Anda di halaman 1dari 7

Penghargaan

Saya mengambil masa selama seminggu setengah untuk menyiapkan kerja kursus sejarah tingkatan dua ini. Saya berasa amat seronok kerana dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang sejarah sekolah.

Pertama sekali saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Sultan Alam Shah iaitu Encik Rosidi bin Ramley kerana memberi kelulusan kepada pelajar untuk membuat kerja kursus ini. Beliau telah banyak menolong saya seperti memberitahu tentang sejarah sekolah.

Selain itu, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya, Puan Khoo Poh Suan kerana mengajar saya cara-cara untuk menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Akhir sekali saya hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang bernama Amirul Fikri bin Amran. Dia banyak menolong saya dengan berkongsi fakta tentang sejarah sekolah kami.

Saya berharap agar dapat melakukan kerja kursus seperti ini lagi pada masa yang akan datang.

Objektif Kajian
Objektif yang pertama adalah mengumpulkan fakta sejarah dari sumber yang sahih berkenaan sekolah yang dikaji. Saya telah mengumpul dan memastikan bahawa maklumat yang dicari adalah tepat dan benar. Seterusnya kajian ini hendaklah mengajar saya mengelas, mentaksir dan merumus sumber sejarah tentang sekolah yang dikaji. Kajian ini membolehkan saya mengenali dengan lebih lanjut tentang sekolah saya. Objektif yang terakhir, kajian ini hendaklah memupuk nilai-nilai murni dalam sesebuah institusi pendidikan seperti di sekolah saya.

Kaedah Kajian
Kaedah yang pertama adalah melayari internet untuk mencari beberapa gambar untuk diambil sebagai sumber bagi menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Contohnya di laman web Google.

Selain itu, menemubual beberapa orang sumber untuk mendapatkan fakta-fakta tentang sejarah sekolah saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Contohnya, saya menemubual rakan saya tentang sejarah sekolah kami.

Kaedah terakhir adalah dengan mencari dan merujuk artikelartikel yang boleh didapati di akhbar harian, majalah dan laman web. Contohnya, saya mencari maklumat di majalah Alunan Suara Alam Shah (ASAS) 2012.

Hasil Kajian

Rumusan

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai