Anda di halaman 1dari 31

BMMB3073

KAEDAH
PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
SEKOLAH
RENDAH
Pembentang:
Loretta anak Ron
Jering anak Belu
PISMP BIB SEM 3
Pensyarah: Cik Habibu
TOTURIAL 8
Jelaskan kaedah Pdp bahasa berdasarkan kaedah berikut:
 Kaedah tatabahasa terjemahan
 Kaedah ajuk hafaz
 Kaedah linguistik
 Kaedah terus
 Kaedah natural
 Kaedah bahasa komuniti
Pengenalan
 Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah
satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan
sesuatu pengajaran secara teratur dan sistematik.
 Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru
mengajar bahasa mengikut cara yang betul dan
terancang.
Kaedah Tatabahasa Terjemahan
 Merupakan kaedah klasik yang dirancang untuk
kemahiran menulis bukan kemahiran bertutur.
 Mementingkan aspek ejaan, penulisan dan
tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa.
 Tidak mementingkan P&P bahasa secara aktif dan
tidak mementingkan aspek fonetik.
Teknik Mengajar
 Murid diperkenalkan dengan hukum-hukum tatabahasa.
 Guru memberi penerangan kepada murid-murid
mengenai hukum tatabahasa diikuti contoh.
 Murid perlu menghafaz hukum atau rumus tatabahasa.
 Murid diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu
dihafal.
 Murid membina ayat dengan menggunakan
perbendaharaan kata.
Tujuan tatabahasa terjemahan:
 Membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu
bahasa.
 Melatih murid menulis menggunakan bahasa yang
gramatis.
 Membolehkan murid menterjemahkan bahasa asing ke
bahasa ibunda dan sebaliknya.
 Melengkapkan murid dengan kosa kata yang luas dalam
penulisan.
Kaedah Ajuk Hafaz
Konsep
 Pengajaran melalui demonstrasi dan latih tubi.
 Pembelajaran secara mengajuk atau menghafaz
sebutan kata dan ayat yang dapat seperti penutur jati
bahasa yang dipelajari.
Ciri-ciri kaedah ajuk hafaz:
 Tatabahasa diajar dalam ungkapan biasa dalam bahasa
ibunda.
 Pelajar tidak perlu menterjemah kata demi kata.
 Setelah menguasai ayat dasar, murid digalakkan
menggunakan bahasa yang dipelajari dalam komunikasi
harian supaya sebutan dan tatabahasa dapat dipraktik.
Cara Mengajar:
 Guru perlu sediakan latihan dalam pertuturan seperti:
i. Latihan bercakap
ii. Karangan-karangan lisan
iii. Latihan-latihan cara menyebut sesuatu perkataan
iv. Menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam
bahasa sasaran
v. Tahu menggunakan dalam bentuk-bentuk ayat yang
betul.
Kaedah Linguistik
Konsep:
 Dianggap sebagai kaedah mengajar bahasa yang
moden dan saintifik.
 Kaedah ini membandingkan dua bahasa yang
dipelajari dengan bahasa ibunda mereka.
 Mementingkan pertuturan dan membenarkan
penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid.
Ciri-ciri kaedah linguistik:
 Mendahulukan bentuk daripada makna.
 Memberikan pertimbangan kepada pengetahuan fonetik.
 Mendahulukan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa
ibunda, kemudian diikuti bentuk ayat dalam bahasa yang
dipelajari.
 Mendahulukan perkataan yang serupa atau hampir
sama bunyi daripada kedua-dua bahasa.
Cara Mengajar:
 Memulakan pengajaran dengan mengajar sebutan
bunyi perkataan.
 Memulakan dengan peringkat mudah
 Pengajaran struktur ayat dan tatabahasa
dilaksanakan secara induktif
 Aktiviti penulisan adalah berdasarkan bahan lisan
dan bacaan.
Kaedah Terus
 Diperkenalkan oleh Michell dan Harald Palmer antara
tahun 1920-1935.
 Dikenali juga sebagai kaedah askar.
 Kaedah yang digunakan oleh tentera untuk melatih tentera
dan diplomat dalam perang.
 Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk tentera adalah
kemahiran lisan.
 Kemahiran menulis tidak menjadi matlamat penting.
 Latih tubi digunakan secara intensif melalui guru bahasa.
 Mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan
psikologi kanak-kanak.
 Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah ini merupakan
kaedah pengajaran secara perbualan untuk
memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.
 Pengajaran digunakan dengan menggunakan benda-benda
atau objek konkrit.
Ciri-Ciri Kaedah Terus
 Pelajaran bahasa menghubungkan pelajar-pelajar terus
dengan bahasa yang hendak dipelajari.
 Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa
itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan
ini ditiru oleh pelajar-pelajar tetapi terjemahan tidak
digunakan langsung dalam pembelajaran.
 Dalam pembelajaran dan pengajaran, apabila segala makna
keadaan yang tidak difahami, guru akan menjelaskan
kepada murid-murid dengan cara huraian, lukisan, aksi,
perkataan seerti, perkataan berlawan atau cara yang lain.
 Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat
yang hendak diajar dilatih tubi terlebih dahulu sehingga
pelajar-pelajar dapat menguasainya dan undang-undang
tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat.
 Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan
kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap
bahawa pembelajaran bahasa pertama/ ibunda kanak-kanak
belajar secara mendengar dan betutur serta pelajar-pelajar
akan dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.
 Dalam pembelajaran, terjemahan tidak digunakan
langsung. Oleh itu, sebutan yang betul diutamakan dan
kaedah ini memerlukan ilmu fonetik.
Tujuan kaedah terus
 Membolehkan murid-murid menguasai keempar-empat
kemahiran bahasa contohnya mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
 Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang
dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan.
 Kaeadh ini mempunyai objektif untuk membolehkan
kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran
bahasa secara efektif dan membolehkan mereka
menggunakan bahasa yang dipelajari dalam masyarakat
berkenaan.
Kaedah Natural

Diasaskan oleh Tracy Terell, 1977


 Tokoh-tokoh natural yang lain ialah Gouin,
Montaigne dan L. Sauveur
 Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku
The Natural Approach 1978.
 Kaedah semula jadi dianggap sebagai kaedah
tradisi dalam pengajaran bahasa.
Ciri-Ciri Kaedah Natural
 Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang
menganggap bahawa bahasa lebih mudah dikuasai secara
semula jadi
 Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan
pengajaran bahasa lebih berpusatkan keupayaan
pengajaran komunikatif
 Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam
pengajaran kerana bahasa dilihat sebagai alat untuk
menghubungkan makna dan mesej
 Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami
mesej dalam bahasa sasaran yang dipelajari
Kaedah Natural Dalam Pengajaran Bahasa

Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan berhubung


dengan objek dan gambar.

Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan


menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui
oleh murid.

Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pengajaran bahasa


kedua) dan tidak menggunakan bahasa terjemahan.
Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa
pertama.

Pengajaran dan pembelajaran secara tersusun dan


berperingkat bermula dengan kemudian bertutur dan
seterusnya membaca dan menulis.
Kaedah Bahasa Komuniti
 Diasaskan oleh Charles A. Curran dan rakan-rakannya.
Curran seorang pakar dalam bidang kaunseling dan salah
seorang profesor bidang psikologi di Universiti Layola,
Chicago.
 Disebut juga sebagai Community Language Learning
(CLL)
 Teknik psikologi dalam kaunseling telah digunakan oleh
Curran dalam pengajaran bahasa.
 Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang
mempunyai emosi dan perasaan, di samping pengetahuan
linguistik dan kemahiran tingkah laku.
Cara Mengajar:
 Tegur sapa yang tidak formal dan pengenalan dibuat.
 Guru membuat satu kenyataan tentang matlamat dan garis panduan
kursus.
 Satu sesi perbualan dalam bahasa asing berlaku.

i. Satu bulatan dibentuk agar setiap pelajar ada kontak mata dengan
pelajar yang lain.

ii. Seorang pelajar akan memulakan perbualan dalam bahasa


ibundanya dengan rakannya yang lain.
iii. Guru berdiri di belakang murid mengucapkan bahasa
asing yang maknanya serupa dengan ucapan bahasa
ibunda tadi.
iv. Murid akan mengulangi ucapan dan merakamkannya.
v. Setiap murid berpeluang untuk membentuk dan merakam
beberapa mesej.
vi. Pita rakaman dimainkan semula untuk beberapa mesej.
vii. Setiap murid akan mengulang makna bahasa asing yang
didengar untuk membantu menyegarkan ingatan murid.
Ciri-Ciri Bahasa Komuniti
Dalam CLL, murid menjadi ahl dalam satu komuniti.

Belajar melalui proses berinteraksi dengan rakan-rakan dalam


komuniti.

Pembelajaran dilihat sebagai sesuatu yang dicapai bersama.

Murid perlu mendengar dengan teliti, bebas mengutarakan maksud


yang ingiin disampaikan.
Guru sebagai kaunselor bertindak balas secara tenang serta tidak
menghukum dan sentiasa memberi sokongan kepada pelajar.

Masalah psikologi mungkin akan timbul akibat pembelajaran


bahasa kedua.
Penutup
6 jenis kaedah tersebut digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran supaya
dapat meningkatkan lagi kemahiran-
kemahiran dalam diri murid-murid.
 Pelbagai kaedah yang digunakan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
guru melihat tahap setiap kemahiran yang
terdapat dalam diri murid dan mengembangkan
lagi kemahiran yang sedia ada.
Terima Kasih…….

Anda mungkin juga menyukai