Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan


masyarakat madani di Malaysia merentasi zaman Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah.
Pada zaman Umaiyah, gaya pendidikan mengarah kepada budaya Arab (sastera) seperti
syair dan sajak serta perkembangan ilmu Islam yang mula dibukukan. Hal ini dapat
membantu untuk membentuk sintesis ilmu Islam yang tepat. Pendidikan pada masa itu
ditekankan dalam konteks keagamaan dengan fokus utama adalah pengajaran al-Quran,
hadis dan ilmu agama yang lain. Kemudian, pada zaman Abbasiyah kita menyaksikan
kegemilangan ilmu pengetahuan melalui aktiviti menterjemah bahasa asing ke dalam
bahasa Arab. Inisiatif ini menyediakan akses kepada karya klasik Yunani, Rom, India dan
Parsi membentuk asas ilmiah yang meluas. Para saintis Islam pada era ini bukan sahaja
mewarisi ilmu klasik, malah turut menyumbang kepada perkembangan sains, matematik,
astronomi dan perubatan. Pada zaman Uthmaniyyah, sistem pendidikan madrasah
terbahagi kepada tiga bahagian, membentuk landskap pendidikan yang unik. Madrasah
menjadi institusi utama penyebaran ilmu, dengan kurikulum yang melibatkan ilmu agama,
bahasa Arab dan sains am. Pendidikan pada masa ini bukan sahaja tertumpu kepada
agama, tetapi juga mengembangkan ilmu praktikal untuk kegunaan harian dalam
masyarakat sivil (Ismail, A. M., & Yusuf, N. Y. N., 2012).

2.0 Pendekatan Arab-Islam Pada Zaman Umaiyah

Zaman Kerajaan Bani Umaiyah, yang berlangsung dari tahun 661 Masihi hingga 750
Masihi, mengutamakan penguasaan pendidikan budaya Arab dan Islam tulen. Penerimaan
dan penyebaran agama Islam, serta budaya dan peradaban Arab secara keseluruhan, telah
dibantu oleh Zaman Umaiyah. Kedaulatan dan penyebaran Islam adalah asas pendekatan
Umaiyah. Oleh itu, mereka sangat mementingkan pengetahuan dan pendidikan. Kehebatan
dan keagungan tamadun Islam pada masa itu tertumpu kepada pendidikan. Pendidikan
pada zaman Umaiyah tertumpu kepada unsur-unsur Arab dan nilai-nilai murni Islam dalam
ruang lingkup bahasa Arab yang pelbagai. Ilmu ini digunakan sebagai alat penting untuk
mencerap kemajuan dalam bidang Islam, seperti ulum hadis dan al-Quran (Niswah, C.,
2015).

Pendidikan khusus dan pendidikan umum adalah dua kategori pendidikan yang
berbeza dari segi sistem dan kurikulum. Anak-anak khalifah dan pembesar menerima
pendidikan yang dipanggil pendidikan khusus. Kursusnya bertujuan untuk membolehkan
pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memegang jawatan pemerintah atau
berkaitan dengan jawatan itu. Menurut Fakhrurrazi (2020), institusi pendidikannya terletak di
istana, dan khalifah mengangkat guru-gurunya dengan jaminan atau pampasan.

Pendidikan umum, sebaliknya, ialah pendidikan yang diberikan kepada orang awam.
Pendidikan umum ini adalah lanjutan daripada pendidikan yang telah diberikan sejak zaman
Rasululullah SAW. Kehidupan Islam memerlukan pendidikan umum ini. Kurikulum yang
digunakan juga serupa dengan yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Para ulamak
bertanggungjawab atas kemajuan pendidikan ini. Mereka bertanggungjawab mengajar dan
membimbing orang ramai. Selain itu, mereka tidak bekerja kerana pangkat atau harta, tetapi
kerana dorongan moral dan tanggungjawab agama. Oleh itu, pemerintah tidak memberikan
jaminan kepada mereka atau membayar mereka (Fakhrurrazi, 2020).

2.1 Kegemilangan Ilmu Pengetahuan Pada Zaman Abbasiyah

Zaman Abbasiyah yang berlangsung dari tahun 750 Masihi hingga 1258 Masihi
merupakan kerajaan ketiga selepas kerajaan Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan Bani
Umaiyah. Menurut Shalabiy (1954), zaman Abbasiyah merupakan era kegemilangan ilmu
pengetahuan yang memberi kesan mendalam kepada pembentukan tamadun Islam.
Khalifah Al-Ma'mun merupakan salah seorang khalifah Abbasiyah yang dikenali dengan
minatnya terhadap ilmu pengetahuan. Beliau telah mendirikan Baitul Hikmah atau Rumah
Kebijaksanaan yang merupakah sebuah perpustakaan dan institusi terjemahan di Baghdad.
Dalam situasi ini, para ilmuwan dari pelbagai etnik dan agama bekerjasama untuk
melakukan pelbagai penelitian serta terjemahan karya-karya besar dari Yunani, India, dan
Parsi (Puspita, 2023). Dalam beberapa dekad, Baghdad yang merupakan ibu kota
kekhalifahan Abbasiyah telah berkembang menjadi pusat saintifik terbesar di dunia. Ilmu
yang berkembang pada zaman Abbasiyah merangkumi pelbagai bidang seperti bidang
astronomi, kimia, matematik, perubatan dan geografi. Dalam bidang astronomi, seorang
saintis Parsi bernama Al-Khwarizmi telah menulis buku tentang pergerakan bintang dan
sistem suria berdasarkan penyelidikan dan pemerhatian selama bertahun-tahun. Manakala
dalam bidang perubatan pula, seorang lagi saintis Parsi bernama Ibn Sina menulis sebuah
ensiklopedia perubatan yang menjadi rujukan utama dalam dunia perubatan sejak berabad-
abad kemudian. Selain itu, saintis Islam pada zaman Abbasiyah telah banyak menyumbang
kepada penemuan ilmu baharu. Sebagai contoh, Al-Jabr ialah kaedah matematik yang
ditemui oleh Al-Khwarizmi yang merupakan perintis kepada algebra moden.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada era kegemilangan ini ialah aktiviti
penterjemahan, di mana karya ilmiah daripada bahasa asing diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab. Proses ini bukan sahaja berfungsi sebagai perantara untuk menyebarkan ilmu,
tetapi juga merangsang perkembangan pemikiran dan kecemerlangan intelek di kalangan
ulama Islam (Mahroes, S., 2015). Kepentingan aktiviti penterjemahan ini digambarkan
melalui ketelitian dan kepintaran penterjemah Abbasiyah. Mereka bukan sahaja
mentransliterasi teks, tetapi juga menjalankan tafsiran dan analisis yang mendalam
menjadikan terjemahan itu setanding dengan sumber asal. Sebagai contoh, karya
terjemahan Aristotle dan Plato membuka pintu untuk memahami konsep falsafah Yunani
klasik dalam dunia Islam. Terjemahan bukan sahaja memberi kelebihan dalam memahami
ilmu asing, malah mengeratkan hubungan budaya tempatan dan global. Di Malaysia,
pemahaman aktiviti penterjemahan pada zaman Abbasiyah dapat memberi inspirasi untuk
mengeratkan hubungan budaya tempatan dan sains global. Dengan menerapkan prinsip
penterjemahan dalam pembelajaran di Malaysia, kita boleh mencapai kelestarian dalam
pembangunan masyarakat sivil dengan menggabungkan kearifan tempatan dan
pengetahuan global (Wahyuningsih, S., 2014).

2.2 Kemahiran Praktikal Sistem Pendidikan Uthmaniyyah

Kerajaan Uthmaniyyah ialah sebuah khilafah Islam yang memerintah Anatolia, iaitu
kawasan yang kini dikenali sebagai Turki. Pendidikan kerajaan Uthmaniyyah berkembang
pesat pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi, seiring dengan era kegemilangannya (2002,
Hamidah). Dalam hal ini, sistem pendidikan Uthmaniyyah telah menunjukkan komitmennya
terhadap pendidikan yang seimbang yang merangkumi kemahiran praktikal dan ilmu
pengetahuan teori (Alias & Rozali, 2017). Pendidikan Uthmaniyyah menghasilkan pelajar
yang berilmu yang menggunakan kemahiran praktikal. Pendidikan kemahiran praktikal tidak
terhad kepada bidang tertentu dalam sistem pendidikan Uthmaniyyah. Pelajar berpeluang
mempelajari pelbagai kemahiran termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan,
perdagangan, perubatan dan banyak lagi. Ini membantu mengembangkan bakat dan minat
pelajar dalam pelbagai bidang, sekaligus membahagikan bidang ilmu kepada pelbagai
cabang.

Sistem Pendidikan di madrasah Uthmaniyyah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu


medrese khārij, medrese dākhil dan sahn (Özcan, 2015). Tujuan sistem ini adalah untuk
memastikan pendidikan mengambil kira aspek agama dan sains serta kemahiran praktikal.
Sebagai bahagian pertama sistem pendidikan Uthmaniyyah, medrese khārij memfokuskan
pada kajian ilmu agama (kemahiran agama). Al-Quran, hadis, fiqh dan bidang agama lain
diajar kepada pelajar di sini. Untuk membentuk generasi yang mempunyai prinsip agama
yang kukuh, pemahaman yang mendalam tentang ajaran Islam adalah penting. (Nurul
Syafina Rosman dan Farid Mat Zain, tahun 2021).
Hadis-hadis Nabi Muhammad SAW juga dipelajari oleh mereka. Mereka mempelajari
teknik kritik hadis, klasifikasi hadis, dan bagaimana ia berkaitan dengan pemahaman dan
penerapan ajaran Islam.

Medrese dakhil, sebagai bahagian kedua mengiktiraf kepentingan sains dan seni.
Pelajar di sini bukan sahaja terikat dengan ilmu agama, malah diberi peluang untuk
meneroka dan memahami cabang sains moden. Penekanan diberikan kepada sains,
matematik, astronomi dan seni kreatif. Penerapan medrese dakhil di Malaysia mampu
memberi impak positif dengan melahirkan individu yang berilmu dan kreatif, menyumbang
kepada inovasi dalam pembangunan masyarakat yang dinamik. Sahn, sebagai bahagian
ketiga menawarkan ruang untuk pembinaan kemahiran praktikal. Di sini, pelajar diajar
tentang kemahiran hidup seharian termasuk bidang pertanian, tukang besi, pertukangan,
dan seumpamanya (Ramli, Y. M., 2022).

Medrese dakhil, sebagai bahagian kedua mengiktiraf kepentingan sains dan seni.
Pelajar di sini bukan sahaja terikat dengan ilmu agama, malah diberi peluang untuk
meneroka dan memahami cabang sains moden. Penekanan diberikan kepada sains,
matematik, astronomi dan seni kreatif. Sahn, sebagai bahagian ketiga menawarkan ruang
untuk pembinaan kemahiran praktikal. Di sini, pelajar diajar tentang kemahiran hidup
seharian termasuk bidang pertanian, tukang besi, pertukangan, dan seumpamanya (Ramli,
Y. M., 2022). Cara bercucuk tanam adalah salah satu perkara yang diajarkan. Mereka
belajar tentang pelbagai kaedah menanam, daripada perancangan tanah hingga
pemeliharaan tanaman dan pemilihan varietas yang sesuai. Mereka mendapat pendidikan
tentang teknik terbaik untuk pengolahan tanah, penggunaan pupuk, mengendalikan penyakit
dan hama, dan panen yang berkesan.

2.3 Impak Pembangunan Masyarakat Madani di Malaysia

Malaysia boleh mengekalkan warisan budaya Islam dengan memasukkan nilai-nilai


Islam ke dalam sistem pendidikannya. Ini merangkumi nilai budaya, moral dan etika yang
diambil daripada masyarakat Islam semasa pemerintahan Umaiyah. Perkembangan bahasa
Arab di Malaysia juga dipengaruhi oleh era ini. Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa
Arab adalah penting untuk memahami sumber ilmu dan literatur yang berkaitan dengan
agama Islam. Dengan menggalakkan penggunaan bahasa Arab dalam sistem pendidikan,
kita boleh menghasilkan generasi yang mahir dan mempunyai keupayaan untuk
mempelajari lebih banyak tentang ilmu Islam. Pendekatan Arab-Islam memberi kesan besar
kepada pembangunan masyarakat madani Malaysia semasa pemerintahan Umaiyah. Ia
juga mencipta persekitaran pendidikan yang kaya dan bermakna. Pendidikan yang
menekankan unsur Arab dan nilai-nilai Islam boleh menjadi pemangkin kepada pemantapan
prinsip budaya dan agama, mewujudkan masyarakat madani yang harmoni dan progresif
(Anwar, A. M., 2015).

Pemindahan teknologi melalui aktiviti penterjemahan juga boleh menjadi pemangkin


kepada kemajuan ekonomi di Malaysia. Kebijaksanaan penterjemah Abbasiyah dalam
menyampaikan ilmu teknologi daripada tamadun lain ke dunia Islam menjadi asas kepada
pemindahan teknologi dalam konteks Malaysia moden. Inovasi dan menterjemah
pengetahuan baharu boleh digunakan sebagai asas untuk merangsang sektor ekonomi,
memajukan industri dan mencipta kelebihan daya saing. Melalui penterjemahan, Bani
Abbasiyah turut mewarisi ilmu perubatan daripada budaya Yunani klasik yang memberi
kesan positif kepada perkembangan perubatan Islam. Di Malaysia, impak ini dapat dirasai
melalui penyelidikan dan pembangunan dalam sektor perubatan, mewujudkan kemajuan
yang berkekalan dalam mengekalkan kesihatan awam. Kegemilangan sains pada zaman
Abbasiyah melalui aktiviti penterjemahan bukan sahaja memberi impak yang besar dalam
dunia Islam, malah turut memberi inspirasi dan panduan kepada pembangunan masyarakat
di Malaysia. Pemahaman mendalam tentang proses terjemahan ini boleh menjadi asas
untuk mengukuhkan hubungan budaya, meningkatkan pembelajaran, dan merangsang
kemajuan ekonomi melalui inovasi (Rahman, F., & Qamar, S., 2021).

Seterusnya, penerapan konsep sahn di Malaysia boleh memberi impak positif


dengan memastikan pelajar memperoleh kemahiran yang relevan dengan keperluan
masyarakat moden serta meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran kerja (Mior
Jamaluddin, M. K. A., 2011). Perkembangan kemahiran praktikal ini bukan sahaja
membolehkan pelajar menjadi lebih berdikari malah dapat menyokong pembangunan
ekonomi dan masyarakat. Penekanan untuk membangunkan kemahiran praktikal dalam
sistem pendidikan Uthmaniyyah memberikan perspektif baharu tentang konsep pendidikan
holistik. Di Malaysia, penerapan pendekatan ini dapat membentuk generasi yang bukan
sahaja berilmu, malah mempunyai kemahiran praktikal yang diperlukan dalam kehidupan
seharian. Pembangunan masyarakat madani di Malaysia dapat dipastikan lebih holistik dan
seimbang dengan individu yang bukan sahaja mahir dalam bidang sains, malah
berkemahiran dalam menjalani kehidupan seharian. Secara keseluruhan, kerajaan
Uthmaniyyah telah membawa kepada pendekatan holistik yang menekankan perkembangan
ilmu agama, sains dan kemahiran praktikal (Radin, M., & Yasin, M. A. M. Z., 2018).
3.0 Kesimpulan

Akhir sekali, tiga era pemerintahan Islam—Umayyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyyah


—telah memberi kesan yang besar kepada perkembangan pendidikan di dunia Islam,
terutamanya di Malaysia. Nilai-nilai Islam dan Arab telah ditekankan dalam zaman Umayyah
untuk memperkuatkan identiti budaya dan agama serta menanamkan prinsip moral dalam
pendidikan. Memandangkan sistem pendidikan Uthmaniyyah menekankan pendekatan
holistik melalui gabungan agama, sains, dan kemahiran praktikal untuk membentuk pelajar
yang berpengetahuan dan terampil, zaman Abbasiyah juga menyumbang kepada
kegemilangan sains dan penterjemahan karya ilmiah dari berbilang budaya, yang juga
memberikan dorongan besar untuk kemajuan pendidikan dalam dunia Islam. Secara
keseluruhannya, nilai dan pengaruh dari ketiga-tiga zaman ini memiliki potensi untuk bersatu
dalam membentuk masyarakat yang sivil dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang
harmoni, progresif, dan inovatif pada masa kini dan masa depan.

