Anda di halaman 1dari 11

Teori Robert Havighurst

Peringkat pertama ( lahir – 2 tahun).


• Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya
mencapai kecerdasan deria dan memahami
sifat objek.
Peringkat kedua “ Toddlerhood” (2-3
tahun).
• Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan
yang pelbagai seperti turun naik tangga.
Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi
dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka
dalam permainan fantasi mula mengawal
pergerakan diri.
Peringkat ketiga prasekolah (4 – 6
tahun ).
• Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut
jantina masing-masing .Misalnya kanak-kanak
perempuan meniru peranan ibu seperti
memasak, membasuh kain dan mengemas
rumah.
Peringkat keempat sekolah rendah ( 6
– 12 tahun )
• Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari
segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada
tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai
3M seperti membaca, menulis dan mengeja.
Peringkat kelima awal remaja ( 12 –
18 tahun ).
• Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap
kematangan fizikal seperti tinggi yang
maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka
berada pada peringkat operasi formal. Dari
segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam
diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka
mampu untuk kawal emosi
Peringkat keenam akhir remaja (18 –
22 tahun).
• Remaja cuba mempengaruhi otonomi
daripada ibu bapa. Remaja mula membentuk
identiti mengikut jantina iaitu lelaki atau
perempuan
Peringkat ketujuh awal dewasa ( 22 –
34 tahun )
• Pada peringkat ini,seseorang akan meneroka
persahabatan intim yang berlainan jantina
Peringkat kelapan pertengahan
dewasa ( 34 – 60 tahun).
• Peringkat ini, individu mempunyai
berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi
ketua.
Peringkat kesembilan akhir dewasa (
60 – 75 tahun )
• Individu pada peringkat ini telah bersara dan
lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja
amal dan ibadat.
Peringkat kesepuluh tua ( 75 tahun –
meninggal dunia ).
• Pada peringkat ini mereka mula menangani
masalah kesihatan seperti osteoporosis,
nyanyok dan menopause

Anda mungkin juga menyukai