Anda di halaman 1dari 19

CIRI-CIRI KHUSUS AGAMA

ISLAM (TAWAZUN)

PENSYARAH: USTAZAH HAJAH DR. MAIMON BINTI DAUD


PELAJAR: WAN NORATIKAH WAN HASSAN
AIDA NAJWA ABD RAHMAN
NUR IZZATI MOHD SABARUDIN
PENGERTIAN
• Tawazana = Seimbang
• Tawazun = Memberi sesuatu akan haknya,
tanpa ada penambahan dan pengurangan.
• Kemampuan seorang individu untuk
menyeimbangkan kehidupannya dalam
pelbagai dimensi, sehingga tercipta keadaan
yang stabil, sihat, aman dan nyaman.
• Tawazun sangat erat hubungannya
dengan penyusunan Waktu.
Mengapa aktiviti perlu
diuruskan?

1. Agar mencapai tujuan hidup

Tanpa pengurusan hidup yang baik,


kemungkinan seseorang untuk mencapai tujuan
hidupnya sangat kecil.
2. Agar dapat menunaikan hak-hak orang
lain
Bukan hanya diri kita sendiri yang memiliki hak
untuk mendapatkan sesuatu, tetapi juga orang
lain pun memiliki hak atas diri kita.

Misalnya : Menyusun waktu untuk membantu


orang lain yang memang memiliki hak atas diri
kita, contohnya program-program keagamaan,
kemasyarakatan dsb
3. Kerana kewajipan (pekerjaan)
kita lebih banyak dari waktu yang
tersedia.

Ingat! Kita tidak hanya mempunyai hak yang


harus didapatkan saja, tetapi juga memiliki
pelbagai kewajipan. Ini kerana dalam hidup, kita
tidak hanyamemiliki satu peranan sahaja, tetapi
pelbagai peranan yang kita ada
Hamba Allah

Pelajar
APAKAH PERANAN KITA?
Anak
Bagaimana cara kita menyusun waktu?

• Inilah Prinsip-Prinsip menyusun waktu.

1.Disiplin
• Disiplin memang paling sukar untuk dilakukan,
namun bila kita sudah mempunyai komitmen,
maka hal ini tidak menjadi penghalang kita
untuk menuju ke arah yang lebih baik
• 2. Jangan tangguhkan pekerjaan

• Jangan hantar besok!

• Jika kita melihat mengenai kaitan waktu dan prestasi


kerja, petikan surat Khalifah Umar bin Khatthab kepada
Gabenor Abu Musa al-Asy’ari r.a., sebagaimana
dituturkan oleh Abu Ubaid, “Amma ba’du. Ketahuilah,
sesungguhnya kekuatan itu terletak pada prestasi kerja.
Oleh kerana itu janganlah engkau tangguhkan pekerjaan
hari ini hingga esok, karena pekerjaanmu akan
terkumpul, sehingga kamu tidak tahu lagi mana yang
harus dikerjakan, dan akhirnya semua terbengkalai.”
• 3. Manfaatkan waktu luang

Memanfaatkan waktu luang sangatlah penting kerana


“Waktu adalah Pedang”
Al-waqtu kas-saif illam-taqtho'hu qatha'aka - Waktu
ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, niscaya
pedang itu yang akan memotongmu" . Erti nya, bahawa
dengan waktu, manusia boleh menjadi mulia, atau
dengan waktu manusia boleh menjadi binasa.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ”Ada dua kenikmatan


yang banyak dilupakan oleh manusia, yaitu nikmat sihat
dan waktu lapang”. (HR. Bukhari&Muslim)
TAWAZUN
• 1. Dalam Q.S. Al-Mulk 67:3, Allah telah
mengisyaratkan kita untuk hidup seimbang.
• 2. [67:3] Yang telah menciptakan tujuh langit
berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada
ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang. Maka lihatlah berulang- ulang,
adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
• 3. Seimbang di sini juga termasuk seimbang
dalam pembahagian waktu seperti di atas yang
telah dihuraikan sebelumnya.
• 1. Al-Jasad (Jasmani)

• “Mu’min yang kuat itu lebih baik/ disukai Allah


daripada mu’min yang lemah“ (H.R. Muslim)

• Jika ingin tubuh kita kuat, kita perlukan


beberapa perkara yang disebut sebagai
keperluan Jasmani, iaitu:
a. Makan makanan yang halal
Sebagaimana tercatat dalam surah Al-Baqarah
2:168
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi
baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah
kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata
bagimu”.
(Q.S. Al-Baqarah 2:168)
• b. Beristirahat yang cukup, tidak kurang dan
tidak berlebihan

”Dan janganlah kalian berlebihan sesungguhnya


Dia(Allah) tidak menyukai orang yang
berlebihan.” (Al An’am 6:141).
&
”dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat,”
(an-Naba’ 78: 9)
APA PERBEZAANNYA?
2. Al-Aql (Akal)

• Akal adalah yang membezakan manusia dan


haiwan. Melalui akal, manusia dapat
mengetahui hingga mengenali hakikat
sesuatu, sehingga dapat mencegahnya dari
kemungkaran.
3. Ar-Ruuh (Roh)

• Keperluan Roh adalah Dzikrullaah

• .“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram”.


(Ar-Ro’d [13]: 28).

• Lalu di dalam Al-Jumu’ah 62:9-10,

• “Dan bila solat telah ditunaikan, bertebaranlah kamu di bumi ini,


carilah kurnian Allah, dan ingatlah kepada Allah banyak-banyak,
semoga kamu beruntung.” (Al-Jumu’ah 62:9-10)

• Tawazun ternyata memiliki posisi yang penting pula dalam Islam,


kerana Ketawazunan akan menempatkan umat Islam menjadi umat
pertengahan, Ummatan wasatan, umat yang seimbang.
Surah Al-Baqarah : 143
• Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat
Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi
saksi atas (perbuatan) manusia dan agar
Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.
Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu
(sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya
nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang
membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa
amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi
petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan
imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang kepada manusia.
Renungan Bersama
• Untuk memahami makna SATU TAHUN, tanya seorang siswa yang tidak
naik kelas.
• Untuk memahami makna SATU BULAN, tanya seorang ibu yang bayinya
pra matang.
• Untuk memahami makna SATU MINGGU, tanya seorang editor majalah
mingguan.
• Untuk memahami makna SATU HARI, tanya seorang pekerja dengan
gaji harian
.• Untuk memahami makna SATU MINIT, tanya seseorang yang
ketinggalan kereta.
• Untuk memahami makna SATU DETIK, tanya seseorang yang selamat
dari kecelakaan.
• Untuk memahami makna SATU MILI DETIK, tanya seorang atlet lari
pecut.

Anda mungkin juga menyukai