Anda di halaman 1dari 7

ARCHITECTURAL STRUCTURE (DCA 3232) CENGKERANG (SHELL)

DEFINASI Sistem struktur yang sebarkan beban kepada penyangga dalam beberapa arah pada satu atau dua arah melengkung. Bebanbeban mengenakan daya mampatan, tegangan dan ricihan. Mesti direkabentuk untuk mengatasi daya-daya tersebut tanpa melentur. Daya-daya dalaman yang terhasil daripada daya-daya tersebut dipanggil tegasan selaput. SEBARAN BEBAN Beban disebarkan dalam banyak arah dalam satah permukaan cengkerang.(rujuk rajah 9.4)

Rajah 9.4

Sebaran beban Cengkerang adalah terlalu nipis untuk mengatasi daya lenturan. Oleh itu, daya-daya dalaman yang terhasil mesti diselesaikan melalui tegasan selaput. Tegasan lenturan biasanya berlaku pada bahagian hujung dan diatasi dengan menambah ketebalan cengkerang.

JENIS-JENIS CENGKERANG 1

Dibahagikan kepada 2 jenis : 1. Cengkerang Satu Lengkungan 2. Cengkungan Dua Lengkungan

1. Cengkerang Satu Lengkungan a. b. berlaras tunggal Kekubah Berlaras Tunggal Panjang Kekubah Berlaras Tunggal Pendek Perbezaan antara kekubah berlaras tunggal panjang dan kekubah pendek Kekubah Berlaras Tunggal Pendek (rajah 9.6) Ukuran panjang (l) lebih dari lebar (x). Pindah daya melalui ricihan kepada sangga di hujung. Bertindak seperti balak : Alami mampatan (atas) Alami tegangan (bawah) Tegasan selaput mungkin terhasil dalam papak. Ukuran panjang (l) lebih kurang dari lebar (x). Beban dipindah melalui tindakan papak kepada sangga.

Kekubah Berlaras Tunggal Panjang (rajah 9.5)

Daya selaput di sisi yang tiada sangga mungkin tiada dalam satah cengkerang. Ini menyebabkan berlakunya lenturan dan bagi mengatasinya, bahan tambahan akan digunakan di bahagian tersebut.

Rajah 9.5

Kekubah Berlaras Tunggal Panjang

Rajah 9.6

Kekubah Berlaras Tunggal Pendek

2. Cengkerang Satu Lengkungan a. b. c. d. Hyperbolic paraboloid Cengkerang silinder melengkung Conoid Cengkerang putaran

a. Hyperbolic paraboloid

Rajah 9.7

Hyperbolic paraboloid

Rajah 9.8

Sebaran beban

Terdiri daripada lengkung parabola a dan b serta lengkung hyperbola c.(rajah 9.7) Beban-beban mengakibatkan tegangan bertentangan dengan sangga, mampatan selari dengan sangga dan ricihan.

Daya-daya selaput disebarkan dalam satah cengkerang kepada bahagian sisi. Rasuk sisi mengumpul dan memindahkan daya-daya mampatan kepada sangga. (rajah 9.8)

b. Cengkerang silinder melengkung Sebahagian daripada torus (rajah 9.9) Bentuk seperti hyperbolic paraboloid yang disongsang dan dibina dengan garisan lurus.

Bahagian dasar memerlukan ikatan pada semua arah untuk atasi tujahan.

Gerbang dua lengkungan (rajah 9.10) Salah satu bentuk cengkerang yang sangat stabil dan mampu untuk atasi lengkukan.

Rajah 9.9

Sebahagian daripada torus

Rajah 9.10

Gerbang dua lengkungan

c. Conoid Dibentuk menggunakan garisan lurus yang dilukis antara satu sisi melengkung dan lurus. Tegasan selaput sebarkan daya-daya pada permukaan cengkerang kepada bahagian sis yang memerlukan peneguhan dan penyanggaan.

Rajah 9.11 d. Cengkerang putaran

Conoid

Terhasil dengan cara memutar satu garisan lengkung pada satu paksi. Jenis-jenis cengkerang putaran: a. Kubah Mengenakan tujah selanjar pada bahagian dasar. Berbeza berbanding kubah traditional kerana: Lebih ringan binaannya dengan penggunaan bahan yang kurang.

Mampu merentangi kawasan yang lebih besar Jenis-jenis kubah: 1. Kubah dangkal Beban disebar dalam selaput cengkerang. Daya mampatan sebarkan beban pada keliling kubah. Daya tegangan lingkaran terhasil pada dasar-hampir sama dengan kubah hemisfera.

Kubah dangkal 2. Kubah hemisfera Menggunakan tetulang besi pada dasar yang ditebalkan untuk atasi tujahan selanjar.

Kubah hemisfera b. Hyperboloid Terhasil dengan memutarkan 2 plat bulat yang dihubungkan dengan garisan lurus.

KESTABILAN SISI Diperolehi melalui bentuk geometrinya.

Jika diguna secara bersiri,kestabilan sisi diperolehi melalui interaksi di antara cengkerang.

ANALISA REKABENTUK 1) Church of San Jose Obrero, Candela

Penggunaan 2 cengkerang yang sama untuk mencipta satu bangunan yang

menarik. Kedua-dua cengkerang dikukuhkan di bahagian sisi. Merupakan sebahagian daripada hyperbolic paraboloid. Setiap cengkerang mempunyai ketebalan 13/5 inci dan diunjurkan sepanjang

90 kaki. 2) Market Hall, Spain

Merupakan cengkerang putaran Kubah cengkerang yang dangkal ini menutupi ruang berbentuk lapan segi. Bahagian sisi kubah yang bebas dari penyangga dilipat untuk tujuan peneguhan. Pencahayaan asli diadakan pada bahagian puncakdan juga antara cengkerang dan ikatan rasuk.

KESIMPULAN Tegasan selaput sebarkan beban melalui permukaan cengkerang. Kekuatan dan kestabilan dihasilkan oleh geometri. Peneguh mesti diadakan pada bahagian sisi cengkerang untuk atasi lenturan. Daya tujahan mesti diatasi untuk kestabilan. Cengkerang mampu untuk merentangi satu ruang yang luas dengan penggunaan bahan yang minimum. Pembukaan asli bergantung kepada geometri cengkerang.

Anda mungkin juga menyukai