Asas Pertolongan Cemas Tujuan dan Prinsip Pertolongan Cemas chunchun
Pertolongan Cemas
Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada
seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan. chunchun
Tujuan Utama
Menyelamatkan nyawa
Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa
Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk
Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera.
chunchun
Prinsip pertolongan cemas
1.1 Menyelamatkan Nyawa
Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasan, berikan bantuan pemulihan pernafasan dan jantung. Setiap saat adalah penting. Berhentikan pendarahan. Pulihkan renjatan. chunchun
1.2 mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk
Menguranggakn pergerakan. buat apa yang anda tahu sahaja. Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi. Jangan memberi sebarang makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir sahaja sekiranya perlu. chunchun
1.3 memberi kelegaan dan keselesaan
Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar. Jangan tinggalkan pesakit bersendirian. Pastikan keadaan pesakit: Periksa nadi dan pernafasan.