Anda di halaman 1dari 17

Investigating Living Things

Menyiasat Alam Hidupan

INFERENS DAN PEMERHATIAN


BAHAGIAN B
INTEGRATED CURRICULUM FOR PRIMARY SCHOOL
SCIENCE YEAR 5
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Sains Tahun 5
Prepared by
MOHD KHAIDIR BIN MOHD ANUAR
KEMAHIRAN PROSES SAINS – INFERENS DAN PEMERHATIAN
1. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan terhadap dua keping roti yang sama jenis.
Roti A dititiskan air di atas permukaannya. Kedua-dua roti dibiarkan di dalam almari dapur selama
tiga hari.

Rajah 1

(a) Berikan satu inferens tentang kehadiran kulapok pada roti A


selepas tiga hari.

(b) Tuliskan dua permerhatian untuk menyokong jawapan inferens


kamu di (a).
LANGKAH 1 – Kenalpasti kejadian/fenomena yang berlaku
1. Apakah yang cuba dipaparkan berdasarkan rajah (rangsangan
soalan) yang diberi?
2. Apakah tajuk perbincangan yang berkaitan dengan rajah
(rangsangan soalan)?
3. Apakah perkara yang perlu difahami daripada rajah (rangsangan
soalan)?
4. Apakah yang berlaku kepada Roti A dan Roti B?
Kejadian/Fenomena yang berlaku adalah :
1.Roti A dititiskan air, manakala Roti B tidak dititiskan air
2.Selepas tiga hari, didapati bahawa, Roti A ditumbuhi tompok-tompok
hijau dan hitam.
Langkah 2 - Kenapa kejadian/Fenomena itu berlaku?
1. Air merupakan keperluan asas semua benda hidup.
2. Kulapok adalah benda hidupyang sangat kecil – mikroorganisma
3. Maka, kulapok tumbuh pada Roti A kerana ada air pada Roti A
1. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan terhadap dua keping roti yang sama jenis.
Roti A dititiskan air di atas permukaannya. Kedua-dua roti dibiarkan di dalam almari dapur selama
tiga hari.

Rajah 1

(a) Berikan satu inferens tentang kehadiran kulapok pada roti A selepas tiga hari.
Kulapok ada pada roti A kerana mikroorganisma aktif // Roti A terkena air //
Ada air pada permukaan roti A.
(b) Tuliskan dua permerhatian untuk menyokong jawapan inferens di (a).
Kulapok tumbuh // Roti A berbau busuk // Warna roti A kehitaman.
1. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan terhadap dua keping roti yang sama jenis.
Roti A dititiskan air di atas permukaannya. Kedua-dua roti dibiarkan di dalam almari dapur selama
tiga hari.

Rajah 1

(c) Apakah yang diubah (pembolehubah dimanipulasi)?

(d) Apakah yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas)?.


Apakah yang diubah? Apakah yang diperhatikan?
Apakah pembolehubah dimanipulasi? Apakah pembolehubah bergerak balas?

Selepas tiga hari


Roti A – ada air Roti A – ada kulapok

Selepas tiga hari


Roti B – tiada air Roti B – tiada kulapok
Roti A – ada air Roti A – ada kulapok
Roti B – tiada air Roti B – tiada kulapok
Subjek = air Subjek = kulapok
Skala = ada /tiada Skala = ada /tiada
Parameter = kehadiran Parameter = kehadiran
Pembolehubah = kehadiran air Pembolehubah = kehadiran
kulapok
Pembolehubah Dimanipulasi Pembolehubah Bergerak balas

Roti Kehadiran air Kehadiran kulapok


A Ada air Ada kulapok
B Tiada air Tiada kulapok
1. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan terhadap dua keping roti yang sama jenis.
Roti A dititiskan air di atas permukaannya. Kedua-dua roti dibiarkan di dalam almari dapur selama
tiga hari.

Rajah 1

(c) Apakah yang diubah (pembolehubah dimanipulasi)?


Kehadiran air

(d) Apakah yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas)?


Kehadiran kulapok
2. Rajah 2 menunjukkan satu pemerhatian yang dilakukan kepada satu adunan tepung yang telah
dicampurkan dengan air gula dan beberapa sudu yis (ragi). Keadaan adunan tepung diperhatikan
selepas sejam.

