Anda di halaman 1dari 30

BANGSA MELAYU MENGIKUT

ULAMA’ AHLU SUNNAH WAL JAMAAH


DALIL BANGSA

Ertinya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kami


ciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak
supaya kamu berkenal-kenalan diantara kamu.
Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan
kamu adalah mereka yang paling bertaqwa disisi Allah
Taala (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah sangat mengetahui lagi amat
mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu)”
(Al Hujurat – 13)
ASAL USUL
BANGSA MELAYU

Adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi


Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah. Dari pernikahan
ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian,
Ishbak dan Shuah. Dari keturunan inilah berkembang-
biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji =
satu ; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi
(JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satu Tuhan

Ibnu Athir al-Jazari


Kitab al-Kamil fi at-Tarikh
ASAL USUL
BANGSA MELAYU

Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah


negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitu negeri Asia Timur
dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti
Kerajaan Melayu Champa dan Langkasuka. Apabila
berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang
tinggal di kawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-
pulau di nusantara dan membentuk pula beberapa
kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit
bahawa penghijrahan dari tanah besar ke kepulauan
nusantara di sebut sebagai MELAYU
Ibnu Athir al-Jazari
Kitab al-Kamil fi at-Tarikh
ASAL USUL
BANGSA MELAYU
• Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah
membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA
Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa
Bani Israel

• Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa Minangkabau


(satu dari rumpun Melayu Pagar Ruyung) dan Kelantan (satu dari rumpun
Melayu Fathani) adalah baka Melayu asli

• Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa


rumpun Melayu adalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahun

• Sejarah keturunan Raja-raja Bugis yang ditulis oleh Habib Abdullah bin Abu
Bakar al-Hadad mengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu
Bugis adalah hasil perkahwinan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis (Puteri
Saba’)
TONGGAK KEMULIAAN
BANGSA MELAYU

BANGSA AGAMA NEGARA


bahasa aqidah siasah
budaya pendidikan pentadbiran
sejarah
(1) BAHASA
Bahasa Melayu adalah yang paling ringan (mudah)
bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Kerana itulah
kebanyakan orang Hijaz/Arab menggunakan bahasa
Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa
tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa
Melayu.

Syeikh Ahmad al-Fathani


Kitab Tashil Nailil Amani
KUPASAN
• TS Khir Johari menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1965.
Akibatnya kita tidak boleh membaca/menulis jawi dan tak boleh
mengaji kitab ulama Melayu/al-Quran. Kesilapan telah pun
dibuat, kini Kerajaan terpaksa membetulkan kembali keadaan
melalui modul J-QAF. Manakala, Sekolah Arab dan Pondok
menjadikan tulisan jawi sebagai medium tulisan rasmi mereka.
Lawatilah http://www.ejawi.net/v3/

• Golongan yang ingin menyama-tarafkan bahasa Melayu


dengan lain-lain bahasa, contohnya papan-papan tanda nama
jalan dalam 3 bahasa di Pulau Pinang. Bahasa Melayu kini
berjaya menjadi pengantar rasmi dalam perkhidmatan awam,
sekolah, mahkamah, istana, dewan rakyat, institusi pengajian
tinggi dll. Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
ekonomi tertakluk kepada penguasaan bangsa ini dalam bidang
ekonomi
(2) SEJARAH

Ketahui olehmu bahawa Ilmu Tarikh itu daripada sebesar-


besar segala kadarnya. Dan terlebih cemerlang dalam
segala kelam, tercengang itu qamarnya. Ia memberi faedah
akan yang mempunyainya akan cerdik dan tajam
penilikkannya. Adapun ahli tanah Melayu kita, maka tiadalah
mereka itu memperduli dengan sya’an tawarikh. Hingga
jahilah mereka itu akan ahwal segala masa yang telah lalu
atas negeri mereka daripada beberapa masa yang hampir.
Bahkan tiada mengetahui mereka itu akan nama-nama
nenek moyang mereka itu

Syeikh Ahmad al-Fathani


Kitab Hadiqatul Azhar
KUPASAN
• Mata pelajaran sejarah tidak menjadi subjek teras di zaman era
PM Dr Mahathir. Akibatnya, generasi muda tidak kenal jati diri
dan hilang semangat patriotisme kepada negara. Parti
pembangkang ingin membuat tafsiran semula sejarah negara ini
bagi menutup kesilapan silam dan asal-usul mereka. PM
Abdulah Badawi pada tahun 2009 membuat keputusan untuk
menjadikan subjek ini wajib lulus dan subjek teras di sekolah
rendah/menengah menjelang 2011

