


2. Menerangkan hukum lafaz Mutlak dan Muqayyad.
3. Menganalisis perbezaan lafaz Mutlak dan Muqayyad dengan lafaz Am dan Khas.
4. Menilai kepentingan penggunaan lafaz Mutlak dan Muqayyad dalam penetapan
hukum syarak.
5. Menentukan batas ruang ruang lingkup pelaksanaan hukum syarak menggunakan
kaedah lafaz Mutlak dan Muqayyad yang terdapat dalam al-Quran dan al-Hadis.

14.3 PENGERTIAN LAFAZ MUTLAK

• Bahasa: Bebas dan tidak terikat.


• Istilah: Lafaz khusus yang menunjukkan satu atau beberapa perkara yang tidak
tertentu dalam jenisnya(secara menyeluruh) tanpa dikaitkan dengan mana-mana
sifat yang mengikatnya.
Contoh: Lafaz bermasksud seorang lelaki (merangkumi sejumlah lelaki) tanpa

ditentukan sifat lelaki itu. Oleh itu lafaz membawa maksud menyeluruh dan

tidak tertentu yang memasukkan semua jenis lelaki tanpa ditentukan sifat-sifat atau
ciri-cirinya.

14.4 HUKUM LAFAZ MUTLAK

• Hukum makna mutlak adalah terpakai apabila sesuatu lafaz datang secara mutlak
dalam satu ayat al-Quran atau al-Hadis selagi tiada dalil yang menunjukkan ia
dikaitkan dengan mana-mana sifat dalam ayat al-Quran atau al-Hadis lain.

Contoh Keterangan

1. Firman Allah SWT mengenai Kaffarah sumpah:

‫ﱡﭐﲋﲌﲍﲎﲏﲐﲑ‬
-‫ﲤ‬
‫ﲕ ﲗﲘ‬
‫ﲖ‬ ‫ﲒﲓ ﲔ‬

77
Ialah lafaz mutlak yang
‫ﲙ ﲚﲛ ﲜﲝ ﲞ ﲟ ﲠ‬ menunjukkan
kesahihan
٨٩ :‫ ﱠ المائدة‬...‫ﲤ‬
‫ﲥ‬ ‫ ﲡﲢﲣ‬membebaskan mana-
mana hamba sama ada
Maksudnya: bersifat beriman atau
Allah SWT tidak menghukum kamu disebabkan kafir.
sumpah-sumpah yang kamu tidak disengajakan
(untuk bersumpah) tetapi Dia menghukum kamu
disebabkan sumpah yang kamu sengajakan(dengan
bersungguh-sungguh). Maka, kaffarahnya adalah
dengan memberi makan sepuluh orang miskin
daripada jenis makanan yang biasa kamu berikan
kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian
kepada mereka, atau memerdekakan seorang
hamba.

2. Firman Allah SWT mengenai perempuan-


perempuan yang haram dikahwini:

‫ ﲄ ﲅ ﭐﱡﭐﱳﱴﱵﱶ‬-
Lafaz mutlak dan
‫ﱷﱸﱹﱺ‬ menunjukkan
pengharaman ibu
‫ﱻ ﱼ ﱽ ﱾﱿ ﲀ‬ mentua selepas akad
nikah dijalankan tanpa
ada syarat bersetubuh
‫ﲁﲂ ﲃ ﲄ ﲅ‬ dengan perempuan
yang dinikahi.

٢٣ :‫ﱠ النساء‬...
Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu menikahi ibu-ibu kamu,
anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara
perempuan kamu, saudara-saudara perempuan ayah
kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-
anak perempuan saudara kamu yang lelaki dan anak-
anak perempuan saudara kamu yang perempuan,
ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, saudara-
saudara perempuan susuan kamu dan ibu-ibu
mentua kamu…

3. Sabda Nabi SAW:


Lafaz ialah mutlak,
maka hadis ini
Maksudnya: menunjukkan syarat
Tiada nikah(yang sah) kecuali dengan wali. kewujudan mana-mana
wali nikah.

• Namun begitu, jika ada dalil yang menunjukkan taqyid(ditentukan atau diikat
dengan sifat), maka perlu mengambil kira sifat yang dikaitkan kepada lafaz mutlak
tersebut.

78
Contohnya firman Allah SWT:

١١ :‫ ﱠ النساء‬...‫ﳀ‬
‫ ﲺﲻﲼﲽﲾﲿ ﳁ‬...‫ﭐﱡ ﭐ‬

Maksudnya:
(Pembahagian itu) ialah sudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si
mati dan sudah dibayarkan hutangnya.

• Lafaz ‫ﲼ‬ ialah lafaz mutlak yang tidak dikaitkan sifat atau kadar tertentu.
Namun terdapat dalil dalam hadis yang menetapkan kadar wasiat hanya 1/3
sahaja iaitu hadis Nabi SAW:

Maksudnya:
Wasiat itu 1/3, namun 1/3 itu banyak.

• Kesimpulannya, Lafaz mutlak akan terpakai sehingga ada dalil yang menunjukkan
taqyid(yang menentukan sifat).

14.5 PENGERTIAN LAFAZ MUQAYYAD

• Bahasa: Yang terikat


• Istilah: Lafaz yang menunjukkan satu perkara yang tidak tertentu dalam jenisnya
tetapi dikaitkan sifat yang mengikatnya. Atau lafaz yang menunjukkan satu perkara
yang ditentukan(dengan sifat).
Contoh:

• Lafaz-lafaz ini khusu dari aspek jenisnya, namun diikat dengan sifat yang
mengurangkan rangkumannya kepada yang lain. Pada asalnya, lafaz tersebut
ialah mutlak, namun dimasuki taqyid(sifat tertentu) yang telah menjadikannya
muqayyad.

14.6 HUKUM LAFAZ MUQAYYAD

• Hukum makna muqayyad adalah terpakai apabila sesuatu lafaz yang datang
secara muqayyad(terikat) dalam satu ayat al-Quran atau al-Hadis selagi tiada dalil
yang menunjukkan terbatalnya keterikatan tersebut(taqyid).

79
Contoh Keterangan

Firman Allah SAWT mengenai kaffarah Zihar:


Berpuasa dua bulan (‫ﲋ‬
‫ﱡﭐﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏﲐ‬
‫ )ﲌ‬dalam ayat ini telah
٤ :‫ﱠ المجادلة‬...‫ﲑﲒ‬
diikat dengan sifat berturut-
Maksudnya:
Maka sesiapa yang tidak dapat(memerdekakan turut (‫)ﲍ‬.
hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan
berturut-turut. Maka tidak cukup berpuasa
untuk kaffarah zihar secara
selang-seli.

Firman Allah SWT mengenai pengharaman darah:


Dalam ayat ini, darah(‫)ﲙ‬
‫ﱠ‬...‫ﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚ‬...‫ﭐﱡﭐ‬
yang diharamkan telah diikat
١٤٥ :‫األنعام‬ dengan sifat mengalir

Kecuali jika makanan itu bangkai, darah yang (‫)ﲚ‬.


Maksudnya:

mengalir. Darah yang tidak mengalir


seperti limpa dan hati tidak
diharamkan.

14.7 CONTOH KETERIKATAN SESUATU LAFAZ DENGAN SIFAT DIABAIKAN (TIDAK


TERPAKAI)

• Firman Allah SWT mengenai pengharaman anak tiri:

‫ﲆﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏﲐ‬...‫ﭐﱡﭐ‬

٢٣ :‫ ﱠ النساء‬...‫ﲑﲒﲓ‬
Maksudnya:
Dan anak-anak tiri perempuan yang dalam pemeliharaan kamu daripada isteri
yang telah kamu campuri tetapi jika kamu belum campuri mereka (dan kamu telah
menceraikan mereka).

• Dalam ayat ini, keterikatan anak-anak tiri dengan sifat “dalam pemeliharaan kamu”

‫ﲈﲉ‬ adalah diabaikan(tidak diambil kira) berdasarkan amalan

kebiasaan dalam masyarakat.

