Anda di halaman 1dari 12

SDSY 2073

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

TAJUK:

BEKERJA DARI RUMAH: KELEBIHAN DAN CABARAN

PENSYARAH:

USTAZ MOHD RASYIDI BIN ALI

NAMA NO MATRIK
MUHD AIDIL BIN SYARIFUDDIN 2212009
SOLEHUDDIN BIN ZAHAIRI 2212001
MUHAMMAD HAKIM BIN NIZHAM 2212022
NIK MUHAMMAD WAZIEN BIN NIK ADIB 2212022

DIPLOMA PENGAJIAN SYARIAH SEM 4

SESI 2 2023/2024
ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan .......................................................................................................1

2.0 Kerja Menurut Tuntutan Islam ...........................................................................2

3.0 Sejarah budaya bekerja dari rumah di Malaysia ................................................2

4.0 BdR: Norma baharu yang berkesan? .................................................................3

5.0 Kelebihan bekerja dari rumah ............................................................................4

6.0 Cabaran bekerja dari rumah ...............................................................................6

7.0 Tips bekerja dari rumah .....................................................................................7

8.0 Kesimpulan ........................................................................................................9

9.0 Rujukan ............................................................................................................10


1.0 Pendahuluan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan di Malaysia pada 18 Mac 2020, semua
organisasi kecuali sektor penting telah diarahkan bekerja dari rumah (BdR) bertujuan untuk
memutuskan rantaian COVID-19. BdR bukanlah amalan biasa di Malaysia sebelum COVID-
19. Bekerja dari rumah mungkin sebahagian daripada 'norma baharu' kerana komuniti global
terus memerangi COVID-19. Timbul persoalan bagaimana proses perhubungan pekerjaan
berlaku semasa bekerja dari rumah kerana PKP. Adakah kemudahan teknologi dan peranti
pintar berjaya mencipta kerja yang harmoni dan berkesan? Secara idealnya BdR yang telah
diamalkan di kebanyakan negara maju sebelum COVID-19, adalah untuk menyediakan
peluang meningkatkan keseimbangan kerja-kehidupan akan tetapi timbul persoalan sama ada
BdR berkesan, apabila seluruh keluarga termasuk anak-anak berada di dalam rumah, dan
apakah implikasinya kepada pekerja.

Apabila PKP berlaku, organisasi dan pekerja mesti menghadapi semua cabaran dalam
memastikan BdR dapat dilaksanakan. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan satu tajuk
Bekerja dari Rumah: Kelebihan dan Cabarannya. Berdasarkan analisis tematik refleksif
menunjukkan bahawa ada pekerja yang merasakan amalan BdR membantu meningkatkan
keseimbangan kerja-kehidupan mereka. Namun ada juga yang mendapati bahawa BdR turut
menyumbang kepada konflik kerja-kehidupan dan menyukarkan mereka untuk menumpukan
pada tanggungjawab dalam kedua-dua domain. Keadaan ini menunjukkan bahawa jika norma
baharu ini diamalkan walaupun selepas pasca COVID-19 di Malaysia, Kerajaan dan organisasi
kerja memerlukan penstrukturan semula yang menyeluruh untuk menjayakan amalan BdR.

Selain itu, beberapa cabaran juga perlu dipertimbangkan jika amalan BdR ingin
diamalkan pada masa hadapan seperti mengekalkan hubungan pekerja-majikan, isu kehidupan
kerja, pendigitalan serta masa bekerja dan isu organisasi kerja. Cabaran ini mesti ditangani agar
amalan BdR berfungsi dengan baik. Ia penting untuk membantu negara merealisasikan
pertumbuhan ekonomi dan produktiviti pekerja, organisasi dan negara secara amnya.

