Anda di halaman 1dari 73

 Menghuraikan konsep kepelbagaian

etnik, budaya dan masyarakat yang


wujud di Malaysia serta pluraliti
masyarakat menurut perspektif Islam.
(C2, P4, LO1)
Para pelajar akan berkebolehan:
1. CO1 Membincangkan konsep etnik, budaya
dan masyarakat
2. CO2 Menjelaskan bahawa wujud
kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia
3. CO3 Membezakan konsep-konsep
perpaduan dan integrasi kaum
4. CO4 Mengenalpasti tahap hubungan etnik
5. CO5 Menjelaskan bahawa Islam menerima
kepelbagaian etnik dan membuktikan toleransi
Islam berdasarkan teks al-Quran
1.1 Konsep Masyarakat dan Budaya
Kucaraningrat mendefinisikan masyarakat sebagai:

Kelompok terbesar daripada makhluk manusia di


mana hidup terjaring kebudayaan.

Linton memberikan rumusan;

Masyarakat ialah kelompok manusia yang telah lama


hidup dan bekerja bersama, sehingga mereka dapat
mengorganisasikan dirinya dan berfikir mengenai
dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai
batas-batas tertentu.
Menurut Roucek & Warren (1979):
Satu kumpulan manusia yang berhubung
secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan
merasakan bahawa mereka adalah hidup
bersama. Terdapat perhubungan terus
menerus dalam kalangan mereka yang
masih hidup dan kekal selama berabad-
abad.
Kumpulan manusia yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu (Kamus Dewan).

Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya


masyarakat.

Proses mewariskan budaya: generasi yang


menurunkan budaya dan generasi yang
menerima budaya.

Masyarakat Malaysia adalah kelompok


manusia yang hidup di Malaysia.
Satu kumpulan/kelompok manusia
yang hidup saling berorganisasi,
berbincang, bekerjasama dalam
mengatur kerja secara kolektif,
mampu menyatukan buah fikiran
dan tindakan sehingga terjalin
hubungan antara satu sama lain
serta lahir satu sistem yang
dinamakan sebagai kebudayaan.
Memiliki
Memiliki
Undang-
Budaya
Undang

ELEMEN UTAMA
MASYARAKAT

Kelompok Wujud
Manusia Penempatan
Konsep Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum
yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan
adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka
(pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem
politik yang sama, tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka
amat kurang serta hubungan mereka amat terbatas
dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis
ras.
Konsep Masyarakat Majmuk
Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi
politik pula masyarakat majmuk timbul akibat
dominasi penjajah.

Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan /


kelemahan azam sosial bersama (common social
will) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui
anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi
panduan kepada tingkah laku sosial.
 Berkelompok
 Berkebudayaan
 Mengalami perubahan
 Berinteraksi
 Mempunyai kepimpinan
 Mempunyai aturan sosialnya
(stratifikasi sosial)
3 Stratifikasi Sosial
 Kelas : Kedudukan seseorang dalam
masyarakat berdasarkan
pemilikan harta atau kekayaan

Status : Jangkaan peranan yang


dimainkan oleh individu dalam
masyarakat seperti penerimaan
gelaran Dato’, Haji dan Lebai
Kasta : Kelas sosial yang keahliannya
ditentukan hanya melalui
kelahiran dan dalam hidupnya
tidak berlaku mobiliti sosial
Keperluan Mengkaji Masyarakat
 Manusia hidup bermasyarakat :
◦ perlakuan seseorang berkaitan dengan masyarakatnya
◦ seseorang itu dicermin dan mencerminkan masyarakatnya

 Memahami cara hidup bermasyarakat


◦ pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan
individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut
kehendak masyarakat setempat

 Memahami budaya dan masyarakat lain


◦ tidak akan mengalami satu kejutan budaya tetapi lebih
bersedia menghadapi perbezaan yang wujud

 Memupuk kerjasama antara anggota masyarakat


◦ perhubungan merangkumi masyarakat dunia
keseluruhannya
◦ dapat mengatasi isu-isu global seperti pencemaran,
teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya
Budhi
Kecergasan akal
fikiran
Takrifan Budaya
Cara hidup orang ramai termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir serta
cara perlakuan manusia yang
menggerakkan jiwa.
Daya
Kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh
Konsep Budaya
Kebudayaan ditakrifkan sebagai:

Satu keseluruhan cara hidup manusia (yang merangkumi cara


bertindak, berkelakuan dan berfikir).

Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang


bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.

Kebudayaan berbeza daripada satu masyarakat ke masyarakat


yang lain, namun beberapa aspek yang sama didapati wujud
dalam kalangan semua masyarakat (seperti bahasa, objek-objek
kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian
dll).

Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.


Jenis Budaya
 Budaya kebendaan : peralatan dan
kelengkapan hidup seperti rumah,
kereta, perahu, senjata, dan sebagainya

Budaya bukan kebendaan:


kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang. Contohnya adat istiadat yang
berbeza-beza dalam perkahwinan
Pembentukan Budaya Melayu
 Faktor adat resam: mustahak sebagai
petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidup bermasyarakat dan
berbudaya
Faktor budaya: penting sebagai alat
komunikasi
Faktor agama: paling penting kerana
agamalah dasar tanggapan terhadap
alam sekitar dari segi sosial dan fizikal
 Membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian serta identiti.

Memupuk kesedaran kebangsaan dan


kenegaraan berasaskan ciri-ciri
kerohanian, kemanusiaan, spiritual, dan
mental.
• Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
Dipelajari dipelajari dan melibatkan banyak unsur seperti
asimilasi dan adaptasi.

• Setiap perlakuan/ budaya itu diamal dan didokong


oleh sekumpulan manusia.
Dikongsi • Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan
individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

• Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.


Sejagat • Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh
alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

• Budaya itu diwarisi daripada satu generasi ke satu


generasi berikutnya.
Diwarisi • Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada
budaya terdahulu.
• Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengalami perubahan.
Berubah
• Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri
dan proses yang berlaku.

• Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan


Perlambangan
seperti logo, bendera, ukiran dll.

• Pandangan semesta ialah bagaimana manusia


memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling
Pandangan
ke dalam kehidupan seharian.
Semesta
• Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang
rapat dengan alam sekitar.
Agen-agen
sosialisasi

Pembelajaran
Tahap pendidikan Nilai keutamaan

Umur seseorang
Pertambahan
anggota Pertambahan
masyarakat keperluan dan
keinginan
Perubahan alam
sekitar

Penemuan dan
penciptaan
teknologi
Konflik yang Pertembungan
berlaku budaya
Memenuhi Panduan
keperluan hidup bertingkahlaku

Galakan manusia Mengatur hubungan


mencipta manusia

Alat penyatuan dan


pengenalan identiti
1.2- Konsep Kesepaduan dalam
Kepelbagaian Etnik di Malaysia
PERPADUAN
• Satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air

INTEGRASI
• Satu proses bagi mewujudkan satu
identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik
• Proses menyatukan berbagai-bagai kumpulan
Integrasi yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan
nasional sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi
mewujudkan identiti nasional

• Mengurangkan perbezaan psikologi di antara


penduduk dalam wilayah yang berkenaan
Matlamat • Mengatasi masalah perbezaan geografi dengan
integrasi merapatkan perhubungan dan interaksi supaya wujud
nasional di persefahaman antara penduduk dan suku kaum yang
Malaysia ada
• Mewujudkan identiti bersama iaitu simbol kesetiaan
dan komitmen terhadap konsep Nasionalisme
Malaysia
Integrasi • Mengurangkan jurang ekonomi dan sosial
wilayah antara wilayah maju dan mundur.
Integrasi • Usaha menyatupadukan rakyat melalui program
sosial sosial – sukan, perumahan
Integrasi • Untuk mengurangkan jurang perbezaan
ekonomi ekonomi antara kumpulan etnik
Integrasi • Mewujudkan satu sistem pendidikan yang
pendidikan bercorak kebangsaan dan sempurna
Integrasi
Usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan
kebudayaan
Integrasi Usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan
politik pembahagian kuasa politik
KAUM DESKRIPSI