Rujukan

Anoum, P., Arifa, F., & May, C. (2022). Strategies to Increase the Motivation of Tahfidz
Al Quran.

Anwar, A. M. (2015). Pertumbuhan dan Perkembangan Pendidikan Islam pada Masa Bani
Ummayah. TARBIYA: Jurnal Ilmu Pendidikan Islam, 1(1), 47-76.

Daulay, H. P., Dahlan, Z., & Putri, Y. A. (2023). Peradaban dan Pemikiran Islam pada Masa
Bani Abbasiyah. In Edu Society: Jurnal Pendidikan, Ilmu Sosial dan
Pengabdian Kepada Masyarakat.

Desi Puji Lestari. (2013). Perkembangan Kebudayaan Islam Di Spanyol Pada Masa
Kekuasaan Bani Umayah II Dalam Bidang Arsitektur (756 1031 M).

Hamidah Ghazali. (2002). Sejarah Pendidikan Kerajaan Uthmāniyyah: Modenisasi, Kesan


dan Reaksi. Tesis Sarjana tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail, A. M., & Yusuf, N. Y. N. (2012). Sumbangan Pendidikan dalam Memperkasakan


Tamadun Bangsa: Perspektif Islam. Sosiohumanika, 5(1).

Mahroes, S. (2015). Kebangkitan Pendidikan Bani Abbasiyah Perspektif Sejarah Pendidikan


Islam. TARBIYA: Jurnal Ilmu Pendidikan Islam, 1(1), 77-108.
Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan
pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1).

Niswah, C. (2015). Pendidikan Islam pada Masa Khulafa Al-Rasyidin dan Bani Umayyah.
Tadrib, 1(2), 170-185.

Nurul Syafina Rosman, & Farid Mat Zain. (2021). Sistem Pendidikan Kerajaan ‘Uthmaniyyah
Pada Abad Ke-16M. International Journal of West Asian Studies, 132–146(13).

Özcan, R. (2015). Ottoman Family and Child Education (1300-1600). Procedia Social and
Behavioral Sciences. 174, 1606-1613.

Puspita, A. T. (2023). Waqf and Bayt Al-Hikmah: A Review. Islamic Economics and History.

Radin, M., & Yasin, M. A. M. Z. (2018). Perlaksanaan pendidikan abad ke-21 di Malaysia:
Satu tinjauan awal. Sains Humanika, 10(3-2).Fananie, A., & Mulyana, N. (2021).
Dinasti Umayah Dan Abbasiyah Polemik Sistem Kepemimpinan Dan
Keruntuhannya. Al-Mufassir.

Rahman, F., & Qamar, S. (2021). Pendidikan Islam pada Zaman Abbasiyah. Bacaka: Jurnal
Pendidikan Agama Islam, 1(2), 1-12. Mahroes, S. (2015). Kebangkitan Pendidikan
Bani Abbasiyah Perspektif Sejarah Pendidikan Islam. TARBIYA: Jurnal Ilmu
Pendidikan Islam, 1(1), 77-108.

Ramli, Y. M. (2022). Sorotan sejarah transformasi pendidikan Mesir: A review of the history
of educational transformation in Egypt. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of
Education, 6(2), 37-52.

Shalabiy, Ahmad. (1954). Tarikh al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Maktabah al-Nahdah al-


Misriyyah.

Wahyuningsih, S. (2014). Implementasi Sistem Pendidikan Islam Pada Masa Daulah


Abbasiyah Dan Pada Masa Sekarang. Jurnal Kependidikan, 2(2), 109-126.

Yusnadi, Y., & Fakhrurrazi, F. (2020). Pendidikan Islam Pada Masa Daulah Bani Umayyah.
AT-TA'DIB: Jurna Ilmiah Prodi Pendidikan Agama Islam, 163-173.

Fakhrurrazi, F. (2020, December 28). Proses Perkembangan Pendidikan Islam Pada


Periode Dinasti Bani Umayyah. Foramadiahi: Jurnal Kajian Pendidikan Dan
Keislaman, 12(2), 91.

Anda mungkin juga menyukai