1
2.0 Kerja Menurut Tuntutan Islam:

Islam menjadikan kerja sebagai tuntutan fardu atas semua umatnya selaras dengan dasar
persamaan yang diisytiharkan oleh Islam bagi menghapuskan sistem yang membeza-bezakan
manusia mengikut darjat atau kasta dan warna kulit. Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu
berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang taqwa." (al-Hujurat: 13)

Dengan menggunakan segala unsur-unsur perbezaan darjat atau warna kulit itu maka
jadilah kerja menurut Islam suatu tuntutan kewajipan yang menyeluruh atas setiap orang yang
mampu bekerja untuk mencapai kebahagiaan individu dan juga masyarakat. Jadi tidaklah kerja
itu hanya khusus untuk golongan hamba abdi seperti sebelumnya.

Islam juga meningkatkan tuntutan kerja itu hingga ke tahap kewajipan agama. Oleh itu
tahap iman sentiasa dikaitkan oleh Al-Quran dengan amal soleh atau perbuatan baik. Ini bererti
Islam itu adalah akidah yang mesti diamalkan dan amalan yang mesti berakidah secara tidak
terpisah. Seperti firman Allah bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya sekalian manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman
dan beramal soleh". (al-Asr: 1-3)

3.0 Sejarah Budaya Bekerja dari Rumah di Malaysia

Bekerja dari rumah atau yang dikenali sebagai "work from home" (WFH) telah menjadi trend
global, termasuk di Malaysia. Meskipun pandemik COVID-19 mungkin telah mempercepat
perubahan cara kerja ini, praktik bekerja dari rumah sudah ada sebelumnya, terutama di sektor-
sektor seperti teknologi informasi dan pekerjaan lepas.

Di Malaysia, sejarah bekerja dari rumah boleh ditelusuri kembali ke beberapa dekad
yang lalu, terutama dengan perkembangan teknologi informasi dan komunikasi. Namun,
popularitinya meningkat secara signifikan dalam beberapa tahun terakhir, sebahagian besar
kerana perkembangan teknologi yang memungkinkan perhubungan komunikasi yang lebih
baik dan perusahaan yang semakin menyedari manfaat fleksibiliti dalam model kerja.

2
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi cara bekerja dari rumah di Malaysia iaitu:

1. Perkembangan Teknologi: Penyediaan infrastruktur teknologi yang canggih, seperti


akses internet yang lebih cepat dan perangkat komunikasi yang lebih maju, telah
memungkinkan pekerja untuk terhubung dengan pejabat dan rakan sekerja secara
efektif dari jarak jauh.

2. Perubahan Budaya Kerja: Terdapat perubahann budaya kerja di mana perusahaan


lebih terbuka terhadap model kerja yang fleksibel. Perusahaan menyadari bahwa
produktiviti dan pekerja tidak selalu bergantung pada keberadaan fizik di tempat kerja.

3. Kesedaran akan Keseimbangan Kerja-Hidup: Bekerja dari rumah memberikan


kesempatan bagi pekerja untuk mencapai keseimbangan kerja-hidup yang lebih baik,
yang menjadi semakin penting bagi banyak individu.

4. Krisis Kesihatan Global: Pandemik COVID-19 memaksa banyak perusahaan untuk


menerapkan kerja dari rumah sebagai respon terhadap pembatasan sosial dan lockdown.

Meskipun ada manfaat yang jelas dari bekerja dari rumah, ada juga cabaran yang perlu diatasi,
termasuk mengatur waktu dengan baik, mempertahankan komunikasi yang efektif dengan
rakan sekerja, dan memisahkan waktu kerja dan waktu peribadi. Namun, secara keseluruhan,
trend bekerja dari rumah di Malaysia terus berkembang seiring dengan perubahan dalam
dinamika kerja global dan lokal.

4.0 BdR: Norma baharu yang berkesan?

Work From Home’ atau ‘Bekerja dari rumah’ bukanlah suatu terma yang baharu bagi
sebilangan pekerja. Sejak daripada dahulu lagi sudah terdapat syarikat swasta mahupun
kerajaan yang melaksanakannya. Tidak dinafikan, pelaksanaan PKP menjadikan WFH atau
‘Bekerja Dari Rumah’ satu amalan norma baharu bagi sesetengah pekerja.

‘Bekerja dari rumah’ memerlukan pekerja mengubah gaya baharu bekerja sesuai
dengan tujuan menyelesaikan tugas seperti yang diminta oleh majikan.

