Anda di halaman 1dari 76

KESALAHAN BERKAITAN

KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN


INSTITUSINYA
MENGHINA ATAU MENYEBABKAN
DIPANDANG HINA AGAMA ISLAM
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997 - Seksyen 7

Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan
gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain-
(a)menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang
hina;
(b)mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau
upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau
(c)mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana
undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang
berhubungan dengan agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda


tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya
ELEMAN KESALAHAN

1.Wujudnya perbuatan seseorang yang menghina agama


lslam ataupun menyebabkan lslam dipandang hina oleh
orang lain samada dari segi perkataan, tulisan atau
perbuatan mahupun ukiran atau gambaran yang tampak.

2.Perbuatan itu boleh menyebabkan lslam dipandang hina


oleh orang lain secara umum, oeh orang lslam atau dari
mereka bukan lslam.
HUKUMAN
NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK
MELEBIHI RM MELEBIHI THN
Wilayah 3,000 2
N. Sembilan 5,000 3
Sabah 2,000 1
Melaka 5,000 3
Perlis 3,000 1
Kelantan 5,000 3
Pahang 5,000. 3
Atau ke dua-dua
MEMPERSENDAKAN
AYAT AL-QURAN ATAU HADIS
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 8.
Mempersendakan, dll. ayat Al-Quran atau Hadith.

Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau


perbuatannya, mempersendakan, menghina,
mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-
ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.
ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

Seksyen 37. Menghina ayat-ayat yang di pandang suci oleh


orang Islam.

(1) Barang siapa, sama ada secara lisan atau tulisan atau
dengan cara apa jua pun, membuat hina atau menyebabkan
supaya dibuat hina, terhadap Quran, mana-mana ayat Quran
dan hukumnya, Hadis, sebarang perkataan atau ayat-ayat yang
dipandang suci mengikut Hukum Syarak apa-apa perbuatan
atau istiadat yang berkaitan dengan agama Islam, adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.
ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

Seksyen 37. Menghina ayat-ayat yang di pandang suci oleh


orang Islam.

(1) Barang siapa, sama ada secara lisan atau tulisan atau
dengan cara apa jua pun, membuat hina atau menyebabkan
supaya dibuat hina, terhadap Quran, mana-mana ayat
Quran dan hukumnya, Hadis, sebarang perkataan atau ayat-
ayat yang dipandang suci mengikut Hukum Syarak apa-apa
perbuatan atau istiadat yang berkaitan dengan agama
Islam, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

Seksyen 37. Menghina ayat-ayat yang di pandang suci oleh


orang Islam.

(2) Bagi maksud-maksud sub-seksyen (1) "membuat hina"


termasuklah mencela, mengejek, mencemuh, mencerca,
mengutuk atau mempersenda.
ELEMAN KESALAHAN
1. Mempersendakan ayat-ayat al-Quran atau hadis di
mana-mana sahaja dalam apa jua bentuk .
Negeri Bentuk Persendaan
Wilayah Kata-kata, Perbuatan, Penulisan
Perlis Mencela, Mengejek, Memcemuh,
Memcerca, Mengutuk, Mempersenda
Pahang Guna al-Quran dan Hadis pada
tempat tidak bersesuaian Cth. Tempat
hiburan
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI THN
Wilayah 5,000 3
Perlis 5,000 3
Atau ke dua-dua
TIDAK MENGHORMATI
RAMADHAN
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH
PERSEKUTUAN) 1997
Seksyen 15 : Tidak menghormati Ramadhan

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam


bulan Ramadhan :-

(a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa


makanan, minuman, rokok atau benda lain yang
seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap
serta-merta dalam waktu itu; atau
(b)secara terbuka atau di tempat awam didapati
makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain
yang seumpamanya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang
kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH
SYARIAH 2013
Seksyen 22. Tidak menghormati Ramadan

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa


dalam bulan Ramadan-
(a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-
apa makanan, minuman, rokok atau benda lain
yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau
dihisap serta-merta pada waktu itu; atau

(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati


makan, minum atau menghisap rokok atau benda
lain yang seumpamanya,
ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH
SYARIAH 2013
Seksyen 22. Tidak menghormati Ramadan

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila


disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang
kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
ELEMAN KESALAHAN

Menjual makanan, minuman atau rokok yang


hendak dimakan, diminum atau dihisap serta merta

Perbuatan kesalahan menjual makananan juga wajar


diperingatkan kepada pemilik restoran bukan Islam,
pengusha restoran francais yang bukan beragama
Islam agar tidak sewenang-wenangnya
menjual/membenarkan orang Islam makan pada
waktu yg tak sepatutnya
HUKUMAN
NEGERI KALI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK
MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 1 1,000 6 Bln
2 2,000 1 Thn
Pahang 1 3,000 2 Thn
2 5,000 3 Thn
Kelantan 1 500 3 Bln
2 1,000 6 Bln
Atau ke dua-dua
PENERBITAN AGAMA YANG
BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK
AKJSWP 1997
Seksyen 13
Penerbitan agama yang bertentangan dengan
Hukum Syarak.
1) Mana-mana orang yang :-
(a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan,
merakamkan, mengedarkan atau dengan apa-apa
cara lain menyebarkan apa-apa buku, risalah, dokumen
atau apa-apa bentuk rakaman yang mengandungi apa-
apa jua yang bertentangan dengan Hukum Syarak; atau
(b) ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah,
dokumen atau rakaman sedemikian,
Seksyen 13

Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila


disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana


buku, risalah, dokumen atau rakaman yang disebut
dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan
dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah
disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku,
risalah, dokumen atau rakaman itu.
Seksyen 36. Mencetak bahan-bahan yang
berlawanan dengan hukum syarak.

(1) Barang siapa, tanpa apa-apa sebab yang sah, mencetak,


menerbit, mengeluar, membahagi, menyiar, mempamer,
mengedar, menjual, membahagi, mengimpot, mengekspot atau
ada dalam miliknya, apa-apa buku, rekod atau pita rakaman
bunyi, suratan, risalah, filem rakaman video atau lain-lain bahan
yang serupa yang berlawanan dengan Hukum Syarak atau adat
istiadat melayu atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan di
bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam, 1963 adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 36. Mencetak bahan-bahan yang berlawanan
dengan hukum syarak.

(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya apa-


apa buku, rekod atau pita rakaman bunyi, suratan,
risalah, filem, rakaman video atau lain-lain bahan yang
serupa yang menjadi perkara kesalahan di bawah sub-
seksyen (1) dimusnahkan atau dilupuskan dengan cara
lain sebagaimana Mahkamah fikirkan patut.

ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991


(PERLIS)
ELEMAN KESALAHAN
Mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan atau
menyebarkan apa-apa buku, risalah, dokumen atau apa-
apa bentuk rakaman yang mengandungi apa-apa jua
yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

Mengedarkan atau dengan apa-apa cara lain


menyebarkan apa-apa buku, risalah, dokuman ata apa-
apa bentuk rakaman yang mengandungi apa-apa jua
yang bertentagan dengan Hukum Syarak.
ELEMAN KESALAHAN

Memiliki atau ada dalam milikannya apa-apa buku,


risalah, dokuman atau rakaman sedemikian.
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 3,000 2 Thn
Melaka 2,000 1 Thn
Perlis 5,000 3 Thn
Sabah 1,000 6 Bln
Atau ke dua-dua
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT DAN FITRAH
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 16 : Tidak membayar zakat atau fitrah.

Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau


fitrah tetapi-
(a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak
membayar zakat atau fitrah itu;
(b) atau enggan membayar atau dengan sengaja tidak
membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang
dilantik, atau mana-mana orang lain yang
diberikuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau
fitrah,
Seksyen 16 : Tidak membayar zakat atau fitrah.

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila


disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

Seksyen 118. Kegagalan membayar zakat atau fitrah.

(1) Mana-mana orang yang dikenakan membayar


apa-apa zakat atau fitrah di bawah seksyen 68
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri
Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] dan setelah gagal untuk
mendapatkan pembatalan atau ubahsuaian liabiliti
yang berkenaan di bawah seksyen 70 Enakmen yang
sama enggan atau dengan sengaja gagal untuk
membayar zakat atau fitrah itu adalah melakukan
satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan
dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya.
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

Seksyen 118. Kegagalan membayar zakat atau fitrah.

(2) Sabitan di bawah seksyen ini hendaklah tidak


berkuasa untuk menghapuskan liabiliti tersebut.

(3) Mana-mana orang yang membuat atau mengambil


bahagian di dalam mana-mana pungutan zakat atau
fitrah tersebut yang berlawanan dengan seksyen 68
Enakmen yang berkenaan tanpa diberi kuasa yang
sah adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah
apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

Seksyen 30. Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa.

