Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENYELIDIKAN MARIN BORNEO Tel : (+6088-320121)

Universiti Malaysia Sabah Faks : (+6088-320261)


88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Emel : bmru@ums.edu.my

Ruj. Kami : UMS/IPMB7.1/500-5/3/4


Tarikh: 8 April 2016

Dr. Ahemad Bin Sade


Pengarah
Jabatan Perikanan Negeri Sabah
Tingkat 4, Blok B
Wisma Pertanian Sabah
Jalan Tasik Luyang
88624, Kota Kinabalu
Sabah.

Yang Berusaha Dr.

MEMOHON SOKONGAN PEGAWAI PERIKANAN UNTUK MENJAYAKAN BENGKEL


MELESTARIKAN INDUSTRI AKUAKULTUR BERSAMA KOMUNITI: PEMBENIHAN TIMUN
LAUT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak YBrs. Dr., Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), UMS bersama
WWF akan menganjurkan “Bengkel Melestarikan Industri Akuakultur Bersama Komuniti:
Pembenihan Timun Laut” pada 27 dan 28 April, 2016 bertempat di IPMB, UMS. Bagi fasa pertama
ini, seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada komuniti penternak timun laut dari Pulau
Tigabu, Kudat akan dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut

3. Untuk pengetahuan Ybrs. Dr., objektif penganjuran bengkel adalah untuk mendedahkan
para peserta kepada teknik pengeluaran benih timun laut secara aruhan. Selain daripada itu, satu
sesi forum bersama usahawan timun laut negeri Sabah juga akan diadakan untuk tujuan
perkongsian ilmu kejayaan mereka di samping perbincangan isu-isu semasa yang berkaitan
dengan industri timun laut di Sabah. Maka sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput
seorang Pegawai Perikanan sebagai salah seorang panel semasa sesi forum tersebut untuk
perkongsian maklumat berkenaan status semasa industri timun laut di negeri Sabah.

4. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Ybrs. Dr. didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

Yang ikhlas,

DR. RAFIDAH BINTI OTHMAN


Pengerusi
Penganjuran Bengkel Pembenihan Timun Laut

s.k. Pengarah IPMB


Fail

BERTEKAD CEMERLANG
www.ums.edu.my

Anda mungkin juga menyukai