Anda di halaman 1dari 13

BME501

Pengantar fonetik & fonologi


(bahasa melayu)

TOPIK 8
FITUR DISTINGTIF
 Teori fitur distingtif
 Kelas natural dan redundansi/kelewahan

 Analisis fitur distingtif (konsonan dan vokal)


Pengenalan

 Secara umumnya, fonem-fonem boleh dibahagikan


kepada jenis-jenis tetentu berdasarkan cara dan titik
artikulasi ketika fonem-fonem itu dihasilkan.
 Misalnya fonem;
/p, t,k/ --- bunyi hentian tidak bersuara
/m,n, ,ŋ/ ---bunyi nasal bersuara
/l, r/ ---- likuida

 Pengkelasan atau pemecahan fonem kepada bentuk yang lebih kecil


dinamakan fitur distingtif. Ini kerana, pengkelasan bunyi
berdasarkan cara dan titik artikulasi tidak dapat menggolongkan
bunyi-bunyi yang memperlihatkan perilaku fonologi yang sama.
Teori Fitur Distingtif

 Andaian asas teori fonologi kini ialah fonem dalam


sesuatu bahasa itu boleh dianalisis atau dipecahkan
kepada seberkas fitur distingtif.
 Atau, gabungan fitur-fitur distingtif ini akan
membentuk dan mendirikan satu unit fonem.
 Fitur-fitur distingtif ini berperanan mencirikan fitur
yang dikongsi bersama oleh segmen-segmen
tertentu.
 Di samping itu, fitur-fitur distingtif berperanan
membezakan satu kumpulan segmen dengan satu
kumpulan yang lain.
Schane (1973) menyatakan:

 Fitur yang sesuai secara idealnya harus menepati tiga fungsi;

 Fitur tersebut mampu menghuraikan fonetik sistematik –fungsi fonetik


 Fitur yang hadir berpasangan & berlawanan
 Bunyi nasal vs oral
 Bunyi bersuara vs tak bersuara
 Bunyi depan vs belakang

 Fitur yang mewakili nilai pada satu titik skala yang mendatar
 Bunyi tinggi, tengah, rendah bagi vokal
 Bunyi berdasarkan titik artikulasi (labial, dental,velar,) bagi konsonan

 Pada peringkat yang lebih abstrak, fitur boleh mebezakan butir leksikal – fungsi
fonemik

 Fitur mampu mendefinisikan kelas natural atau kelas semula jadi (sebagai satu
kumpulan segmen yang mengalami proses fonologi yang sama)
Fungsi Lambang ‘+’ dan ‘-’

 Bagi menunjukkan ciri yang bertentangan


/berlawanan ini, kita boleh menggunakan sistem
binari/dedua (menunjukkan dua sifat/dua kualiti
yang berbeza/ada ciri/tidak ada ciri) .
 Lambang ‘+’ : mempunyai ciri /nilai yang diekndaki
 Lambang ‘-’ tidak memiliki ciri /nilai yang dikehendaki

 Misalnya:
 Bunyi bersuara ---- [+bersuara]
 Bunyi tidak bersuara -----[-bersuara]
Fitur kelas utama

