Ctu281kuliah 12 Teori Estetika Islam
Ctu281kuliah 12 Teori Estetika Islam
Kesimpulan
Falsafah Estetika ada hubungannya dengan nilai keindahan dan nilai keindahan
adalah berpaksi kepada kesenian.
Sejak zaman Yunani Kuno lagi ahli-ahli falsafah telah membicarakan tentang
kesenian dan hubungannya dengan seniman.
Contoh Plato dengan tegasnya tidak menerima para seniman dan menyatakan
bahawa para seniman sepatutnya dibuang dari republik (negeri).
Alasan beliau bahawa seniman adalah seorang yang suka meniru objek fizikal dan
menipu dalam penghasilan karya.
Karya seniman bukanlah sesuatu sumber sebenar untuk dijadikan sumber
pengetahuan.
Sebagai contoh dalam dialognya, kalau manusia ingin mengkaji kerusi mesti melihat
kerusi sebenar bukannya lukisan atau karya kerusi.
Beliau juga menyatakan bahawa karya lukisan boleh menghalang manusia daripada
pengetahuan sebenar.
Oleh yang demikian beliau telah pun membicarakan persoalan kesenian dalam
falsafah kehidupan manusia.
Aristotle pula telah mempertahankan mengenai mimesis dan menyatakan bahawa
peniruan itu adalah satu unsur yang perlu ada dalam fitrah manusia. Manusia sering
meniru alam ciptaan Tuhan.