Mana-mana orang yang


memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan
dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai
amil atau selainnya diberi kuasa oleh Majlis adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah
memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan
dibayar ke dalam Baitulmal yang ditubuhkan di bawah
seksyen 45 Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab
41].
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

Seksyen 31. Pembayaran tak sah akan zakat atau fitrah.

Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan


supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana
orang yang tidak diberi kuasa secara sah untuk
memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan
denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.
ELEMAN KESALAHAN

i. Enggan membayar zakat atau fitrah.

ii. Membayar zakat atau fitrah kepada bukan amil.

iii. Dengan sengaja enggan melakukan mana-mana


perbuatan di atas.
HUKUMAN
NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK
MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 1,000 6 Bln
Selangor 5,000 3 Thn
N. Sembilan 1,000 1 Thn
Pahang 2,000 1 Thn
Terengganu 3,000 2 Thn
Sarawak 3,000 2 Thn
Atau ke dua-dua
TIDAK MENUNAIKAN
SEMBAHYANG JUMAAT
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 14 :Tidak menunaikan sembahyang Jumaat

Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak


menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam
kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie
atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

Seksyen 16. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.

Mana-mana orang lelaki, yang mukallaf, yang tidak


menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam
mukim masjidnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur
syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

Seksyen 17. Sembahyang Jumaat di tempat yang


tidak dibenarkan.

Mana-mana orang yang mengumpulkan atau


mengambil bahagian dalam menunaikan
sembahyang Jumaat di mana-mana tempat selain
daripada masjid di mana sembahyang Jumaat boleh
diadakan atau tempat yang diluluskan bagi maksud
itu oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
ELEMAN KESALAHAN

• Lelaki Yang Baligh


1

• Tiga kali Berturut –turut Tanpa


2 Uzur Syarie/Alasan Munasabah

• Tidak Didirikan Dalam Kariah


3
HUKUMAN
NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK
MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 1,000 6 Bln
Pahang 2,000 1 Thn
Kelantan 1,000 1 Thn
Terengganu 2,000 1 Thn
Sabah 1,000 6 Bln
Atau ke dua-dua

Di Sabah Termasuk Salat 5 Waktu


BERJUDI
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH
PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 18 : Berjudi.
1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada
di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 18 : Berjudi.
judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik,
pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup,
yang digunakan atau disimpan bagi maksud
perjalanan apa-apa permainan yang keputusannya
bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran
dan nasib, sama ada dibenarkan oleh mana-mana
undang-undang lain atau sebaliknya, untuk
mendapatkan wang atau nilai wang.
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995 (SABAH)

Seksyen 90. Perjudian.

(1) Sesiapa melakukan apa-apa jenis perjudian


termasuk pertaruhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya sekali.
(2) Sesiapa membuka kedai judi atau tempat-tempat
judi atau seumpamanya adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya sekali.
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995 (SABAH)

Seksyen 90. Perjudian.

(3) Sesiapa yang bersubahat terhadap kesalahan


subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya sekali.
ELEMAN KESALAHAN

Wujud Perbuatan Judi

Berada Di Tempat Judi


HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 3,000 2 Thn
Melaka 1,000 6 Bln
Sabah 3,000 1 Thn
Atau ke dua-dua
MINUM MINUMAN YANG
MEMABUKKAN
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 19: Minuman yang memabukkan


1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai
atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman
yang memabukkan adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.
Seksyen 19: Minuman yang memabukkan
2) Mana-mana orang yang membuat, menjual,
menawarkan atau mempamerkan untuk jualan,
menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang
memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
ELEMAN KESALAHAN

1 Wujud Perbuatan meminum atau Bukti


Seseorang Minum Minuman Tersebut
2 Minuman Mesti Memabukkan
3 Perbuatan Minum Ditempat Awam
4 Membuat, Mejual, Memamer Minuman
Memabukkan
HUKUMAN MINUM MINUMAN MEMABUKKAN
NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBAT
MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 3,000 2 Thn
Kedah 3,000 2 Thn
Pahang 5,000 3 Thn 6 kali
Sabah 3,000 2 Thn

Perlis 5,000 3 Thn


Atau ke dua-dua
HUKUMAN MEMBUAT, MENJUAL, MENAWAR
DAN MEMAMIR,
NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBAT
MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 5,000 3 Thn
Pahang 5,000 3 Thn 6 Kali
Kedah 5,000 3Thn

