Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, media bermaksud alat atau pengantara dalam
komunikasi ataupun perhubungan. Manakala sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan
kemasyarakatan (Teuku Iskandar, 2007). Oleh itu, media sosial secara mudahnya membawa erti
instrumen sosial dalam berkomunikasi

Jejaring sosial adalah kaedah yang sering digunakan oleh masyarakat di dunia. Media biasa seperti surat
khabar atau televisyen memberi limitasi kepada para pengguna kerana para pengguna sukar untuk
memberi pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang disiarkan. Dengan adanya
media sosial, para pengguna dengan mudah dapat melemparkan pendapat masing-masing dan dapat
berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan.

Satu kajian terhadap golongan belia di Malaysia menunjukkan bahawa golongan belia menghabiskan
masa mereka selama kira-kira 32.6 jam setiap hari melakukan aktiviti yang berkaitan media. Teknologi
membolehkan kita untuk membuat pelbagai tugasan pada satu masa yang sama. Ketika kita sedang
bercakap di telefon, kita juga sedang menonton televisyen, membalas pesanan ringkas atau mendengar
muzik pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa daripada 32.6 jam
tersebut, 26.8 jam telah digunakan untuk melakukan aktiviti berbentuk sedentari atau aktiviti secara
bersendirian, tanpa adanya interaksi dengan orang lain.

Satu kajian terhadap golongan belia di Malaysia menunjukkan bahawa golongan belia menghabiskan
masa mereka selama kira-kira 32.6 jam setiap hari melakukan aktiviti yang berkaitan media. Teknologi
membolehkan kita untuk membuat pelbagai tugasan pada satu masa yang sama. Ketika kita sedang
bercakap di telefon, kita juga sedang menonton televisyen, membalas pesanan ringkas atau mendengar
muzik pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa daripada 32.6 jam
tersebut, 26.8 jam telah digunakan untuk melakukan aktiviti berbentuk sedentari atau aktiviti secara
bersendirian, tanpa adanya interaksi dengan orang lain (Paul Selva Raj,
http://www.malaysiakini.com/letters/196023, 30 Jan) Secara purata rakyat Malaysia melayari Internet
selama lebih kurang 20 jam setiap minggu. Lebih daripada separuh, iaitu 53 peratus pengguna digital di
Malaysia melayari Internet setiap hari, manakala 35 peratus melayari Internet beberapa kali dalam
seminggu. Telefon pintar dan komputer berbentuk tablet semakin diminati di Malaysia. Dalam satu
kajian terhadap isi rumah pengguna digital, pemilikan telefon pintar dijangkakan menghampiri dua kali
ganda dalam tempoh 12 bulan akan datang, iaitu mencapai 89 peratus (meningkat daripada 48 peratus
pada masa ini), kepada semua pengguna digital yang berumur 15 tahun dan ke atas. Manakala
pengguna tablet pula meningkat sebanyak 75 peratus (18 peratus pada masa ini). Ini bermakna rakyat
Malaysia akan menghabiskan lebih banyak masa mereka dengan Internet

Penggunaan media sosial dalam proses pembelajaran pelajar dapat meningkatkan interaksi antara siswa
dan guru, memungkinkan kolaborasi antar siswa, serta memberikan akses mudah ke sumber daya
pendidikan tambahan. Selain itu, media sosial juga dapat memperluas ruang belajar di luar kelas dan
memfasilitasi diskusi yang lebih terbuka dan dinamis tentang materi pelajaran. Kajian yang dilaksanakan
ialah berkaitan mengkaji manfaat penggunaan media sosial dalam proses pembelajaran pelajar
tingkatan 5 di smk bandar kuala krai,kuala krai,kelantan.Pada masa kini fenomena ini menjadi semakin
ketara kerana penggunaan media sosial semakin menyeluruh kerana manfaat-manfaat yang terdapat
dalam media sosial dalam proses pembelajaran.Antara aplikasi yang digunakan oleh pelajar tingkatan 5
ibnu Khaldun di smk kuala krai dalam proses pembelajaran ialah telegram,whatsapp,google dan
sebagainya

Anda mungkin juga menyukai