Anda di halaman 1dari 28

1

BAB 9
MOTIVASI DAN EMOSI

PENGENALAN

Motivasi dan emosi adalah dua konsep popular yang sering


dibicarakan baik dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi dalam bidang
psikologi. Hubungan kedua-dua konsep ini boleh dikatakan bersifat negatif
atau positif. Sekiranya kita berasa gembira, motivasi kita juga berkemungkinan
besar akan meningkat. Hubungan sebegini bersifat positif. Begitu juga sebaliknya,
jika kesedihan melanda, semangat kita akan merosot, maka motivasi kita akan
menurun. Hubungan ini adalah bersalingan dan dengan itu bersifat negatif
kerana apabila kesedihan meningkat tahap keamatan motivasi pula akan
mengalami kemerosotan. Kegembiraan atau rasa bahagia adalah
sejenis emosi yang biasanya akan diperlihatkan seseorang apabila
mereka memperoleh s e s u a t u kejayaan. Perasaan
t e r s e b u t d i k a t a k a n sebagai sebahagian daripada ramuan
kesejahteraan hidup. Biasanya untuk mencapai kejayaan itu
motivasi diperlukan. J u s t e r u , motivasi diperlukan untuk
mencapai emosi ( kegembiraan) secara langsung atau tidak langsung.
Perkaitan antara motivasi dan emosi ini menunjukkan bahawa
proses ini saling lengkap-melengkapi dalam diri seseorang
individu dalam usaha mencapai kebahagiaan. (Mereka yang
berminat untuk membaca perkaitan ini boleh merujuk
https://www.theemotionmachine.com/the-complex-relationship-
between-happiness-and-motivation/) .

MOTIVASI

Jika berkesempatan menonton filem Anak ku Sazali, cuba anda


perhatikan watak Hassan yang sangat kental cita-citanya untuk
memiliki dan seterusnya menggesek biola. Sejak di kampung lagi dia
sudah mempunyai dorongan yang cukup tinggi untuk menjadi
penggesek biola. Walaupun dipukul dan dihalau daripada rumah
yang ditumpanginya sebagai pekerja atau ‘pecacai’, dia tetap berazam
mengumpul duit untuk membeli sebuah biola. Dia berjaya
kemudiannya untuk membeli sebuah biola dengan semua duit
simpanan yang diperoleh daripada kerjanya sebagai pengayuh
sampan tambang. Daripada masa itu bekerja keras untuk berlatih
menggesek biola dengan bimbingan guru musik di sebuah kampung
sehingga larut malam. Ini adalah salah satu contoh motivasi yang
cuba dilahirkan melalui filem Melayu keluaran MFP (Gambarajah
9.1).
2

(https:// (https://trakt.tv/movies/
layarintelek.wordpress.com/ anakku-sazali-1956)
2014/04/)
Gambarajah 9.1 : Keterujaan yang amat kerana
memiliki sebuah biola idaman dan sanggup
menyengkang mata berlatih menggeseknya
sehingga ke larut malam

Begitu juga filem-filem Bollywood yang mengenengahkan tahap


motivasi yang cukup tinggi seperti ‘My Name is Khan’ lakonan raja
Bollywood, Shah Rukh Khan yang berjaya merangkul ‘Filmfare award’
kerana pengahayatan watak orang istemewa (sindrom asperger)
yang cekal dengan motivasi yang istemewa tinggi. Di media massa
pun, kita dihidangkan dengan ceramah mereka yang menggelar diri
atau digelar sebagai pakar motivasi. Sekalipun kita kadang-kadang
meragui apakah mereka ini betul-betul pakar atau sebaliknya, namun
apa-apa yang disebutkan dan/atau sampaikan itu berkemungkinan
besar merupakan ramuan yang terkandung dalam motivasi. Banyak
kajian dan teori memperincikan elemen yang mendasari motivasi ini
yang dikatakan bertanggung jawab membangkitkan atau
mendorongkan seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti
dengan tekun.

Mengikut Fatimah Wati Halim, Rozaini Khairudin dan Roseliza Murni


Ab Rahman (2003), pertanyaan umum yang berkait rapat dengan
motivasi ialah, “ Apakah yang menyebabkan individu atau organisma
bertingkah laku?”. Antara jawapan yang mereka petik ialah
pandangan Sternberg (1997). Mengikut definisi beliau, elemen yang
dikaitkan dengan motivasi adalah dorongan, bisikan hati, keinginan
atau hasrat yang meluap-luap sama seperti yang ditunjukkan oleh
watak Hassan tadi. Manakala Morris dan Maisto (1999) (dlm
Fatimah Wati Halim dan rakan-rakan, 2003) berpandangan bahawa
tingkah laku itu mengikut arahan dalam diri seseorang individu yang
memaksa mereka bertindak untuk memenuhi keperluan dan
kemahuan yang dihajati. Justeru, motivasi itu sangat berkait dengan
keperluan, desakan dan tindakan yang bermatlamat.

Mereka menyimpulkan motivasi itu merupakan desakan dalaman


yang boleh memaksa individu bertindak bagi mencapai sesuatu
matlamat yang dirancangkan (Fatimah Wati Halim, et al., 2003).
Mengikut mereka lagi, Reeve (2001) mengenalpasti dua persoalan
utama dalam kajian mengenai motivasi. Beliau menyimpulkan
3

bahawa kajian motivasi mengutamakan apa-apa yang menyebabkan


sesuatu organisma itu melakukan sesuatu tingkah laku dan apa-apa
yang boleh meningkatkan keamatannya (Fatimah Wati Halim, et al.,
2003). Mereka menyimpulkan dalam motivasi itu terdapt tiga
elemen utama iaitu tenaga, halatuju dan matlamat (Fatimah Wati
Halim, et al., 2003). Apa-apa yang menentukan tahap keamatan
motivasi dikatakan lebih berkait dengan motif dalaman dan motif
luaran. Struktur sumber motivasi ini diringkaskan dalam Rajah
9.1( diadaptasikan daripada Reeve (2009).

Rajah 9.1 Heirarki Sumber Motivasi

Dalam Rajah 9.1 motif dalaman itu boleh merupakan keperluan


fisiologi dan psikologi. Makanan dan minuman boleh memenuhi
keperluan fisiologi. Kehidupan biasanya kita memerlukan makanan
yang sesuai bagi mendapatkan tenaga untuk melakukan sesuatu
aktiviti. Tenaga ini merujuk kepada satu proses yang bermula
daripada pengambilan makanan yang bersesuaian oleh badan yang
akan memprosesnya melalui pengahazaman dan pencernaan.
Hasilnya merupakan bahan yang boleh dimetabolismakan oleh
organela seperti mitokondria menjadi tenaga (ATP) melalui proses
pembakaran (Gambarajah 9.2). Sementara keperluan psikologi boleh
merupakan kompetensi diri, hubungan sosial, keazaman diri,
mempunyai kuasa dan apa-apa sahaja faktor yang membolehkan
seseorang mencapai kesejahteraan emosi dan kognitif.
4

(https://www.shutterstock.com/image-vector/metabolism-
vector-illustration-labeled-chemical-energy-1705246882)
Gambarajah 9.2 :Proses metabolism yang
menghasilkan tenaga

Biasanya apabila kita membicarakan aspek kognitif kita merujuk


kepada sesuatu yang agak subjektif berbanding keperluan fisiologi.
Perkara yang subjektif dalam aspek kognitif adalah seperti minat,
atribusi, kecekapan diri, kepercayaan, harapan, pemikiran, nilai,
membuat keputusan, merancang dan sebaginya yang menggunakan
otak atau minda. Minat adalah satu proses motivasi yang cukup kuat
untuk melakukan sesuatu aktiviti. Seseorang yang berminat dalam
sukan bola sepak contohnya, sanggup bangun di ‘pagi buta’ untuk
menonton Piala Eropah. Begitu juga pemain golf seperti Tiger Woods
sanggup menghabiskan 12 jam sehari untuk melakukan aktiviti
seperti berjoging, memukul bola di kawasan/lapangan draif,
memukul bola di lapangan/padang golf dan sebagainya untuk
meningkatkan kecekapan. Tindakan ini memerlukan minat yang
tinggi dan prosedur kognitif yang dirancangkan dengan baik dan
penuh disiplin. Kesemua ini termasuk dalam lingkungan kognitif.

Emosi dikatakan boleh menjadi faktor pendorong kuat untuk


melakukan sesuatu tingkah laku. Secara umumnya, emosi negatif
boleh mengurangkan motivasi seseorang. Kebosanan atau kedukaan
boleh mngurangkan keamatan dorongan untuk seseorang melakukan
sesuatu aktiviti. Namun emosi seperti takut atau kegerunan boleh
pula meningkatkan tingkah laku melawan atau melarikan diri.
Malahan terdapat penyataan bahawa emosi adalah elemen yang
paling kuat yang boleh meningkatkan keamatan motivasi iaitu
perasaan seperti ketakutan atau kegerunan
(https://www.google.com/search?
q=emotional+factors+in+motivation&rlz=1C1CHZL_enMY842MY856
&oq=emotional+factors+in+motivation&aqs=chrome..69i57.20996j0j
15&sourceid=chrome&ie=UTF-8). Perasaan ini mungkin berkait
dengan aktiviti amigdala yang merangsangan respons emosi seperti
itu untuk menyiapkan badan kita bagi menangani kepayahan supaya
5

kita kekal sejahtera. Walau bagaimanapun kebanyakan emosi yang


positif biasanya boleh meningkatkan tahap aktiviti seseorang
individu. Apabila seseorang itu bergembira, semangat atau
dorongannya untuk melakukan sesuatu aktiviti juga akan turut
meningkat tinggi.

Motif luaran atau apa-apa rangsangan di luar diri individu juga boleh
berperanan untuk meningkatkan motivasi. Perkara tersebut boleh
merupakan insentif yang boleh memancing tingkah laku individu.
Antara faktor luaran tersebut adalah hadiah, pujian, gelaran,
pengiktirafan dan senagainya yang boleh mengekalkan dan
meningkatkan motivasi dan usaha. Walaupun minat yang tinggi itu
boleh meningkatkan komitmen seseorang ahli sukan namun,
pengiktirafan dan ganjaran juga boleh meningkat motivasi untuk
melipat gandakan usaha. Demi mengharumi sesebuah Negara
seseorang atlet sanggup mengenepikan kesukaran dan kekurangan
tempat latihan untuk berusaha keras bagi mencapai pengiktirafan
negaranya untuk merebut juara olimpik seperti yang dilakukan
Hidilyn Diaz. Beliau sanggup berlatih di luar jimnasium dengan
pelbagai kekangan akibat pandemik Covid 19 di Melaka. Motivasi
yang tinggi menyebabkan beliau berlatih bersungguh-sungguh di
kediamannya yang banyak kekurangan demi mencapai pengiktirafan
olimpik 2020 Jepun. (https://www.bharian.com.my/sukan/lain-
lain/2021/07/843658/olimpik-filipina-akhirnya-menang-emas-
pertama)

(https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/843658/olimpi
k-filipina-akhirnya-menang-emas-pertama)
Gambarajah 9.3: Hidilyn Diaz Juara angkat berat
berat 55kg Olimpik di Tokyo Jepun,

Bagi memperjelaskan lebih lanjut konsep motivasi ini perbincangan


seterusnya adalah berkenaan teori motivasi yang pernah
diketengahkan oleh beberapa pakar psikologi terkemuka.
6

TEORI MOTIVASI

Usaha menjelaskan motivasi ini dikatakan bermula seawal kegemilangan


Greek. Plato dan Aristotle adalah ahli falsafah Greek yang banyak
berbicara mengenai motivasi (Fatimah Wati Halim, et al., 2003).
Mengikut Aristotle (tt) (Fatimah Wati Halim, et al., 2003), motivasi itu
boleh berpunca daripada tiga faktor, pemakanan, kesensitifan dan
rasional. Makhluk bertindak apabila badan mereka memerlukan
sumber makanan (pemakanan). Mereka juga bertingkah laku kerana
memburu keseronokan (kesensitifan) dan menggunakan idea dan daya
inteleks untuk bertindak (rasional).

Pendekatan terkini menerima tiga teori utama untuk menjelaskan


motivasi (Huffman, 2007). Tiga kelompok ini dibahagikan pula kepada
enam teori utama iaitu naluri, pengurangan desakan dan bangkitan
(kelompok biologi), insentif dan kognitif ( kelompok psikososial),
heirarki keperluan Maslow (kelompok biopsikososial) (Jadual 9.1).

Jadual 9.1 : Teori utama motivasi

Teori Biologi Motivasi ini berpunca daripada keperluan


(Naluri, asas biologi atau fisiologi manusia atau
Pengurangan haiwan. Kekurangan bahan tenaga akan
Dorongan dan menggerakkan manusia atau haiwan
Bangkitan) untuk mekakukan sesuat bagi memenuhi
kekurangan tersebut. Organisma juga
boleh bertingkah laku kerana ingin
mencapai dan mengekalkan aras
bangkitan yang optimum
Teori Psikososial Motivasi boleh muncul daripada apa-apa
(Insentif dan yang dapat menarik organisma untuk
Kognitif) bertingkah laku. Tingkah laku itu juga
boleh dibangkitkan oleh apa-apa yang
diinterpretasikan oleh minda.
Biopsikososial Apa-apa keperluan utama perlu
(heirarki dipuaskan terlebih dahulu sebelum
keperluan ) manusia itu berminat untuk memenuhi
keperluan terletak pada tahap yang lebih
tinggi.
Diadaptasi daripada Huffman(2007)

Teori Biologi

Pendekatan biologi menekankan kepada keperluan asas sama ada


ianya dipelajari ataupun tidak. M c D o u g a l l ( 1 9 0 8 ) ( dlm.
Huffman, 2007) menyatakan bahawa manusia itu mempunyai
beberapa tingkah laku yang wujud tanpa dipelajari atau lahir
bersama dengan kewujudan mereka (Naluri). Pendekatan ini walau
7

bagaimanapun diketepikan apabila pengkaji mendapati senarai naluri


itu terlalu panjang. Huffman (2007) menyatakan konsep pola tingkah
laku yang dikhususkan pada sesuatu spesies haiwan (Fixed Response
Patterns- FRP) tertentu boleh merangsang tingkah laku bermotivasi
seperti pembinaan sarang ketika mahu melahirkan anak, tarian
‘mengurat’ untuk tingkah laku seks bagi kebanyakan burung,
penerbangan anak burung keluar sarang dan menongkah arus sungai
untuk bertelur oleh ikan salmon dan sebagainya. Tokoh terkenal
dalam bidang ini ialah etologis Lorenz (Gambarajah 9.4). Walaupun
terdapat banyak contoh tingkah laku naluri wujud dalam haiwan,
manusia juga memperlihatkan tingkah yang berlaku secara automatik
ini tanpa pembelajaran seperti kelangsangan atau persaingan
(Wilson, 1975, 1978) (dlm Huffman,2007).

(https://www.alamy.com/konrad-lorenz-1903-1989-
nobel-prize-in-physiology-or-medicine-in-1973-
image209538020.html
Gambarajah 9.4 :Konrad Lorenz(1903-
1989) dengan haiwan yang dilatihnya.

Megikut teori pengurangan dorongan (Hull,1952) (dlm Huffman,


2007), semua organisma hidup itu memerlukan sesuatu bagi
keperluan biologi mereka seperti makanan, air, oksigen untuk
kelangsungan hidup. Desakan akibat keperluan biologi ini
bertanggung jawab mendorong manusia dan haiwan untuk
bertingkah laku bagi mengurangi keperluan tersebut (Zimbardo et al.,
2009). Mengikut Hull (1952) (dlm Zimbardo et al., 2009) pula,
tingkah laku itu wujud akibat ketidak seimbangan fisiologi yang
berlaku. Perubahan dalam keseimbangan ini mendorong manusia
atau haiwan bertindak bagi mengembalikan sistem homeostasis
supaya keadaanya seimbang semula.
8

Rajah 9.2 : Hukum Yerkes-Dodson


(https://courses.lumenlearning.com/suny-monroecc-
hed110/chapter/yerkes-dodson-law/)

Homoestatis juga dikaitkan dengan Bangkitan. fenomenon ini


boleh dikawal oleh faktor fisiologi seperti homeostasis, ritma
sirkadian, emosi dan kognitif. Semasa kita berada dalam bangkitan
yang tinggi, aktiviti saraf otak berada pada tahap yang tinggi,
denyutan jantung menjadi laju, tekanan darah meningkat dan
pernafasan menjadi kencang. Tahap bangkitan yang tinggi
membuatkan seseorang mengalami stres atau kebimbangan. Jika
anda sesorang pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan,
aktiviti seperti ini boleh membuatkan fikiran anda menjadi buntu.

Rajah 9.2 menunjukkan teori bangkitan Yerke-Dodson (1908)


(Zimbardo et al., 2009) yang mengutarakan pandangan bahawa
performans mencapai tahap maksimum apabila seseorang itu berjaya
mecapai bangkitan yang optimum. Justeru, manusia biasanya akan
bermotivasi untuk sama ada meningkat bangkitannya jika terlalu
rendah atau sebaliknya jika tahap bangkitan itu menjadi terlalu tinggi.
Mereka yang rendah tahap bangkitan akan mencari aktiviti yang
boleh mengujakan diri seumpama penerjun paracut, pendaki curam,
penjunam seperti Gambarajah 9.5 dan sebagainya yang kadang-
kadang boleh membahayakan nyawa.

Teori Psikososial

Terdapat teori yang dikatakan boleh menjawab tingkah laku yang tidak
dapat diperjelaskan oleh motivasi biologi sebagai pendorong kepada
sesuatu aktiviti. Antara teori tersebut adalah insentif dan kognitif yang
digolongkan ke dalam Teori Psikososial. Jadual 9.2 mengemukakan
insentif berupa wang sebagai hadiah bagi mereka yang berjaya
mendapat pingat dalam pertandingan olimpik 2020 di Jepun. Selain
daripada wang, pengiktirafan, pujian, kemasyuran, kebanggaan,
9

semangat kebangsaan (mungkin juga dalaman) pun merupakan


merupakan insentif yang membuatkan seseorang bermati-matian
bertanding di sukan olimpik atau dunia. Walaupun insentif wang
(Jadual 9.2) bagi Negara-negara maju tidak sebesar Negara yang sedang
maju seperti Amerika Syarikat atau Jepun berbanding Singapura namun
pingat olimpik bagi peserta jauh melebihi pungutan pingat ahli sukan
Singapura atau Malaysia.

(https://www.psychologytoday.com/intl/basics/sensation
seeking)
Gambarajah 9.5 : penjunaman

Walau bagaimanapun, kegigihan olahragawan China, Amerika Syarikat


mungkin lebih berkait dengan insentif semangat kebangsaan atau
kemasyuran. Sydney McLaughlin (Gambarajah 9.6) contohnya, menjadi
masyur sebagai pemecah rekod dunia dalam acara lompat pagar wanita
400 meter. Namanya akan kekal masyur untuk sekurang-kurang 4
tahun sebelum pelari lain dapat memecahkan rekodnya. Prinsip aktiviti
yang dimotivasikan itu masih berkait dengan tingkah laku operan
kerana insentif dalam apa-apa juga bentuknya masih berupa ganjaran
yang mengekalkan atau meningkatkan tingkah laku yang berkait
dengan insentif tersebut.
Negara Emas Perak Gangsa
Jadual 9.2 :
Insentif untuk
$37,000 $19,000 $7,000
pemenang
Afrika Selatan
pingat Olimpik
Amerika Syarikat $37,500 $22,500 $15,000
2020
Australia $15,000 $11,000 $7,000

$49,000 $29,000 $20,000


Brazil
Hungari $168,000 $126,000 $96,000
Itali $213,000 $107,000 $71,000
Jepun $45,000 $18,000 $9,000
Kanada $16,00 $12,000 $8,000
0
Kazakhstan $250,000 $150,000 $75,000
Malaysia $236,000 $71,000 $24,000
Singapura $737,000 $369,000 $184,000
(https://www.cnbc.com/2021/07/29/tokyo-olympics-how-
much-athletes-earn.html)
10

(https://olympics.com/tokyo-2020/en/news/sydney-
mclaughlin-smashes-world-record-to-win-gold-in-women-s-
400m-hurdles-final)
Gambarajah 9.6 Rekod untuk kemasyuran?

Dalam membicarakan insentif ini, motivasi juga dikaitkan dengan satu


lagi komponen psikososial iaitu kognitif. Dalam mencapai rekod dunia
dalam olimpik 2020 ini , Mclaughlin (Gambarajah 9.6) mengungkap
sendiri (self-talk) "I just thought 'Run your race. The race doesn't really
start till hurdle seven. I just wanted to go out there and give it
everything I had.”
(https://olympics.com/tokyo-2020/en/news/sydney-mclaughlin-
smashes-world-record-to-win-gold-in-women-s-400m-hurdles-final).
Mungkin ungkapan ini bermain di minda beliau ketika memintas
Dalilah Muhammad selepas menghabiskan pagar (hurdle) yang ke 7
untuk ke garisan penamat dan seterusnya memecahkan rekod dunia.
Apa-apa yang bermain di minda Mclaughlin itu merupakan proses mental
yang tercakup dalam Kognitif. Dengan itu ianya menjadi perangsang
yang kuat untuk mendahului rakan senegaranya.

Proses mental dalam tindakan bermotivasi dikatakan sebagai penentu


kepada sesuatu tindakan ( Gollwitzer dan Bargh, 1996) (dlm. Fatimah
Wati Halim, et al., 2003). Mengikut Huffman ( 2007), peranan kognitif ialah
untuk menjelaskan sesuatu rangsangan itu kepada diri sendiri. Contohnya,
jika seseorang pelajar itu memperoleh A dalam suatu kursus, dia mungkin
akan menyatakan dapatan itu kerana buku teks yang dibacanya atau nota yang
diperoleh daripada pensyarahnya sangat menarik dan mudah difahami.
Fikiran seperti ini boleh juga merupakan satu atribusi. Kejayaan memperoleh
kecemerlangan itu diatribusikan kepada nota. Penyebab kejayaan ini
dikatakan boleh memberikan kesan positif kepada tingkah laku. Ramai
pengkaji mendapati bahawa mereka yang mengatribusikan kejayaan kepada
usaha dan kemampuan mereka akan lebih bekerja keras daripada individu lain
untuk mencapai apa-apa yang dicita-citakan ( Huffman, 2007). Elemen
kognitif lain yang boleh meningkatkan tingkah laku manusia ialah jangkaaan
dan harapan (Huffman, 2007).

Harapan atau jangkaan juga mempunyai peranan besar dalam


motivasi seseorang. Harapan orang Malaysia terhadap para atlit yang
bertanding di Olimpik 2020 kadang-kadang boleh menjadi beban yang
11

berat untuk digalaskan. Motivasi seperti ini akan menyebabkan


individu tertekan tertutama ketika berdepan dengan pemain ternama
atau handalan. Jangkaan akan kalah boleh memburukkan semangat
mereka. Jika tahap motivasi seseorang yang menjangkakan peluang
untuk berjaya itu tipis, maka kemungkinan untuk melakukan tingkah
laku terbaik tidak akan meninggi langit.

Biasanya terdapat dua jenis jangkaan iaitu jangkaan keberhasilan dan


jangkaan keberkesanan. Jika seseorang itu mempunyai jangkaan atau
kepercayaan bahawa sesuatu tindakan yang dilakukan akan berkesan
maka dia bermotivasi kuat untuk melakukan aktiviti kerana
percayakan sejarah keberkesanannya. Sementara itu, motivasi juga
bergantung kepada keberhasilan peribadi yang lalu. Mereka yang
percayakan kebolehan sendiri atau keberhasilan ‘model’ dalam
sesuatu aktiviti berkemungkinan besar akan bermotivasi untuk
melakukannya kerana sejarah keberhasilannya itu.

Satu lagi aspek kognitif yang selalu dibicarakan dalam psikologi atau
tingkah laku manusia ialah disonans atau percanggahan kognitif.
Seseorang dikatakan akan mengalami dinsonans kognitif apabila
berasa tidak selesa kerana sikap dan tingkah laku yang dilakukan itu
bercanggahan. Contohnya, seseorang yang tahu bahayanya merokok
tetapi masih berdegil untuk melepaskan giannya dengan menghisap
rokok.

Dalam konteks prejudis, kerjasama biasanya sukar diperoleh sekiranya


satu pihak sukar menerima kehadiran individu tertentu atas alasan
perbezaan sifat mereka. Mengikut Huffman ( 2007) perasaan ini boleh
dikurangkan dengan latihan untuk mengurangi disonans kognitif. Kata
beliau disonans bertindak sebagai sumber motivasi untuk mengurangi
sikap tersebut.

Teori Biopsikososial
Teori ini mengutarakan idea mengenai prinsip interaksionisme dalam
menjelaskan motivasi. Mengikut Gove (1994) kita akan sukar
memahami makna motivasi sekiranya kita tidak mengambilkira
interaksi faktor biologi, psikologi dan sosial dalam diri seseorang. Ahli
motivasi yang dikatakan telah berjaya mengambilkira kesemua faktor
tersebut dalam menjelaskan motivasi ialah Maslow (1954, 1970 dan
1999)(dlm Huffman, 2007). Beliau mengemukakan idea mengenai
Hierarki Keperluan . Mengikut beliau kita mempunyai pelbagai
kemahuan atau keperluan yang bersaingan untuk dipenuhi.

Huffman (2007) menyatakan bahawa Maslow (1970) menyenaraikan


keperluan manusia mengikut keutamaannya. Beliau berpendapat
bahawa manusia mempunyai berbagai keperluan untuk kelangsungan
hidup dengan mencipta segi tiga hierarki keperluan (Gambarajah 9.7).
12

Oleh kerana keperluan jasad diutamakan semua makhluk maka beliau


meletakkannya sebagai dasar kepada blok segi tiga tersebut. Sementara
4 keperluan lain diataskan untuk menampakkan tahap yang lebih sukar
untuk dicapai sekiranya keperluan yang lebih bawah tidak dapat
dipenuhi. Beliau menyatakan seseorang yang kelaparan itu biasanya
akan lebih bermotivasi untuk mencari makanan terlebih dahulu
sebelum mendorongkan dirinya untuk merindui kekasih, mengenang
orang jauh, memikirkan tentang penghormatan diri dan sebagainya.

Gambarajah 9.7 : Hierarki keperluan


(Huffman, 2007)
Istilah Melayu:
Physiological needs = keperluan fisiologi
Safety needs = keperluan keselamatan
Belonging and love needs = keperluan kasih sayang dan dipunyai
Esteem needs = keperluan harga diri
Self-actualization needs = keperluan penghakikian diri

Malahan ada hadith yang menyatakan hubungannya sebelum Maslow.


Mengikut hadith ini, seseorang yang bernafsu tinggi sekiranya tidak
mampu berkahwin perlu banyak berpuasa. Imam Nawawi yang
mengulas hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Mas’ud (Kotak 9.1)
(https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3237-al-kafi-1175-
pelajar-ingin-berkahwin-namun-ekonomi-masih-) menyatakan bahawa
sesiapa yang tidak mampu berjimak lantaran belum mampu
dari segi nafkah, maka hendaklah dia rajin berpuasa untuk
mengekang syahwatnya yang bergelora. Gejolak maninya
dapat ditahan dengan berpuasa sunat.

[kotak 9.1]
Abdullah bin Mas’ud R.A, meriwayatkan
13

Nabi SAW bersabda yang maksudnya:

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara


kamu telah mampu (pembiayaan)
berkahwin, maka bernikahlah. Kerana
nikah itu dapat menundukkan mata dan
memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa
yang belum mampu, maka hendaklah
berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi
perisai baginya (dalam membendung
syahwat)” Riwayat al-Bukhari (5065) dan
Muslim (3466).

Walau bagaimanapun, Huffman (2007) mengemukakan beberapa


kajian yang ‘mencairkan’ hierarki keperluan Maslow ini. Beliau
menyatakan bahawa kajian seperti Cullen dan Gotell (2002); Hanley
dan Abell, (2002) dan Neher (1991) mendapati individu kadang-kadang
mencari keperluan yang lebih tinggi dalam hirarki walaupun keperluan
bertaraf rendah masih belum dapat dipenuhi. Begitu juga mereka yang
hidup dalam zon peperangan masih mengutamakan hubungan sosial
yang utuh dan harga diri sekalipun berdepan dengan makanan yang
terhad dan berpenyakit. Begitu juga riwayat sahabat Nabi Muhammad
SAW yang terlalu dahaga apabila mendengar rintihan dahaga sahabat
lain sanggup memberikannya kepada sahabat tersebut. Sahabat ini juga
sama sifatnya yang sanggup berkorban dahaga supaya rakannya yang
lain dapat meminum air tersebut. Keadaan ini berlaku sehingga air itu
kembali kepada sahabat pertama yang didapati sudah meninggal.
Justeru, beliau berpendapat (tentunya tidak termasuk cerita
pengorbanan para sahabat Nabi) bahawa kita biasanya bermotivasi
untuk memenuhi keperluan asas biologi atau yang lebih terkebawah,
namun dalam keadaan tertentu boleh terdorong untuk melakukan
aktiviti yang bertahap lebih tinggi dengan melepaskan usaha untuk
memenuhi keperluan yang lebih rendah tahapnya.

Motivasi Pencapaian
Zimbardo et al., (2009) mengemukakan portrait seorang budak yang
baharu saja menamatkan pembelajaran bermain biola. Mengikut
sesetengah responden budak ini tidak mencari kekayaan dengan
melibatkan diri dalam bisnes bapanya. Sebaliknya dia menghabiskan
masa mempelajari biola kerana kecintaan dan keseronokan bermain
alat musik tersebut. Kisah ini telah lama difilemkan dengan pelakon
serba boleh P.Ramlee yang diberikan peranan sebagai Hassan.
Sememangnya pun watak ini sesuai dengan P. Ramlee yang tidak
mencari kekayaan (Gambarajah 9.8). Dalam filem ini Hassan seperti
dalam pengenalan awal tadi adalah budak yang amat mencintai hiburan
musikal yang sanggup menerima cacian dan deraan hanya untuk
memiliki sebuah biola dan belajar sehingga boleh melahirkan lagu-lagu
yang indah dan laris dalam pasaran apabila dewasa. P. Ramlee juga
semasa hayatnya lebih banyak berjuang untuk kepuasan yang tidak
sangat berkiblatkan kepada insentif kewangan. Jika dibandingkan
14

dengan artis sekarang motivasi pencapaian P. Ramlee jauh melebihi


‘kekayaan’ (seni dan ganjaran material) mereka.

(https://ms-my.facebook.com/filem.p.ramlee/posts/
4425396850845229)

Gambarajah 9.8: Kata-kata P.Ramlee yang


bersifat motivasi intrinsik

Motivasi pencapaian adalah satu kehendak yang boleh didorong oleh


keinginan untuk mendapatkan kemasyuran, pujian, sanjungan,
pengharagaan dan sebagainya yang bersifat ekstrinsik. Namun,
dorongan intrinsik pun sangat kuat peranannya untuk
memotivasikan seseorang untuk mencapai kejayaan. Murray dan
McClelland (tt) mengemukakan teori dengan menyatakan motivasi
pencapaian lebih merupakan satu situasi mental yang mewujudkan
motif psikologi untuk mencapai sesuatu matlamat sekalipun payah
(Zimbardo et al., 2009). Mereka ini sebelum itu telah membuat
taksiran untuk mengukur motivasi pencapaian dengan menggunakan
alat ukuran Ujian Apersepsi Thematik (Thematic Apperception Test –
TAT) untuk menentukan tahap keperluan kepada pencapaian (need for
achievement – nAch). Alat ujian ini, TAT adalah satu ukuran yang
bersifat projektif dengan memberikan beberapa keping gambarfoto
untuk dibina cerita mengenainya. Dalam pengenalan bahagian ini
Zimbardo et al., (2009) juga mengemukakan contoh bagaimana
responden memuatkan cerita dengan berpandukan foto yang
diberikan.