80
Hal ini berdasarkan dalil yang difahami daripada sambungan ayat tersebut iaitu
Allah SWT menjelaskan keadaan halal berkahwin hanya dengan menafikan sifat

kedua ‫ ﲌﲍﲎ‬dalam ayat :

٢٣ :‫ ﱠ النساء‬...‫ﲏﲐﲑﲒﲓ ﲔﲕﲖ‬...‫ﱡﭐ‬
Maksudnya:
Tetapi jika kamu belum campuri mereka (dan kamu telah menceraikan mereka),
maka tidaklah salah kamu(menikahinya).

Namun begitu, sifat pertama iaitu ‫ ﲈﲉ‬tidak dinyatakan langsung ketika

menjelaskan keadaan halal berkahwin.

• Kesimpulannya, makna muqayyad terpakai sehinggalah ada dalil lain yang


menunjukkan keterikatannya dengan sifat tersebut diabaikan.

14.8 ANALISIS PERBEZAAN LAFAZ

• Perbezaan antara Lafaz Am dan Mutlak


Aspek
Am Mutlak
Perbezaan
Lafaz Am bermaksud umum Lafaz mutlak menunjukkan
meliputi semua juzuk daripada hakikat. Sebagai contoh,
lafaz tersebut. Contohnya
lafaz menunjukkan
lafaz menunjukkan
hakikat lelaki, namun tidak
Maksud
semua lelaki tanpa ada had ditentukan dengan sifat yang
bilangan. khusus.
Makna keumuman Am disebut Makna keumuman Mutlak

sebagai disebut sebagai

Ertinya: Berikan makanan Ertinya: Berikan makanan


kepada semua murid. kepada seorang murid.

Contoh Arahan ini dapat dilakukan Boleh memberi makanan


hanya dengan memberi kepada sesiapa sahaja sama
makanan kepada semua murid ada Ali sahaja, Umar sahaja
atau orang lain. Maksudnya
kerana merupakan
setiap orang yang
lafaz Am merupakan murid boleh

81
diberi makanan kerana

merupakan lafaz Mutlak


Huruf Istisna’ (pengecualian) Huruf Istisna’ (pengecualian)
boleh digunakan pada lafaz boleh digunakan pada lafaz
Am. Mutlak.
Contohnya firman Allah SWT: Contohnya:
Apabila disebut
Huruf Istisna’ ‫ﭐﱡﭐ ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ‬
“ " maka tidak
(
‫ﱆﱇﱈﱉﱊ‬ boleh menyatakan
)
‫ﱋﱌﱍ‬ “ "

‫ﱎﱏﱐﱑ ﱠ‬
٣ - ١ :‫العصر‬
Hukum Am akan tercapai Hukum Mutlak yang
apabila dilaksanakan semua diperintah tidak menunjukkan
juzuk lafaz Am yang maksud mencakupi semua
dinyatakan dalam nas. juzuk yang termasuk di
Contonya: bawah makna lafaz tersebut.
Apabila disebut dalam hadis Contohnya firman Allah
SWT:
Nabi SAW:
Hukum
Ertinya: Tidak ada mudarat
‫ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ‬...‫ﭐﱡﭐ‬
dan tidak boleh
memudaratkan. ٦٧ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﲘ ﲙﲚ‬
Lafaz menunjukkan Ertinya:
Sesungguhnya Allah SWT
umum, mencakupi semua menyuruh supaya kamu
jenis mudarat hendaklah menyembelih seekor lembu
dijauhi. betina.

• Perbezaan antara Lafaz Khas dan Muqayyad


Lafaz Khas Lafaz Muqayyad
Lafaz tertentu yang khusus seperti Lafaz-lafaz yang disertai dengan sifat
nama khas iaitu Zaid, Umar, Malaysia,
yang mengikatnya seperti
bilangan (10, 11 dan sebagainya)

82
14.9 KEPENTINGAN MEMAHAMI MUTLAK DAN MUQAYYAD

1. Memandu ijtihad dengan lebih tepat.


2. Mengaplikasikan lafaz Mutlak dan Muqayyad pada cabang-cabang hukum
dengan betul.
3. Tidak mentafsirkan sesuatu lafaz dengan sewenang-wenangnya.
4. Hukum yang dikeluarkan tepat dan betul.

14.10 RUANG LINGKUP PELAKSANAAN HUKUM SYARA’ MENGGUNAKAN KAEDAH


LAFAZ MUTLAK DAN MUQAYYAD YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN
AL-HADIS

• Sekiranya sesuatu lafaz dalam al-Quran atau al-Hadis datang secara mutlak, maka
makna mutlak terpakai sehingga ada dalil mengikatnya dengan sesuatu sifat.
• Begitu juga maksud sifat yang mengikat sesuatu lafaz hendaklah dipakai sehingga
ada dalil mengabaikan sifat tersebut.

14.11 LATIHAN PENGUKUHAN


1. Nyatakan dua contoh lafaz Muqayyad dalam al-Quran.
2. Huraikan dua perbezaan antara lafaz Am dengan Mutlak.

Seorang murid berpendapat bahawa memakan hati dan limpa


lembu adalah haram kerana kedua-duanya merupakan darah.

3. Berdasarkan penyataan berikut, bincangkan kepentingan memahami lafaz


Mutlak dan Muqayyad.

83
15.0 NASAKH

15.1 PENGENALAN

15.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:


1. Menyatakan pengertian Nasakh.
2. Menerangkan perkara-perkara yang tidak boleh dinasakhkan.
3. Menghuraikan bahagian, jenis dan bentuk-bentuk Nasakh.
4. Menganalisis hukum yang berkaitan dengan Nasakh yang terdapat dalam al-
Quran dan al-Hadis.
5. Menilai kepentingan penggunaan kaedah Nasakh dalam penetapan hukum
syarak.
6. Menetukan batasan ruang lingkup pelaksanaan hukum syarak berdasarkan
kaedah nasakh yang terdapat dalam al-Quran dan al-Hadis.

15.3 PENGERTIAN NASAKH

Bahasa Menghilangkan dan menghapuskan.


Memansuhkan sesuatu hukum syarak dengan sebab wujud dalil syarak
Istilah
yang datang kemudian.

Rumusan;
• Nasakh hendaklah berlaku dengan Khitab Syarak
• Perkara yang dimansuhkan (Mansukh) ialah Khitab Syarak terdahulu yang
mengandungi hukum syarak mencakupi perintah, larangan atau penceritaan yang
mempunyai hukum. Hal ini bermakna, pembatalan hukum yang sabit secara ‘Aqli,
‘Uruf atau hukum ciptaan bukan dinamakan Nasakh.
• Disyaratkan berlalu satu tempoh antara Nasikh (dalil yang menasakhkan) dengan
Mansukh (dalil yang dimansukhkan).
• Contoh: Pada zaman awal Islam, diwajibkan seseorang tentera Islam menghadapi
sepuluh orang tentera kafir dalam peperangan. Kemudian, hukum ini dinasakhkan
dengan kewajipan seorang tentera Islam hanya menghadapi dua orang tentera
kafir.

Firman Allah SWT:

Kewajipan
‫ﱠ‬...‫ﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽ‬...‫ﭐﱡﭐ‬
menghadapi sepuluh ٦٥ :‫األنفال‬
Hukum
orang musuh sabit
Mansukh
dengan dalil
Maksudnya:
terdahulu
Jika ada diantara kamu 20 orang yang sabra, pasti
mereka dapat menewaskan 200 orang (daripada pihak
musuh yang kafir itu).

84
Firman Allah SWT:

‫ﭐﱡﭐﲌﲍﲎﲏﲐﲑﲒﲓﲔﲕ‬
Kewajipan ٦٦ :‫ﱠ األنفال‬...‫ﲖﲗﲘﲙﲚﲛﲜ‬
menghadapi dua
Hukum
orang musuh sabit
Nasikh
dengan dalil
terkemudian Maksudnya:
Sekarang Allah SWT telah meringankan kepadamu
kerana Dia mengetahui bahawa padamu kelemahan;
oleh itu jika ada diantara kamu 100 orang yang sabar,
nescaya mereka akan dapat menewaskan 200 orang.

15.4 RUKUN-RUKUN NASAKH

1. Al-Nasikh : Allah SWT kerana hanya sahaja yang berhak membatalkan

hukum.
2. Al-Mansukh : Hukum yang dibatalkan.

3. Al-Masukh ‘Anhu (yang dimansukhkan daripadanya): Mukallaf yang

diperintahkan dengan hukum syarak.


4. Adatun Nasakh (Medium Nasakh): Kata-kata yang menunjukkan

hukum sabit telah diangkat atau dibatalkan.

15.5 PENSYARIATAN NASAKH


• Para ulamak bersepakat mengatakan Nasakh harus berlaku dari sudut akal dan
hukum syarak.
• Dalil-dalilnya seperti berikut:
Al-Quran Firman Allah SWT:

‫ﭧﭐﭨﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋ‬

١٠٦ :‫ﱌﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱠ البقرة‬


‫ﱍ‬

Maksudnya:
Apa-apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan
(batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami
datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau sebanding
dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah
SWT maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu?

Ayat ini menjelaskan bahawa Nasakh berlaku dalam Islam dan


Allah SWT akan menggantikan sesuatu yang lebih baik atau
sebanding dengannya.

85
Al-Hadis Hadis Nabi SAW:

Maksudnya:
Daripada Buraidah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku
dahulu melarang kamu daripada mennziarahi kubur, maka
ziarahilah kubur sekarang.

Hadis ini menunjukkan Nasakh telah berlaku dalam Islam pada


zaman Rasulullah SAW

15.6 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DINASAKHKAN

• Hukum yang hendak dinasakhkan(dimansuhkan) hendaklah boleh menerima


Nasakh. Sekiranya hukum tersebut tidak boleh menerima Nasakh, maka tidak
dinasakhkan seperti:

1. Hukum- • Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Para Rasul dan


hukum hari Akhirat.
berkaitan • Larangan kufur dan syirik.
Akidah • Firman Allah SWT:

‫ﭐﱡﭐﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫﱬﱭ‬

٣٦ :‫ﱠ النحل‬...‫ﱮﱯ‬

Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam
kalangan tiap-tiap umat seorang rasul. Hendaklah kamu
menyembah Allah SWT dan jauhilah Toghut.

2. Hukum- • Kewajipan solat, zakat, puasa dan haji


hukum • Firman Allah SWT:
berkaitan
asas-asas ‫ﭐﱡﭐﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚﱛ‬
ibadah
١٨٣ :‫ﱜﱝﱞﱟﱠﱡﱠ البقرة‬

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
yang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.

3. Hukum- • Kewajipan bersifat benar, amanah, adil dan menjaga


hukum maruah. Larangan sifat bohong, khianat, zalim dan
berkaitan perbuatan keji.

86
dengan • Firman Allah SWT:
akhlak
mulia ‫ﱡﭐﱪﱫﱬﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳ‬
‫ﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱠ‬
٩٠ :‫النحل‬
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil dan
berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum
kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-
perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia
mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.

15.7 BAHAGIAN, BENTUK DAN JENIS NASAKH

Bahagian Nasakh
• Pertama; Dari aspek hukum ganti:
Nasakh kepada hukum yang Lebih Ringan
- Nasakh hukum Iddah wanita kematian suami daripada setahun kepada
4 bulan 10 hari.
- Nasakh hukum wajib atas seorang tentera Islam menghadapi 10 orang
musuh kepada hanya wajib menghadapi dua orang musuh dalam
peperangan.

Nasakh kepada Hukum yang Sama Berat


- Nasakh hukum menghadap Baitul Muqaddis kepada menghadap
Kaabah sebagai kiblat umat Islam.

Nasakh kepada Hukum yang Lebih Berat


- Pada zaman awal Islam, diberi pilihan sama ada untuk berpuasa atau
fidyah, lalu dinasakhkan kepada hukum wajib puasa.
- Hukum arak, asalnya dihalalkan kemudian dinasakhkan menjadi haram.

• Kedua; dari aspek hukum syarak:


- Nasakh hukum memberi sedekah apabila ingin
menghadap Rasulullah SAW
Firman Allah SWT:

‫ﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊ‬
Nasakh Hukum
Tanpa Ganti

١٢ :‫ﱠ المجادلة‬...‫ﱋﱌ‬

87
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu
hendak menghadap Rasulullah SAW, maka hendaklah
kamu bersedekah sebelum kamu menghadapnya.

- Nasakh hukum wajib Qiyamulail kepada sunat


Nasakh Wajib
Qiyamulail
Kepada Sunat
- Nasakh hukum wajib menjauhi bersetubuh pada malam
Nasakh Wajib
hari bulan Ramadan selepas tidur kepada hukum harus
kepada Harus
bersetubuh.

- Nasakh haram ziarah kubur kepada harus.


Nasakh Hukum
- Nasakh haram menyimpan daging korban kepada
Haram kepada
harus
Harus
Nasakh Hukum - Hukum pilihan pada zaman awal Islam antara berpuasa
Pilihan Antara atau memberi fidyah kepada hukum wajib berpuasa.
Dua Perkara
Dengan
Mewajibkan
Salah Satu

15.8 BENTUK NASAKH

Nasakh Bacaan dan - Contoh hukum Hadanah


Hukum Sabda Nabi SAW:

Maksudnya:
Antara yang diturunkan daripada ayat al-Quran adalah
yang menyatakan hukum 10 kali susuan telah
mengharamkan perkahwinan, kemudian dimansukhkan
dengan 5 kali susuan.
Nasakh Hukum - Contoh hukum Iddah setahun.
sahaja tanpa Firman Allah SWT:
Menasakhkan
Bacaan ‫ﭐﱡﭐﱛﱜﱝﱞﱟ‬

‫ﱠ‬...‫ﱦ‬
‫ﱧ‬ ‫ﱠﱡﱢﱣﱤﱥ‬
٢٤٠ :‫البقرة‬
Maksudnya:
Dan orang yang (hampir) mati antara kamu serta
meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-
isteri mereka, iaitu diberi Mut‘ah (pemberian daripada
suami kepada isteri yang diwajibkan setelah isteri

88
diceraikan) sehingga setahun lamanya, dengan tidak
disuruh berpindah dari tempat tinggalnya.

Nasakh Bacaan - Contoh hukum rejam bagi penzina yang berkahwin.


sahaja tanpa
Menasakhkan
Hukum

Maksudnya:
Daripada Ubai Bin Kaab RA berkata: Surah al-Ahzab
dahulunya menyamai surah al-Baqarah, dahulu
terdapat ayat: Penzina lelaki dan perempuan yang
sudah berkahwin, maka rejamlah mereka.

15.9 JENIS NASAKH

1. Nasakh al-Quran dengan al-Quran.


2. Nasakh al-Quran dengan al-Hadis
3. Nasakh al-Hadis dengan al-Quran.
4. Nasakh al-Hadis dengan al-Hadis.

15.10 ANALISIS HUKUM BERKAITAN NASAKH YANG TERDALAM AL-QURAN DAN


AL-HADIS

1. Nasakh al-Quran dengan al-Quran


Firman Allah SWT:

‫ﱡﭐﱛﱜﱝﱞﱟﱠﱡﱢ‬

‫ﱦ ﱨ ﱩ ﱪﱫ ﱬ ﱭ ﱮﱯ ﱰ ﱱ‬
‫ﱧ‬ ‫ﱣﱤ ﱥ‬
٢٤٠ :‫ﱳﱵﱶﱷﱸﱠ البقرة‬
‫ﱴ‬ ‫ﱲ‬

Maksudnya:
Dan orang-orang yang (hampir) mati antara kamu serta meninggalkan isteri,
hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi Mut ‘ah(pemberian
daripada suami kepada isteri, yang diwajibkan setelah isteri diceraikan) sehingga
setahun lamanya, dengan tidak disuruh berpindah dari tempat tinggalnya.
Kemudian jika mereka keluar(dari tempat tinggalnya dengan kemahuan sendiri),
maka tidaklah kamu bersalah(wahai waris si mati) tentang apa-apa yang
mereka(isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka daripada perkara yang baik(yang
tidak dilarang syarak) itu dan(ingatlah), Allah SWT maha Berkuasa lagi maha
Bijaksana.