Melayu Ciri-Ciri •Takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan :


•Seorang yang menganuti agama Islam
•Lazim bercakap Bahasa Melayu
•Menurut adat istiadat Melayu
•Kaum majoriti mewakili 55% penduduk Malaysia
Agama •Mengamalkan agama Islam
•Institusi agama : masjid dan surau, jabatan agama Islam dan
Mahkamah Syariah
Budaya •Menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta
perayaan kebesaran Islam yang lain.
Cina Ciri-Ciri •Berhijrah ke Tanah Melayu bermula abad ke-15 hingga
pertengahan abad ke-20
•Dikelaskan berdasarkan penggunaan dialek bahasa tertentu;
Hokkien, Hakka, Kantonis dan lain-lain
•Mewakili 25% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut agama Buddha dan Kristian
•Institusi agama: Tokong dan watt, persatuan-persatuan agama
Buddha
Budaya •Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei,
Hari Krismas dan Opera Cina
KAUM DESKRIPSI

India Ciri- •Berhijrah sewaktu penjajahan British dari Selatan India


Ciri •Dikelaskan berdasarkan kepada etnik tertentu;
Tamil,Telegu,Malayalee dan lain-lain
•Mewakili 7% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut agama Hindu, Sikh , Kristian dan Islam
•Institusi agama bagi agama Hindu ialah kuil serta Hindu Sangam
dan bagi agama Sikh iaitu Gurdawa serta Majlis Gurdawa Malaysia
Budaya •Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yang
beragama Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh
Etnik Ciri- •Terdiri daripada beberapa etnik kecil seperti:
Sabah Ciri •Sarawak:Iban,Bidayuh,Orang Ulu;
dan •Sabah:Kadazandusun,Bajau,Murut
Sarawak •Mewakili 12% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut agama Islam dan Kristian serta kepercayaan
animisme
Budaya •Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti Hari
Gawai dan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan dan juga perayaan-
perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas
 Bangsa:
 Bangsa iaitu jenis manusia daripada satu asal
keturunan (bangsa Melayu), kumpulan manusia
dalam satu ikatan ketatanegaraan (bangsa
Malaysia)
 Bangsa Malaysia adalah bangsa idaman
berteraskan hubungan kaum yang harmonis
(seperti dalam Wawasan 2020)
 Berbangsa termasuk dalam bangsa (kerani itu
berbangsa Cina), daripada keturunan orang baik
(orang berasal lagi berbangsa), berkerabat (saya
berbangsa dengan ibunya)
Ras
Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.
Terdapat 2 tahap ras, individu (melibatkan kepercayaan dan sikap individu) dan
institusi (melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi).

Rasisme

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial


terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-
mata
Etnik
Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya

Etnisiti
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa
disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama

Etnosentrisme
Kepercayaan atau rasa bangga dalam kalangan anggota sesebuah etnik bahawa
budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
Etnosenterisme:

- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan


sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya
daripada kebudayaan kelompok lain.
- Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila
mereka menilai kebudayaan lain berdasarkan standard
dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap
kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah.
- Etnosentrisme membayangkan keengganan /
ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk
menghargai pandangan kelompok daripada
kebudayaan masyarakat yang lain.
- Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah
mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan
stereotaip yang sedia ada (biasanya yang bersifat
negatif)
 Prejudis:
 Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain
 Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan
biasanya tidak diluahkan secara terbuka
 Tidak berasaskan fakta jelas, tepat atau mencukupi
 Wujud berdasarkan satu imej mental, biasanya
kurang memuaskan terhadap kumpulan etnik atau
ahli-ahli kumpulan etnik tertentu
 Contoh, seorang murid India berkata: “Saya tidak
mahu diajar oleh cikgu Melayu kerana ramai kawan
mengatakan bahawa cikgu Melayu adalah malas”
 Prejudis yang kuat sukar diubah walaupun dengan
fakta yang kukuh. Apabila disuarakan, prejudis
menjadi stereotaip
 Merupakan kenyataan umum terhadap
sesuatu kumpulan etnik, sama ada berbentuk
negatif atau positif
 Contoh kenyataan positif seperti orang
Melayu peramah, orang Cina pandai
Matematik dan orang India juara dalam lumba
maraton
 Gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk ditujukan kepada
sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain
 Untuk mengelakkan berlaku sikap stereotaip
terhadap sesuatu etnik pemahaman terhadap
budaya etnik lain perlu dihayati
 Setiap kumpulan etnik mempunyai
pandangan stereotaip masing-masing
terhadap kumpulan etnik yang lain
 Stereotaip negatif akan menimbulkan
perasaan negatif dalam kalangan masyarakat
serta membataskan interaksi antara etnik
dan menimbulkan semangat perkauman yang
menebal
 Diskriminasi merujuk kepada layanan buruk
sesuatu kumpulan etnik terhadap kumpulan etnik
lain, biasanya oleh kumpulan etnik dominan
terhadap kumpulan etnik minoriti
 Perbuatan membandingbezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain
berdasarkan ciri-ciri etnik semata-mata
 Manifestasi prasangka yang wujud dalam
kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku
apabila wujud stereotaip dan prejudis dalam
sesebuah masyarakat
 Manifestasi: mengelakkan diri daripada individu
atau etnik yang diprasangkakan, pembersihan
etnik
AMALGAMASI

ASIMILASI

AKULTURASI

AKOMODASI

SEGREGASI
Hubungan yang bersifat
pemisahan di antara etnik-
etnik dalam sesebuah negara

Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem


persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam

Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid di


Afrika Selatan.
Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara
satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik


bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan


etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni
(kepelbagaian bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas
bagi kelompok etnik). Diwakili formula A+B+C=A+B+C
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang
berlainan.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak


menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang
menerima.

Akulturasi lebih mudah dicapai melibatkan benda bersifat


kebendaan dan yang mendatangkan manfaat. Diwakili formula
A +B+C= Abc+Bac+Cab
Contoh: Tali leher, angpau, makanan, dan hiburan
Proses percantuman dan penyatuan antara etnik yang berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:


Individu di dalam atau di Interaksi berlaku dalam
Etnik yang berbeza budaya. antara etnik sering tempoh yang lama.
berinteraksi.

Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara


berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau
sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan
dan identiti

Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A


 Faktor kejayaan asimilasi
◦ Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti
mereka dan menerima identiti etnik lain
◦ Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain
◦ Kelompok minoriti adalah kecil
◦ Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik

 Faktor kegagalan asimilasi


◦ Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga
menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain
◦ Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih
tinggi daripada budaya etnik lain
◦ Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat
◦ Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik
minoriti
Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu
keseluruhan bersama.

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan
minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan
hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

Diwakili oleh formula : A+B+C=D


Pluraliti budaya: menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang
penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap
kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya sendiri.

Kelebihan pluraliti budaya: boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’


antara cara hidup lama dengan cara hidup baharu..
Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial dan peribadi yang
mungkin timbul akibat kejutan budaya

Diwakili oleh formula

A+B+C=(A+B+C). (A, B dan C) merujuk kepada budaya.


Masyarakat pluraliti : Gabungan dua atau lebih masyarakat yang hidup
bersama dalam satu unit politik atau dalam satu kerajaan
Ia wujud hasil daripada pluraliti budaya dalam sesebuah negara.

Masyarakat pluraliti boleh dikenali melalui:

Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam kelompok besar manusia.


Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik.
Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya-budaya masyarakat.
• Pemerintah dan yang diperintah ada yang
Pemerintahan berlainan bangsa.
• Hidup dalam komuniti yang berasingan.
• Nilai budaya dan politik yang dikongsi oleh
Budaya &
komuniti yang berbeza melalui persetujuan
politik
kebangsaan
• Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi
Ekonomi
dalam konteks bangsa
• Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi
Matlamat &
mempunyai keinginan yang sama seperti
Keinginan
keamanan dan kesejahteraan
Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala
Konflik
diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin
wujud di antara masyarakat pluraliti baharu ini
“Plurality” adalah sifat sesuatu keadaan yang di
dalam bahasa Melayu disebut “kepelbagaian”
atau “kemajmukan”.

Misalnya masyarakat kita adalah masyarakat


yang bersifat majmuk dengan pelbagai etnik,
kaum, agama, bahasa dan anutan agama.
Sayyid Qutb (1979)
“masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah
masyarakat yang melaksanakan cara hidup
Islam secara total yang bertitik tolak daripada
asas akidah, ibadah, undang-undang, moral
dan cara hidup sebagaimana yang
dikehendaki oleh syariat Islam. Masyarakat
dalam bentuk seperti inilah yang dikatakan
bertamadun.”
(al-Mujtama’ al-Islamy)
Zakaria Stapa (1994);
“secara mudah sesuatu masyarakat itu
dikatakan masyarakat Islam apabila manusia
yang mendiami di mana-mana daerah atau
tempat menjadikan Islam sebagai akidah,
pengatur dan penyusun kehidupan rohani
dan jasmani mereka serta menjadikan Islam
sebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka
untuk mencapai kesempurnaan dalam
pelbagai aspek hidup dalam masyarakat”
(Masyarakat Islam dan isu semasa).
 12. Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan
daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan
yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada
sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya
yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka
sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-
larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan
keadaan dan amalan kamu). “
(Surah al-Hujurat;12-13)
a) Islam menggariskan panduan hubungan
kemasyarakatan.
Kaitan ayat 12 & 13 amat kuat dalam aspek
hubungan antara kaum, etnik dan bangsa.
Islam melarang perbuatan “al-zan” yakni
bersangka buruk atau dalam istilah
sosiologinya prejudis yang diikuti stereotaip,
menghina, serta mengintip keaiban kelompok
lain. “al-Tajassus”; mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang, “al-Ghibah”;
mengumpat.
b) Kesemua larangan tersebut adalah punca
berlaku konflik sesama dan antara etnik yang
plural.
c) Allah mengiktiraf kepelbagaian kaum,
bangsa, puak, etnik.
Selain menandakan kekuasaan Allah
mencipta kepelbagaian ini, ia menunjukkan
pengiktirafan Islam terhadap kewujudan
semua jenis bangsa di dunia yang sekaligus
menyangkut kepelbagaian bahasa, budaya
dan tradisi bangsa-bangsa yang wujud itu.
d) Allah menggalakkan kesalingan dalam
perkenalan.
Acuan kalimah “ta‘arufu” dari aspek morfologi
Bahasa Arabnya memberikan maksud “saling
mengenali” yang mencakup proses perkenalan
dua hala yang erat dan mendalam. Ia
merupakan wadah utama proses asimilasi,
akomodasi, amalgamasi dan akulturasi dalam
pengajian sosiologi. Ia juga menepati maksud
dialog antara budaya dan agama, tuntutan
mengkaji dan saling mengenali kepelbagaian
budaya yang wujud.
e) Allah meletakkan matlamat pluraliti adalah
perkongsian yang sihat.
Saling mengenali adalah satu perkongsian
yang sihat. Kelemahan sesuatu bangsa atau
budaya ditampung oleh kelebihan etnik lain
yang adalah natijah perkongsian yang sihat.
Perkongsian penguasaan ilmu, teknologi,
kemahiran, dan pengalaman merupakan
adalah contoh perkongsian yang positif bagi