Antara kelebihan ‘Bekerja Dari Rumah’ (BDR) yang boleh dijadikan manfaat adalah;

1. Tidak mengikat pekerja dengan masa bekerja (waktu pejabat) dan ia memberi kebebasan
kepada pekerja untuk mengatur jadual pekerjaan masing-masing.

3
2. Selari dengan perkembangan teknologi komunikasi, BDR membawa impak yang
baik terhadap industri dan perniagaan.

3. Menawarkan mod pekerjaan yang lebih efisyen dengan ciri-ciri masa yang fleksibel.

Ada sesetengah pihak mengatakan BDR membawa kesan buruk kepada ekonomi
sesebuah negara kerana ketidakhadiran pekerja dan menjadikan pekerja tidak produktif kepada
masa bekerja secara optimum. Namun, ia merupakan amalan norma baharu yang perlu
diterapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

5.0 Kelebihan Bekerja Dari Rumah

Fenomena bekerja dari rumah ini sebenarnya menuai banyak pendapat. Sesetengah
berpendapat lebih produktif jika dibandingkan bekerja di pejabat. Waktu yang mereka miliki
lebih banyak, kerana dengan bekerja di pejabat waktu mereka terpotong banyak untuk
perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Selain itu, dengan bekerja dari rumah, beberapa orang
merasa dapat menikmatinya dengan baik kerana sambil melakukan aktiviti lainnya atau
mengurus anak dan keluarga di rumah, dalam masa yang sama mereka memperolehi waktu
yang banyak untuk melakukan kedua-dua hal tersebut.

Namun jika dilihat secara meluas, disebabkan pandemik banyak perusahaan dan industri
yang kemudian memperbolehkan karyawannya untuk bekerja secara hybrid atau bekerja di
mana saja asalkan menepati kehendak dan matlamat pekerjaan tersebut. Meskipun keadaan
pandemik COVID-19 sudah mula elok, namun masih terdapat beberapa syarikat yang
menerapkan Bd Rini dalam sektor pekerjaan mereka.

Di antara kelebihan Bekerja dari rumah ialah:

1. Waktu yang lebih fleksibel

Kerja di rumah membolehkan anda untuk mengatur tempat atau meja kerja senyaman
mungkin. Anda juga bisa memutuskan waktu untuk memulakan kerja itu. Anda juga dapat
bekerja sambil memasak, mencuci baju atau membersihkan rumah. Beberapa aktiviti yang anda
kerjakan dalam sekali waktu.

4
2. Berdikari

Anda dapat mengatur waktu bekerja anda sendiri selama bekerja dari rumah. Hal ini perlu
dilakukan agar pekerjaan tetap disiplin sekaligus menjadi motivasi diri untuk menyelesaikan
target harian.

3. Efektif dan efisien

Dengan bekerja dari rumah, para pekerja tidak perlu membuang banyak waktu dan tenaga
mereka untuk suatu hal yang biasanya dihadapi sewaktu bekerja di pejabat seperti terperangkap
dalam kesesakan lalu lintas, bangun awal pagi untuk ke pejabat dan sebagainya.

4. Memanfaatkan teknologi komunikasi

Oleh kerana lebih banyak menghabiskan waktu di rumah, ianya memaksa para pekerja
untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya setiap teknologi komunikasi dengan baik. Bermula
dari chat, email sehingga video call untuk berdiskusi atau bermesyuarat dalam talian secara
langsung.

5. Lebih banyak waktu dengan keluarga

Kebanyakan pekerja keluar ke tempat kerja sebelum matahari terbit, dan pulang ke rumah
saat matahari tenggelam. Hal ini tentu membuat hubungan keluarga menjadi renggang dari
waktu ke waktu. Namun dengan bekerja dari rumah, pekerja bisa mengerjakan setiap tugasnya
dan dalam waktu yang sama juga dapat berinteraksi dengan anggota keluarga yang lain
sehingga hubungan satu dengan yang lainnya dapat terjalin dengan lebih harmoni.

6. Jimat

Dengan bekerja dari rumah, ada banyak penjimatan yang dapat dilakukan. Jimat tenaga,
waktu bahkan wang untuk pengangkutan mahupun perjalanan ke pejabat.

5
6.0 Cabaran Bekerja Dari Rumah

Terdapat pelbagai cabaran untuk menjayakan konsep bekerja dari rumah. Beberapa cabaran
dan rintangan termasuklah ketiadaan sumber fizikal dan kewangan seperti tiada ruang kerja
lebih besar, berada di luar struktur organisasi pejabat, kurang sumber inspirasi, tiada sokongan
rakan sekerja dan rasa terasing. Cabaran paling besar adalah untuk menjadi lebih produktif di
luar daripada struktur organisasi pejabat.

Pastinya terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu produktiviti pekerja apabila bekerja
dari rumah. Antara cabaran bekerja dari rumah ialah:

1. Pemisahan antara kehidupan peribadi dan professional

Rumah adalah tempat untuk bersantai dan berinteraksi dengan keluarga. Bekerja dari
rumah boleh menyukarkan pemisahan antara waktu kerja dan waktu peribadi, menyebabkan
tekanan tambahan.

2. Ketidakstabilan penyediaan peralatan dan rangkaian.

Sambungan internet yang tidak stabil atau kekurangan peralatan kerja yang sesuai boleh
menyebabkan gangguan dalam produktiviti saat bekerja.

3. Kurangnya interaksi sosial.

Bekerja dari rumah boleh membawa kepada rasa kesunyian dan isolasi kerana kurangnya
interaksi langsung dengan rakan sekerja.

4. Ketidakmampuan untuk memisahkan diri dari tugas kerja.

Apabila tempat kerja berada di rumah, seseorang mungkin cenderung untuk terus bekerja
tanpa memperuntukkan masa yang mencukupi untuk berehat dan melepaskan tekanan.

6
5. Gangguan dari persekitaran rumah

Persekitaran rumah mungkin tidak sesuai untuk kerja, terutamanya jika terdapat gangguan
dari ahli keluarga, haiwan kesayangan, atau kebisingan dari luar.

Untuk mengatasi cabaran ini, seseorang boleh mengambil langkah-langkah seperti menetapkan
jadual kerja yang tetap, mencari ruang kerja yang tenang dan selesa, menggunakan peralatan
dan perisian yang sesuai, serta mengamalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan
peribadi. Komunikasi yang berkesan dengan rakan sekerja dan pengurusan juga penting untuk
memastikan bahawa semua pihak memahami keperluan dan cabaran bekerja dari rumah.

7.0 Tips Bekerja Dari Rumah

Terdapat beberapa tips yang dapat kita amalkan sewaktu bekerja dari rumah. Antaranya ialah:

1. Bangun lebih awal

Kebiasaannya jika hendak ke tempat kerja, anda akan bangun pagi bagi mengelakkan
kesesakan lalu lintas, akan tetapi jika bekerja dari rumah tiada kesesakan yang perlu dielakkan.
Walaubagaimanapun anda masih perlu bangun lebih awal daripada biasa supaya dapat
bersarapan pagi dan juga mungkin melakukan beberapa senaman ringkas supaya lebih cergas
dan cerdas sebelum melalui hari yang panjang.

Mungkin sesetengah daripada anda sebelum ini tidak sempat untuk bersarapan apatah
lagi melakukan senaman ringkas kerana perlu bergegas ke tempat kerja, jadi apabila berkerja
dari rumah inilah masa yang sesuai untuk melakukan semua perkara tersebut.

2. Jangan tukar rutin harian

Kenapa jangan tukar rutin harian? Bagi anda yang sudah terbiasa dengan rutin harian hendak
ke tempat kerja, sebagai contoh sentiasa bangun pukul 7 pagi jadi teruskan bangun pada waktu
tersebut walaupun hanya perlu bekerja dari rumah.

Hal ini kerana, jika menukarkan rutin harian tersebut kepada rutin harian yang lain
seperti bangun sedikit lewat dan juga tidak bersiap sebagaimana hendak ke tempat
kerja. Mood untuk bekerja juga kemungkinan besar tidak akan sampai sebaliknya hanya duduk
7
dirumah dan bermalas-malasan. Jadi teruskan dengan rutin harian hendak ke tempat kerja dan
bahagikan masa sebaik mungkin seperti di tempat kerja.