Hukum Iddah setahun dalam ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat berikut:

89
‫ﱠ‬...‫ﱊ‬
‫ﱋ‬ ‫ﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉ‬
٢٣٤ :‫البقرة‬
Maksudnya:
Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedangkan mereka meninggalkan
isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka(beriddah) selama
empat bulan sepuluh hari.

2. Nasakh al-Quran dengan al-Hadis


Nasakh hukum wasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat dengan al-Hadis.
Firman Allah SWT:

‫ﭐﱡﭐﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶ‬

١٨٠ :‫ﲸﲺﲻﲼﲽﱠ البقرة‬


‫ﲹ‬ ‫ﲷ‬
Maksudnya:
Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia
ada meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum
kerabat dengan cara yang baik(menurut peraturan agama), sebagai suatu
kewajipan atas orang yang bertaqwa.

Hukum dalam ayat ini dinasakhkan dengan hadis:

Maksudnya:
Tiada sebarang jenis wasiat kepada ahli waris.

3. Nasakh al-Hadis dengan al-Quran


Nasakh hukum menghadap Baitul Maqdis kepada menghadap Kaabah.
Firman Allah SWT:

‫ﲕﲗﲘﲙ‬
‫ﲖ‬ ‫ﲑ ﲓﲔ‬
‫ﲒ‬ ‫ﱡﭐﲌﲍﲎﲏﲐ‬

١٤٤ :‫ﱠ البقرة‬...‫ﲛ‬


‫ﲜ‬ ‫ﲚ‬

Maksudnya:
Kerap kali Kami melihat engkau memandang ke langit, maka Kami benarkan
engkau menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke
arah Masjidil Haram.

Umat Islam asalnya menghadap Baitul Maqdis sebagai kiblat, tetapi dinasakhkan
setelah turunnya ayat berikut.

90
4. Nasakh al-Hadis dengan al-Hadis
Nasakh hukum haram ziarah kubur kepada harus.
Sabda Nabi SAW:

Maksudnya:
Aku dahulu melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka ziarahilah kubur
sekarang.

Sabda Nabi SAW (Aku melarang) menunjukkan larangan tersebut

sabit dengan al-hadis, tetapi diharuskan dengan sabda Nabi SAW .

15.11 KEPENTINGAN MEMAHAMI KAEDAH NASAKH DALAM PENETAPAN HUKUM


SYARAK

1. Mengetahui kaedah Nasakh merupakan salah satu syarat Ijtihad agar


mengelakkan seseorang mujtahid atau mufti tersilap mengeluarkan hukum
berdasarkan ayat al-Quran atau hadis yang telah dimansukhkan.
2. Dapat membezakan antara hukum yang telah dinasakhkan dengan hukum yang
masih tetap.
3. Prinsip asas kaedah Nasakh juga boleh diaplikasikan dalam semua peraturan
undang-undang dalam sesebuah negara khususnya peraturan berasas siasah
syariyyah.

15.12 RUANG LINGKUP PELAKSANAAN HUKUM SYARAK BERDASARKAN KAEDAH


NASAKH YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN AL-HADIS

• Semua hukum yang tiada bukti menunjukkan ia bersifat kekal atau sementara,
boleh berlaku Nasakh padanya seperti hukum ‘Aqli, hukum pancaindera dan kisah
zaman terdahulu.
• Hukum-hakam asas seperti berkaitan akidah dan Usuluddin tidak boleh
dinasakhkan seperti beriman kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab, Para rasul dan
Hari Akhirat
• Begitu juga hukum-hakam asas berkaitan akhlak mulia seperti kewajipan jujur,
amanah dan adil.

15.13 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan dua jenis nasakh dari aspek bacaan dan hukum.


2. Jelaskan dua perbezaan antara Nasakh dengan Takhsis
3. Bincangkan dua kepentingan memahami Nasakh dalam Usul Fiqh

91
BAHAGIAN SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
16.0 MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA
16.1 PENGENALAN

Dalam Islam, keadilan perlu ditegakkan dan kezaliman wajib dihapuskan.


Melaksanakan undang-undang Islam merupakan kewajipan setiap muslim. Demi
merealisasikan usaha untuk menegakkan syariat, institusi kehakiman diwujudkan dan
diperkasakan. Malaysia telah mengimplementasi dua institusi kehakiman berbeza iaitu
Mahkamah Syariah dan Sivil. Keunikan sistem perundangan ini dipengaruhi oleh
kedatangan British ke negara ini. Walau bagaimanapun, selepas kemerdekaan, status
Mahkamah Syariah mengalami perubahan dan diletakkan dalam hierarki mahkamah
negara bersama mahkamah yang lain.

16.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan sejarah dan matlamat penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia.


2. Menghuraikan peranan dan kesan penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia.
3. Menjelaskan struktur organisasi dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di
Malaysia.
4. Mencadangkan usaha dan tindakan dalam usaha memartabatkan dan mematuhi
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah.

16.3 SEJARAH DAN MATLAMAT PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah


• Penubuhan berdasarkan kepada:
1. Perlembagaan persekutuan yang memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk
mentadbir undang-undang Islam yg dikategorikan undang-undang diri (personal
law) berpandukan kehendak jadual ke-9 senarai 2 butiran 1.
2. Kehendak akta, Enakmen pentadbiran undang-undang Islam atau Enakmen
pentadbiran hukum syarak di negeri-negeri.
• Malaysia mempunyai sejarah yang panjang tentang penubuhan mahkamah
syariah sehinggalah terbentuknya mahkamah syariah pada masa kini.
• Sebelum Merdeka:
1. Sebelum kedatangan penjajah, negara yg dipanggil Tanah Melayu telah
melaksanakan undang-undang Islam dalam urusan kehidupan seharian.
Mereka mengadili kes dihadapan sultan atau pemerintah dalam semua
urusan termasuklah hal ehwal kekeluargaan, muamalah dan jenayah.
2. Kewujudan Undang-undang 99 Perak, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain
menjadi bukti wujudnya peruntukan undang-undang Islam yang

92
dijalankan di Tanah Melayu. Mahkamah syariah dijadikan tempat untuk
mendapatkan keadilan dengan kuasa rayuan diberikan kepada sultan.
3. Selepas kedatangan British, mahkamah-mahkamah lain ditubuhkan atas
nasihat pihak berkuasa British. Mahkamah syariah telah diletakkan pada
taraf yang lebih rendah dan bidang kuasanya telah dibataskan. Sebelum
tahun 1948, mahkamah syariah telah diletakkan dalam struktur dan
hieraki mahkamah negara bersama-sama mahkamah lain.
4. Dengan lulusnya Court Ordinance 1948, mahkamah syariah yang terdiri
daripada Mahkamah Qadi dan Mahkamah Penolong Qadi telah
dipisahkan daripada Mahkamah Persekutuan.
• Selepas Merdeka:
1. Mahkamah syariah di Malaysia dikekalkan di bawah kuasa kerajaan
negeri. Mahkamah syariah diberi kuasa membicarakan perkara yang
terdapat dalam jadual ke-9 perlembagaan, iaitu perkara meliputi undang-
undang kekeluargaan, zakat, wakaf dan kesalahan berkaitan rukun-rukun
Islam sahaja yang melibatkan individu yang beragama Islam sahaja.
2. Mahkamah syariah melalui proses tranformasi dan naik taraf sehingga
hari ini. Daripada sebuah mahkamah yang hanya membicarakan kes-kes
kekeluargaan, ia kini boleh mendengar kes-kes jenayah tertentu dengan
bidang kuasa hukumannya penjara selama 3 tahun atau denda RM5,000
atau 6 kali sebatan. Juga keputusannya tidak lagi boleh dicabar oleh
mahkamah sivil melalui pindaan perlembagaan 1988 iaitu perkara
121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang melarang Mahkamah Tinggi
dan mahkamah di bawahnya campur tangan dalam hal-hal yang
diputuskan di mahkamah syariah berdasarkan bidang kuasanya.

Matlamat Penubuhan Mahkamah Syariah

• Khusus untuk membicarakan pertelingkahan berhubung dengan undang-


undang Islam dan meliputi individu yang beragama Islam sahaja.
• Bertujuan untuk mendengar dan mengadili kes-kes berkaitan dengan Jenayah
Syariah dan kes-kes Mal.

16.4 PERANAN DAN KESAN PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH

Peranan Mahkamah Syariah:

1. Membicarakan dan memutuskan mana-mana kesalahan jenayah yang dilakukan oleh


orang-orang Islam.
2. Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan proseding yang dalam kes-kes Mal
(bukan jenayah) seperti yang diperuntukkan oleh akta atau enakmen.

93
3. Mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan terhadap sesuatu keputusan sama ada
melibatkan pembebasan, sabitan atau hukuman.

Kesan Penubuhan Mahkamah Syariah Di Malaysia:

1. Undang-undang Islam dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan dalam negara.


2. Isu-isu berkaitan dengan jenayah syariah khsusunya penjagaan akidah orang Islam
dapat diselesaikan di mahkamah syariah.
3. Menyusun atur dan menyelaraskan isu-isu kekeluargaan Islam yang berlaku dalam
kalangan orang Islam.

16.5 STRUKTUR ORGANISASI DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH

• Setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan mempunyai enakmen atau akta


pentadbiran agama masing-masing.
• Bidang kuasa mahkamah syariah
yang dinyatakan di bawah ialah
contoh daripada akta 505, Akta
Pentadbiran Undang-undang
Islam (Wilayah Persekutuan)
1993, Bahagian IV-Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan.

Bidang Kuasa Jenayah Bidang Kuasa Mal

Membicarakan kesalahan-kesalahan Mendengar dan memutuskan


yang dilakukan oleh orang Islam di semua tindakan dan prosiding
bawah enakmen atau undang-undang yang mahkamah tinggi Syariah
bertulis lain yang menetapkan diberi kuasa untuk mendengar
Mahkamah kesalahan-kesalahan terhadap rukun- dan memutuskannya, yang
Rendah rukun agama Islam yang baginya amoun atau nilai hal perkara yang
Syariah hukuman maksimum tidak melebihi dipertikaikan itu tidak melebihi
RM2,000, atau penjara selama 1 tahun, RM50,000 atau tidak dapat
atau kedua-duanya dan boleh dianggarkan dengan wang.
mengenakan mana-mana hukuman
yang diperuntukkan baginya.

94
Membicarakan kesalahan-kesalahan Mendengar dan memutuskan
yang dilakukan oleh orang Islam dan semua tindakan dan prosiding ,
boleh dihukum di bawah enakmen atau iaitu semua pihak ialah orang
akta undang-undang keluarga Islam Islam dan yang berhubung
(Wilayah Persekutuan) 1984 [Akata dengan:
303], atau di bawah undang-undang 1. Pertunangan, perkahwinan,
bertulis lain yang menetapkan rujuk, perceraian, pembubaran
kesalahan-kesalahan terhadap rukun- perkahwinan (Fasakh), Nusyuz
rukun agama Islam yang sedang atau pemisahan kehakiman
berkuatkuasa dan boleh mengenakan (Faraq) atau apa-apa perkara
apa-apa hukuman yang diperuntukkan yang berkaitan dengan
baginya. perhubungan antara suami
Contoh perkara jenayah: isteri.
1. Kesalahan berkaitan perkahwinan 2. Apa-apa pelupusan atau
seperti suami menganiayai isteri, tuntutan harta yang berbangkit
isteri nusyuz dan lain-lain. daripada mana-mana perkara
2. Kesalahan berkaitan dengan seks sub perenggan 1.
seperti persetubuhan haram, 3. Nafkah orang-orang
perbuatan sumbang dan pelacuran. tanggungan, kesahtarafan
3. Kesalahan berhubung dengan penjagaan atau jagaan
Mahkamah
minuman keras seperti meminum, (Hadanah) budak-budak.
Tinggi
menjual dan membeli arak. 4. Pembahagian atau tuntutan
Syariah
4. Kesalahan-kesalahan yang harta sepencarian.
berkaitan keimanan seperti tidak 5. Wasiat atau Alang (pemberian
solat Jumaat, tidak membayar harta) semasa Maradal Maut
zakat, tidak berpuasa termasuk seseorang si mati Islam.
makan di khalayak ramai pada 6. Alang semasa hidup atau
siang hari dalam bulan Ramadan. penyelesaian yang dibuat
5. Kesalahan berhubung dengan tanpa balasan yang memadai
akidah seperti ajaran sesat, dengan wang atau nilaian wang
pertukaran agama dan sebagainya. oleh seseorang Islam.
6. Apa-apa kesalahan yang boleh 7. Wakaf atau Nazar.
dihukum di bawah enakmen atau
akta atau mana-mana undang-
undang bertulis lain yang
menetapkan kesalahan-kesalahan
terhadap rukun-rukun agama Islam
yang sedang berkuatkuasa.

95
Seksyen 52 Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah:
1. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa
keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam
menjalankan bidang kuasa asalnya.
2. Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah
Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah
Rayuan Syariah boleh memberi kebenaran atas permohonan mana-mana
pihak bagi pemutusan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang
berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan
keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh
keputusan rayuan itu.
3. Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia
hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan
dirujuk bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang boleh
dilakukann oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan sebagaimana yang
Mahkamah difikirkannya adil bagi pemberesan rayuan itu.
Rayuan
Syariah Seksyen 53 Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah
Rayuan Syariah:
1. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa
pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah
dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi keadilan, sama ada
atas kehendak sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau
orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam
apa-apa perkara atau prosiding, sama ada Mal atau Jenayah dalam
Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana
rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang
dikehendaki demi keadilan.
2. Bila mana Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di bawah sub
seksyen 1, semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah mengenai
perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung
sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan
Syariah.

16.6 USAHA DAN TINDAKAN MEMARTABATKAN TARAF MAHKAMAH SYARIAH SERTA


UNDANG-UNDANG ISLAM

1. Menaik taraf bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.


Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali
sebagai Akta 355 ialah suatu akta untuk memberi dan menyeragam bidang

96
kuasa mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang
negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum syarak.
Akta 355 dipinda pada 1984 bertujuan untuk memperluas bidang kuasa
jenayah bagi membolehkan mahkamah-mahkamah syariah membicarakan
kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak
melebihi 3 tahun atau apa-apa denda tidak melebihi RM5,000 atau sebat tidak
melebihi 6 kali atau apa-apa cantumannya berbanding dengan kuasa yang
diluluskan pada tahun 1965 yang menghadkan penjara 6 bulan atau dengan
denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

2. Kekuatan keputusan di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.


Pindaan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 telah
memperuntukkan Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah di bawahnya tidak
ada bidang kuasa dalam mana-mana perkara yang termasuk dalam bidang
kuasa mahkamah syariah. Hal ini bermakna apa-apa keputusan mahkamah
syariah dalam bidang kuasanya tidak boleh dicabar dan dipinda oleh
mahkamah sivil.

3. Kebebasan mahkamah syariah.


Pemisahan pentadbiran mahkamah syariah daripada pentadbiran majlis
agama dan pentadbiran mufti bermula tahun 1989.

4. Perundangan yang lebih jelas dan komprihensif.


Beberapa aspek undang-undang asas seperti keluarga, keterangan, jenayah
dan prosidur termasuk juga di sesetengah negeri seperti zakat, wasiat dan
wakaf telah digubal serta dijadikan undang-undang berasingan.

5. Skim perkhidmatan dan latihan kakitangan yang lebih baik.


Kakitangan mahkamah syariah diserap masuk dalam kumpulan perkhidmatan
perundangan. Sejak penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,
peluang kenaikan pangkat kakitangan lebih baik. Ditambah pula dengan
latihan dalam bidang perundangan diperkemaskan dalam bentuk diploma dan
kursus.

