Anda di halaman 1dari 2

Rasional Pemilihan Bahan Media

• Bahan media visual yang dipilih ialah media tayang kaku (slaid).
• Hal ini disebabkan oleh penggunaan slaid dapat menunjukan
persembahan yang menarik dengan adanya warna, huruf, animasi,
gambar atau foto kepada murid-murid.
• Slaid yang menarik dapat menarik perhatian murid-murid untuk
berfokus kepada pengajaran guru. Hal ini juga dapat
mengukuhkan ingatan murid-murid terhadap topik yang dipelajari.
• Slaid yang bersifat ringkas dan padat lebih merangsang murid-
murid untuk mengetahui lebih jauh informasi tentang bahan
pengajaran iaitu ciri-ciri haiwan. Mereka memerhatikan gambar
haiwan dan memahami ciri-ciri dengan cara yang mudah difahami.
Rasional Pemilihan Bahan Media
• Penggunaan slaid membantu guru menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan mudah. Murid-muri mudah memahami
topik dan guru juga tidak selalu bergantung kepada buku teks yang
membosankan murid.
• Penyediaan bahan media iaitu slaid juga menjimatkan masa guru
kerana proses penghasilan media visual ini sangat mudah. Guru
dapat menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang
disediakan bila-bila masa.
• Guru pula dapat menggunakan slaid yang disediakan untuk
menjalankan aktiviti seperti bertanya soalan atau menjalankan
permainan antara murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai