Anda di halaman 1dari 6

Visi

Menjadi restoran cepat saji dengan pelayanan terbaik di dunia

Misi
Menjamin mutu produk produknya
Memberikan pelayanan yang memuaskan
Menawarkan kebersihan dan keamanan produk pelanggan serta
nilai nilai yang baik
Proses Perniagaan

➢ Input Faktor
Input ialah sumber-sumber yang dikenali sebagai factor pengeluaran
yang diperlukan di dalam proses pengeluaran. Melalui proses ini,
perniagaan haruslah mendapatkan bahan mentah untuk menjalankan
aktiviti pemprosesan contohnya bahan yang terdiri daripada tanah,
buruh, modal, usahawan dan yang lain-lain. Bagi syarikat KFC, bahan
mentah utama yang harus mereka ada semestinyalah ayam dan juga
rempah ratusnya. Selain itu, mereka juga memerlukan tepung dan juga
kentang dan sayur kubis untuk menyediakan hidangan sampingan
mereka.
➢ Proses Transformasi
Proses transformasi adalah merupakan proses penukaran barangan input
kepada output. Proses ini akan memberikan nilai tambah kepada
barangan yang diproses. Kerja-kerja pemprosesan ini selalunya akan
dilakukan oleh mesin dan akan diselenggara oleh pekerja mahir. Bagi
syarikat KFC, mereka akan menggunakan mesin untuk memotong dan
menyediakan bahan mentah mereka seperti mencuci dan memotong
ayam, membuang kulit kentang untuk dijadikan kentang goreng serta
kentang putar dan lain-lain lagi
➢ Output
Output ialah hasil yang diperolehi daripada proses transformasi. Output
yang telah dihasilkan kebiasaannya akan memenuhi kehendak dan juga
citarasa pengguna dan kualitinya haruslah mematuhi piawaian yang
ditetapkan. Sama seperti syarikat KFC, mereka akan berusaha untuk
memenuhi citarasa dan keinginan golongan sasaran pelanggan mereka
dan citarasa pengguna akan berubah mengikut budaya dan agama
masing-masing. Contohnya di Malaysia, KFC telah berjaya menawan
hati rakyat Malaysia dengan mengeluarkan menu yang berasaskan
makanan tempatan seperti bubur ayam, nasi yang dihidangkan bersama
ayam dan telur serta air teh tarik yang merupakan minuman penting bagi
rakyat Malaysia.
➢ Jualan
Jualan adalah satu aktiviti dimana barang output akan dikeluarkan
kepada pembeli dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan dan juga
memberikan kepuasan. Sebagai contoh, makanan keluaran KFC
selalunya akan dijual kepada mereka yang ingin mendapatkan makanan
yang memuaskan tanpa perlu mengeluarkan tenaga untuk memasak.
Restoran KFC juga sering menjadi tumpuan mereka yang berkeluarga
bagi meluangkan masa bersama-sama sambil menikmati menu KFC.
Sebagai contoh, melalui laporan penyata kewangan Johor Corporation,
KFC Malaysia yang berada dibawah naungannya telah berjaya
membawa masuk jualan sebanyak $2.11B dengan kenaikan sebanyak
7.2% dari tahun sebelumnya.
➢ Keuntungan
Keuntungan adalah merupakan sejumlah hasil daripada pendapatan
menjual barangan dan perkhidmatan setelah menolak kos pengeluaran,
pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta kos-kos yang lain.
Keuntungan adalah merupakan sumber pendapatan utama bagi sesebuah
syarikat dan keuntungan yang diperoleh boleh digunakan untuk membeli
semula bahan input untuk proses pengeluaran yang akan datang.
Mengikut laporan, mereka telah mendapat keuntungan sebanyak
RM656.61 juta pada tahun 2018 sahaja.
Carta organisasi
Latar Belakang Perniagaan

KFC (atau dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken hingga tahun 1991) adalah
sebuah rangkaian restoran makanan segera yang khusus dalam penjualan ayam
goreng. Berasaskan di Louisville, Kentucky, syarikat KFC ini adalah merupakan
restoran makanan segera yang kedua terbesar di dunia selepas McDonald’s
dengan hamper 20,000 buah kedai. Syarikat ini adalah dibawah Yum!Brands,
sebuah syarikat yang juga memiliki Pizza Hut, Taco Bell dan yang lain-lain. KFC
telah diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, seorang usahawan Amerika yang
mula menjual ayam gorengnya di Corbin, Kentucky sewaktu Amerika dilanda krisis
ekonomi terbesar yang dikenali sebagai The Great Depression. Pada tahun 1952,
Sanders telah membuka francais pertamanya di South Salt Lake, Utah. KFC telah
memperkenalkan ayam goreng di dalam industri makanan segera yang pada
waktu itu telah didominasikan oleh hamburger. Dengan ini, Sanders telah menjadi
seorang tokoh yang terkenal di dalam sejarah Amerika dan imejnya digunakan
dalam strategi pemasaran KFC sehingga ke hari ini secara besar-besaran. Namun
begitu, perkembangan syarikatnya yang terlalu pesat telah menyebabkan Sanders
menjual syarikat itu kepada sekumpulan pelabur yang diketuai oleh John Y. Brown
Jr. dan Jack C. Massey pada tahun 1964. KFC pada awalnya hanya menjual ketulan
ayam goreng yang diperap dengan resipi khas ciptaan Sanders yang mempunyai
11 jenis rempah ratus yang dirahsiakan. Ketulan- ketulan ini telah dijual didalam
sebuah kotak kadbod yang dipanggil sebagai ‘bucket’, yang telah menjadi cap
dagangan syarikat tersebut. Sejak tahun 1990, KFC telah mengembangkan
menunya dengan memperkenalkan menu lain yang berasaskan ayam seperti
sandwich fillet ayam, serta hidangan sampingan yang lain seperti kentang goreng
dan salad kubis, hidangan pencuci mulut dan minuman ringan. KFC juga dikenali
dengan beberapa slogannya iaitu “Finger Lickin Good”, “Nobody does chicken like
KFC” dan juga “So Good”

Anda mungkin juga menyukai