3. Rancang jadual harian

Rancang hari-hari bekerja walaupun hanya bekerja dari rumah dengan melakukan senarai
harian, hal ini kerana apabila seseorang itu sudah merancang dan ikut perancangan yang
dilakukan semua perkerjaannya akan berjalan dengan lebih lancar.

Bukan itu sahaja, dengan adanya juga perancangan berkerja dari rumah seseorang itu
akan menjadi lebih fokus dan juga dapat membahagikan masa sebaik mungkin ketika berkerja
dari rumah. Ini sangat penting untuk kekal fokus ketika berkerja dari rumah. Senarai itu
berfungsi sebagai peringatan harian tentang apa yang akan dilakukan seharian itu sekaligus
dapat menjaga masa tidur dengan lebih baik dan juga tidak mengganggu masa makan yang
sepatutnya.

Disiplin perlulah tinggi ketika berkerja dari rumah, kerana terdapat segelintir daripada
mereka mudah terganggu dengan persekitaran lebih-lebih lagi ketika berada di rumah.

4. Berehat seketika

Ketika berkerja dari rumah, masa yang ada agak fleksibel jadi gunakan masa tersebut sebaik
mungkin untuk bekerja dan juga berehat. Jangan terlampau fokus dan leka dengan perkerjaan
sehingga tiada masa untuk makan mahupun berehat. Terlalu lama menghadap komputer riba
ataupun komputer juga tidak elok untuk kesihatan lebih-lebih lagi mata.

Ambil masa lebih kurang sejam untuk menjauh daripada komputer riba dan rehatkan
pandangan dengan cuba melihat objek jauh seketika setiap 20 minit, ini dapat mengurangkan
kesan stres pada bebola mata. Memandang tumbuh-tumbuhan seketika ataupun sesuatu yang
berwarna hijau juga dapat menyegarkan mata, bukan itu saja malah dapat merelakskan mata.

8
5. Ruangan khas

Ruangan khas untuk berkerja dari rumah juga perlu ada kerana ianya memainkan peranan yang
sangat penting. Mestilah kita tidak mahu campurkan ruangan rehat dan juga berkerja di tempat
yang sama kan? Jadi dengan adanya satu lagi ruangan yang khas untuk bekerja dapatlah anda
fokus dan bekerja dengan keadaan yang selesa seakan-akan bekerja di pejabat rumah.

8.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, bekerja dari rumah mempunyai potensi untuk memberikan


fleksibiliti yang besar kepada pekerja, membolehkan mereka menyesuaikan jadual kerja
dengan kehidupan peribadi mereka dan mengurangkan kos serta masa perjalanan. Walau
bagaimanapun, cabaran yang berkaitan dengan pemisahan antara kehidupan kerja dan peribadi,
kurangnya interaksi sosial, dan gangguan dari persekitaran rumah tangga mungkin
mengganggu produktiviti dan kesejahteraan pekerja. Walau bagaimanapun, dengan pengurusan
yang bijak, penggunaan teknologi yang tepat, dan penekanan yang diberikan kepada
keseimbangan kerja-peribadi, bekerja dari rumah masih merupakan pilihan yang berpotensi
untuk memperbaiki kualiti kerja dan kehidupan.

9
9.0 Rujukan

1. https://ujid.tripod.com/islam/kerja8806.html
2. https://era.syok.my/interaktif/trending/work-from-home-ubah-gaya-hidup
3. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1860228
4. https://www.cimbniaga.co.id/id/inspirasi/perencanaan/kelebihan-dan-kekurangan-
kerja-di-rumah
5. https://chat.openai.com/c/628cc5a8-0c62-49d3-a428-72b15b8ab8b1
6. https://ohbulan.com/masih-bekerja-dari-rumah-amal-5-tips-ini-untuk-kekal-fokus-
produktif/

10

Anda mungkin juga menyukai