(https://www.youtube.com/watch?v=SVvBH_MY9-g) (https://siakapkeli.my/2019/12/21/video-lebih-lima-
dekad-berlalu-lokasi-dulu-sekarang-filem-masam-masam-
manis-buat-ramai-rindu/)

Gambarajah 9.9 : Malam kerja di Kelab Malam dan Pagi di sekolah tanda
tinggi n Achnya?
15

Dengan berpandukan apa-apa yang diceritakan oleh responden,


pengujinya boleh menentukan tahap n Ach responden. Mengikut
Schultz dan Schultz (2006) (dlm. Zimbardo et al., 2009), beberapa
kajian menunjukkan bahawa mereka yang tinggi n Ach akan bekerja
lebih keras daripada mereka yang rendah n Ach. Adakah P. Ramlee ingin
mempamerkan Cik Gu Shaari sebagai insan yang mempunyai n Ach
yang tinggi? (Gambarajah 9.9). Beliau menjadi penyanyi kelab malam
pada waktu malam sampai jam 2 pagi dan siangnya pergi mengajar di
sekolah (sampai tertidur dalam kelas). Orang yang banyak
membicarakan mengenai motivasi pencapaian ialah McClelland.
Menurut beliau mereka yang tinggi dalam tahap n Ach akan lebih tekun
mengerjakan tugasan yang sukar berbanding dengan mereka yang
rendah motivasi pencapaiannya (McClelland,1987)( dlm. Zimbardo et
al., 2009). Mereka yang tinggi n Ach biasanya akan mempunyai IQ yang
tinggi ( (Harris, 2004), terlibat dalam kerjaya yang lebih mencabar
(McClelland, 1965), lebih suka memilih peranan sebagai ketua dan
mengidamkan promosi/kenaikan pangkat yang lebih cepat ( Andrews,
1967) (dlm. Zimbardo et al., 2009). Boleh anda membuat keputusan
untuk soalan mengenai tahap n Ach dalam Gambarajah 9.10?.

(https://www.moe.gov.my/en/menumedia/ (https://deenamik.com/blog/2018/03/
electronic-media/news-and-activities/majlis- petronas-telaga-minyak-gabon/) staf cargali
konvokesyen-komemoratif-sempena-ulang-tahun- minyak
ke-50-usm) Staf akademik
Gambarajah 9.10: Kerjaya mana yang mempunyai n Ach yang
tinggi?

Kerja dan Keperluan

Keperluan memain peranan penting dalam motivasi untuk


mewujudkan tingkah laku diakui pakar motivasi atau kognitif seperti
Maslow yang terkenal dengan heirarki keperluan. Berdasarkan
kepada keperluan itu, McClelland ( 1985) yang popular dengan
motivasi pencapaian mendapati ada tiga pola dalam keperluan bagi
motivasi dalam pekerjaan. Mereka yang bekerja dalam apa-apa juga
bidang boleh dikatakan mencari sama ada afiliasi, kuasa dan/atau
pencapaian.

Menurut Zimbardo dan rakan-rakannya (2009), ada tiga pilihan bagi


para pengurus atau pentadbir sekiranya berminat untuk meningkatkan
16

produktiviti para pekerja. Golongan pekerja yang mempunyai tahap n


Ach yang tinggi boleh diberikan tugasan yang mencabar dan matlamat
yang boleh dicapai. Mereka ini biasanya kata McClelland (1987)
mampu memikul tugas yang sukar berbading mereka yang tahap n Ach
yang rendah (dlm. Zimbardo et al., 2009). Mereka mampu
mengendalikan kerja-kerja yang kompetitif .

Bagi golongan pekerja yang lebih mengidamkan kuasa, mereka boleh


ditugaskan dengan peranan sebagai ketua projek yang boleh
menjaminkan sukses. Mereka perlu digalakkan memimpin pekerja
yang sama hasratnya untuk memenuhi keperluan mereka. Golongan
ketiga yang lebih menyukai bergotong royong atau bekerjasama perlu
diberikan tugas yang memerlukan pakatan dan sumbangan idea
daripada rakan sekerja lain. Pemilihan tugasan yang bersesuaian
dengan minat atau/dan keperluan boleh membantu syarikat
meningkatkan prestasi, mengurangkan kepontengan dan pusing ganti
dalam kalangan pekerja di samping meningkatkan produktiviti.

EMOSI

Filem-filem Bollywood banyak menyajikan unsur-unsur nyanyian dan


tarian yang membuatkan kita teruja dengan perasaan gembira
terutama pada zaman 60an dan 70an. Drama korea sebaliknya
menyelitkan babak yang membuatkan penonton bersedih dan secara
natural mengalirkan air mata tanpa sedar. P. Ramlee tidak kurang
hebat dalam membuat orang bersedih melalui watak hero Kassim
Selamat dan berdekah-dekah ketawa dengan siri bujang lapok beliau.
Kesemua filem/drama tersebut adalah berkait dengan satu perkara
yang bersifat psikologi, emosi (Gambarajah 9.11).

(https:// https://tribune.com.pk/story/ (https://m.imdb.com/title/tt0278028/


www.cosmopolitan.co.id/article/ 2270769/10-srk-dialogues-that- mediaviewer/rm2915414017)
read/2/2021/24053/10-drama- taught-us-the-meaning-of-love
korea-paling-sedih-yang-siap-
bikin-kamu-menangis)
Gambarajah 9.11 : Filem/Drama sEperti ini berjaya meruntun pelbagai
jenis emosi para penontonnya

Satu kajian menarik dilakukan oleh satu kumpulan ahli sains Finland
pada tahun 2018 terhadap 701 peserta untuk mewarnakan emosi
tertentu dirasai dalam badan mereka. Kemudian mereka diminta
mewarnakan tempa di mana emosi tersebut dinyahaktifkan. Hasil yang
17

diperoleh itu, peta haba (heatmaps), sebahagiannya digambarkan


dalam Gambarajah 9.12 (https://www.powerofpositivity.com/where-
people-feel-emotions-heatmap/). Perasaan benci itu diwarnai terang
pada kawasan kepala, leher dan dada. Sementara kawasan lain
ditinggalkan neutral. Perasaan cinta pula diwarnakan cerah dan
bewarna warni dibahagian atas badan yang menandakan emosi yang
begitu berkuasa. Sementara perasaan murung diwarnai gelap kerana
emosi ini membuatkan seseorang berasa beku dan kaku (numb).
Emosi ini seolah bertentangan dengan perasaan cinta yang
mengasyikkan dan menggembirakan.

(https://www.powerofpositivity.com/where-people-feel-
emotions-heatmap/)
Gambarajah 9.12 : Warna emosi

Pewarnaan ini merupakan perasaan yang dialami jasad seseorang.


Perasaan ini mentakrifkan emosi. Dua elemen utama pewarnaan
tersebut adalah perubahan fisiologi dan psikologi. Justeru, ramai
bersetuju bahawa emosi itu akan melibatkan tiga komponen penting
iaitu fisiologi, kognitif dan tingkah laku.

Komponen Fisiologi

Biasanya, status fisiologi badan seseorang akan berubah sekiranya


mereka berasa tertekan atau dilamun kesedihan. Contohnya, selera
untuk makan seseorang akan terasa menumpul apabila menerima
sesuatu perkhabaran yang amat mengecewakan atau menyedihkan.
Kehilangan seseorang yang disayangi juga boleh menyebabkan tekak
semacam tersangkut untuk menelan makanan. Dengan kata lain
proses fisiologi pemakanan akan terganggu. Keterkaitan proses
fisiologi dengan emosi adalah amat kuat dan signifikan. Perubahan
personaliti/tingkah laku seseorang amat berkait dengan fisiologi
otak. Keterkaitan ini boleh digambarkan malalui kisah tragis Phineas
Gage (1823-1860). Daripada seorang mandor yang bertanggung
jawab, beliau bertukar menjadi pemuda yang tidak menentu tingkah
lakunya. Ketawa dan menangis bersilih ganti dalam masa yang
singkat tanpa sebab musabab yang pasti.

Kisah Gage itu memperlihatkan bahawa emosi itu dikuasai aktiviti


otak ‘lama’ yang kini dikenali sebagai sistem limbik. Huffman (2007)
memuatkan pengesahan interaksi antara korteks serebrum dengan
sistem limbik. Kajian dengan menggunakan aliran elektrik ke
bahagian otak ‘lama’ ini memperlihatkan emosi tertentu seperti
‘sham rage’ (Gambarajah 9.13) . Kajian lain menunjukkan bahawa
18

kawasan limbik yang terlibat dengan emosi tertamanya ketakutan


ialah amigdala (Huffman, 2007). Tindakan emosi ini diorkestrakan
oleh amigdala sehingga menimbulkan tindakan yang mencemaskan
badan dan otak. Antara reaksi fisiologi yang dipamerkan itu
termasuklah peningkatan kadar jantung, respirasi menjadi kencang,
anak mata membesar dan otot akan menegang.

(https://b.cari.com.my/forum.php?
(https://cogsci.ucsd.edu/~ksweeney/ mod=viewthread&tid=1227258)
pdfs/20.pdf)
Gambarajah 9.13 : Gambaran emosi marah haiwan dan
manusia

Komponen Kognitif
Elemen kognitif sememangnya berkait dengan otak sekalipun secara
kasarnya. Biasanya, pemikiran yang dihasilkan otak akan
menjengkaui lebih daripada batas tindakan hormon,
neurotransmiter dan tisu otak. Respons otak seperti menyuarakan
rasa sakit mungkin tidak serencam aktiviti kognitif seperti
pengambilan keputusan. Proses otak boleh dijelaskan melalui
aktiviti saraf/neurotransmitter dan pertukaran cas/bahan kimia
dalam badan tetapi respons seperti pemikiran, pembelajaran,
pengambilan keputusan agak sukar digambarkan melalui tindakan
fisiologi seperti itu. Tindakan kognitif mungkin boleh bermula
dengan aktiviti- aktiviti penderiaan yang boleh diukur dengan alat
radas yang bersesuaian. Aktiviti selepas proses tersebut belum boleh
diukur dengan alat walau secanggih mana sekalipun. Apa-apa yang
boleh dibuat ialah membuat inferensi berdasarkan aktiviti atau
tingkah laku yang dihasilkan atau dipamerkan. Biasanya, kita
menggunakan kertas dan pensil untuk membuat penilaian proses
kognitif yang lebih bersifat kualitatif. Justeru, penggunaan instrumen
tersebut dalam mengukur tahap emosi yang dialami seseorang akan
mengambil kira faktor pengalaman, keperluan dan cara individu
membuat interpretasi tehadap sesuatu yang beremosi. Penjelmaan
emosi yang dikuantitatifkan ini untuk memberikan gambaran yang
lebih objektif dan mudah difahami semasa ia dikomunikasikan.
Pekara seperti ini akan lebih mudah difahami apabila kita
menganalisisnya secara kuantitatif.

Komponen Tingkah laku


19

Kemampuan melahirkan emosi bermula ketika bayi memperlihatkan


senyuman untuk mewujudkan ikatan kasih dan sayang dengan
ibunya. Pada perkembangan seterusnya individu mampu melahirkan
emosi mereka sama ada melalui percakapan, penulisan ataupun
bersimbolkan air muka, gerak geri badan, perubahan atau jelingan
mata, nada suara dan sebagainya. Gambaran wajah dikatakan satu
elemen yang paling berkuasa sebagai penyampai hasrat beremosi
seseorang. Satu kajian menarik dibuat terhadap sama ada tingkah
laku beremosi yang diperlihatkan melalui senyuman itu asli atau
sebaliknya. Perhatikan Gambarajah 9.14 yang dikemukakan oleh
Huffman (2007).

Petikan daripada Huffman (2007)

Gambarajah 9.14 : Senyuman ini ikhlas ke tidak?

Mengikut Huffman (2007), keikhlasan satu-satu senyuman yang


dikuntumkan oleh seseorang itu boleh disimpulkan daripada ‘air
muka’ yang diperlihatkannya. Ikhlas atau tidak senyuman itu
biasanya boleh dilihat menerusi manifestasi aktiviti otot yang
melingkari mata dan pipi seseorang. Sekiranya seseorang itu ingin
menampakkan kesukaan kepada kita, senyuman yang diberikan
adalah seperti foto sebelah kiri dalam Gambarajah 9.14 . Kesunguhan
senyuman itu diukir melalui tindakan otot di keliling mata dan pipi
meregang semaksimumnya. Hasilnya satu senyuman yang boleh kita
katakan sebagai melebar atau sampai ke ‘telinga’. Senyuman sebelah
kanan itu semacam dibuat-buat dengan otot-otot digerakkan secara
sederhana.

Ekspresi muka juga dikaitan dengan emosi yang cuba


dikomunikasikan seseorang. Perhatikan foto yang diperoleh
daripada Lahey (1995) ini (Gambarajah 9.15). Bolehkah anda
kenalpasti emosi apa yang diperlihatkan mereka. Kita mungkin tidak
ada masalah menamakan emosi yang mereka pamerkan kerana apa-
apa yang diperlihatkan itu dikatakan ekspresi yang universal yang
merentasi budaya. Beberapa pengkaji dalam aspek psikologi ini
bersetuju bahawa enam jenis emosi ini merupakan emosi asas yang
boleh dikenalpasti menerusi raut muka yang diperlihatkan.

Emosi yang lain dikatakan sebagai kombinasi daripada enam jenis emosi
ini. Emosi yang diperlihat dalam Gambarajah 9.15 yang bermula
daripada atas ke bawah di sebelah kiri ialah kesedihan, kegembiraan,
20

kejengkelan. Emosi di sebelah kanan pula (atas ke bawah juga) ialah


marah, ketakutan dan keterkejutan. Mengikut Golemen (1995) emosi
seperti marah boleh berpecah kepada tindakan beremosi seperti
mengamuk, benci, jengkel, kesal dan masam muka, sedih kepada
muram, putus asa dan menyendiri, takut kepada gugup, cemas, was-
was dan waspada, gembira kepada bahagia, riang dan senang hati
dan sebaginya. Justeru, emosi yang diperlihatkan itu semacam
menggambarkan tingkah laku yang ingin disampaikan atau
dikomunikasikan melalui ‘bahasa badan’.

Sumber : Lahey (1995)

Gambarajah 9.15 : Jenis emosi asas, kenal tidak


jenisnya?

Gabungan ketiga-tiga komponen emosi mencetuskan beberapa teori


untuk menjelaskan perlakuan yang beremosi. Antara teori yang
terkenal untuk menjelaskan fenomenon berkaitan dengan emosi ialah
Teori James-Lange, Teori Cannon-Bard dan Teori Kognitif (Schachter
dan Singer) (Gambarajah 9.16).

Sumber : Feldman (2011)


21

Gambarajah 9.16: Beberapa Teori Emosi

Mengikut teori James –Lange, kalau seseorang itu mempersepsikan dirinya


terancam seperti perempuan dalam Gambarajah 9.16, rasa takut akan
menyebabkan badannya mengigil dan mungkin akan bertindak melarikan atau
menyelamatkan diri. Secara fisiologinya, ketika menerima/melihat/
mempersepsikan sesuatu yang mengancamkan, pusat geganti otak, talamus
akan menghantar mesej tersebut kepada hipotalamus. Pusat kawalan
keseimbangan ini akan menyebabkan badan individu tersebut ‘mengigil’
melalui beberapa tindakan badan dalam situasi yang mencemaskan. Perasaan
cemas ini akan dibawa terus kepada korteks yang menginterpretasikannya
sebagai emosi tertentu (Gambarajah 9.17).

Sumber : Lahey (1995)


Istilah Melayu:
Cortex = korteks
Thalamus = talamus
Hypothalamus = hipotalamus
Bodily function + Kefungsian badan
Stimulus = stimulus/rangsangan

Gambarajah 9.17: Emosi mengikut James


–Lange

Teori Cannon-Bard timbul akibat rasa kurang puas hati terhadap


beberapa keadaan yang meragui tentang penjelasan James (1890) (dlm
Lahey, 1995). Dalam satu eksperimen aktiviti sistem saraf autonomik
haiwan hapuskan. Namun haiwan didapati masih lagi boleh merasai
emosi yang dibangkitkan oleh peristiwa yang ‘menakutkan’. Reaksi
fisiologi itu boleh dibangkitkan oleh pelbagai rangsangan seperti
ketakutan atau rasa marah yang kadang-kadang membuat seseorang itu
sukar membezakan pencetusnya. Suntikan bahan tertentu seperti
adrenalin boleh menimbulkan penderiaan bangkitan tetapi tiada
menifestasi emosi. Atas alasan tersebut teori lain dicadangkan untuk
menjelaskan fenomenon emosi.

