Anda di halaman 1dari 11

• Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik

mengeram enam biji telur. Tidak lama kemudian,


satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak
itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu
telur yang agak besar menetas dan anak itu itu
berwarna kelabu!
• “ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.

• Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju


kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik
juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-
anaknya berjumpa binatang-binatang yang lain di
ladang itu.
• Semua binatang di ladang gembira berjumpa
anak-anak iti yang comel itu. Tetapi mereka
mentertawakan anak itik yang besar dan
berwarna kelabu itu. Ia diejek dan dihalau dari
situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih.
Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal.
• Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang
masih tidur nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu
pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa
itik liar datang ke tempat itu mentertawakannya
dan berkata, “ Pergi kamu dari sini! Hodohnya
kamu!”
• Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari
situ. Ia sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan
letih lalu meminta ayam membenarkannya tinggal di
situ. Ayam juga memberikannya makanan.

• Ayam bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”

• “Tidak, “ kata itik itu.

• “ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.

• “Tidak, “ kata itik itu.


• “Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata
ayam dan kucing.
• Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun
tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam
kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam
bertukar menjadi ais. Itik itu memandang ke langit
dan melihat sekumpulan burung yang sangat
cantik berterbangan di udara. Burung-burung
berbulu putih itu besar dan berleher panjang.
• “Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-
burung itu,” ia berkata di dalam hatinya.
• Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik
hati terjumpa itik itu di atas tanah beku dan
membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia
sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya,
anak petani itu bermain dengannya dan
membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga
anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun
melarikan diri dari ladang.
• Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang
berumput panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia
tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar
semula.

• Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia


terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi
putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan
akhirnya ia terbang tinggi di langit!
• Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya
di dalam air. “ Alangkah cantiknya burung itu,”
fikirnya.

• Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang


berenang berhampiran
• Burung-burung itu melihatnya dan berkata, “Wah !
awak seekor angsa yang tampan. Marilah berenang
dengan kami.”

• “Apa? Aku seekor angsa?”

• “Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-


burung itu.

• Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.


• “ Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!”
ia menjerit dengan gembira.

• Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh


dan ia tidak lagi sunyi.

Anda mungkin juga menyukai