Anda di halaman 1dari 2

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.r.b.t dan Selamat sejahtera.

Yang diraikan.
Pn.Chira A/P Din Klom, Mantan PK Pentadbiran SMK Cheras Perdana,

Yang Dihormati,
Dato Hon Hee Lee,
Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Hulu Langat,

En.Chong Tuck Soon,


Yang Dipertua PIBG SMK Cheras Perdana

En.Chin Choong Fuan,


Mantan YDP PIBG SMK Cheras Perdana

Pn.Farhanah binti Mohd Khalil,


PK Pentadbiran SMK Pandan Jaya

Yang berusaha,
Puan Puteri Balkis Binti Megat Husain
Penolong Kanan Pentadbiran.

Puan Mazyon Binti Rahim,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Norhayati Binti Ahmad,


Penolong Kanan Petang,

Puan Tamilarasi A/P Karuppanan,


Penyelaras PPKI.
Guru kanan mata pelajaran, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah dan kurniaNya dapat kita


berkumpul pada hari yang indah ini untuk meraikan persaraan
Pn.Chira A/P Din Klom.
iaitu guru yang telah berkhidmat selama 14 tahun di SMK Cheras Perdana.
Sesungguhnya ianya merupakan satu tempoh masa yang lama berkhidmat di
sebuah sekolah. Tidak dinafikan banyak sumbangan yang telah dicurahkan
oleh Pn.Chira sepanjang bertugas di SMKCP untuk mengharumkan nama
sekolah ini. Semua warga SMKCP amat menghargai jasa bakti yang
dicurahkan oleh Pn.Chira. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan Puan
Chira yang tidak pernah mengenal erti penat lelah telah membawa SMK
Cheras Perdana ke tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini.

Sudah tentu banyak pengalaman yang dikecapi sama ada pahit manis yang
dialami sepanjang berada di sekolah ini, ianya akan menjadi kenangan yang
akan terpahat di sanubari Pn.Chira dan kita semua warga Smkcp.

Terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan ilmu dan bakti yang
dicurahkan kepada anak-anak murid khususnya dan sekolah amnya. Hanya
Allah yang dapat membalas segala jasa bakti beliau selama ini.

Akhir kata semoga Pn,Chira bergembira bersama keluarga tercinta selepas


persaraan ini dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan
sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai