Anda di halaman 1dari 21

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN
KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


SEKOLAH MENENGAH

TINGKATAN 1

MAC 2016
KANDUNGAN

1
KANDUNGAN MUKA SURAT
PRAKATA 3
1.0. PENGENALAN 4

2.0. MATLAMAT RBT 5

3.0. OBJEKTIF RBT 7

4.0. STRUKTUR KURIKULUM


4.1. Struktur kurikulum RBT Tingkatan 1 8
4.2. Komponen Kurikulum RBT Tingkatan 1 8
4.3. Kandungan Dokumen Standard Kurikulum danPentaksiran
(DSKP) Tingkatan 1 9-10
4.4. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
11-12

5.0. PENTAKSIRAN RBT


5.1. Kaedah Pentaksiran 14
5.2. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) 15
5.3. Pengurusan Pentaksiran dan Dokumentasi 15
5.4. Pelaporan 15

6.0. PERSEDIAAN SEKOLAH, GURU DAN MURID 16


6.1. Persediaan Sekolah 16
6.2. Kriteria Guru RBT 17
6.3. Murid RBT 18
6.4. Pengurusan dan Bilangan Murid

7.0. PERANAN AGENSI BERKAITAN 19 - 20


7.1 Agensi Pusat KPM
7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD)
7.3 Sekolah

8.0. DOKUMEN PELAKSANAAN RBT 21

2
PRAKATA

Buku Panduan Pelaksanaan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ini disediakan bagi
membantu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan
pelaksanaan kurikulum RBT di pelbagai peringkat dalam organisasi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah sebagai panduan dan rujukan pelaksanaan
kurikulum RBT. Buku ini menjelaskan konsep, pelaksanaan dan pentaksiran RBTserta
peranan pihak agensi pusat, KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD), sekolah dan masyarakat.Buku ini juga diharap dapat membantu KPM
membuat penambahbaikan sepanjang pelaksanaan.

Maklumat di dalam dokumen ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa
sepanjang pelaksanaan RBT berdasarkan kepada keputusan mesyuarat peringkat KPM.
Pengguna dokumen ini adalah dinasihatkan sentiasa mengemaskini maklumat dari
sumber yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

3
1.0 PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

1.1 Matlamat Pendidikan Sekolah Menengah

Matlamat pendidikan sekolah menengah untuk melahirkan insan yang


seimbang, harmoni dan berakhlak mulia. Satu bentuk pendidikan yang bersifat
holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani
cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

1.2 Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan


modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1)
merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu
iaitu:

• Komunikasi
• Kerohanian, sikap dan nilai
• Kemanusiaan
• Keterampilan diri
• Perkembangan fizikal dan estetika
• Sains dan teknologi

4
Komunikasi

 Penguasaan kemahiran
berbahasa secara lisan dan
bukan lisan semasa
berinteraksi dalam Kerohanian, Sikap
Sains & Teknologi kehidupan seharian serta
melengkapkan diri ke arah & Nilai
 Penguasaan ilmu alam kerjaya  Penghayatan amalan agama,
Sains,Matematik dan Teknologi sikap dan nilai murni dalam
kehidupan
 Pengaplikasian pengetahuan
dan kemahiran sains,  Peningkatan kepatuhan kepada
matematik dan teknologi secara Tuhan secara berterusan dalam
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian
kehidupan harian berlandaskan  Pembentukan insan berakhlak
sikap dan nilai dalam sains, mulia, berintegriti dan akauntabiliti
matematik dan teknologi

INSAN
SEIMBANG
PerkembanganFizikal Kemanusiaan
&Estatika
 Pengaplikasian pengetahuan,  Pembinaan warganegara untuk
kemahiran serta amalan nilai Abad Ke-21
dalam jasmani dan kesihatan  Penguasaan ilmu dan
pengetahuan mengkonsepsi
bagi mencapai kesejahteraan
 Perkembangan kemahiran
Keterampilan Diri
diri intelektual
 Pengaplikasian daya imaginasi,  Penghayatan nilai asas
bakat, apresiasi, kreativiti dan  Pemupukan kepimpinan dan demokrasi
inovasi dalam menzahirkan idea sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum
 Pembinaan Kemahiran
menyelesaikan masalah
dan menghasilkan karya  Penghayatan nilai positif
(harga diri dan keyakinan
diri)
 Penonjolan potensi,
kemahiran yang ada pada
diri dan daya kreatif
 Membina perhubungan yang
bermakna dengan individu
dan masyarakat

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSM

5
2.0 MATLAMAT RBT

KSSM RBT bermatlamat memberi pengetahuan, kemahiran, nilai, estetika dan


teknologi dalam dunia reka bentuk. Murid dapat membentuk kemahiran berkomunikasi
serta menjana idea untuk menghasilkan produk baharu dan menjadi pereka bentuk
yang membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan keusahawanan.

2.1 Reka Bentuk Dan Teknologi Sebagai Mata Pelajaran

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan satu mata pelajaran wajib dalam
KSSM. Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami
dan dikuasai oleh murid sekolah menengah tingkatan 1, 2 dan 3. Pendedahan
awal tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian, sains
rumah tangga dan elemen merentas kurikulum seperti bahasa, kelestarian
alam sekitar, nilai murni, patriotisme, kreativiti dan inovasi, keusahawanan
teknologi maklumat dan komunikasi ditekankan dalam mata pelajaran ini.

3.0 OBJEKTIF RBT

KSSM RBT bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:

• Mempunyai kesedaran terhadap perkembangan reka bentuk


pembangunan produk sesuai dengan kehidupan.
• Memperoleh kemahiran menggunakan peralatan, bahan dan perisian
komputer yang sesuai dalam menghasilkan sesuatu produk.
• Menghasilkan produk yang direka bentuk mempunyai konsep teknologi
hijau.
• Membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
menggunakan teknologi yang bersesuaian.
• Mereka bentuk melalui pendekatan Jujukan Reka Bentuk (Design
Cycle) dan membuat projek dengan berkesan.

6
• Membangunkan produk melalui proses reka bentuk yang menggunakan
teknologi.
• Mengamalkan nilai murni yang relevan untuk mereka bentuk sesuatu
produk yang lebih ergonomik, mesra pengguna, berkualiti tinggi dengan
kos yang efisien.
• Mengamalkan sikap bekerjasama dan berintegriti.

4.0 STRUKTUR KURIKULUM

4.1 Struktur kurikulum RBT Tingkatan 1


RBT melalui KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan,
standard pembelajaran dan standard prestasi yang perlu dicapai oleh murid
sebagaimana dalam jadual di bawah sebagai rujukan standard semasa PdP.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi


Penyataan spesifik Suatu penetapan kriteria Suatu set kriteria umum
tentang perkara yang atau indikator kualiti yang menunjukkan tahap-
murid patut ketahui pembelajaran dan tahap prestasi yang perlu
dan boleh lakukan pencapaian yang boleh murid pamerkan sebagai
dalam suatu tempoh diukur bagi setiap standard tanda bahawa sesuatu
persekolahan kandungan. perkara itu telah dikuasai
merangkumi aspek murid.
pengetahuan,
kemahiran dan nilai

Jadual 1 : Standard Kandungan , Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

7
4.2 Komponen Kurikulum RBT Tingkatan

1.0 Pengenalan Kepada Reka Bentuk dan Teknologi


1.1 Dunia Reka Bentuk
1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi
1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk
2.0 Pengurusan Projek
2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk
3.0 Proses Reka Bentuk
3.1 Projek Brief
4.0 Lakaran
4.1 Lakaran Piktorial
5.0 Aplikasi Teknologi
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
5.2 Reka Bentuk Fesyen

Jadual 2: Standard Kandungan dalam RBT

4.3 Kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan


Satu

BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DANTEKNOLOGI


1.1 Dunia Reka Bentuk
1.1.1 Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi.
1.1.2 Mengenalpasti elemen reka bentuk berdasarkan
produk yang dipilih.
1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk.
1.1.4 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam
mereka bentuk objek asas.
1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk.
1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik.
1.1.7 Membina objek asas.

1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi


1.2.1 Menyenarai kepentingan rekabentuk dan teknologi.
1.2.2 Mengenalpasti peranan rekabentuk.
1.2.3 Menerangkan etika dalam rekabentuk.
1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang rekabentuk dan
teknologi.

1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk


1.3.1 Mentakrifkan invensi dan inovasi.
1.3.2 Mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi dalam
kerjaya rekabentuk.
1.3.3 Meneroka invensi dan inovasi dalam rekabentuk
terkini.

8
BAB 2 PENGURUSAN PROJEK
2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk
2.1.1 Mentakrifkan pengurusan projek rekabentuk.
2.1.2 Menjana idea rekabentuk.
2.1.3 Mengenalpasti langkah pengurusan
pelaksanaan projek.
2.1.4 Merangka perancangan projek.
2.1.5 Menganalisis perancangan projek dan jadual kerja.
2.1.6 Menyediakan anggaran kos.
2.1.7 Merancang pembentukan kumpulan kerja berdasarkan
tugas dan peranan.
BAB 3 PROSES REKA BENTUK

3.1 Projek Brief


3.1.1 Mentakrifkan maksud projek brief.
3.1.2 Mengenalpasti ciri dalam projek brief.
3.1.3 Merancang projek brief untuk penghasilan produk yang
kreatif.
3.1.4 Menyaring maklumat dalam projek brief.
3.1.5 Mengaplikasikan projek brief dalam bentuk jadual dan
lakaran.
3.1.6 Membina mock-up atau model berdasarkan projek brief.
3.1.7 Menilai hasil mock-up atau model.
BAB 4 LAKARAN
4.1 Lakaran Piktorial
4.1.1 Menyenaraikan peranan lakaran dalam rekabentuk.
4.1.2 Mengenalpasti teknik lakaran piktorial
4.1.3 Menghasilkan lakaran asas produk dalam bentuk 3D
berdasarkan 2D.
4.1.4 Memilih lakaran produk terbaik berdasarkan elemen
rekabentuk.
4.1.5 Menilai maklumat yang ada pada lakaran yang dipilih.
4.1.6 Mencadangkan penambahbaikan keatas lakaran yang
dipilih.
BAB 5 APLIKASI TEKNOLOGI
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi.
5.1.2 Mengenalpasti komponen utama fertigasi dalam
penyediaan rekabentuk.
5.1.3 Menghasilkan lakaran rekabentuk baharu sistem
fertigasi.
5.1.4 Menganalisis elemen rekabentuk dalam system fertigasi.
5.1.5 Menilai lakaran rekabentuk baharu sistem fertigasi.
5.1.6 Membina mock-up atau model struktur rekabentuk
baharu sistem fertigasi.

5.2 Reka Bentuk Fesyen


5.2.1 Mentakrifkan reka bentuk fesyen

9
5.2.2 Menyenaraikan jenis reka bentuk fesyen.
5.2.3 Mengenalpasti teknik cantuman dan penggunaan alatan
dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen.
5.2.4 Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen.
5.2.5 Menganalisis elemen dalam reka bentuk fesyen.
5.2.6 Membincangkan jenis bahan dalam reka bentuk fesyen
berdasarkan lakaran.
5.2.7 Menghasilkan reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran
yang dipilih.
Jadual 2 : Kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Tingkatan 1

4.4 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


Strategi pengajaran dan pembelajaran RBT akan menjadi lebih berkesan
dengan menggunakan strategi berikut:

PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN KENDIRI
MELALUI
PENEROKAAN
PEMBELAJARAN
KOLABORATIF

PEMBELAJARAN KAEDAH
KONSTRUKTIVISME PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
BERASASKAN
(PDP)
PROJEK

PEMBELAJARAN
MASTERI PEMBELAJARAN
BERASASKAN
PENYELESAIAN
INKUIRI
MASALAH

Rajah 4 :Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

10
KAEDAH CATATAN

1) Pembelajaran Merupakan pengajaran yang menggabungkan kandungan


Kontekstual mata pelajaran dengan pengalaman individu, masyarakat
dan alam kehidupan seharian.
• R – Relating (menghubung kait)
• E – Experiencing (Mengalami)
• A - Applying (Mengaplikasi)
• C - Cooperating (Bekerjasama)
• T – Transfering (Memindahkan)
2) Pembelajaran Merupakan satu proses pembelajaran kitaran bermula
Inkuiri dengan bertanya soalan dan keputusan dalam meminta
lebih banyak soalan. Murid dapat menukar data dan
maklumat daripada soalan kepada pengetahuan yang
berguna
3) Pembelajaran Merupakan satu pendekatan aktiviti pembelajaran dalam
Berasaskan bilik darjah yang berbeza di mana pelajar diberikan projek
Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang
teratur dibuat oleh murid.
4) Pembelajaran Menggalakkan murid mencari maklumat di luar daripada apa
Penemuan yang diketahui oleh diri mereka sendiri, melihat ke dalam
masalah dan bertanyakan pelbagai soalan dan akan
membuat kesimpulan sendiri.
5) Penyelesaian Pembelajaran berasaskan masalah sebenar digalakkan dan
Masalah dibimbing menyelesaikan dengan keupayaan mereka sendiri
6) Pembelajaran Strategi PdP yang berfokus kepada penguasaan murid
Masteri dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
7) Pembelajaran Murid dapat membina sendiri pengetahuan atau konsep
Konstruktivisme baharu secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran,
nilai dan pengalaman yang telah diperoleh dalam
pengajaran dan pembelajaran.
8) Pembelajaran Murid belajar melalui penerokaan berdasarkan pengalaman
Penerokaan yang sedia ada
Jadual 3 : Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

11
5.0 PENTAKSIRAN RBT

Jadual menunjukkan Format Pentaksiran Komponen Jati Diri & Teknologi Vokasional

BIL. PERKARA PENILAIAN CATATAN

1. Kaedah Pentaksiran Sekolah Dinilai di peringkat sekolah.


Pentaksiran
2. Jenis Pentaksiran Bertulis • Ujian 1 – Ujian bertulis (100%)
Instrumen • Soalan struktur dan • Peperiksaan Pertengahan
objektif aneka pilihan Tahun (100%)
• Peperiksaan Akhir Tahun
- 40% Pentaksiran Bertulis
- 60% Kerja Amali

KerjaAmali
• Senarai Semak • Penilaian untuk tahun semasa.
• Lembaran Kerja
• Port Folio
• Hasil Projek
3. Konstruk Yang • Pengetahuan dan • Pembelajaran secara teori.
Ditaksir Kefahaman
• Melaksanakan kerja amali
• Kemahiran prosedur yang betul dan
menghasilkan projek penyediaan dokumentasi.
4. Tempoh Ujian • Ujian bertulis • Peperiksaan
• Kerja amali (sepanjang • Berdasarkan tugasan
tahun) • Ujian 1 – Ujian bertulis (1 jam)
• Peperiksaan Pertengahan
Tahun (2 jam)
• Peperiksaan Akhir Tahun (2
jam)
5. Cakupan Mencakupi bidang
Konteks pembelajaran tingkatan 1
6. Pelaporan Pemberian tahap dan Pemberian tahap dan secara
secara deskriptif untuk deskriptif untuk memberikan
memberikan maklumat maklumat tentang prestasi murid
tentang prestasi murid
7. Sistem Sistem aplikasi untuk pelaporan deskriptif
Sokongan
Yang
Diperlukan

Jadual 5 : Format Pentaksiran RBT

12
5.1 Kaedah Pentaksiran
Pelaksanaan RBT bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan dan
berkemahiran asas dalam melaksanakan kandungan RBT.

5.1.1 Kaedah Pentaksiran RBT terdiri daripada:

i) Pentaksiran Pusat
ii) Pentaksiran Sekolah (PS)
PS guru merancang, membina, memeriksa, menilai, merekod dan
melapor dengan merujuk DSKP.

PENTAKSIRAN SEKOLAH
Masa Sepanjang tahun
Pengetahuan
Konstruk Kemahiran
Nilai
Contoh :
Secara lisan
Kuiz
Jenis Pentaksiran Folio/Skrap
Kerja amali
Pemerhatian
Ujian bertulis
Jadual 6 : Kaedah Pentaksiran

5.1.2 Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

i) Keobjektifan - ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa


skrip jawapan.
ii) Kebolehtadbiran - kelincinan dan kerja-kerja susulan
yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan
sekolah.
iii) Kemudahtafsiran - maklumat tentang calon berdasarkan
skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan
sesuatu ujian dan pentaksiran.
iv) Kekomprehensifan - mengandungi soalan-soalan yang
mewakili semua objektif yang penting.

13
5.2 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Pentaksiran RBT dilaksanakan mengikut keperluan dan kaedah DSKP yang


dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian
Pendidikan Malaysia. DSKP mengandungi standard prestasi yang perlu
dikuasai murid mengikut tahap penguasaan yang telah disediakan untuk
memudahkan guru melaksanakannya.

