Anda di halaman 1dari 11

EDUP 3033: Tutorial 2

Lim Xin Er & Ng Yun Jia


Soalan
Cari klip video mengenai faktor-faktor
(kesediaan belajar / penanggapan &
persepsi) yang mempengaruhi
pembelajaran, hubung kaitkan
fahaman anda hasil tontonan video
mengenai implikasi faktor-faktor
tersebut terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran.
Pengenalan
Sebelum guru memulakan pengajaran, mereka lazimnya
bertanya kepada murid-murid sama ada mereka sudah
bersedia untuk belajar atau belum. Malah perkataan bersedia
digunakan dalam pelbagai situasi seperti bersedia untuk
bermain, bersedia untuk berbincang, bersedia untuk diperiksa
dan sebagainya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran sangat
penting bagi memastikan murid-murid memperoleh ilmu
daripada apa yang dipelajari. Ini boleh dikatakan kana-kanak
tidak dapat memahami sesuatu konsep apabila tahap
pemikirannya belum sampai ke tahap itu.
Faktor kesediaan belajar yang mempengaruhi
pembelajaran
Kemahiran asas dan pengalaman
● Pengalaman lampau atau kemahiran yang sedia ada
membantu dalam membentuk asas kepada
pengalaman baharu dan kemahiran baharu.

● Apabila permainan kereta George tidak berfungsi,


George anggap permainannya telah rosak. Namun, ibu
George memberitahu George permainan kereta bukan
rosak manakal hanya habis bateri.
Faktor kesediaan belajar yang mempengaruhi
pembelajaran

● Oleh itu, semasa kereta ayah George berhenti, George


tidak sangat cemas kerana dia sudah berpengalaman
bahawa kereta elektrik hanya kehabisan elektrik.

● Pengalaman lampau berperanan sebagai perangsang


tindakan kepada pembelajaran baharu. Buktinya,
George menjadi lebih yakin untuk melalui
pengalaman menaiki kereta elektrik bapanya.
Faktor kesediaan belajar yang mempengaruhi
pembelajaran
Sikap dan Minat
● Peppa dan George berdua bersifat positif untuk belajar
tentang kereta elektrik apabila ayah mereka membawa
kereta elektrik yang benar. Semasa ayah menerangkan
kereta elektrik Peppa dan George memberi respon kepada
ayahnya.

● George minat kereta, dengan ini dia tumpukan perhatian
apabila ayah dia sedang memberi penjelasan seperti
bercakap dengan Roger, kereta elektrik.
Implikasi kesediaan belajar terhadap
pengajaran & pembelajaran

➔ Guna set induksi yang menarik untuk menarik perhatian


dan minat murid.

➔ Membentuk suasana yang kondusif. Contohnya, semasa


berada di kereta elektrik ayah, suasana adalah sangat
seronok. Oleh itu, Peppa dan George memberi tumpuan
dan berminat tentang kereta elektrik.
Implikasi kesediaan belajar terhadap
pengajaran & pembelajaran
➔ Hubungkaitkan kemahiran asas dengan kemahiran
baharu seperti kereta permainan George yang habis bateri
boleh diganti dengan bateri baharu manakala kereta
elektrik boleh mengecas semula tanpa ganti bateri.

➔ Guna peneguhan positif atau motivasi. Apabila George


mendapati kereta permainan dia habis bateri, dia terus
menangis tetapi ibunya tidak marah dia malahan
membantu dan mengajar dia untuk menukar bateri. Ini
dapat memupuk keyakinan dan kesediaan George untuk
belajar perkara yang baharu.
Kesimpulan
Kesediaan belajar memainkan peranan
yang sangat penting dalam proses
pembelajaran. Antara faktor yang akan
mempengaruhi pembelajaran ialah
kemahiran, pengalaman, minat, dan
sikap. Oleh itu guru harus memahami
kesediaan belajar muridnya untuk
merancang dan menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai serta sepadan dengan kebolehan
muridnya.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai