Anda di halaman 1dari 7

PERTOLONGAN CEMAS

Yang buat:
Mohamad hafiz bin Saroman
Atiff bin Naim
PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
• Mengetahui kaedah serta cara yang dipraktik
dalam memberikan pertolongan cemas
adalah perkara penting sebelum
mengendalikan keadaan yang mencemaskan.
DEFINISI
• Pertolongan cemas ialah rawatan awal
yang diberi kepada penderita atau pesakit
sebagai usaha rawatan pertama (first aid)
dalam keadaan kecemasan. Biasanya ia
dikendalikan di tempat berlakunya kejadian
tersebut. Usaha rawatan pertama bermakna
ada susulan usaha yang kedua dan
berikutnya.
OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS
1. Menyelamatkan nyawa
a. Berikan bantuan pernafasan sekiranya pengsan.
b. Hentikan pendarahan.
c. Pulihkan renjatan.

2. Mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih teruk


a. Mengurangkan pergerakan
b. Melindungi pesakit daripada alam semula jadi.
c. Jangan memberi sebarang makanan atau minuman melalui mulut. Hanya
basahkan bibir sekiranya perlu.

3. Memberi kelegaan dan keselesaan


a. Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar.
b. Jangan tinggalkan pesakit keseorangan.
c. Pastikan keadaan pesakit dengan memeriksa nadi dan pernafasan.
SIFAT-SIFAT AHLI PERTOLONGAN CEMAS
1. Saksama
• Tidak membezakan antara kaum, bangsa ataupun pangkat serta darjat
semasa memberi bantiian kepada pesakit.

2. Berkecuali
• Tidak menyebelahi mana-mana pihak daripada segi fahaman politik dan
ideologi semasa memberi bantuan dan rawatan.

3. Sukarela
• Bantuan yang dihulurkan baruslah dilakukan secara sukarela.

4. Tajam perhatian
• Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
5.Berkeyakinan
• sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan yakin
melakukan rawatan atau bantuan.

6. Pantas berikhtiar
• Perlu menggunakan segala yang sesuai di sekeliling kita.

7. Tidak kasar
• Jangan menyakiti dan menyakitkan orang yang cedera.

8. Berakal dan berbudi


• Berbudi tinggi dan tidak berkelakuan kasar.
9. Jujur
• Tidak mengambil kesempatan pada pesakit dan melakukan bantuan
dengan tulus ikhlas.

10. Bertimbang rasa


• Perlu bersimpati dengan orang yang cedera.

11. Sentiasa senyum


• Muka yang senyum memberikan keyakinan pada pesakit.

12. Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja


• Lakukan setakat kemampuan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai