Anda di halaman 1dari 45

KEMAHIRAN

PROSES SAINS
MARZIAH MD RAHIM
1. MEMERHATI
1. Memerhati ialah proses mengumpul maklumat tentang sesuatu fenomena dengan
menggunakan semua atau sebahagian daripada deria.
2. Deria-deria tersebut ialah mata, telinga, hidung, kulit dan lidah.
3. Setiap deria mempunyai fungsi yang tertentu.
Deria
Mata Melihat
Telinga Mendengar
Hidung Menghidu
Kulit Menyentuh dan merasa
Lidah Merasa
Contoh
Perhatikan perubahan pada lilin yang menyala di bawah
Pemerhatian:
1. Lilin bernyala melebur.
2. Lilin bernyala menghasilkan haba.
3. Lilin bernyala menghasilkan tenaga cahaya.
4. Panjang lilin bernyala semakin berkurang
Buat pemerhatian terhadap 2 orang lelaki di bawah

Ali Ahmad
Latihan: Membuat pemerhatian
 Tonton video ini.
Buat pemerhatian terhadap apa yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Video : https://youtu.be/fUXei10VuEU
2. Mengelas
1. Mengelas ialah mengasing dan mengumpul sesuatu kepada kumpulan
tertentu.
2. Kumpulan dapat ditentukan berdasarkan ciri-ciri yang dipunyai oleh sesuatu
objek.
3. Ciri-ciri objek dapat dinyatakan dengan melihat persamaan dan perbezaan.
Contoh:

PERBEZAAN:
PERSAMAAN: Bola Buah tembikai
• BERBENTUK BULAT • Benda • Sejenis buah
• Tidak boleh • Boleh dimakan
• SAMA SAIZ dimakan
Latihan: Mengelas
 Masuk ke dalam GC masing-masing
 Klik pada ‘Assignment’.
Buat Latihan yang diberikan dalam masa 5 minit.
Perbincangan jawapan akan dibuat selepas itu.
3. Mengukur menggunakan nombor
1. Mengukur ialah membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan peralatan.
2. Peralatan yang biasa digunakan untuk mengukur suatu kuantiti adalah seperti di bawah:
Kuantiti Peralatan
Panjang Pembaris
Isipadu Cawan, silinder penyukat, bikar
Masa Jam, jam randik
Jisim Neraca tiga palang
4. Membuat inferens
1. Inferens adalah satu tafsiran untuk menerangkan tentang suatu
peristiwa atau pemerhatian.
2. Tafsiran itu mungkin benar dan mungkin tidak benar tetapi mestilah
logik atau munasabah.
3. Dalam erti kata lain, membuat inferens adalah menyatakan suatu
sebab berlakunya suatu perkara atau fenomena mengikut logik.
Rajah di bawah menunjukkan seorang murid telah gagal dalam
satu ujian. Nyatakan inferens tentang kegagalan murid itu.
Murid itu gagal dalam ujian tersebut
kerana:
a) Murid itu tidak belajar dengan betul.
b) Murid itu tidak mengulang kaji pelajarannya.
c) Murid itu tertidur semasa ujian
Soalan: Nyatakan inferens bagi pemerhatian kamu
terhadap Ahmad

Ali Ahmad
Ahmad obesiti kerana
• tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.
•tidak bersenam
Berikan inferens terhadap anak pokok A
dan anak pokok B

Anak pokok
Anak pokok
B
A
Inferens:
1. Anak pokok A hidup subur kerana tumbuhan memerlukan
air yang mencukupi untuk hidup subur.
2. Anak pokok B hidup terbantut kerana tumbuhan tidak boleh
hidup subur tanpa air yang mencukupi.
Nyatakan inferens kamu terhadap gigi
Siti dan gigi Abu

Siti Abu
Inferens:
1. Gigi Siti sihat dan cantik kerana selalu menggosok gigi dan
mengamalkan pemakanan sihat.
2. Gigi Abu rosak kerana tidak menggosok gigi dan selalu
mengambil makanan yang manis.
4. Meramal
1. Meramal ialah menjangkakan satu peristiwa atau
data yang akan berlaku berdasarkan pemerhatian.
Contoh: Apa berlaku sekiranya objek di
bawah dimasukkan ke dalam air?
Meramal
Jawapan:
Sudu besi, duit syiling, guli dan klip kertas akan
tenggelam apabila dimasukkan ke dalam besen berisi
air.
Contoh: Apa berlaku sekiranya objek di
bawah dimasukkan ke dalam air?
Meramal:
Bola, papan kayu, itik getah dan belon akan timbul di
permukaan air apabila dimasukkan ke dalam besen
berisi air.
Soalan:
 Sebatang pokok cili diletakkan di bawah cahaya matahari
tetapi tidak disiram selama 4 minggu. Ramalkan apa yang
akan berlaku terhadap pokok cili tersebut selepas 4 minggu?
Jawapan:
Pokok cili akan mati selepas empat minggu.

Berikan inferens bagi ramalan kamu.


Ini adalah kerana pokok cili memerlukan air untuk
hidup.
5. Berkomunikasi
1. Komunikasi merupakan cara untuk mengemukakan idea atau menyampaikan
maklumat dalam pelbagai bentuk seperti :
Lisan
Tulisan
Lukisan
Model
Jadual
Graf
Gambarajah
carta, peta, simbol, persamaan matematik dan sebagainya.
Contoh:
Berikan beberapa contoh tabiat tidak sihat manusia yang
kamu tahu.
Maklumat boleh dipersembahkan dalam
bentuk peta minda
Menghidu gam

Makan makanan
Merokok
tidak seimbang

Tabiat Tidak
Sihat Manusia

Menyalahgunakan
Minum minuman dadah
beralkohol
Tidak bersenam
Kepentingan berkomunikasi
1. Menyampai idea, perasaan, dan keperluan kepada orang
lain.
2. Menguasai cara yang pelbagai bagi menyampaikan
maklumat
3. Maklumat perlu jelas, tepat dan ringkas
4. Menyusun dan menyisih data dengan kemas dan teratur
6. Menggunakan perhubungan ruang
dan masa
 Kemahiran ini memerihalkan tentang perubahan
parameter dengan masa.
Contoh parameter ialah lokasi, arah, bentuk, saiz, isi
padu, berat, ketinggian dan jisim
Contoh:

Apakah parameter yang


boleh dilihat apabila
masa bertambah?
Contoh:
Berdasarkan situasi di
dalam gambar rajah ini,
isi padu air bertambah
apabila masa bertambah.
Contoh 2:
Contoh 2:

Apabila masa bertambah,


ketinggian lilin berkurang.
Latihan: Jawab soalan berikut
1. Jadual di bawah menunjukkan perubahan tumbesaran Aisyah.

Peringkat Bayi Kanak-kanak Remaja


Berat (kg) 5 14 43

1. Nyatakan satu parameter yang berubah mengikut masa berdasarkan jadual.


_______BERAT________________________
2. Apakah parameter lain yang boleh berubah mengikut masa semasa tumbesaran Aisyah?
_________SAIZ, BENTUK_________________________________
3. Nyatakan satu perhubungan ruang dan masa bagi tumbesaran Aisyah.
Semakin bertambah masa, semakin bertambah ______BERAT___________ Aisyah
7. Mentafsir Data
 Mentafsir data ialah proses memberikan penerangan yang
rasional/logik tentang objek, peristiwa, atau pola daripada data
yang dikumpulkan.
Data-data boleh dikumpulkan melalui pemerhatian ujikaji dan
pemboleh ubah.
 Data-data yang dikumpulkan itu ditafsirkan berdasarkan
jadual, rajah, graf, gambar dan sebagainya.
7. Mentafsir Data
 Mengenalpasti corak atau pola yang terdapat dalam
maklumat yang diberi
Contoh menyatakan corak atau pola (bertambah, meningkat,
berkurang, menurun).
Latihan: Jawab soalan berikut
2. Satu kajian dijalankan untuk mengkaji kecerahan mentol dalam suatu
litar. Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi pemerhatian
terhadap kajian yang dijalankan.
Bilangan mentol Kecerahan mentol
1 Sangat terang
2 Terang
3 Malap
4 Sangat malap
a) Nyatakan pemerhatian terhadap kecerahan mentol apabila bilangan
mentol paling sedikit digunakan.
________________SANGAT TERANG_____________________
b) Apakah corak perubahan kecerahan mentol sepanjang tempoh kajian
dijalankan.
MENURUN/BERKURANG
c) Nyatakan hubungan diantara kecerahan mentol apabila bilangan mentol
bertambah.
Apabila bilangan mentol bertambah, kecerahan mentol BERKURANG.
8. Mengawal Pemboleh ubah
 Terdapat tiga jenis pemboleh ubah dalam sesuatu uji
kaji/eksperimen/penyiasatan iaitu:
• Pemboleh ubah dimanipulasi
• Pemboleh ubah bergerak balas
• pemboleh ubah dimalarkan
Cara mengenal pasti Pemboleh ubah
 Pemboleh ubah dimanipulasi – Apa yang diubah dalam
eksperimen
 Pemboleh ubah bergerak balas – Apa yang berubah
selepas sesuatu diubah dalam eksperimen
 Pemboleh ubah dimanipulasi – Apa yang tidak diubah/ apa
yang sama dalam eksperimen
 Pemboleh ubah perlu dikawal untuk menentukan
keberkesanan sesuatu penyiasatan
 Pemboleh ubah bergerak balas bergantung kepada
pemboleh ubah dimanipulasi
 Pemboleh ubah bergerak balas berubah akibat perubahan
pada pemboleh ubah dimanipulasi
Contoh:
Pemboleh ubah dimanipulasi:
• Saiz bikar

Pemboleh ubah bergerak


balas:
• Masa lilin padam

Pemboleh ubah dimalarkan:


• Saiz lilin
• Jenis lilin
• Tinggi lilin
Latihan:
Rajah di bawah menunjukkan keadaan dua ekor tikus dalam balang
dengan kehadiran pokok. Berdasarkan penyiasatan tersebut, nyatakan
pemboleh ubahnya.
Pemboleh ubah dimanipulasi:
 kehadiran pokok

Pemboleh ubah bergerak balas:


 Keadaan tikus
Tikus hidup
Pemboleh ubah dimalarkan:
 Bilangan tikus
 Kehadiran makanan dan air
 Saiz tikus

Anda mungkin juga menyukai