masyarakat yang multi-etnik.
f) Nilai “kemuliaan” yang universal melampaui
kaum, etnik, dan bangsa.
Penanda aras kemuliaan yang diletakkan
Islam amat universal.
g) Justeru sesuatu bangsa bukan mulia kerana
warna kulit, keturunan, ras, kabilah atau
etniknya bahkan yang mulia adalah yang
paling kuat hubungannya dengan Allah
(takwa).
َّ‫ض َوآخ ِت ََلفْ َآل ِس َن ِتكْمْ َو َآل َوآ ِنكمْ إ ْن‬ َ َ َ َ َّ َ َ َ
ِ ْ ِ ‫آت وآْل ْر‬
ْ ِ ‫و ِمنْ آيا ِت ِ ْه خلقْ آلسماو‬
َ َ َ ََ َ َ
‫)سورة آلروم‬22( ‫ين‬
ْ ‫ك ْلياتْ ِللعا ِل ِم‬ْ ‫ِفي ذ ِل‬
Ertinya;
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian
langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu
dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-
keterangan bagi orang-orang yang
berpengetahuan.” (Surah al-Rum;22)
ْ‫ب َعنكمْ ع ِب َّي َْة آل َج ِاه ِل َّْي ِة‬ ْ َ ‫آّلل َقدْ َآ َذ َه‬
َْ َّ ‫ال َيا َآ ُّي َها َّآلناسْ ِإ َّ ْن‬
ْ َ َ ‫اس َيو َْم َفت ِ ْح َم َّك َْة َف َق‬
ْ َ ‫آلن‬ ْ َ َ ‫آّلل َع َلي ِ ْه َو َس َّل َ ْم َخ َط‬
َّْ ‫ب‬ ْ َّ َ ‫آّلل َص َّلى‬ ْ َ ‫ن ع َم َ َرآ َّ ْن َرس‬
ِْ َّ ‫ول‬ ْ ِ ‫َعنْ آب‬
ْ َ ‫آّلل آ َد َْم ِمنْ ت َرآبْ َق‬
‫ال‬ ْ َّ ‫ق‬ ِْ َّ ‫آّلل َو َف ِاجرْ َش ِقيْ َه ِينْ َعلى‬
ْ َ ‫آّلل َو َ َّآلناسْ َبنو آ َْد َْم َو َ َخل‬ ِْ َّ ‫َو َت َعاظ َم َه َا ِبا َبا ِئ َها َف َّالناسْ َ َرجَل ِ ْن َبرْ َت َ ِقيْ َك ُِريمْ َعلى‬
} ْ‫آّلل َع ِليمْ َخ ِبير‬ َْ َّ ‫آّلل آت َقاكمْ ِإ َّ ْن‬ ِْ َّ ‫ل ِل َت َع َارفوآ ِإ َّ ْن آك َر َمكمْ ِعن َْد‬ ْ َ ‫آّلل { َيا آ ُّي َها َّآلناسْ ِإ َّنا َخلق َناكمْ ِمنْ ذ َكرْ َوآن َثى َو َج َعل َناكمْ شع ًوبا َو َق َبا ِئ‬ ْ َّ
Ertinya;
“Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW pernah
berkhutbah pada hari pembukaan Makkah sabdanya;
“Wahai sekelian manusia, sesungguhnya Allah telah
menghapuskan daripada kalian semangat jahiliah serta
[sikap] kemegahan dengan keturunan. Justeru manusia
disisi Allah [hanya] dua golongan; yang baik, bertakwa dan
mulia dan yang jahat, celaka dan hina bagi Allah. Kesemua
manusia adalah keturunan Adam dan Adam itu sendiri
Allah ciptakan daripada tanah. Firman Allah…”
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi)
‫وعن آبى نضرة قال حدثني من سمع خطبة آلنبي صلى هللا عليه وسلم في وسط آيام آلتشريق فقال‬
‫يا آيها آلناس آن ربكم وآحد وآباكم وآحد إْل ْل فضل لعربى على عجمي وْل لعجمي على عربي وْل‬
‫آسود على آحمر وْل آحمر على آسود إْل بالتقوى‬
Ertinya;
“Daripada Abi Nadrah bahawa nabi SAW telah
berkhutbah pada pertengahan hari tasyriq sabdanya;
“Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tuhan kalian
adalah satu, bapa kalian juga satu. Ketahuilah, tidak
ada sebarang kelebihan bagi orang Arab ke atas
orang bukan Arab, [demikian juga] tidak ada sebarang
kelebihan orang bukan Arab ke atas orang Arab, dan
juga tidak ada apa-apa kelebihan yang berkulit hitam
berbanding yang berkulit merah [putih], dan juga
tidak ada apa-apa kelebihan yang berkulit putih
berbanding yang berkulit hitam melainkan ketakwaan”
(Diriwayatkan oleh Ahmad)
• Surah al-Zukhruf;23
Ummah • Pegangan majoriti yang salah