Rajah 2

(a) Berikan satu inferens tentang perubahan saiz adunan tepung selepas sejam.
Adunan tepung mengembang kerana yis/mikroorganisma bernafas.
(b) Tuliskan satu permerhatian untuk menyokong jawapan inferens di (a).
Adunan tepung mengembang // Saiz adunan tepung bertambah.
3. Hamizah telah melarut sejumlah gula ke dalam satu botol yang mengandungi air panas. Pada
permulaan penyiasatan, dia telah mencampurkan larutan gula tadi dengan sejumlah yis. Hamizah
telah membuat pemerhatian terhadap perubahan saiz belon yang disambungkan kepada mulut
botol tersebut. Pada akhir penyiasatan, dia mendapati belon tadi mengembang. Rajah 3
menunjukkan keputusan penyiasatan beliau.

Rajah 3

(a) Berikan satu inferens tentang keputusan penyiasatan di atas.


Belon mengembang kerana yis/mikroorganisma bernafas.
(b) Tuliskan satu permerhatian untuk menyokong jawapan inferens di (a).
Belon mengembang // Saiz belon bertambah.
4. Bakhtiar menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kesan yis ke atas adunan tepung. Kuantiti
yis yang berbeza telah dimasukkan ke dalam bekas Q,R,S,dan T seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 4. Ketinggian adunan bagi setiap bekas diperhatikan selepas 30 minit.

Rajah 4

(a) Berikan satu inferens tentang ketinggian adunan tepung Q.


Ketinggian adunan tepung Q paling rendah kerana adunan tepung Q paling
sedikit kuantiti yis.
(b) Tuliskan satu permerhatian untuk menyokong jawapan inferens di (a).
Ketinggian adunan tepung Q paling rendah.
5. Satu pemerhatian telah dijalankan ke atas sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berkaitan
dengan kesan kekerapan mengambil gula-gula terhadap kerosakan gigi. Jadual 5 menunjukan
keputusan bagi penyiasatan tersebut.

School Pupils
A B C
Pelajar

Average candy intake in one day


1 2 3
Purata pengambilan gula-gula dalam sehari

Number of tooth decay


2 4 6
Bilangan gigi yang rosak
Jadual 5
(a) Berdasarkan keputusan penyiasatan di atas, tuliskan satu inferens bagi
menerangkan keadaan pelajar C.
Bilangan gigi yang rosak pelajar C paling banyak kerana purata pengambilan
gula-gula pelajar C paling tinggi // bakteria di dalam mulut pelajar C paling
aktif.
(b) Tuliskan satu permerhatian untuk menyokong jawapan inferens di (a).
Bau mulut pelajar C paling busuk.
6. Doktor Ahmad telah membuat bancian terhadap pesakit yang datang ke klinik beliau pada hari
Isnin sehingga hari Jumaat. Bancian tersebut ditunjukkan seperti dalam jadual 6 di bawah.

Days Number of patient received flu and cough treatment


Hari Bilangan pesakit yang menerima rawatan demam dan batuk

Monday
2 orang pesakit
Isnin
Tuesday
6 orang pesakit
Selasa
Wednesday
11 orang pesakit
Rabu
Thursday
17 orang pesakit
Khamis
Friday
24 orang pesakit
Jumaat

Rajah 6
(a) Berikan satu inferens bagi menerangkan kejadian yang berlaku hasil bancian
Doktor Ahmad.
Bilangan pesakit yang menerima rawatan demam dan batuk bertambah
kerana penyakit berjangkit kepada orang lain // virus merebak dengan cepat
(b) Tuliskan satu permerhatian untuk menyokong jawapan inferens di (a).
Bilangan pesakit yang menerima rawatan bertambah dengan cepat
7. Rajah 2 menunjukkan satu pemerhatian yang dilakukan kepada satu adunan tepung yang telah
dicampurkan dengan air gula dan beberapa sudu yis (ragi). Keadaan adunan tepung diperhatikan
selepas sejam.

Rajah 7

(a) Berikan satu inferens tentang agen pencaran (penyebaran) bagi biji benih
tumbuhan di atas.
Kelapa dan teratai dipencarkan oleh air.
(b) Tuliskan dua permerhatian untuk menyokong jawapan inferens di (a).
Boleh terapung di atas air // ringan // kulit kalis air // ada ruang bawah kulit
yang memerangkap udara
8. Rajah 2 menunjukkan satu pemerhatian yang dilakukan kepada satu adunan tepung yang telah
dicampurkan dengan air gula dan beberapa sudu yis (ragi). Keadaan adunan tepung diperhatikan
selepas sejam.

Rajah 8

(a) Berikan satu inferens tentang agen pencaran (penyebaran) bagi biji benih
tumbuhan di atas.
Buah sena dan meranti dipencarkan oleh angin.
(b) Tuliskan dua permerhatian untuk menyokong jawapan inferens di (a).
Ringan // kecil // struktur bersayap

Anda mungkin juga menyukai