6. Infrastruktur dan kemudahan mahkamah lebih baik.


Persekitaran dan kemudahan mahkamah syariah ialah setanding dengan
bangunan mahkamah lain. Kemudahan teknologi maklumat dipertingkatkan
khususnya perkhidmatan dalam talian seperti e-syariah.

97
16.7 USAHA MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG TELAH
DITETAPKAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH

1. Mendidik masyarakt bermula dari peringkat sekolah tentang kewajipan


mematuhi hukum syarak.
2. Mendidik murid mematuhi peraturan sama ada ketika berada di sekolah atau
di rumah.
3. Kursus asas berkaitan dengan undang-undang diperkenalkan kepada pihak
awam.
4. Pihak berkuasa sentiasa memberi penerangan tentang peraturan dan undang-
undang.
5. Kempen pematuhan peraturan dan undang-undang negara dibuat menerusi
media massa dan media sosial.

16.8 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Nyatakan dua contoh perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa Mal
mahkamah syariah.
2. Nyatakan dua peranan mahkamah syariah.

3. Berdasarkan keratan akhbar di atas, huraikan usaha yang telah dijalankan untuk
memartabatkan taraf mahkamah syariah

98
BAHAGIAN MAHARAT AL-QURAN

17.0 PENGENALAN SENI SUARA DALAM BACAAN AL-QURAN

17.1 PENGENALAN

Suara memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Dengan suara


manusia dapat berkomunikasi dengan lebih sempurna. Kebolehan kita bersuara atau
bercakap adalah antara anugerah Allah SWT kepada manusia. Oleh itu hendaklah kita
bersyukur di atas anugerah tersebut, lebih-lebih lagi jika kita dianugerahkan suara
yang lunak dan dapat mengalunkan lagu-lagu al-Quran dengan baik seperti yang
dikehendaki oleh Allah SWT.

17.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan pengertian suara dan sifat-sifatnya.


2. Menjelaskan tujuan mengalunkan seni suara.
3. Menjelaskan Tabaqat suara dan peranan suara dalam seni bacaan al-Quran.
4. Mencadangkan usaha dan tindakan penjagaan suara dalam kehidupan seharian.

17.3 PENGERTIAN SUARA

Suara adalah getaran bunyi yang proses oleh udara daripada paru-paru melalui
selaput suara kerongga mulut atau hidung yang ditentukan bunyinya oleh alat
pertuturan yang lain mengikut kehendak tertentu.

17.4 TUJUAN MENGALUNKAN SENI SUARA

Antara tujuan mengalunkan seni suara ialah :

1. Dapat memberi kefahaman kepada pembaca dan pendengar tentang kecantikan


dan keindahan kalimah-kalimah Allah SWT.
2. Dapat menghayati ketinggian uslub-uslub al-Quran.
3. Dapat memahami maksud-maksud ayat-ayat al-Quran serta dapat beramal
dengannya.

17.5 MENGENAL SIFAT-SIFAT SUARA

Suara mempunyai sifat dan keadaan tertentu. Suara yang dianugerahkan oleh Allah
SWT kepada seseorang individu itu tidak sama, tetapi semuanya mempunyai
keistimewaan tertentu. Berdasarkan sifat-sifat suara tersebut, suara terbahagi kepada
empat kategori :

99
1. Suara terbaik (mempunyai 11 sifat)

1 Ketepatan nada 7 Licin


2 Tinggi 8 Bersih
3 Rendah 9 terang
4 Garau 10 Lantang
5 Lembut 11 Tajam
6 Manis

2. Suara baik (mempunyai 10 sifat)

1 Ketepatan nada 6 Manis


2 Sederhana 7 Licin
3 Rendah 8 Bersih
4 Garau 9 Terang
5 Lembut 10 Lantang

3. Suara kurang baik (mempunyai 9 sifat)

1 Ketepatan nada 6 Licin


2 Tinggi 7 Bersih
3 kecil 8 Terang
4 Lembut 9 Tajam
5 Manis

4. Suara tidak baik (mempunyai sifat-sifat berikut)

1 Sumbang 7 Pecah
2 Nipis 8 Parau
3 Lembab 9 Terketar-ketar
4 Lemah 10 Tenggelam
5 Keras 11 Tersepit
6 Serak 12 Tercekik

• Suara yang termasuk dalam kategori pertama, kedua dan ketiga adalah dikira
sebagai istimewa dan senang untuk mempelajari tarannum al-Quran.
• Suara yang termasuk dalam kategori keempat pula dikira sebagai suara
bermasalah, ianya perlu diubahsuai, diperbaiki dan memerlukan jangka masa
yang agak panjang.

17.6 MENGENAL TABAQAT SUARA

• Suara manusia mempunyai tingkatan nada yang tersendiri seperti nada tinggi,
rendah, kuat, lemah dan sebagainya. Tingkatan nada suara ini penting bagi
seseorang qari atau qariah untuk disesuaikan dengan berbagai bentuk alunan
tarannum Ketika membaca al-Quran secara bertarannum.

100
• Kebiasaannya dalam tarannum al-Quran, hanya menggunakan empat tabaqat
suara sahaja, iaitu :

1. Tabaqat pertama ( ) : berfungsi didada.

2. Tabaqat kedua ( ) : Berfungsi ditekak.

3. Tabaqat ketiga ( ) : Berfungsi dirongga hidung.

4. Tabaqat keempat ( ) : Berfungsi dirongga otak.

• Untuk lebih mantap lagi pelajar-pelajar hendaklah mempelajari sistem proses nada
iaitu :
“DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO”
Ianya berlaku pada tiap-tiap tabaqat suara.

17.7 PERANAN SUARA

• Suara bukan sahaja dapat menentukan nada dan irama serta seni bacaan, malah
dapat memelihara lidah, akal dan hati supaya sama-sama menikmati keindahan
al-Quran, sekali gus meresap ke dalam jiwa dengan rasa khusyuk dan takut
kepada Allah SWT. Antara peranan suara dalam bidang pembacaan al-Quran
adalah :

1. Menentukan makhraj huruf dan sifatnya dengan betul.


2. Menentukan nada dan irama.
3. Menentukan seni bacaan atau persembahan bacaan.
4. Memelihara nikmat kurniaan Allah SWT.
5. Memberikan penyesuaian dengan ragam ayat-ayat al-Quran.
6. Memberikan penyesuaian dengan lahjah arab.

17.8 KAEDAH PENJAGAAN SUARA

1. Elakkan daripada memakan makanan seperti buah-buahan yang bergetah atau


kelat, makanan yang berminyak atau lemak dan makanan yang terlalu panas atau
terlalu sejuk.
2. Elakkan diri daripada berpanas dan berhujan yang boleh menjejaskan suhu badan.
3. Mesti cukup tidur sekurang-kurangnya lima jam.
4. Jagalah kesihatan diri.

101
17.9 PETUA PENJAGAAN SUARA YANG BAIK

• Latihan tahan nafas dalam keadaan berbaring.


• Latihan berenang (untuk latihan pernafasan lebih panjang).
• Minum segelas air suam setiap pagi sebelum berkumur.
• Mengikis lidah dengan daun pandan wangi untuk membuang lendir.
• Tidur tidak menggunakan bantal supaya merehatkan bahagian alat suara.

17.10 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Terangkan pengertian suara.


2. Senaraikan 5 ciri-ciri suara terbaik dan kurang baik.
3. Sebutkan 4 tabaqat suara.
4. Nyatakan 3 petua penjagaan suara.
5. Suara terbaik penting bagi seseorang qari dan qariah. Berikan pendapat anda.

102
18.0 PENGENALAN TARANNUM

18.1 PENGENALAN

Tarannum merupakan salah satu daripada cabang seni dalam bidang ilmu penjagaan
al-Quran. Oleh itu ia amat penting untuk dipelajari bagi menabahkan lagi keseronokan
dan keasyikan semasa membaca al-Quran. Disamping itu juga tarannum dapat
memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan
keindahan kalimah Allah SWT serta boleh menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga
dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya.

18.2 HASIL PEMBELAJARAN


1. Menyatakan definasi tarannum.
2. Menjelaskan falsafah tarannum al-Quran yang betul.
3. Menghuraikan sejarah tarannum al-Quran.
4. Menerangkan hukum asas dan pembahagian tarannum.

18.3 FALSAFAH TARANNUM AL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca
al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan
pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami
falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah :

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Diturunkan al-Quran itu dengan penuh
kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)
2. Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan
pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud: “Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-
quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan”. (Surah al-Isra’ : ayat
109)
3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila
al-Quran dibaca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan
dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah SWT”. (Surah al-A’raf :
ayat 204).
4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah
SAW : “Hiasilah al-Quran dengan suara kamu. Ini kerana suara yang baik akan
menambahkan lagi keelokan al-Quran”.

18.4 DEFINISI TARANNUM

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu,


tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki,
pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini
ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonatian, modulation,

103
recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi,
nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang
dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada
kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya
bacaan al-Quran.

18.5 CIRI-CIRI TARANNUM

Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara
yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama ialah :

Nada : Tingkatan atau tekanan bunyi suara.


Rentak : Pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama : Alunan atau bentuk bunyi.

18.6 SEJARAH UMUM TARANNUM

Manusia yang berjiwa seni selalunya mendapat idea-idea dari persekitaran. Pada
zaman silam pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung,
bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun
didalam bahasa arab disebut at-Tarannum, al-Nagham ataupun ilmu al-Maqamat.

18.7 SEJARAH TARANNUM AL-QURAN

Rasulullah SAW menerima al-Quran secara berperingkat bermula daripada tahun 610
masihi. Baginda SAW memerintahkan umatnya membaca al-Quran dengan suara
yang baik. Hasil daripada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai
qari yang terkenal seperti Abdullah bin Mas’ud, Abu Musa Asy’ari dan beberapa
sahabat besar yang lain. Kemudian ilmu ini dikembangkan ke serata pelusuk tanah
arab dan hasilnya pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah ibn Qis di
Kufah (62 hijrah). Abdullah ibn Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah
sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari
ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka jumhur
qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan
berlagu Rasulullah SAW sampai kepada umat Islam yang ada pada hari ini.

Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu


pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu,

104
ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular
antaranya :

1. Misri iaitu seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Mesir dan
kawasan sekitarnya.
2. Hijazi ialah seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada kawasan
sekitar Mekah dan Madinah.
3. Iraqi seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Iraq dan
kawasan sekitarnya.
4. Kurdi yang dipopularkan oleh qurra disekitar Iraq dan Turki.
5. ‘Ajami iaitu aliran yang dipopularkan oleh qurra yang bukan berketurunan Arab
seperti Iran dan beberapa Negara lain.

18.8 HUKUM ASAS TARANNUM

Berdasarkan perbahasan ulama’, kita dapat memahami bahawa hukum bertarannum


adalah seperti berikut :

1. Fardhu (kifayah) – Jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin


mendekati Al-Quran.
2. Sunat – Jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus – Untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh – Jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram – Jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain,
meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda RasuluLlah SAW :

Maksudnya:
“Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah arab dan jangan
sekali-kali membaca dengan lagu dan suara yang berlahjah ke Yahudian atau ke
Nasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik (Biduan dan Biduanita). Maka
sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja
membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur,
pendeta dan perintih yang tiada melampaui halkum mereka, hati mereka sudah
terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya.”

Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak
hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur),

105
kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada
Allah SWT.”

18.9 PEMBAHAGIAN TARANNUM

Sabda RasuluLLah SAW :

“Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan al-Quran dengan suara-


suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).”

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat
dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:

1. Tarannum bit Tahqiq ( )

o Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid.
Biasanya kategori ini diamalkan oleh qari-qari Mesir muktabar seperti Syeikh
Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

2. Tarannum bit Tadwir ( )

o Tarannum yang dibaca dengan kadar tadwir menurut kaedah ilmu tajwid.
Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah
dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatul Duktur Abdul Rahman bin
Abdul Aziz Al-Sudais dan lain-lain.

18.10 ASAS ALIRAN TARANNUM

• Asas Tarannum Aliran Hijazi

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu
asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”

• Banjakah
• Husaini
• Mayyah
• Rakbi
• Jiharkah
• Sikah
• Dukah

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak.


Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

106
• Asas Tarannum Aliran Misri

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang
popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

• Al-Bayyati
• Soba
• Hijaz
• Nahawand
• Rast
• Sikah
• Jiharkah

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza,


Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-
lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan


aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini
menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil,
mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum
sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah
sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil
Quran yang berlahjah arab.

• Komponen penting dalam Tarannum


Untuk bertarannum, para qari mestilah mengenali beberapa komponen penting
untuk mengarabkan bacaan mereka.

1. Harakat ( )

Suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah.

2. Qit’ah ( )

Suatu alunan irama pendek tanpa mahattah.


3. Burdah Asli Dan Sina’i ( )

Bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah.

4. Mahattah ( )

Suatu bentuk atau gaya penghujung harakat yang sempurna.

5. Salalim Su’ud Dan Nuzul ( )

Suara mendaki dan menurun mengikut ilmu tangga-tangga suara.

107
6. Ikhtilal Al-Lahn ( )

Kemahiran mencondongkan suara.

7. Wuslah Al-Mumathalah ( )

Kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam


satu harakat.

18.11 PENILAIAN PENGUKUHAN

1. Terangkan ciri-ciri tarannum.


2. Nyatakan aliran tarannum yang popular pada zaman dahulu.
3. Sebutkan 5 hukum asas tarannum.
4. Sebutkan 7 aliran tarannum Misri.
5. Apakah komponen-komponen penting dalam tarannum?

108
19.0 PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

19.1 PENGENALAN
Memahami tarannum yang digunakan di Malaysia oleh para Qari serta
sejarahnya dan perkembangannya.

19.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tarannum yang digunakan di Malaysia beserta contohnya.


2. Menjelaskan ciri dan sifat tarannum Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikah
dan Jiharkah.

19.3 TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan
tarannum yang disusun seperti berikut :

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.


2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2).
30% pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3).
15% lagi membaca dengan bahagian (4).
5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5).

Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail;
susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.


2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jiharkah.

Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

19.4 JENIS-JENIS TARANNUM

• TARANNUM BAYYATI

Perkataan Bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat
kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati :


1. Lembut disamping tegas.

109
2. Sesuai dengan tabaqat sederhana.
3. Harmoni.
4. Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati :


1. Memantapkan persembahan.
2. Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
3. Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
4. Dapat menimbulkan kesenian fasohah al-Quran.
5. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat al-Quran.

• TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari Mesir.

Sifat Tarannum Soba :


1. Gerak ringan meresap jiwa.
2. Alunan lembut yang mendayu.
3. Sesuai dengan tobaqot sederhana.
4. Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba :


1. Menenangkan persembahan.
2. Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
3. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
4. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

• TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu
cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh
qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz :


1. Gerak lambat tapi berkesan.
2. Ketegasan pendorong semangat.
3. Kelincahan menghidupkan persembahan.
4. Sesuai dengan mana-mana tabaqat.
5. Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.

Peranan Tarannum Hijaz :


1. Memberi semangat kepada persembahan.
2. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
3. Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
4. Menunjukkan Ketegasan kepada mesej al-Quran.
5. Dapat menimbulkan kesenian fasohah al-Quran.
6. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat al-Quran.

110
• TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran).
Tetapi kini Tarannum Nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut
zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand :


1. Gerak ringan yang berkesan.
2. Kelembutan bersopan.
3. Sederhana memikat jiwa.
4. Kehalusan seni.
5. Sesuai dengan tabaqat sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand


1. Melembutkan bacaan.
2. Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
3. Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
4. Dapat menimbulkan kesenian fasohah al-Quran.
5. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat al-Quran.

• TARANNUM RAST

Berasal dari Parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini
Tarannum Rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya
mereka.

Sifat Tarannum Rast :


1. Gerak lembut disamping ketegasan.
2. Kelembutan alunan.
3. Lincah menyemarakkan.
4. Sesuai dengan mana-mana tabaqat.
5. Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast :


1. Memberi semangat kepada persembahan.
2. Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
3. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
4. Dapat menimbulkan kesenian fasohah al-Quran.
5. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat al-Quran.

• TARANNUM SIKAH

Berasal dari Parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-
kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini Tarannum Sikah telah diubahsuai
oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

111
Sifat Tarannum Sikah :
1. Gerak lambat meyakinkan.
2. Kelembutan menusuk kalbu.
3. Berciri kesedihan dan kerintihan.
4. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
5. Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah :


1. Melembutkan persembahan.
2. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
3. Membawa kekhusukan dan keinsafan.
4. Dapat menimbulkan kesenian fasohah al-Quran.
5. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat al-Quran.

• TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari Parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun 7
masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini Tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh
qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah :


1. Gerak ringan yang berkesan.
2. Kelembutan menusuk kalbu.
3. Harmoni.
4. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
5. Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah :


1. Menenangkan ketegangan persembahan.
2. Melembutkan persembahan.
3. Membawa kekhusukan dan keinsafan.
4. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
5. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

4.3 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Sebutkan 3 susunan lagu tarannum yang popular di Malaysia.


2. Apakah sifat dan peranan bagi Tarannum Hijaz?
3. Apakah sifat dan peranan bagi Tarannum Nahwand?

112
20.0 LATIHAN BACAAN

20.1 AMALI 1 (AL- INSAN, AYAT 1-17)


Bayyati, Hijjaz, Nahwand, Ras & Bayyati Penutup

1 Tarannum Bayyati

Hakarat 1 ‫ﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯ ﲰ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵﲶ‬

Harakat 2 ‫ﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼﲽ‬

Harakat 3 ‫ﲾﲿ ﳀﳁ‬

Harakat4 ‫ﳂ ﳃ ﳄﳅ ﳆﳇ ﳈ ﳉ‬

Harakat 5 ‫ﳊ ﳋ ﳌ ﳍ ﳎ ﳏﳐ‬

Harakat 6 ‫ﳑ ﳒ ﳓ ﳔ ﳕ ﳖ ﳗ ﳘﳙ‬

2 Tarannum Hijaz

Hakarat 1 ‫ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆ ﱇﱈ‬

Harakat 2 ‫ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏﱐ‬

Harakat 3 ‫ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱗﱘ‬

Harakat4 ‫ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟﱠ ﱡﱢ ﱣ‬

113
3 Tarannum Nahwand

Hakarat 1 ‫ﱤ ﱥ ﱦ ﱧ ﱨ ﱩﱪ ﱫ‬

Harakat 2 ‫ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ ﱰ ﱱ ﱲ ﱳﱴ‬

Harakat 3 ‫ﱵ ﱶ ﱷﱸ ﱹ ﱺ‬

Harakat4 ‫ﱿ‬ ‫ﱾ‬‫ﱻﱼ ﱽ‬

Harakat 5 ‫ﲀ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ ﲅﲆ‬

4 Tarannum Ras

Hakarat 1 ‫ﲇﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ‬

Harakat 2 ‫ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕﲖ‬

5 Tarannum Bayyati Penutup

Hakarat 1 ‫ﲗ ﲘﲙ ﲚ ﲛ ﲜ‬

Harakat 2 ‫ﲝﲞ ﲟﲠﲡﲢﲣ‬

114
20.2 AMALI 2 (AL-BAQARAH, AYAT 119-132)
Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikah, Jiharkah, Soba, Bayati Penutup

1 Tarannum Bayyati

Hakarat 1 ‫ﳎ ﳏ ﳐﳑ ﳒ‬

Harakat 2 ‫ﳔ ﳕ ﳖ ﳗﳘ ﳙ‬

Harakat 3 ‫ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅﱆ ﱇ ﱈﱉ‬

‫ﱐﱒﱓﱔﱕ‬
‫ﱑ‬ ‫ﱋﱌ ﱍﱎﱏ‬
Harakat4
‫ﱖ ﱗ ﱘ ﱙﱚﱛ‬

Harakat 5 ‫ﱚ ﱛ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟﱠ ﱡ ﱢ‬

Harakat 6 ‫ﱫ‬
‫ﱣ ﱤ ﱥﱦ ﱧ ﱨ ﱩ ﱪ ﱬ‬

2 Tarannum Hijaz

Hakarat 1 ‫ﱭ ﱮﱯ ﱰ ﱱ ﱲ ﱳ‬

Harakat 2 ‫ﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺ‬

Harakat 3 ‫ﱻﱼﱽﱾﱿ‬

Harakat 4 ‫ﲀ ﲁ ﲂ ﲃﲄﲅﲆﲇ‬

3 Tarannum Nahwand

Hakarat 1 ‫ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌﲍ ﲎ‬

Harakat 2 ‫ﲌﲍﲎﲏﲐﲑﲒ‬

115
‫‪Harakat 3‬‬ ‫ﲙ‬
‫ﲚ‬ ‫ﲓ ﲔﲕﲖ ﲗﲘ‬

‫‪Harakat 4‬‬ ‫ﲛ ﲜ ﲝﲞ ﲟ‬

‫‪Harakat 5‬‬ ‫ﲣ ﲥ ﲦ ﲧﲨ ﲩ ﲪ‬
‫ﲤ‬ ‫ﲡﲢ‬

‫‪4‬‬ ‫‪Tarannum Rast‬‬

‫ﲫ ﲬﲭﲮﲯ ﲰﲱ ﲲﲳﲴ‬
‫‪Hakarat 1‬‬
‫ﲵ‬

‫‪Harakat 2‬‬ ‫ﲷﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼﲽ ﲾ‬

‫‪Harakat 3‬‬ ‫ﲻﲼﲽﲾﲿﳀﳁﳂ‬

‫ﳃﳄﳅﳆﳇﳈﳉﳊﳋ ﳌﳍ‬
‫‪Harakat 4‬‬
‫ﳎ‬

‫‪5‬‬ ‫‪Tarannum Sikah‬‬

‫‪Hakarat 1‬‬ ‫ﳋﳌﳍﳎﳏﳐﳑﳒﳓﳔ‬

‫‪Harakat 2‬‬ ‫ﳟ‬


‫ﳖ ﳗ ﳘ ﳙﳚ ﳛﳜ ﳝ ﳞ ﳠ‬

‫‪Harakat 3‬‬ ‫ﳟﳡ ﳢﳣ‬


‫ﳛﳜ ﳝ ﳞ ﳠ‬

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉ‬
‫‪Harakat4‬‬
‫ﱊ‬
‫ﱋ‬

‫‪116‬‬
6 Tarannum Jiharkah

Hakarat 1 ‫ﱊ ﱌ ﱍﱎ ﱏﱐ‬
‫ﱈﱉ ﱋ‬

Harakat 2 ‫ﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙ‬

Harakat 3 ‫ﱝﱟﱠﱡﱢﱣ‬
‫ﱚﱛﱜ ﱞ‬

‫ﱤﱥﱦﱧ ﱨﱩﱪﱫ‬
Harakat 4
‫ﱬﱭ‬

7 Tarannum Soba

‫ﱯ‬
‫ﱰ‬ ‫ﱫﱬﱭﱮ‬
Hakarat 1
‫ﱱﱲﱳﱴﱵ‬

Harakat 2 ‫ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼﱽ ﱾ‬

‫ﲃ ﲅﲆﲇﲈ‬
‫ﲄ‬ ‫ﲀﲁﲂ‬
Harakat 3
‫ﲉﲊ‬

Harakat 4 ‫ﲏ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔﲕ‬
‫ﲋﲌﲍﲎ ﲐ‬

Harakat 5 ‫ﲖ ﲗ ﲘﲙ ﲚ‬

8 Tarannum Bayyati Penutup

Hakarat 1 ‫ﲛﲜﲝﲞﲟﲠ‬

Harakat 2 ‫ﲡ ﲢ ﲣ ﲤﲥ ﲦ ﱠ‬

117

Anda mungkin juga menyukai