Anda di halaman 1dari 2

7 Tabiat Orang Yang Berkesan

Tabiat 1: Jadi Proaktif



Saya seorang yang bertanggungjawab. Saya mengambil inisiatif melakukan sesuatu. Saya yang
memilih setiap tindakan, sikap dan perasaan saya sendiri. Walau apapun yang terjadi kepada saya,
saya tidak menyalahkan orang lain. Saya melakukan apa yang disuruh, walaupun tiada siapa yang
melihat.

Tabiat 2: Mula Dengan Matlamat di Minda

Saya membuat perancangan dan menetapkan matlamat saya. Saya hanya melakukan perkara yang
berguna dan bermakna. Saya seorang yang penting di dalam bilik darjah saya serta menyumbang ke
arah misi dan visi sekolah dan mencari jalan menjadi ahli masyarakat yang baik.

Tabiat 3: Utamakan Perkara Penting dahulu

Saya menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang penting. Ini juga bermakna saya tidak
membuang masa melakukan perkara yang merugikan. Saya menetapkan keutamaan, membuat
jadual waktu dan mengikut rancangan yang telah saya sudah tetapkan. Saya berdisiplin dan teratur.

Tabiat 4: Fikir menang-menang

Saya pandai menyeimbangkan keberanian dan mendapatkan apa yang saya mahu dan mengambil
kira apa yang orang lain mahu. Saya membuat simpanan ke dalam akaun bank emosi orang lain.
Apabila berlaku konflik saya mencari alternatif lain.

Tabiat 5: Usaha untuk Memahami Dahulu Kemudian Untuk Di fahami.

Saya mendengar pandangan dan perasaan orang lain. Saya cuba melihat sesuatu dari perspektif
orang lain. Saya mendengar orang lain bercakap tanpa mencelah. Saya yakin semasa memberikan
pandangan saya. Saya memandang wajah orang itu apabila bercakap dengannya.
Tabiat 6: Bersinergi

Saya menghargai kelebihan dan kekuatan orang lain serta belajar daripadanya. Saya pandai
bekerjasama dengan orang lain, walaupun mereka cukup berbeza dengan saya. Saya mendapatkan
pandangan dan idea orang lain apabila menyelesaikan masalah kerana saya sedar hal ini lebih baik
daripada mencari penyelesaian seorang diri. Saya sentiasa merendah diri.

Tabiat 7: Tajamkan Gergaji

Saya sentiasa menjaga tubuh badan saya dengan pemakanan yang betul, bersenam dan
mendapatkan tidur yang mencukupi. Saya menghabiskan masa berkualiti bersama rakan-rakan dan
keluarga. Saya sentiasa belajar di mana sahaja dan bukan sahaja di sekolah. Saya mencari masa
membantu orang lain.

Anda mungkin juga menyukai