Anda di halaman 1dari 33

SKOP 8 – AMALAN MAKAN YANG SIHAT

PENGENALAN

• Unit ini mendedahkan Doktor Muda


mengenai pemakanan sihat bagi
menjaga kesihatan dan mengekalkan
berat badan unggul.
Objektif
Dr. Muda dapat :
1. Menyatakan konsep makanan sihat serta
kepentingannya berdasarkan piramid
makanan.
2. Menyatakan amalan makan secara sihat.
3. Menyatakan masalah-masalah kekurangan
zat makanan tertentu.
4. Menyatakan keburukan snek yang tidak sihat.
ISI PENTING
1. Makanan sihat berdasarkan
Piramid Makanan.
2. Amalan makan secara sihat.
3. Masalah kekurangan zat makanan
tertentu.
4. Keburukan snek tidak sihat.
AKTIVITI PENGAJARAN 1 :

• Kenalpasti makanan yang diambil sihat atau


tidak.
• Makanan ringan atau tidak.
• Klasifikasi kumpulan makanan yang diambil.
AKTIVITI PENGAJARAN 2 :
AKTIVITI PENGAJARAN 3 :
AKTIVITI PENGAJARAN 4 :
Kwashiorkor
Marasmus
AKTIVITI PENGAJARAN 5 :
11

4
1 8
12

2 5 9
13

3 10
6 7 14
AKTIVITI PENGAJARAN 6 :
Terangkan zat makanan
utama dan fungsinya
Lemak, minyak, gula
dan garam
MAKAN SEDIKIT Ikan, ayam itik,
SAHAJA daging dan
Susu & produk
kekacang
tenusu
Buah-buahan MAKAN DENGAN
dan sayuran SEDERHANA
MAKAN
BANYAK

Nasi, mee, roti, bijirin lain dan produk bijirin dan ubi
MAKAN LEBIH BANYAK
KARBOHIDRAT
Fungsi :
Memberi tenaga kepada tubuh.

Sumber :
Nasi, mee, roti, biskut, bubur nasi, ubi, jagung,
bijirin sarapan pagi
PROTEIN
Fungsi :
• Membina sel-sel dalam tubuh.
• Pembentukan sel darah merah.
• Pertumbuhan gigi dan tulang.
Sumber :
Ikan, ayam, itik, daging, kekacang, tempe,
telur, susu, keju, yogurt, dadih
VITAMIN, MINERAL & SERAT
Fungsi Vitamin & Mineral :
Menjauhkan penyakit.

Fungsi Serat :
 Melawaskan saluran najis.
 Mencegah sembelit, penyakit usus dan buasir.
 Mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes
dan beberapa jenis kanser.

Sumber :
Sayur-sayuran, buah-buahan,
kekacang
Makan pelbagai jenis makanan:

Tidak ada satu jenis makanan yang dapat


membekalkan semua zat makanan yang kita
perlukan.
Pilihlah makanan harian daripada gabungan
makanan yang berasaskan piramid makanan.
Makanlah secara teratur.
Imbangkan makanan yang dimakan
dengan aktiviti fizikal:
 Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan
keperluan makanan kita.
 Kekalkan berat badan unggul.
 Jika berlebihan berat badan, tingkatkan
aktiviti fizikal dan kurangkan pengambilan
makanan.
Pilih makanan yang banyak mengandungi
bijirin dan kekacang:
 Sumber tenaga yang utama haruslah diambil
berasaskan bijirin. Seboleh-bolehnya, pilihlah
bijirin penuh.
 Kacang kering dan kekacang adalah sumber
serat dan protein yang baik.
Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-
sayuran.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah
sumber vitamin, mineral dan serat yang baik.
Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu
dimakan pada setiap kali makan.
Pilih makanan yang rendah lemak dan
kolesterol.
Kurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Pilih makanan yang mengandungi rendah
lemak.
Pilih makanan yang rendah kolestrol.
Pilih makanan yang mengandungi kurang gula dan
garam.
Kurangkan makan makanan segera dan diproses.
Makanlah makanan daripada bahan semula jadi atau
yang disediakan segar.
Gunakan garam dan gula secara sederhana.
Kurangkan pengambilan snek yang mengandungi
banyak garam, gula dan monosodium glutamat (MSG).
Kurangkan penggunaan perencah yang tinggi
kandungan garam dan natrium dalam masakan.
Banyakkan minum air kosong
Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas
sehari.
Kurangkan minum minuman manis dan
berkarbonat.
Makanlah makanan yang bersih dan
selamat.
Pilihlah makanan yang bersih dan selamat.
Makan hanya di premis yang bersih.
Amalkan cara penyediaan, penyimpanan
dan penyajian makanan yang bersih.
Amalan pemakanan
haruslah berdasarkan
fakta dan bukan
kepercayaan.
Zat Makanan Sumber Makanan Kesan Kekurangan

Iodin Makanan laut seperti ikan • Goiter (Beguk)


dan kerang.
Zat besi Hati, buah pinggang, • Anemia (pucat
daging dan telur. atau kurang darah)

Kalsium Susu, keju, ikan sardin dan • Osteoporosis


ikan bilis. (tulang rapuh atau
mudah patah)

Vitamin A Hati, ikan, hasil tenusu, • Rabun malam


telur, mentega, margerin • Kerosakan pada
dan sayur-sayuran selaput mata
berdaun kuning dan (kornea)
berdaun hijau tua. • Kebutaan
Zat Makanan Sumber Makanan Kesan Kekurangan

Vitamin B Roti, bijirin, ubi kentang, • Gangguan sistem


sayuran, kekacang dan hati. saraf
• Kurang selera
makan
• Gementar
Vitamin C Betik, nenas, jambu batu, • Skurvi (penyakit
limau, mangga, sayuran. gusi

Vitamin D Minyak ikan, hati, telur, hasil • Pembentukan gigi


tenusu dan sinar matahari kurang kuat
yang mengandungi • Pembesaran
ultraviolet. tulang terhalang
Vitamin K Hati, sayuran berdaun hijau, • Darah lambat beku
keju, mentega dan daging. • Pendarahan dalam
badan
Goiter /
beguk
KEKURANGAN IODIN

KEKURANGAN VITAMIN C
Anemia /
Kurang darah
(pucat)

KEKURANGAN ZAT BESI


Skurvi (penyakit gusi)
 Snek adalah makanan ringan yang diambil di
antara waktu makan utama. Contoh-contoh snek:
buah-buahan, biskut, kuih-muih, keropok, gula-
gula, asam atau jeruk, coklat dan minuman botol
atau tin.
 Snek yang sihat adalah makanan ringan yang tidak
tinggi kandungan gula serta garam seperti buah-buahan
dan biskut kraker.

 Snek yang tidak sihat adalah


makanan ringan yang tinggi
kandungan gula dan garam. Ianya
tidak berfaedah untuk kesihatan dan
mempunyai banyak bahan perasa
seperti gula-gula, coklat dan asam
atau jeruk.
Keburukan snek tidak sihat adalah:
• Kandungan gula yang banyak boleh menyebabkan
kerosakan gigi.
• Kandungan garam yang banyak boleh
menyebabkan penyakit buah pinggang.
• Zat makanan yang tidak seimbang atau tidak
berzat.
• Mengurangkan selera makan.
• Menyebabkan dahaga.

Anda mungkin juga menyukai