Anda di halaman 1dari 5

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,


Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismilahhirahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t

 Yang Berusaha/ Puan Hajjah Zarini bt Ahmad /Penolong Kanan


Pentadbiran /SMK Bandar Baru Darulaman
 Yang Berusaha/ En. Mohd Syahar bin Osman/ Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
 Yang Berusaha/ Puan Siti Nor Azura bt Samsu
Penolong Kanan Kokurikulum.
 Yang Berusaha/ Puan Hajah Sharipah bt Umar
Penolong Kanan Petang.
Yang dialu-alukan kehadiran tetamu dari SMK Jerlun,
 Yang berusaha Pn Siti Rubiah bt Ismail, Pengetua Sek Men Keb Jerlun
yang kini dirasmikan sebagai Pengetua SMK Bandar Baru Darulaman.
 Yang Berusaha/ Puan Rozana bt Abd Rashid Pentadbiran /SMK Jerlun
 Yang Berusaha/ Pn Norida bt Abd Rashid/ Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
 Yang Berusaha/ Encik Mohd Sobri bin Hji Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum.
 Barisan Guru-guru kanan dan rakan-rakan guru yang hadir dari SMK
Jerlun
Selamat datang kami ucapkan kepada semua tetamu yang hadir pada majlis pada
hari ini. Bersempena menyambut Kehadiran PENGETUA BARU KE SMK Bandar
BAru Darulaman.
Majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu pada hari ini.

 Ke Pekan Kuala membeli bingka,


 Sayang pesanan terlupa sudah,
 Majlis bermula tirai dibuka,
 Dengan alunan madah yang indah.
 Hadirin dan hadirat sekalian,

 Dengan harapan agar majlis kita memperoleh keberkatan/, marilah sama-
sama /kita mendah tangan/ memanjatkan doa ke hadratNya./ Untuk itu
majlis mempersilakan/ Al Fadhil ustaz _______________________ / untuk
memimpin bacaan doa.
 Dengan segala hormatnya/ dipersilakan.

@@@@@@@@AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

Majlis mengucapkan/ terima kasih kepada kepada Al Fadhil ustaz


________________________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya…..
Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya……
Tak lengkaplah Majlis, jika tidak ada yang berbicara

Untuk itu, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan kasih selamat datang/ dari Pn
Hajjah Zarini bt Ahmad/ Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Zarini bt Ahmad/ Penolong Kanan


Pentadbiran atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
sebentar tadi kita telah disajikan dengan persembahan montaj tentang serba sedikit
latar belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman sebagai
tanda pengenalan mengenai warga Budiman.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil dari SMK Jerlun,


Majlis berbesar hati, mempersilakan Pn Norida bt Abd Rashid, PK Hem untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn Norida bt Abd Rashid, Penolong Kanan


Pentadbiran atas ucapan sebentar tadi.
BUNGA DISEMAT BIRU NILA,
MARI DIAMBIL DI TANJUNG BIDARA,
DENGAN HORMAT KAMI PERSILA,
TUAN TAMPIL MENGUNGKAP BICARA.

Hadirin sekalian,
Bak kata perpatah
tak kenal maka tak cinta

Tidak lengkap rasanya majlis/,tanpa mengenal insan empunya diri/ yang diraikan
pada hari yang indah ini. Majlis dengan segala hormat, menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Pn Siti Rubiah bt Ismail, sebagai Pengetua SMK
Bandar Baru Darulaman untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Rubiah bt Ismail, sebagai Pengetua SMK
Bandar Baru Darulaman atas ucapan sebentar tadi.Terima kasih juga pihak majlis
mengucapkan kerana puan sudi bertandang dan sudi berkhidmat di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Sampailah kita ke hujung acara majlis, saya mewakili pihak majlis dengan
berbesar hati mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan guru
yang sudi mengiringi tuan pengetua ke sekolah kami dan pihak majlis juga
memohon seribu kemaafan jika pihak kami ada kekurangan dari pihak kami
sepanjang majlis berlangsung ini. Saya mewakili pihak pentadbir, rakan guru dan
urusetia majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi.
Dengan itu, sebelum bersurai, sudilah kiranya hadirin menjamu selera sebagai
penutup majlis SEND Off PADA HARI INI. Dengan itu saya mengakhiri majlis
dengan wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum wbt.

Hadirin dipersilakan menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai