Anda di halaman 1dari 5

PENGERTIAN TAUBAT

• Taubat ialah kembali iaitu kembali semula taat kepada Allah S.W.T setelah
menyesal melanggar perintah Allah atau larangan-Nya serta memohon keampunan
kepada Allah.

HUKUM TAUBAT
• Wajib apabila seseorang itu melakukan dosa sama ada terhadap Allah S.W.T
atau dosa sesama manusia.Sesiapa yang telah melakukan dosa hendaklah segera
bertaubat dan tidak melengah-lengahkannya.Taubat tidak boleh dilakukan melalui
perantaraan tetapi hendaklah memohon secara langsung kepada Allah.
SEBAB TAUBAT PERLU DISEGERAKAN:
• Seseorang tidak tahu bila ia akan mati.
• Supaya dosa diampunkan oleh Allah S.W.T.
• Supaya diri suci daripada segala dosa.

SYARAT-SYARAT TAUBAT
• Menyesal terhadap dosa yang dilakukan
• Bertaubat dengan ikhlas
• Berhenti melakukan dosa
• Berazam tidak akan mengulanginya lagi
• Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain.
TUJUAN ORANG ISLAM DISURUH BERTAUBAT
• Menyucikan diri daripada dosa
• Supaya ibadat yang dikerjakan diterima oleh Allah.
• Dapat mengerjakan amal ibadah dengan sempurna.
• Mendapat balasan baik pada hari akhirat.
• Mati dalam keadaan bersih daripada segala dosa.
HIKMAH TAUBAT
• Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kepada Allah .
• Memberi ketenangan hati setelah bertaubat.
• Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
• Akan dikasihi oleh Allah.
• Mengembalikan ikatan silaturrahim sesama manusia.
• Mendapat keampunan dosa dan petunjuk Allah.

Anda mungkin juga menyukai