• Golongan yang mengumpul, menyusun dan mencantum nasab


keturunan keluarga bagi memastikan anak-cucu kenal susur-
galur dan menjalin hubungan silaturahim. Teromba nasab juga
boleh digunakan sebagai rujukan sistem faraid, mengangkat
pemimpin dan mengelakkan kecacatan baka keturunan. Kalau
asal benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dilontar
ke darat menjadi gunung, dilambung ke langit menjadi bintang
(3) BUDAYA

Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut


lunak, berperibadi baik. Sebahagian ciri-ciri khusus
mereka itu, ialah bahawa tidak terlihat di negeri mereka
dan lainnya peminta (pengemis) walau pun keadaan
mereka sendiri sangat miskin….Fitrah bangsa Melayu
sangat mematuhi kedua-dua orang tuanya. Sebahagian
besar mereka dengan mudah mengikut perintah-
perintah agama Islam

Syeikh Ahmad al-Fathani


Kitab Hadiqatul Azhar
KUPASAN
• Golongan bukan Melayu mengksploitasi sifat “baik hati” ini
dengan menuntut pelbagai perkara. Kerajaan berjaya
menangani tuntutan ini kerana mengamalkan 4 prinsip
khalifah Islam, iaitu syura (kebertanggungjawaban
bersama), keadilan (meletakkan sesuatu sesuai pada
tempatnya), persamaan (kewajipan semua untuk
melaksanakan) dan kebebasan (selagi tidak
memudaratkan kepentingan lebih besar)

• Golongan elit profesional Melayu yang melihat jati diri


orang Melayu sebagai suatu kelemahan dan lebih
cenderung memakai nilai-nilai hidup liberal yang sekular.
Contohnya Abdullah Munsyi (1796-1854) @ Abdullah
Padre yang belajar kebebasan berfikir dari kumpulan
mubaligh kristian dan menjadi penterjemah pertama kitab
injil (Kajian Dr Abdullah Abd Rahman, USM)
SOAL JAWAB
&
REHAT 10 MINIT
(1) AQIDAH
Beratus-ratus tahun bangsa Melayu seMalaya ini
bermazhab (feqah) dengan al-Imam asy-Syafi`i ijma`an,
usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari dan
tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali. Sekarang
sudah timbul mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar
dari mazhab 4 mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Maksud
mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati
dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu
semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya
untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan
kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Syeikh Abdullah Fahim
Sedutan Wasiat Buat Melayu
KUPASAN
• Golongan Mujasimmah yang memberi sifat-sifat makhluk
kepada Allah swt. Contoh:- Allah bersila, Allah samseng, Allah
mencarut, Allah tertakluk pada masa dll

• Golongan Tauhid 3 Serangkai yang menolak Tauhid Sifat 20


atas hujah bidaah. Subjek Pendidikan Islam / Tasawur Islam di
bawah KBSM (1989) turut berpegang kepada tauhid Uluhiyyah-
Rubbubiyyah-Asma wa Sifat
• Golongan agamawan yang tidak memuliakan Rasullullah saw
dan menisbahkan baginda sebagai manusia biasa. Contoh:-
Nabi SAW orang kampung, Nabi SAW budak kelantan, maulid
warisan kristian dll

SILA RUJUK KAJIAN & BUKTI YANG


TERDAPAT DALAM CD
KUPASAN
• Golongan yang tidak memuliakan nasab keturunan Rasullullah
saw (ahlul bait). Contoh:- baka syed sebagai pemecah belah
umat, golongan habib adalah syiah yang sesat, tawaf kubur dll

• Golongan yang menghukum sesat, jahiliyyah dan bidaah


beberapa amalan yang telah pernah dipraktikkan para sahabat
dan alim-ulama. Contoh:- tareqat, salawat, maulid, talqin, tahlil
dll

• Golongan yang menolak taqlid 4 mazhab (fiqhul sunnah). Umat


Islam dianjurkan untuk menggunakan akal fikiran untuk
menafsir al-quran dan hadis secara terus atau mencari dalil
yang lebih kuat untuk menentukan sesuatu hukum yang sesuai
mengikut keperluan masa, tempat dan keadaan.

SILA RUJUK KAJIAN & BUKTI YANG


TERDAPAT DALAM CD
(2) PENDIDIKAN
Adalah ilmu bahasa sangat besar manfaatnya. Kerana bahawasa, seseorang
apabila ia mengetahui dengan beberapa lughat yang lain daripada lughat
dirinya niscaya mudahlah baginya mua’amalah, mushahabah dengan
sekalian bangsa itu, dan tiada memudah-mudah mereka itu dengan dia
Bahasa Melayu adalah bahasa paling fasih diucapkan sesudah bahasa yang
digunakan oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu bahasa Arab (Syeikh Ahmad al-
Fathani - Kitab Hadiqatul Azhar)

Tiadalah ilmu itu dikecualikan pada menuntut ilmu bahasa Inggeris saja, tetapi
lebih dari itu, termasuklah ilmu bahasa Arab. Pelajarilah akan dia (Surat
Syeikh Ahmad al-Fathani kepada anaknya Haji Wan Ismail)

Mereka (bangsa Melayu) memiliki kehormatan yang baik, menguasai


perbaikan pertukangan, menerima tentang modenisasi teknologi, mereka
memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan
kefahaman padanya (Syeikh Ahmad al-Fathani - Kitab Hadiqatul Azhar)
KUPASAN
• Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama dengan sijil
SPM diberi peluang sebagai guru Agama Islam dan J-QAF (Jawi + Quran +
Arab + Fardu Ain). Lulusan United Examination Certificate (UEC) dengan sijil
SPM diberi peluang sebagai guru Bahasa Mandarin

• Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris


(PPSMI) & Memartabatkan/Memperkasakan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah pendekatan Kerajaan
untuk merealisasikan dalil tersebut

• Dasar Ekonomi Baru (DEB) memperlihatkan penubuhan MARA, IKBN,


KEMAS dan MLVK yang memberi peluang kepada pelajar yang tercicir dalam
pengajian akademik meneruskan pembelajaran dalam bidang vokasional dan
kemahiran industri
SOAL JAWAB
&
REHAT 10 MINIT
(1) SIASAH

Islam memandang kebangsaan sebagai alat dan bukan


sebagai tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil
tempat yang sederhana dan boleh sebagai satu
lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu
baginya tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang
besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang
dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau
tunggangan untuk menyampaikan ke akhirat

Dr Burhanuddin al-Helmy
Pengasas Parti Islam Se-Malaysia
(1) SIASAH

Dan manakala kita lemah daripada mendirikan sesuatu


daripada hukum syarak seperti rejam zani muhsan
(hukum hudud), dan takut fitnah yang memudaratkan
Muslimin yang kita tiada kuasa atas menolaknya,
nescaya gugur daripada kita wajib mendirikan dia pada
ketika itu. Dan wajib atas sekalian Muslimin bersungguh
-sungguh mencarikan jalan dengan tadbir dan siasah;
belajar dan mempelajarkan akan anak-anak kita akan
segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak daripada
ilmu siasat dan ilmu syara’ hingga dapat mendirikan
seperti barang yang iaitu zahir
Syeikh Ahmad Fathani
Kitab al-Fatwa al-Fathaniyah
KUPASAN
• Golongan yang berjuang melalui bangsa dianggap assabiyah
dan dihukum takfir; contohnya - fatwa mati menentang
golongan ini dianggap mati syahid, masuk syurga. Nabi SAW
saw sendiri mengaku sebagai bangsa Quraisy. Malah alim-
ulama seperti al-Mawardi, al-Farra’ dll meletakkan bangsa
Quraisy sebagai syarat utama pelantikan seorang pemimpin

• Hukum hudud boleh ditangguhkan jika ia membawa mudharat


yang lebih besar kepada masyarakat dan negara. Contoh:- hal-
ehwal Islam di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi
dengan jalan tadbir-siasah, Kerajaan Persekutuan masih dapat
menyalurkan bantuan seperti gaji guru KAFA, kebajikan jemaah
haji, kuat-kuasa halal-haram makanan, pembinaan masjid dll
(2) PENTADBIRAN

Wajib atas sekalian mukallaf memelihara dirinya dan


orang-orang yang di bawah perintahnya, pada kulliyat,
iaitu : beberapa perkara yang dibangsakan pada
sekalian hukum-hukum agama Allah yang terbit
daripadanya – iaitu agama, diri, harta-benda, nasab,
akal fikiran dan kehormatan. Bahawa untuk memelihara
kesemuanya itu dengan memelihara watan. Bahawa
tiap-tiap kebajikan adalah dengan pentadbiran yang
baik pula
Syeikh Ahmad al-Fathani
Kitab Jumanah at-Tauhid
(2) PENTADBIRAN

Sayogianyalah memperbaiki mu’amalat sesama kaum


Muslimin pada segala pekerjaan agama dan dunia.
Hendaklah semua urusan itu berpedoman dengan hukum
syara’, mengikut apa-apa yang telah digariskan oleh Nabi
Muhammad saw – “Pergaulilah semua manusia dengan
sebaik-baiknya akan tetapi harus ingat, sangat-sangatlah
utama menjauhi sesama manusia apabila akibat pergaulan
itu membawa fitnah dan dicela oleh agama Islam”

Syeikh Ahmad al-Fathani


Kitab Jumanah at-Tauhid
(2) PENTADBIRAN

Dunia ini tempat bercucuk tanam bagi bekalan akhirat.


Dan tidak sempurna agama melainkan seiring dunia.
Kekuasaan politik dan agama adalah pasangan
berkembar. Agama itu tiang utama, sementara
kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang
tiada tiang, maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada
penjaga akan musnah dan hilang.

Imam al-Ghazali
Kitab Ihya ‘Ulumiddin
KUPASAN
• Alim ulama’ dan ahlus suffah hendaklah diletakkan pemerintah sesuai
pada tempatnya. Beberapa contoh semasa:-
 13 Mei 1969 - PAS masuk BN kerana Dato’ Asri bin Muda akur dengan
jumhur guru-guru pondok Kelantan
 31 Ogos 1957 - Ditentukan oleh Syeikh Abdullah bin Fahim melalui
ilmu firasat dan ilmu falak
 Tasauf sufiah adalah roh kepada perjuangan Islam - Dr Burhanuddin
al-Helmy

• Matlamat politik ialah menegakkan agama. Kaedah-kaedah berpolitik


mestilah bersandarkan prinsip-prinsip syarak. Tidaklah boleh kerana
hendak menang dalam politik, maka kita menjadi taksub dan hilang
pegangan agama dalam keghairahan meraih sokongan.

• Agama itu tiang agama, kuasa itu penjaganya. Agama yang dimaksudkan
ialah Islam yang bersendikan mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam
bidang tauhid, feqah dan tasauf. Bukan agama Islam dari lain-lain
fahaman dan aliran
RUMUSAN
• Ketuanan Melayu
Adapun kerana FAKEH bangsa melayu ini akan tujuh (7) tonggak perkara
serta muafakat ia dengan tauhid-fekah-tasauf Ahlu Sunnah Wal Jamaah,
maka wajarlah ia menjadi KHALIFAH di bumi Malaysia ini. Oleh itu,
Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran
untuk memastikan orang melayu semakin ramai yang menjadi fakeh

• Kesatuan al-Malayuwiyah
Bangsa Melayu hendaklah bersatu untuk mempertahan, menerus dan
menurunkan SAKA ini kepada anak-anak kita. Kita lentur anak-anak
dengan tangan, lisan dan doa. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah
mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran untuk memastikan orang melayu
sentiasa bermuafakat agar mudah dibangunkan bakat mereka
AMALAN BUAT PEJUANG
• Ratib al-Haddad mengambil nama sempena nama
penyusunnya, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad,
mujaddid terkenal yang menghasilkan amalan ini
pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071
Hijrah (bersamaan 26 Mei 1661)

• Amalan Ratib al-Haddad ini diijazahkan kepada tuan-


puan sekalian selaku ketua keluarga dan pemimpin
masyarakat agar sentiasa ditolong Allah swt untuk
menjadikan anak-anak kita sebagai seorang Fakeh
Khalifah yang dapat mempertahankan Saka warisan
nenek-moyang kita
DOA BUAT PEJUANG
• Benarlah kata alim ulama bahawa “Cinta Kepada Bangsa,
Agama dan Negara Itu Sebahagian Daripada Iman”.
Kepada pejuang Bangsa, Agama dan Negara, bersama-
samalah kita ambil barakah dari doa Syeikh Ahmad al-
Fathani ini (walaupun ada sesetengah dari kita tidak
bersyukur menjadi bangsa ini):-

Ya Allah, menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati


mereka itu, dan membesarkan hemah mereka itu, dan
menghadapkan inayah dan menyungguh-nyungguh usaha
mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri al-Malayuwiyah
ini bendaharaan ilmu, dan perladungan kepandaian dan
membukakan segala mata anak jenis mereka itu kepada
memandang cemerlang kebijakan dan handalan supaya ada
kelihatan kemegahan bangsa Melayu antara segala alam,
tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam, bertambah-tambah
kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama, dan bertambah
nyata agama mereka itu atas segala agama
BACAAN
RATIB AL-HADAD
&
DOA BUAT
BANGSA-AGAMA-NEGARA

Anda mungkin juga menyukai