• Surah al-Nahl;120
Ummah • Qudwah yang berpengaruh

• Surah Ali Imran;114


Ummah • Golongan yang benar

• Surah Al-Baqarah;143
Khayr Ummah • Generasi adil

• Surah Ali Imran;110


Ummatan Wasata • Generasi terbaik
• Dalam aspek hubungan etnik; komuniti
Kesimpulan yang membentuk masyarakat yang
penting dalam penyusunan masyarakat.
َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ َ َ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ
ْ‫ َوكذ ِلكْماْآر َسلن ِاْمنْقب ِلك ِْفيْقريةْ ِْمنْن ِذيرْ ِإْلْقالْمترفوهاِْْإناْوجدناْآباءناْعلى‬
َ
َ‫ون‬ َ َ َ َ َّ
ْ ‫آمةْو ِإناْعلىْآث ِار ِهمْمقتد‬ َ َّ ُ
 Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid
buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai
Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah
negeri, seseorang Rasul pemberi amaran,
melainkan orang-orang yang berada dalam
kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya
kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan
ugama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut
jejak mereka sahaja". (Surah al-Zukhruf;23)
َ َ َ َ َ ً َ َّ ً َ ً َّ ُ َ َ َ َ َّ
:‫ْح ِنيفاْولمْيك ِْمنْآلمش ِرِْكينْ[آلنحل‬
ْ ‫اّْلل‬
ِ ِ ‫ ِإنْ ِإبر ِآهيمْكانْآمةْقا ِنت‬
120
 120. Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah
merupakan "satu umat" (walaupun dia seorang
diri); dia takut bulat-bulat kepada Allah, lagi
berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan dia tidak
pernah menjadi daripada orang-orang yang
musyrik. (Surah al-Nahl;120)
َ َّ َ َ َ َّ َ َ َ َ َ َ َّ ُ َ َ ً َ َ
ْ‫ْآّللْآناءْآللي ِلْوهم‬ ِ ‫ات‬ ِ ‫ابْآمةْقا ِئ ْمة َْيتلون ْْآي‬ ِ ‫ت‬ ‫ك‬ِ ‫ْآل‬‫ل‬ِ ‫ه‬ ‫ْآ‬ ‫ن‬ ‫ْم‬
ِ ‫آء‬ ‫و‬ ‫وآْس‬‫ليس‬
ْ‫ف َو َين َهو َن َْع ِن‬ َِّ ‫ونْب‬
ْ ِ ‫اّلل َْوآل َي ُو ِ َمْآْل ِ ْخ ِر َْو َيامرو َنْ ِبال َمعرو‬ َ ‫) يؤ ِمن‬113(ْ‫ون‬ َ ‫َيسجد‬
َ َّ َ َ َ َ َ ِ َ َ َ
‫)سورة أل عمران‬114(ْ‫آتْوآول ِئك ِْمنْآلصا ِل ِحين‬ ِ ‫آلمنك ِرْويس ِارعون ِْفيْآلخير‬ َ
Ertinya;
113.“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. antaranya ada
golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap
(berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka
membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam,
semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
114. Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan
mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai
kebajikan. mereka (yang demikian sifatnya), adalah
daripada orang-orang yang soleh.”
َ َ َّ
ْ‫ْآلرسولْعليكم‬ َ َ َ
ْ ‫اسْويكون‬ َّ
‫ىْآلن‬‫ل‬َ َ
‫ْع‬ َ
‫آء‬ َ
‫د‬ َ
‫ه‬ ‫وآْش‬
ْ ‫ون‬‫ك‬ َ
‫ت‬ ‫ل‬ ْ‫ا‬‫ط‬ً َ
‫س‬ َ
‫ْو‬ ً
‫ة‬ ‫م‬َّ ُ
‫ْآ‬ ‫م‬ ‫اك‬‫ن‬َ ‫ل‬ َ
‫ع‬ َ
‫ْج‬ َ
‫ك‬ ‫ل‬ َ
‫ذ‬ َ
‫ك‬ ‫و‬َ
ِ ِ ِ
)143(ْ‫سو ةْآلبقرة‬...‫ش ِهيدآ‬‫ر‬ ً َ
143. Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah
memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu
umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak
menjadi orang yang memberi keterangan kepada
umat manusia (tentang yang benar dan yang
salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan
menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu.
َ َ َ َ َ َ ‫و‬ َ َ ‫و‬ ْ َ
ْ‫اس ْْتامر َنْ ِ َبالمع َر ِفَْوتنهوْنْع ِنْآلمنك ِر‬ َّ َ ُ َّ
‫{ كنتمْخيرْآمةْآ َخ ِرجتْ ِ َللن‬ُ َ َ
ً َ َ ِ َ َ َ َّ َ َ
]110 :‫ابْلكانْخيرآْلهمْ} [آل عمران‬ ‫ت‬
ِ ِ ْ
‫ك‬ ‫ْآل‬ ‫ل‬‫ه‬ ‫ْآ‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ْآ‬ ‫و‬‫ل‬‫ْو‬ ‫اّلل‬
ِ ‫ب‬ ْ
ِ ِ‫ون‬ ‫ن‬‫م‬ ‫ؤ‬‫ت‬ ‫و‬
Ertinya;”
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-
baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta
kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab
(Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana
yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi
baik bagi mereka”. (Surah Ali Imran;110)
NATIJAH & OBJEKTIF AKIDAH
AKHLAK DAN SYARIAT

SYARIAT

MENGAWAL PERILAKU
MASYARAKAT
AKIDAH

MENGIKAT HUBUNGAN
SEMESTA DENGAN ALLAH
AKIDAH

SYARIAT

AKHLAK

BUDAYA

MASYARAKAT
Muhajirin Ansar

Yahudi
BANGSA KETURUNAN

ARAB Bani Awf-Bani al-Harith-


BaniSa’idah-Bani Jusyam-Bani al-
Najjar-Bani Amru-Bani Nabit-
Bani Aws

YAHUDI Bani Tha’labah-Bani Jafnah-Bani


Syutaybah-Bani Qaynuqa’-Bani
Quraizah
 “Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri
di atas akidah dan pemikiran tertentu yang
kemudiannya melahirkan sistem, undang-
undang, moral dan akhlak Islam. Itulah maksud
di sebalik penamaannya sebagai “masyarakat
Islam”. Dalam erti lain masyarakat Islam ialah
masyarakat yang mengambil seluruh ajaran Islam
sebagai cara hidup, sumber hukum, pegangan
dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan dalam
mengatur hubungan individu dengan
masyarakat, rohani dengan fizikal, dan negara
dengan masyarakat antarabangsa.”
ْ‫ْلليهودْدينهمْوللمسلمينْدينهم‬،‫وإنْيهودْبنىْعوفْآمةْمعْآلمؤمنين‬
.‫ْإْلْمنْظلمْوآثمْفإنهْْلْيوتغْإْلْنفسهْوآْهلْبيته‬،‫موآليهمْوآنفسهم‬
Ertinya;
“Dan bahawa orang-orang Yahudi Bani ‘Awf adalah
umat yang satu bersama orang-orang yang
beriman. Bagi orang-orang Yahudi [kebebasan
mengamalkan] agama mereka dan bagi orang Islam
juga [kebebasan mengamalkan] agama mereka
melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa,
maka keburukannya tidak akan tertimpa melainkan
kepada diri dan keluarganya sendiri”
(Sirah Ibn Kathir)
 Huraikan: Akulturasi; Segregasi; Amalgamasi
 Bincangkan TIGA (3) pendekatan konsep
akomodasi yang wajar dijadikan panduan bagi
menjamin keharmonian hubungan etnik di
Malaysia dengan mengemukakan contoh yang
relevan
 Bincangkan TIGA (3) aspek kebudayaan kaum
Baba-Nyonya yang diterima daripada orang
Melayu
 Bincangkan TIGA (3) ciri yang terdapat dalam
sesuatu budaya sehingga membolehkan ia
bertahan lama

Anda mungkin juga menyukai