Anda di halaman 1dari 3

1.

Asal usul papat jambul Papat jambul ini diamalkan hanya bagi orang yang mempunyai waris peninggalan nenek moyang. Adat ini diamalkan oleh orang Salar / Tanah Jambu. 2. Tujuan ada ini dilakukan? a) Adat ini dibuat kerana warisan orang tua-tua dahulu. b) Adat ini dibuat bagi orang yang mempunyai kemampuan sahaja. Jika tidak mampu dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

3. Had umur? a) Umur bagi papat jambul ini tidak terhad kepada kanakkanak. b) Kanak-kanak lelaki dan perempuan juga boleh melakukan adat papat jambul .

4. Adakah adat ini penting? Papat jambul ini hanyalah adat dan dilaksanakan oleh orang yang berkemampuan sahaja.

5. Masanya Adat ini sering dibuat semasa majlis perkahwinan bagi mengurangkan perbelanjaan dan boleh juga dibuat secara berasingan. Adat ini juga boleh dilakukan secara beramairamai bagi meringkan kos perbelanjaan yang banyak.

6. Persediaan yang dibuat sebelum melangsungkan adat ini?

Persediaan awal adalah seperti berikut: a) Bunga perak b) Cincin yang tidak berpermata c) Bunga ayangan d) Kelapa muda e) Gunting

7. Adat ini dimulakan dengan majlis zikir. Kemudian, barulah majlis papat jambul dimulakan.

8. Anak yang berpapat jambul ini dihias rambutnya menggunakan bunga perak, cincin emas yang tidak berpermata dan diikat menggunakan benang ke rambut.

9. Kelapa dijadikan bekas untuk menyimpan rambuat yang dipapat supaya rambut tidak merata tempat. Kelapa muda tadi ditebuk permukaannya mengikut bentuk bunga dan tebukan kelapa ini digunakan untuk menutup kelapa yang sudah disimpan rambut yang dipotong.

10. Kelapa dihanyutkan ke sungai hanyalah sebagai simbolik supaya kelapa tersebut tidak terminum.

11. Adat

ini boleh diamalkan atau dipraktikan kerana adat ini bukanlah melanggar ajaran Islam. Tujuan utama adat ini dijalankan bagi memperingati adat warisan nenek moyang

kita terdahulu. Biar nenek moyang kita tidak meninggalkan harta pusaka yang dapat dinikmati. Yang penting adat ini merupakan harta atau khazanah yang tidak ternilai.

12. Pantang dijalankan;

larang

sebelum

dan

semasa

adat

ini

a. Pantang larang bagai bukan waris tidak dibenarkan masuk atau menapung tawar jika berada di dalam teratak kerana semasa acara ini dijalankan digantung tengah-tengah teratak bunga ayangan. Ibu atau ayah yang bukan daripada waris ini juga tidak dibenarkan masuk. b. Bagi membolehkan ayah / ibu dan keluarga yang tidak mewarisi adat ini, bunga ayangan akan diturunkan, maka barulah mereka dibenarkan menapung tawar.

Anda mungkin juga menyukai