Anda di halaman 1dari 11

Memupuk daya kepimpinan dari rebung

RUSTY A/K ROLAND


Pemimpin membawa maksud seorang
daripadanya cuba membimbing dan
mendorong yang lain dalam usaha mencapai
matlamat sistem. Apabila seseorang itu berjaya
memimpin, ini bermakna dia berjaya
mempengaruhi anggota-anggota yang lain di
dalam organisasi itu. Kebolehan
mempengaruhi bergantung kepada unsur yang
penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang
itu.
Bagi The Cambridge Network seperti dilaporkan oleh
MacBeth (2002) kepemimpinan untuk pembelajaran adalah
model kepimpinan yang menggalakkan sifat-sifat berikut:

Independent of mind, inter-dependent, critical and informed


Persistent in its questioning of received wisdom
Demonstrating through its actions a persistent commitment to
equality

Hal ini menggambarkan bahawa dalam kepimpinan


untuk pembelajaran, pemimpin itu mempunyai pemikiran yang
bebas, saling bergantung antara satu sama lain, kritikal dan
sentiasa bermaklumat. Dia juga secara berterusan menyoal
perkara-perkara penting dengan soalan tahap tinggi dengan
tujuan untuk mempelajari kebijaksanaan (wisdom). Dia juga
sentiasa mempamerkan tindakan-tindakan yang
menggambarkan komitmen tinggi untuk memastikan kesamaan
dalam pendidikan.
Salah satu teori kepimpinan yang popular disebut Teori
Orang Besar . Teori ini mengatakan para pemimpin
memang dilahirkan mempunyai ciri-ciri ataupun aura yang
membezakan mereka daripada individu-individu biasa.
Ertinya, para pemimpin memang sejak dilahirkan mereka
sudah memiliki ciri-ciri seorang pemimpin.

Dua ciri utama individu yang akan menjadi pemimpin ialah


pertama, sejak mereka masih kecil lagi mereka sudah mempunyai
cita-cita yang tinggi, dan kedua mereka itu tahu apa yang mereka
mahu. Mereka itu tahu mereka hendak menjadi orang yang
bagaimana, iaitu mereka hendak menjadi pemimpin. Dalam lain
perkataan, teori ini mengatakan para pemimpin sejak kecil-kecil
lagi sudah Berjiwa Besar .
Kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang bermain bola di
halaman rumah apabila tiba-tiba salah seorang tertendang
bola masuk ke dalam rumah seorang yang mereka kenali
garang dan memecahkan cermin tingkap.
Tuan rumah yang bermisai tebal melintang dengan muka
garang mengambil bola itu dan menunggu di dalam rumah.
Walaupun pada mulanya kumpulan kanak-kanak itu panik
dan tuduh menuduh sesama mereka yang menggambarkan
mereka sedang mengalami masalah, seorang daripada
mereka menteramkan keadaan dengan mengajak
bermesyuarat. Mereka berbincang bagaimana cara terbaik
untuk menyelesaikan masalah. Beberapa usul dikemukakan
yang antaranya lari balik rumah masing-masing tetapi tidak
dipersetujui ramai sehingga timbul idea terbaik iaitu
menghantar wakil untuk masuk ke rumah tersebut
berjumpa tuan rumah memohon maaf dan berjanji tidak
mengulangi kesalahan.
Setelah cadangan disetujui timbul masalah memilih siapa di antara
mereka paling layak menjadi wakil kerana tidak perlu kesemua mereka
masuk yang boleh menggagalkan rancangan. Tuan rumah bermisai tebal
dengan sabar menunggu sambil memerhati gelagat mereka dari jauh
tersembunyi daripada pandangan kumpulan kanak-kanak itu. Sekali lagi
mereka diajar faham demokrasi apabila pemilihan dibuat dengan cara
undian setelah beberapa cadangan nama dikemukakan dengan sokongan
dan hujah mengapa orang itu paling layak. Akhirnya undian menetapkan
seorang yang berdaya kepimpinan tinggi dengan kemahiran komunikasi
paling baik terpilih.

Si A yang dipilih telah menjalankan tugas dengan baik menemui tuan


rumah bermisai tebal. Mengguna kelebihan yang ada padanya iaitu
keberanian menanggung risiko dimarah dan kebolehan komunikasi yang
baik dia berjaya mendapatkan semula bola tanpa perlu dimarah atau
membayar ganti rugi cermin tingkap yang pecah. Walaupun apa yang
saya tonton itu hanyalah lakonan, ia merupakan satu bentuk pendidikan
bukan sahaja kepada kanak-kanak, orang dewasa juga dapat
menghayatinya. Amalan tersebut tidak mustahil berlaku dalam
kehidupan harian kanak-kanak di Malaysia jika sekolah dapat
memprogramkannya.
7 Habits of Highly Effective People

Be Proactive

Sharpen the Begin with the


Sow End in Mind

Put First
Synergize
Things First

Seek Firs to
Understand, Think Win-
Then to be Win
Understood
1. Be Proactive
Saya seorang yang bertanggungjawab. Saya
mengambil inisiatif melakukan sesuatu. Saya yang
memilih setiap tindakan, sikap dan perasaan saya
sendiri. Walau apapun yang terjadi kepada saya,
saya tidak menyalahkan orang lain. Saya
melakukan apa yang sepatutnya dilakukan tanpa
disuruh, walaupun tiada sesiapa yang melihat.
2. Begin with the End in Mind
Saya membuat perancangan dan menetapkan
matlamat saya. Saya hanya melakukan perkara
yang berguna dan bermakna. Saya seorang yang
penting dalam bilik darjah saya serta
menyumbang ke arah misi dan visi sekolah dan
mencari jalan supaya menjadi ahli masyarakat
yang baik.
3. Put First Things First
Saya menghabiskan masa dengan melakukan
perkara yang penting. Ini juga bermakna saya
tidak membuang masa melakukan perkara yang
merugikan. Saya menetapkan prioriti, membuat
jadual waktu dan mengikut rancangan yang saya
telah tetapkan. Saya berdisiplin dan teratur.

4. Think Win-Win
Saya pandai menyeimbangkan keberanian dalam
mendapatkan apa yang saya mahu dan mengambil
kira apa yang orang lain mahu. Saya membuat
deposit ke dalam akaun bank untuk emosi orang
lain. Apabila berlaku konflik, saya mencari
alternatif lain.
5. Seek Firs to Understand, Then to be Understood
Saya mendengar pandangan dan perasaan orang lain.
Saya cuba melihat sesuatu daripada perspektif orang
lain. Saya mendengar orang lain bercakap tanpa
mencelah. Saya yakin semasa memberikan pandangan
saya. Saya memandang wajah orang itu apabila
bercakap dengannya.

6. Synergize
Saya menghargai kelebihan dan kekuatan orang lain
serta belajar daripadanya. Saya pandai belajar
daripada orang lain, walaupun mereka cukup berbeza
dengan saya. Saya pandai bekerja dalam kumpulan.
Saya mendapatkan pandangan dan idea orang lain
apabila menyelesaikan masalah kerana saya sedar hal
ini lebih baik daripada mencari penyelesaian seorang
diri. Saya sentiasa merendah diri.
7. Sharpen the Sow
Saya sentiasa menjaga tubuh badan saya
dengan pemakanan yang betul, bersenam dan
tidur yang mencukupi. Saya menghabiskan
masa berkualiti bersama rakan-rakan dan
keluarga. Saya sentiasa belajar di mana sahaja
dan bukan hanya di sekolah. Saya mencari
masa untuk membantu orang lain.

Anda mungkin juga menyukai