5.3 Pengurusan Pentaksiran dan Dokumentasi

5.3.1 Fail Pengurusan Pentaksiran


• Fail Pengurusan Pentaksiran mengandungi nama murid dan
senarai semak mengikut topik.
• Guru RBT mengemaskini, menyemak, dan menyimpan Fail
Pengurusan Pentaksiran di tempat yang mudah diakses.
• Kandungan fail ini adalah untuk kegunaan tahun semasa
sahaja.

5.3.2 Laporan Kerja Amali Murid


• Laporan kerja amali ini merupakan bukti kepada pelaksanaan
projek oleh murid.
• Mengandungi langkah kerja penghasilan projek beserta gambar
dan lengkap.
• Perlu dihantar kepada guru mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.
• Guru mentaksir gerak kerja dalam laporan amali murid.
• Guru memulangkan semula laporan amali kepada murid selepas
pentaksiran dilakukan.

5.4 Pelaporan

Pelaporan deskriptif bagi RBT melaporkan pencapaian murid di akhir penggal


berdasarkan kepada tahap penguasaan. Guru-guru RBT perlu mempunyai
panduan pelaksanaan pentaksiran merujuk kepada DSKP.

14
6.0 PERSEDIAAN SEKOLAH, GURU DAN MURID

6.1 Persediaan Sekolah

Kemudahan
Peralatan yang Pentaksiran yang
prasarana yang
lengkap adil dan saksama
sesuai

6.2 Kriteria Guru RBT

Kelayakan ikhtisas
dalam bidang yang
berkaitan dan
memiliki opsyen
pilihan kemahiran
vokasional

Komited dan
Norma guru KRITERIA kreatif memilih
kaedah PdP yang
mengikut
ketetapan KPM GURU menarik minat
pelajar

Berintegriti

15
6.3 Murid RBT

Peluang kepada pelajar melaksanakan


aktiviti

Penglibatan murid untuk penentuan tahap


pencapaian

Pencapaian murid direkodkan secara


sistematik

Rajah : Peranan murid RBT

6.4 Pengurusan Dan Bilangan Murid


PEMBAHAGIAN MASA/ WAKTU BILANGAN CATATAN
WAKTU MINGGU MURID
35 MINGGU 2 JAM 1 KALI Minimum 15 - RBT melibatkan pembelajaran
@ Maksimum 25 berasaskan kerja amali
2 kali berpusatkan murid.
- Bilangan murid yang sedikit
memberi suasana kondusif untuk
aktiviti amali.
- Bilangan murid yang sedikit
memudahkan guru untuk
mengawal dan memantau gerak
kerja murid (aspek keselamatan).
- Guru dapat memberi perhatian
dan tumpuan yang lebih semasa
kerja amali.
- Murid dapat menghasilkan kerja
amali yang bermutu.

Jadual 7 : Pengurusan Dan Bilangan Murid

16
7.0 PERANAN BAHAGIAN KPM/JPN/PPD/SEKOLAH
Berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam
melaksanakan program berkenaan:

7.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)


a. Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk
menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan.
b. Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran kepada semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan
kurikulum vokasional dan akademik RBT.
c. Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP).
d. Melatih Jurulatih Utama Kurikulum(JUK)RBT bagi melaksanakan kursus
orientasi kurikulum serta modul PdP kepada pentadbir dan guru RBT.
e. Memantau, menilai dan menyediakan laporan kurikulum merangkumi
tujuan/objektif, latar belakang, dapatan, kesimpulan, cadangan dan
tindakan.
f. Memohon peruntukan kewangan untuk prasarana dan peralatan
bengkel/makmal di sekolah mengikut keperluan kurikulum.
g. Memurnikan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran mengikut
keputusan atau arahan pihak pengurusan KPM.
h. Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
RBT.
i. Memohonkadar peruntukan PCG (Peruntukan Geran Perkapita) bagi
mata pelajaran RBT
j. Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan
RBT.
k. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan kurikulum bersama
Jabatan Pendidikan Negeri sekurang-kurangnya 2 kali setahun

17
7.2 Lembaga Peperiksaan (LP)
a. Melatih Jurulatih Utama Kurikulum( JUK) RBT bagi perlaksanaan perkara
yang berkaitan dengan orientasi kurikulum serta modul PdP “ Project
Based Learning” kepada pentadbir dan guru RBT.
b. Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan pentaksiran untuk
kegunaan guru dan murid RBT.
c. Menjalankan sesi kursus/bengkel/mesyuarat untuk memaklumkan
pengurusan pentaksiran RBT kepada pentadbir dan guru.
d. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pentaksiran bersama Jabatan
Pendidikan Negeri sekurang-kurangnya 2 kali setahun

7.3 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)


a. Mengkaji dasar pelaksanaan RBT dari semasa ke semasa.
b. Melapor dan mencadangkan penambaikkan dasar pelaksanaan RBT
kepada bahagian lain dalam KPM.

