Anda di halaman 1dari 3

MANUSIA HEBAT , ROBOT KUAT

Suatu malam yang indah dipenuhi dengan kerdipan bintang yang menyinari
bumi . Seorang perempuan bernama Dhia berada di dalam bengkel miliknya itu
tiba-tiba menjerit dengan sekuat hati apabila robot yang diciptanya sudahpun
siap sepenuhnya pada malam itu . Baginya , itulah pencapaian terbesar dalam
hidupnya . “Alhamdulillah” kata Dhia .

“Dhia apa yang terjadi ?” tanya cik Ros kepada anaknya itu
“Tengok ni mak , tak sia-sia Dhia habiskan masa 11 bulan cipta robot ni , cantik
kan mak ?” Wajahnya seolah-olah tidak mampu lagi menyembunyikan berita
gembira itu

……………………………………………

Hai , namaku Dhia. Aku berumur 17 tahun dan baru sahaja menamatkan
pembelajaranku dan kini aku menetap di rumah sepanjang masa.Aku sangat
aktif dalam pelbagai pertandingan robotik di sekolahku.Hasil ciptaanku tidak
pernah mengecewakan guru-guruku. Bak kata kawan-kawanku , aku
mempunyai impian yang sangat besar iaitu untuk menjadi seorang pencipta
robot yang terkenal. Diisinilah bermulanya kisah hidupku dan robot ciptaanku
Ria .

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi dan Dhia masih lagi berselubung di
dalam selimutnya itu . “ Dhia matahari dah naik ni , mari tolong mak mengemas
rumah ” bebel emaknya sambil membuka langsir . “Ish , Ria kan ada” keluh
Dhia dengan raut wajahnya yang muram.Dhia langsung bangun dari tempat
tidurnya dan menuju ke bengkel untuk melihat robot ciptaannya itu.
“Engkau ni robot serbaguna yang aku cipta untuk bantu aku menjalani
kehidupan seharianku , aku harap kau boleh bantu aku ya !”ucap Dhia.
Dhia berfikiran bahawa dengan adanya teknologi yang semakin canggih ini ,
manusia tidak perlu lagi bekerja keras dalam kehidupan tanpa memikirkan
kesan-kesan buruk yang mungkin menimpa.

Tanpa membuang masa , Dhia terus menekan butang yang terdapat pada badan
Ria. “Hai tuan , saya Ria. Robot serbaguna yang akan membantu tuan dalam
menjalani kehidupan seharian tuan. Apakah yang boleh saya bantu?”
Dhia sekali lagi kelihatan gembira dan berpuas hati dengan hasil ciptaannya itu .
Ria dicipta dengan bentuk yang menarik dan berwarna merah. Ria juga adalah
sebuah robot yang bergerak secara automatik.Dhia terus mengarahkan robotnya
itu untuk membantunya mengemas rumah.

Hari demi hari kehidupan Dhia menjadi lebih baik dengan adanya Ria. Mereka
semakin akrab bagai isi dengan kuku..Dia tidak perlu berjalan lagi untuk
mendapatkan barangan dan dia mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan.
Walaupun ayahnya sering berkata bahawa robot akan menyebabkan manusia
menjadi pasif dan berat tulang , namun Dhia tetap dengan pendiriannya dan
terus menggunakan robot itu.

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat Asar. Dhia yang


berjalan ke arah bilik tiba-tiba menghentikan langkahnya apabila terdengar
ketukan dari pintu rumahnya . Dhia berpatah semula dan menuju ke pintu
rumahnya untuk melihat siapakah yang datang ke rumahnya.Pintu dibuka dan
wajah Hawa yang merupakan kawan baiknya muncul secara tiba-tiba.
“Assalamualaikum Dhia” , sapa Hawa . Dhia tersenyum dan menjawab salam
itu dengan ramahnya. ”Waalaikumussalam Hawa , eh masuklah . Aku ke dapur
dulu ye nak buatkan air untuk kau ”

Segelas air bersama biskut kering dihidangkan di atas meja dan mereka terus
berbual-bual tentang kehidupan masing-masing setelah tamatnya zaman
persekolahan.
“Semenjak kau dah ada Ria ni , aku jarang terima mesej dari kau.Kau dah lupa
aku ya ?”luah Hawa pada Dhia.Dhia tersentak apabila Hawa berkata sebegitu.
“Maafkan aku Hawa , aku sibuk kebelakangan ni ”Dhia melihat ke arah wajah
Hawa dan menyedari bahawa raut wajah kawan baiknya itu kelihatan sedih dan
kecewa dengan sikapnya yang sebegitu. Sebelum Hawa berangkat pulang , dia
sempat berpesan kepada Dhia agar tidak terlalu taksub dengan teknologi yang
moden ini. Dia juga berkata bahawa robot tidak mempunyai kotak pemikiran
seperti manusia yang dapat berfikir tentang sesuatu benda dengan baik

Setelah Hawa pulang , Dhia kembali pada tujuan asalnya iaitu untuk
menunaikan solat Asar. Selesai menunaikan solat , Dhia termenung dan terfikir
akan kata-kata kawan baiknya itu tadi. “Adakah aku terlalu taksub dengan dunia
moden ini ?” Bunyi derapan tapak kaki di ruang tamu menunjuk ibubapanya
sudah pun pulang dari bandar. “Mak , Dhia keluar sekejap ye dengan Ria”ujar
Dhia . “ Haih Dhia , nak keluar pun kena bawa robot ke ? Cubalah kau bergaul
dengan manusia” sindir ayahnya. Tanpa mempedulikan kata-kata ayahnya itu ,
Dhia terus keluar dan menuju ke taman yang berdekatan dengan rumahnya.
Setibanya di taman , Dhia menyedari bahawa jiran tetangganya memandangnya
dengan wajah yang penuh kehairanan. “Eh ada juga ye manusia yang bergaul
dengan robot , aku ingatkan mitos.” Wajah Dhia terus berubah apabila terdengar
kata-kata itu dan dia terus mempercepatkan langkah kakinya untuk ke sebuah
pondok yang tidak jauh dari penglihatannya. Dhia duduk dan terus mengalirkan
air mata apabila dirinya dipandang sebegitu oleh orang sekelilingnya. Dia
meluahkan perasaan sedihnya itu pada Ria. Langit sudah mempamerkan bias
merah tanda waktu senja telah pun tiba , Dhia dan robotnya bergegas pulang ke
rumah.

Pada malam itu , sewaktu Dhia membaca novel Dhia cuba mencapai segelas air
di atas meja. Malangnya air itu tertumpah dan mengenai Ria yang berada
disampingnya ketika itu. Dhia mengeluh dan meminta Ria mengambil kain
untuk mengelap tumpahan air itu. Ria bergerak ke dapur tetapi malangnya
secara tiba-tiba Ria berhenti dengan sendirinya. Dhia semakin tertekan dan
bergegas untuk melihat apa yang terjadi pada robotnya itu. ”Aduh , kenapa ni
Ria ?”. Ria tidak memberikan sebarang respon mahupun gerakan kecil.
Dhia terus membawa robotnya itu ke bengkel kecilnya itu.
Dia pulang ke biliknya dan terus melelapkan mata setelah penat menjalani hari
yang sukar itu

…………………………………………………

Hujan turun membasahi bumi pada hari ini . Seawalnya pagi lagi Dhia sudah
berada di bengkelnya dan cuba untuk membaiki Ria. Dhia menyangkakan
bahawa robotnya itu rosak akibat terkena air yang tertumpah itu. Dhia cuba
untuk menghubungi kawan baiknya iaitu Hawa dan meminta pertolongan
sebaliknya Hawa berkata bahawa dia sudah tidak mahu lagi berbuhung dengan
Dhia. “Kau baikilah robot kesayangan kau tu” kata Hawa lalu mematikan talian
telefon itu . Dhia terkedu dan terduduk mendengar kata-kata Hawa itu . Dhia
akhirnya sedar apa yang telah dilakukannya selama ini. Walaupun sudah sedaya
upaya membaiki robot itu , namun tiada apa yang berubah dan Ria sudah tidak
dapat dibaiki lagi .

Air mata membasahi di pipi Dhia . Dia telah berjanji dengan dirinya sendiri agar
tidak terlalu taksub dengan teknologi kini dan dia juga berazam untuk
melanjutkan pelajarannya . Perasaannya kini bercampur baur namun Dhia tetap
menerima ketentuan itu . Terima Kasih Ria .

Anda mungkin juga menyukai