Menurut Cannon (1927), seperti James Lange, perangsangan emosi


bermula di talamus. Walau bagaimanapun, perangsangan emosi ini
bertindak serentak merangsang korteks (membangkitkan tindakan
emosi yang bersesuaian) dan hipotalamus yang membangkitkan reaksi
autonomik bagi tindakan lari atau lawan terhadap sumber bangkitan
22

emosi yang berkenaan (Gambarajah 9.18). Bagi mereka ini, kedua-dua


kejadian di otak dan di jasad berlaku secara serentak dan bebas antara
satu sama lain (Lahey, 1995).

Sumber : Lahey ( 1995)


Gambarajah 9.18: Emosi mengikut
Cannon-Bard

Teori Kognitif

Terdapat dua langkah dalam teori ini untuk menjelaskan proses penjelmaan
tingkah laku emosi. Langkah pertama melibatkan reaksi terhadap rangsangan
persekitaran yang mengancamkan. Langkah kedua melibatkan respons
terhadap rangsangan daripada badan. Teori ini kadang-kadang disebutkan
juga sebagai teori dua faktor. Teori ini menyimpulkan bahawa emosi itu
dihasilkan melalui tindakan bersama bangkitan fisiologi dan interpretasi
kognitif terhadap bangkitan tersebut (Gambarajah 9.19). Bagaimana
seseorang menginterpretasikan bangkitan emosi secara fisiologi itu akan
menentukan jenis emosi yang akan diperlihatkan individu terlibat. Jadi, faktor
kognitif dalam teori ini boleh menentukan jenis emosi yang akan
diperlihatkan oleh seseorang. Walaupun teori ini masih tidak begitu
menyakinkan bagi sesetengah pengkaji emosi, namun sumbangannya masih
kekal sebagai penyokong dalam peranan kognitif dalam emosi.

Sumber : Lahey ( 1995)


Gambarajah 9.19 : Emosi menurut
pandangan kognitif.
23

EKSPRESI EMOSI MERENTAS BUDAYA

Jika anda berada di Negara seperti Perancis atau China yang tidak
begitu ‘berusaha’ untuk menggunakan bahasa universal. Apa yg
perlu anda lakukan? Jika benarlah peribahasa, ‘malas bertanya, sesat
jalan’. Saya mempunyai dua pengalaman ini ketika berada di dua
Negara tersebut. Peritnya pengalaman tersesat dan terpaksa
menggunakan ‘pitih’ yang bukan sedikit membayar teksi atau
membeli minyak kereta. Cara terselamat adalah menggunakan
bahasa bersyarat. Bagaimana dengan emosi?

Manusia boleh berkomunikasi melalui ekspresi muka dan


bahasa badan, walaupun menggunakan bahasa yang berbeza.
Lambangnya merupakan gerak isyarat tanpa lisan yang mempunyai
satu atau dua maksud dan ia juga dipanggil gerak isyarat simbolik.
Mengikut Wade dan Tavris (2008) manusia itu dianugerahkan
dengan emosi yang asas. Persembahan emosi ini semacam ada
kaitan dengan aktiviti fisiologinya. Justeru kelahirannya
melalui raut muka seseorag itu berkemungkinan besar sama
rupa bentuknya. Dengan itu juga senyum ketawa keriangan
para pemimpin sama ada di Amerika Syarikat, New Zealand
atau Jepun tidak sangat berbeza antara satu sama lain
(Gambarfoto 9. 20). Kalau kita gunakan pandangan yang
dikemukan oleh Huffman (2007), jelas bahawa keterkaitan
fisiologi dengan

Perdana Menteri Jepun Perdana Menteri New Zealand Presiden Amerika Syarikat
(https://asiatimes.com/ (https://thewest.com.au/news/ (https://
2018/09/in-japan-promoter- world/new-zealand-prime- www.telegraph.co.uk/
of-gropers-is-tip-of-right- minister-jacinda-ardern-reveals- news/worldnews/
wing-sexist-iceberg/) shes-pregnant-ng- barackobama/9033571/
d789a4cf7b90a08f73110664447 Barack-Obama-has-
4747a) reasons-to-smile-
again.html)
Gambarfoto 9. 20 :Senyum ketawa pemimpin hebat pada zaman
masimg-masing

perasaan keriangan itu adalah sama merentasi Negara. Baik di


Barat, Timur atau Pasifik, peranan fisiologi atau biologi adalah sama
sahaja bagi menguntumkan senyum kegembiraan ( Scherer, 1997)
(dlm. Wade dan Tavris (2008)). Hubungan air muka dan emosi
itu seolah-olah satu perlakuan yang sukar dikawal. Justeru,
24

kesedihan seeorang itu tidak dapat ditudung dengan ketawa


(Gambarajah 9. 21).

(https://koreandramaandkpoplover.great-discovery.com/lee-
jong-suks-high-gravity-acting-and-wide-range-of-emotions-in-
pinocchio-move-viewers-to-tears/)
Gambarajah 9. 21 : Bolehkah air muka sedih ini
dilindungi dengan senyum atau tawa?

Kajian merentasi Negara seperti Brazil, Jerman, Hong Kong,


Jepun, New Guinea, Sumatera, Amerika Syarikat dan
sebagainya memperlihatkan bahawa kebanyakan penduduk
menyatakan bahawa terdapat keuniversalan emosi yang
diperlihatkan melalui raut wajah ( Ekman, 2003)(dlm. Wade
dan Tavris , 2008). Mengikut penulisan Ekman (2003)( Wade
dan Tavris, 2008) lagi, apabila dieksperimenkan keterkaitan
otot muka dengan perasaan seseorang, jelas bahawa tidak
ramai yang dapat mengubah ketulenan dan keautomatikan
emosi yang dibangkitkan oleh otot muka yang melahirkannya.
Contohnya, kespontanan otot yang mengawal kening, kelopak
mata dan kerutan dahi dalam mewujudkan wajah kesedihan
tidak dapat ditiru sepenuhnya oleh sebahagian besar (85%)
daripada responden yang cuba memperlihatkan kesedihan.
Mengikut penulisan Farnsworth (2019), otot zigomatikus major
dan okuli orbikularis bertanggung jawab secara automatik
bertindak untuk menguntum senyuman (autentik) dengan
menguncup untuk menaikkan hujung bibir dan pipi ( Rujuk juga
senyuman pada Gambarajah 9.14, senyuman Duchenne). Senyuman
bukan Duchenne hanya melibatkan pengaktifan otot zigomatikus
major tanpa kerjasama okuli orbikularis. Sementara dalam
kesedihan tindakan otot oris dan anguli supersili mengambil alih
untuk mewujudkan air muka yang sedih dengan pengerutan dahi
dan menarik kedua-dua kening ke dalam.

Otak dan emosi

Dalam apa-apa jua fenomenon psikologi peranan otak tidak


dapat dinafikan seperti penglibatannya dalam penglahiran
25

emosi. Seorang individu yang kena strok yang merosakkan


bahagian otak yang berfungsi mengawal rasa jijik didapati tidak
dapat memperlihatkan perasaan tersebut apabila diberikan
najis berbentuk coklat (Calder et al., 2000)(dlm. Wade dan
Tavris, 2008). Dengan kata lain kawasan otak yang mengawal
perasaan tersebut tidak dapat berfungsi akibat kecederaan
yang dialaminya. Kerosakan saraf otak sedemikian
menyebabkan pesakit tersebut tidak dapat berbuat demikian
berbanding dengan orang yang normal saraf otaknya.

Menurut Zimbardo et al., (2009), laluan emosi itu bergantung


kepada litar yang wujud dalam sistem limbik otak. Sistem ini
mengawal banyak tingkah laku emosi antaranya seperti
serangan, mempertahankan diri mengundurkan diri dan
sebagainya. (Caldwell, 1995; Le Doux, 1996)( dlm. Zimbardo et
al., 2009). Pernyataan ini diperoleh melalui eksperimen yang
membedah buang atau merangsang dengan elektrik bahagian
sistem limbik. Bergantung kepada bahagian mana yang
ditumpukan, haiwan terlibat akan memperlihatkan
kelangsangan atau penjinakan.

Amigdala dalam sistem limbik (pusat emosi) dikatakan sebagai


setor emosi yang memain peranan utama dalam tingkah laku
marah dan ketakutan. Amigdala anjing yang ditugaskan untuk
memberikan perlindungankepada harta tuannya akan
membuatkan haiwan tersebut sentiasa berjaga-jaga terhadap
sebarang ancaman (Helmuth, 2003). Dalam Gambarajah 9.22
diperlihatakan peranan Amigdala yang mengendalikan
tindakan emosi secara pantas dan perlahan. Tindakan perlahan
itu biasanya berkait dengan pemikiran otak. Proses ini akan
menentukan tindakan yang lebih rasional yang melibatkan

(ttp://www.rhsmpsychology.com/Handouts/
emotion_neural_pathways.htm)
Gambarajah 9.22 : Tindakan pantas dan perlahan-
lahan sistem limbik atau amigdala

beberapa bahagian korteks serebrum. Para saintis saraf


percaya bahawa bahagian korteks yang memain peranan besar
dalam penglahiran emosi yang boleh ditapis oleh korteks ialah
korteks prefrontal ventromedial. Korteks ini mempunyai
hubungan yang cukup luas dengan amigdala dan hipokampus
26

yang kita ketahui sebelum ini mempunyai kaitan dengan


penyimpanan maklumat terutama mengenai emosi. Tingkah
laku yang akan dilahirkan akan bergantung kepada maklumat
yang terdapat dalam bahagian ini seperti melarikan diri atau
memukul ular tersebut (Gambarajah 9.22).

Emosi dari perspektif Islam

Emosi daripada perspektif Islam didefinisikan dalam beberapa


bentuk seperti yang digambarkan dalam al-Quran contohnya emosi
takut seperti yang dijelaskan oleh Imam Al Ghazali sebagai rasa
yang membakar dan menikam dalam hati akibat k e datangnya.
Berdasarkan ayat-ayat al- Quran, hadis dan pendapat para ulama’,
t e n t a n g kejadian manusia yang terdiri daripada unsur jasmani
dan rohani, Islam tidak pernah menafikan tentang ke wujudan
emosi dalam diri manusia. Malah dalam Al-Quran terdapat
beberapa gambaran me ngenai beberapa bentuk emosi seperti
rasa takut (surah al-An’am ayat 15), marah (surah Ali Imran ayat 134),
benci (surah al-Baqarah ayat 216) dan sedih (surah al Baqarah ayat 277).

Emosi itu sangat penting kepada manusia untuk kelangsungan


hidup, membuat keputusan, membuat jangkaan tingkah laku,
menentukan limitasi, melengkapkan komunikasi, menyatakan
kegembiraan dan penyatuan manusia. Emosi manusia berkembang
seiring dengan pertumbuhan fizikal, psikologi dan mental yang
berkait rapat dengan daya kognitif sejak awal kelahiran manusia
lagi. Peringkat awal emosi dilahirkan dalam bentuk gerakan a t a u
tindak balas fizikal yang dizahirkan secara tingkah laku. Setelah
emosi dapat dikaitkan dengan kognitif, kebolehan untuk memahami
emosi telah terbina maka manusia sudah mula mengawal emosi
mengikut bagaimana m e r e k a berinteraksi dengan lingkungan.

Emosi Dan Gender

Faktor lingkungan boleh mempengaruhi ekspresi emosi. Terdapat


pandangan yang agak popular bahawa kaum perempuan i t u lebih
beremosi daripada lelaki (Fisher & Manstead 2000). Walau
bagaimanapun, kajian tidak dapat mengesahkan perbezaan ini
sekalipun terdapat beberapa p erbezaan dalam perkara seperti
penjelasan lisan bagi emosi atau ekspresi muka dan fisiologi otak.
Perbezaan ini wujud apabila kaum lelaki dan perempuan
mentafsirkan pengalaman emosi mereka dengan perkataan.
Contohnya apabila berbincang tentang isu dan konflik rumah
tangga dan perkahwinan, k a u m perempuan didapati lebih suka
melahirkan emosi mereka seperti marah dan tertekan sedangkan
lelaki lebih suka keluar daripada perbincangan konflik tersebut.
Perempuan suka menyatakan kekecewaan secara spesifik dan
27

mendalam sedangkan lelaki lebih suka menyatakan secara umum.


Oleh itu perbezaan emosi perempuan dan lelaki lebih kepada
bagaimana ekspresi dibuat dan berpandukan kepada tumpuan
fisiologi otak lelaki dan perempuan yang berbeza.

Pengurusan Emosi

Pengurusan emosi boleh dimulakan dengan mengenali emosi


sendiri. Seseorang itu boleh cuba mengenal pasti emosi yang sedang
dialamii dengan mengenali punca kewujudan emosi itu. Ia
bermula daripada berfikir tentang perkara itu, kemudian
mewujudkan perasaan dan mempamerkannya melalui perbuatan.
Seterusnya pengurusan emosi diri boleh dilakukan dengan
menentukan tempoh emosi itu berada dalam minda mereka.
Sekiranya, emosi itu dapat dihilangkan dengan segera maka
perasaan itu juga dapat distabilkan dengan cepat.

Individu juga perlu mengenali emosi orang lain dengan


mengamalkan empati agar m e r e k a dapat memahami situasi
atau emosi orang lain pada masa itu. Terdapat juga individu
yang menggunakan emosi yang negatif untuk memotivasikan diri
bagi meningkatkan keupayaan berfikir atau keinsafan diri.
Akhirnya, apabila seseorang itu dapat mengenali emosi orang lain
dan berjaya p u l a menguruskan emosi sendiri, maka mereka
akan dapat mengeratkan hubungan yang positif dan akrab
dalam kalangan mereka. Kewujudan suasana begini dapat
membina komunikasi yang positif dan berkesan.

Perkaitan antara motivasi dan emosi

Biasanya manusia akan membina matlamat dan s e t e r u s n y a


memotivasikan diri untuk mencapai matlamat tersebut. Antara
matlamat dan pencapaiannya wujud pelbagai emosi yang boleh
mencorakkan motivasi untuk mencapai matlamat yang digariskan.

Contohnya , kegembiraan, keseronokan atau kebahagiaan yang


dirasai seseorang adalah emosi yang boleh memotivasikan
seseorang untuk mencari dan mencipta kebahagiaan dalam
kehidupan. Perasaan tersebut dalam jangka masa yang panjang
boleh menghasilkan kepuasan hidup. Kepuasan hidup ini pula
akan membentuk kesejahteraan dalam kehidupan yang
merangkumi kerjaya, kewangan, ketenangan hidup, kasih sayang
dan sebagainya. Kegembiraan dan kebahagiaan hanya boleh
dicapai setelah manusia mencapai keperluan asas dan seterusnya
berusaha untuk mencapai keperluan yang lain. Motivasi yang
dibentuk dalam situasi ini akan menggerakan manusia untuk
mencapai kegembiraan dalam hidup dengan memenuhi keperluan
28

asas manusia t e r l e b i h d a h u l u seperti makan dan minum.


Kemudian mereka bergerak pula untuk memenuhi keperluan lain
seperti tempat tinggal, pasangan, keselamatan, kasih sayang dan
sebagainya. Seterusnya mereka akan cuba memenuhi keperluan
yang lebih tinggi lagi seperti dihargai, disanjungi sehingga kepada
kesempurnaan kendiri.

Kehadiran emosi yang positif dan negatif dalam usaha untuk


mencapai matlamat kehidupan telah mewarnakan keseluruhan
kehidupan manusia. Emosi yang positif selalunya boleh membantu
manusia untuk terus berusaha sehingga berjaya dan tidak mudah
berputus asa. Menghadapi emosi yang negatif juga merupakan
cabaran kepada manusia. Mereka perlu motivasi d i r i untuk
meneruskan usaha sekalipun mengalami kegagalan dalam proses
untuk mencapai kesejahteraan. Pengalaman mengharungi
kesusahan, keperitan hidup, kedukaan, kegagalan dan sebagainya
membawa kepada kematangan emosi dan penerusan kepada
motivasi diri untuk berjaya dan bahagia. Jelaslah di sini bahawa
emosi dan motivasi sangat berharga dalam membentuk
pengalaman hidup kepada manusia sejagat.

Anda mungkin juga menyukai