7.4 Bahagian Sumber Manusia (BSM)


a. Meluluskan norma perjawatan guru RBT
b. Meluluskan norma perjawatan Pembantu Am (RBT)

7.5 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)


a. Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan RBT mengikut
norma perjawatan guru bidang Teknik dan Vokasional.
b. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) perjawatan guru
RBT

18
7.6 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
a. Mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan
perancangan, pengurusan dan keperluan latihan guru-guru RBT
sekurang-kurangnya 2 kali setahun
b. Membekalkan guru, melaksanakan kursus orientasi kurikulum dan latihan
kepada guru yang mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional
bagi kelas RBT
c. Melatih guru RBT untuk peningkatan kemahiran yang bersesuaian
d. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru RBT

7.7 Bahagian Pengurusan dan Perolehan Aset


a. Menguruskan pembekalan prasarana dan pembekalan aset/ peralatan
mengikut keperluan pelaksanaan kurikulum RBT.

7.8 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
a. Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang
menguruskan enrolmen guru dan pelajar RBT
b. Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Akademik yang
merancang, menyelaras dan menyelia pelaksanaan dan pengurusan
RBT.
c. Menyebarluaskan surat siaran berkaitan pelaksanaan RBT kepada
sekolah dan pihak yang berkaitan
d. Menilai dan memantau pelaksanaan RBT menggunakan instrumen yang
disediakan.
e. Pegawai Meja RBT di PPD melaksanakan pemantauan, menyediakan
laporan, dapatan penilaian serta mengambil tindakan susulan dengan
kadar sesuai.
f. Memberi maklumbalas pelaksanaan RBT kepada semua bahagian KPM
yang terlibat dengan RBT.

19
7.9 Pengetua
a. Memastikan RBT dilaksanakan di sekolah berdasarkan pekeliling dan
surat siaran yang sedang berkuatkuasa.
b. Memastikan peruntukan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.
c. Menghebahkan RBT melalui taklimat kepada ibu bapa/penjaga, murid
dan masyarakat.
d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
berfungsi.
e. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid, pelaksanaan
modul dan pentaksiran RBT.
f. Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan RBT
g. Menentukan tugas Pembantu Am (RBT) membantu di bengkel/
makmal/ladang bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan
pengajaran.
h. Memasukkan 4 waktu Pengurusan Bengkel di dalam jadual waktu guru
RBT sekiranya tiada peruntukan Pembantu Am (RBT)
i. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta
mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.
j. Memberi maklumbalas pelaksanaan RBT kepada PPD/JPN/KPM.

7.10 Guru
a. Menerima dokumen standard kurikulum dan modul berkaitan RBT.
b. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kandungan
DSKP.
c. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dan format dokumen
pentaksiran.
d. Mendokumentasikan PdP serta pentaksiran RBT dan menyimpan di
tempat yang selamat.
e. Menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana
bahagian KPM/JPN/PPD/Panitia dari semasa ke semasa.
f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan
RBT.
g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul RBT
h. Memastikan peralatan berfungsi serta boleh digunakan untuk PdP.

20
8.0 DOKUMEN PELAKSANAAN RBT
a. DSKP mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian boleh diperoleh dari BPK, KPM.
b. Modul pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard
Kandungan boleh diperoleh dari BPK, KPM.
c. Modul berkaitan pentaksiran iaitu DSP boleh diperoleh dari LP, KPM.
d. Panduan Pelaksanaan RBT boleh diperoleh dari BPK, KPM.
e. Instrumen pemantauan RBT untuk mengenalpasti keperluan penambahbaikan
pelaksanaan RBT boleh diperoleh dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK), KPM.
f. Buku Teks RBT boleh diperoleh daripada Bahagian Buku Teks.

21

Anda mungkin juga menyukai