Atau kobinasikmana-mana
MENGAJARA AGAMA TANPA
TAULIAH
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH
PERSEKUTUAN) 1997
Seksyen 11
Mengajar agama tanpa tauliah

1) Mana-mana orang yang mengajar atau


mengaku mengajar apa-apa perkara yang
berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah
yang diberikan di bawah seksyen 96 Akta
Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya.
Seksyen 11
Mengajar agama tanpa tauliah

2)Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi :-

(a)mana-mana orang atau golongan orang yang


dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 98 Akta
Pentadbiran; atau

(b)mana-mana orang yang mengajar atau


mengaku mengajar apa-apa perkara yang
berhubungan dengan agama Islam di dalam
kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya
sahaja.
ELEMEN KESALAHAN
1. Tiada Tauliah Sah

2. Mengajar Tempat Awam

3. Pengajaran Tentang Agama


HUKUMAN
NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK
MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 5,000 3 Thn
Selangor 3,000 2 Thn
N. Sembilan 1,000 1 Thn
Melaka 5,000 36 Bln
Perlis 1,000 6 Bln
Pahang 2,000 1 Thn
Perlis
Atau ke dua-dua
HUKUMAN TIDAK
KEMBALIKAN TAULIAH

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
N. Sembilan 500 6 Bln
Melaka 1,000 6 Bln
Atau ke dua-dua
MENGELUARKAN PENDAPAT YANG
BERENTANGAN DENGAN FATWA
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WP ) 1997
Seksyen 12
Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

Mana-mana orang yang memberikan,


mengembangkan atau menyebarkan apa-apa
pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak
atau apa-apa isu yang bertentangan dengan
mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di
Wilayah Persekutuan adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
ELEMEN KESALAHAN

Pandangan Bertentangan Dengan


Fatwa Berkuatkuasa

Dilakukan Secara Lisan atau Tulisan


HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 3,000 2 Thn
N. Sembilan 1,000 1 Thn
Sabah 1,000 6 Bln
Perlis 5,000 3 Thn
Atau ke dua-dua
MENGINGKARI PERINTAH
MAHKAMAH
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WP ) 1997

Seksyen 10. Mengingkari perintah Mahkamah.

Mana-mana orang yang mengingkari,


melanggar, mempertikaikan, mempersendakan
atau menyebabkan dipandang hina apa-apa
perintah Hakim atau Mahkamah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
ELEMEN KESALAHAN

Mengingkari, Melanggar, Mempertikaikan ,


Mempersenda Atau Menyebabkan Dipandang Hina
Apa-apa Perintah dan Arahan Mahkamah

Perintah Atau Keputusan Mahkamah Dikeluarkan


Selepas Perbicaraan
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 3,000 2 Thn
Perlis 1,000 6 Bln
Atau ke dua-dua
MENGHASUT SUPAYA MENGABAIKAN
KEWAJIPAN AGAMA
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WP ) 1997

Seksyen 17
Menghasut supaya mengabaikan kewajipan
agama.
1) Mana-mana orang yang menghasut atau
mendorong mana-mana orang Islam supaya tidak
menghadiri masjid atau pengajaran agama atau
apa-apa upacara agama adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.
Seksyen 17
Menghasut supaya mengabaikan kewajipan
agama.

2) Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara


mencegah orang yang lain daripada membayar
zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
NEGERI ELEMEN KESALAHAN
Wilayah Menghasut dan Mendorong Untuk Tidak Melakukan
Kewajiban Agama
Kelantan dan Pahang Menghasut Meninggalkan Amalan Fardhu Atau
Menghalang Dari Melakukan Amalan Fardhu Tetapi
Perbuatan Tidak Termasuk Kepada Riddah.
Menghasut Secara Lisan Atau Tulisan Agar Tidak
Membayar Zakat AtauFitrah
HUKUMAN MENGHASUT ATAU MENDORONG
TIDAK HADIR MASJID ATAU
MENGHADIRI AKTIVITI KEAGAMAAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 1,000 6 Bln
Kelantan 4,000 2 Thn
Atau ke dua-dua
HUKUMAN MENGHASUT DAN MENGHALANG
DARIPADA MENGELUARKAN ZAKAT DAN FITRAH

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 2,000 1 Thn
Perlis 4,000 2 Thn
Atau ke dua-dua

Anda mungkin juga menyukai