1. Silabik/tak silabin [silabik]


 Bunyi-bunyi silabik ialah bunyi yang menjadi puncak suku kata, manakala bunyi tak
silabik tidak boleh berbuat demikian. Bunyi-bunyi silabik juga biasanya lebih nyaring
berbanding dengan bunyi-bunyi tak silabik.
 [+silabik] vokal, nasal dan likuida
 [-silabik] separuh vokal, geluncuran glotal, konsonan-
konsonan lain
2. Konsonantal/tak konsonantal [konsonantal]
 Bunyi konsonantal ialah bunyi yang dihasilkan dengan cara berlakunya penyekatan atau
penyempitan pada terusan ujaran. Bunyi-bunyi tak konsonantal dihasilkan tanpa
sebarang sekatan.
 [+konsonantal] hentian, frikatif, nasal, likuida
 [-konsonantal] vokal, separuh vokal, geluncuran glotal
3. Sonoran/tak sonoran [sonoran]
 Bunyi sonoran/tak sonoran dihasilkan dengan keadaan terusan ujaran terbuka luas dan
dengan itu tekanan udara di bahagian dalam dan luar mulut menjadi seimbang. Bunyi
obstruen pula dihasilkan dengan cara berlakunya penyempitan pada terusan ujaran, dan
ini meningkatkan tekanan udara di bahagian dalam mulut berbanding dengan udara di
bahagian luar.
 [+sonoran] vokal, separuh vokal, likuida, nasal
 [- sonoran] hentian, frikatif, geluncuran glotal
Fitur cara
1. Kontinuan/tak kontinuan [kontinuan]
 Bunyi kontinuan dihasilkan dengan keadaan terusan ujaran membenarkan pengaliran udara
membenarkan pengaliran udara di dalam rongga mulut tanpa sebarang sekatan.
 [+kontinuan] vokal, separuh vokal, likuida, frikatif
 [-kontinuan] hentian oral, nasal
2. Nasal/oral [nasal]
 Bunyi nasal dihasilkan dengan merendahkan lelangit lembut supaya udara keluar melalui
rongga hidung. Bunyi oral dihasilkan dengan cara menaikkan lelangit lembut supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
 [+nasal] konsonan nasal, vokal yang dinasalisasikan
 [-nasal] bunyi-bunyi lain
3. Lateral/tak lateral [lateral]
 Bunyi lateral dihasilkan dengan cara udara keluar melalui sisi lidah.
 [+lateral] sisian
 [-lateral] bunyi-bunyi lain
4. Striden/tak striden [striden]
 Bunyi striden dihasilkan dengan cara udara keluar dengan intensiti bunyi yang tinggi.
 [+striden] frikatif, afrikat
 [-striden] bunyi-bunyi lain
5. Lepas lewat/tak lepas lewat [lepas lewat]
 [+lepas lewat] afrikat
 [-lepas lewat] bunyi-bunyi lain
Fitur titik artikulasi

1. Koronal/ tak koronal [koronal]


 Bunyi koronal dihasilkan dengan cara menaikkan daun lidah ke
bahagian antara gigi (dental) dan lelangit keras (palatal).
 [+koronal] dental, alveolar, palatal
 [-koronal] labial, velar

2. Anterior/tak anterior [ anterior]


 Bunyi anterior dihasilkan dengan cara berlakunya penyempitan di
bahagian depan gusi (alveolar)
 [+anterior] labial, dental, alveolar
 [-anterior] palatal, velar
Fitur badan Lidah

1. Tinggi/tak tinggi [tinggi]


 Bunyi tinggi dihasikan dengan cara mengangkat badan lidah ke arah palatal
 [+tinggi] palatal, velar, separuh vokal, vokal tinggi,
konsonan yang dipalatalisasikan dan
divelarlisasikan.
 [-tinggi] bunyi-bunyi lain
2. Rendah/tak rendah [rendah]
 Bunyi rendah dihasilkan dengan cara menarik badan lidah jauh ke bawah dari bumbung mulut.
 [+rendah] vokal rendah
 [-rendah] bunyi-bunyi lain
3. Belakang/depan [belakang]
 Bunyi belakang dihasilkan dengan lidah ditarik ke belakang
 [+belakang] velar, separuh vokal, vokal tengah, vokal belakang, konsonan yang
divelarisasikan
 [-belakang] bunyi lain-lain
4. Bundar/hampar [bundar]
 Bunyi bundar dihasilkan dengan cara membundarkan bibit, manakala bunyi hampar dihasilkan
dengan cara menghamparkan bibir
 [+bundar] vokal bundar, konsonan yang dilabialisasikan
 [-bundar] bunyi-bunyi lain
Fitur Sampingan

 Fitur prosodi
 Fitur tekanan

 Fitur nada

 Fitur kepanjangan
Kelas Natural

 Sesuatu segmen atau fonem itu boleh


direpresentasikan dengan satu matrik fitur distingtif.
Segmen atau fonem-fonem yang terdapat dalam
sesuatu bahasa itu, sekurang-kurangnya mempunyai
satu perbezaan fitur. Tidak ada morfem atau segmen
yang mempunyai semua fiturnya sama.
 Cth dalm BM, segmen /m/,/n/,/ŋ/,/ɲ/ membentuk
satu kelas natural dengan menggunakan fitur
[+nasal]
Segmen Redundensi/Kelewahan

 Dalam fitur matrik, setiap segmen mempunyai nilai


yang dinyatakan dalam bentuk fitur.
 Sesetengah daripada fitur ini dapat dijangkakan atau
diramalkan. Dengan kata lain, di dalam fitur matrik
terdapat redundasi.
 Fitur redunden apabila kehadirannya tidak peting
untuk mengenal pasti sesuatu unit linguistik atau
fonem

Anda mungkin juga menyukai