Anda di halaman 1dari 29

MPW 1113/2113

BAHASA KEBANGSAAN (A)


BAB 2 : SEBUTAN DAN INTONASI
2.2 INTONASI

1
Intonasi
Komponen Intonasi
Intonasi Pelbagai Jenis Ayat

2
Apa itu intonasi?
Tatabahasa Dewan Edisi Ke-3
Intonasi ialah nada suara turun naik yang
wujud apabila kita bercakap.

Kamus Dewan 2005


Intonasi ialah turun naik, tinggi rendah nada
suara sewaktu bercakap.

3
 Dalam percakapan, nada suara jarang
mendatar, ada kalanya meninggi dan
merendah.

 Ciri utama pertuturan manusia ialah sentiasa


berubah-rubah sifatnya dan mencerminkan
maksud isi percakapan serta keadaan emosi
semasa berlakunya komunikasi.

4
Cuba lafazkan mengikut nada suara yang
biasa digunakan:
1. Nama saya Abdul Aziz.
2. Cis, penderhaka rupanya lelaki itu!
3. Awak hendak ke mana?
4. Aduh, sakitnya!
5. Datang juga, dia.
6. Wani, jangan bermain di jalan raya yang sibuk
itu.

5
 Intonasi amat penting dalam tatabahasa
Melayu kerana peranannya adalah
membezakan bahagian-bahagian subjek dan
predikat dalam ayat.
 Dalam bahasa Inggeris, pemisahan antara
subjek dan predikat ditandai oleh kata kerja
pada predikat. Hal ini tidak semestinya berlaku
dalam bahasa Melayu.
 Sebaliknya,intonasi menjadi tanda pemisah
antara subjek dan predikat dalam ayat bahasa
Melayu.
6
Contoh intonasi ayat
Pegawai itu pengurus.
Ali menendang bola itu.

Bagaimanakah intonasinya ???

7
Subjek dan predikat
 Subjek ialah perkara, manakala predikat ialah
ceritanya.

Subjek Predikat
1. Bayi itu lapar
2. Rumah ini sangat besar
3. Orang itu guru saya
4. Ibu menggoreng sayur
5. Pegawai itu pengurus
6. Ali menendang bola

8
 Tingkat nada dalam intonasi biasanya ditandai
dengan angka 1, 2, 3 dan 4.

 1 - nada yang paling rendah


 2 – nada permulaan dalam ujaran sesuatu ayat
 3 – nada tekanan
 4 – nada yang paling tinggi

9
4 3
1. P e g a w a i i t u p e n g u r u s
2 2

4 3
2. A l i m e n e n d a n g b o l a i t u
2 2

10
Intonasi ayat bahasa Melayu
 Pola intonasi ayat dalam bahasa Melayu:

1. Ayat penyata biasa


2. Ayat tanya
3. Ayat perintah
4. Ayat terbalik atau songsang
5. Ayat pasif

11
1. Ayat penyata biasa
 Pola intonasi ayat penyata biasa ialah 2-4-2-3
seperti di bawah:

4 3
Pegawai itupengurus
2 2

12
 Frasa subjek pengawai itu ditandai dengan
tingkat nada 2-4.
 Frasa predikat pengurus ditandai dengan tingkat
2-3
 Pemisahan subjek daripada predikat menjadi
nyata kerana nada suara turun daripada tingkat 4
pada suku kata akhir frasa subjek ke tingkat 2,
iaitu nada permulaan pada frasa predikat.
 Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan
selesainya pengucapan frasa predikat.

13
2. Ayat tanya
 Pola intonasi ayat tanya dalam bahasa Melayu
ialah 2-4-3-4.

4 3 4
P e g a w a i i t u p e n g u r u s?
2
 tingkat nada 3 yang terletak pada suku kata akhir
naik kembali ke nada 4 sebagai penutup ayat.

14
 Intonasi ini digunakan dalam bentuk
pertanyaan kepada seseorang pendengar
untuk dijawab oleh orang yang ditanya.
 Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan
partikel –kah.
 Partikel –kah diletakkan pada predikat
kemudian mengalami proses
penjudulan/pendepanan.

15
 Predikat dipindahkan ke hadapan ayat kerana
predikat yang disertai partikel –kah itu
dipentingkan.
 Maka intonasi ayat berubah menjadi 2-3-1-4
3 4
P e n g u r u s k a h p e g a w a i i t u?
2 1

16
3. Ayat perintah
 Dalam ayat perintah, predikat lebih
dipentingkan daripada subjek.
 Contohnya:

 Masuk!

 Sebenarnya terbit daripada ayat :

 Kamu masuk!

17
 Perkataan kamu, iaitu kata ganti nama diri
kedua telah digugurkan dan yang tinggal ialah
predikat masuk.
 Sebagai frasa predikat, masuk diucapkan
dengan nada 2-3 seperti yang berikut:
3
Masuk!
2
18
 Ayat perintah tersebut agak keras.
 Untuk melembutkan perintah itu, maka
partikel –lah boleh disertakan.
3
Masuklah
2 1
 Intonasi ayat ini ditandai dengan tingkat nada
2-3-1.
19
4. Ayat terbalik atau songsang
 Susunan biasa ayat bahasa Melayu ialah
subjek + predikat
 Tetapi sering kali terjadi susunan ayat yang
berlawanan pola biasa, iaitu predikat
mendahului subjek ( predikat + subjek =
disebut ayat songsang/terbalik).
 Intonasi ayat biasa ialah 2-4-2-3 tetapi intonasi
bagi ayat songsang ialah 2-3-1

20
Susunan biasa
4 3
Kucing itu comel
2 2
 Ayat songsang
3
Comel kucing itu
2 1
 Susunan biasa
4 3
Pegawai itu pengurus
2 2
 Ayat songsang
3
Pengurus pegawai itu
2 1

21
 Walaupun kedudukan predikat berubah dalam
ayat songsang, iaitu ke hadapan ayat tetapi
tingkat nadanya tetap sama.
 Partikel –kah, -lah juga befungsi sebagai tanda
bahawa predikat dipentingkan.
3 4
P e n g u r u s k a h p e g a w a i i t u?
2 1
 Disebabkan partikel –kah berfungsi sebagai
tanda bahawa predikat itu penting, maka nada
nya menurun kepada 1.
22
5. Ayat pasif
 Intonasi bagi ayat pasif biasa sama seperti ayat aktif
biasa, iaitu 2-4-2-3.
 Perhatikan kedua-dua ayat di bawah
A. Ayat aktif
4 3
Ali belum membaca buku itu
2 2
b. Ayat pasif
4 3
Buku itu belum dibaca oleh Ali
2 2
23
 Kedua-dua ayat di atas, bahagian pertama
merupakan subjek (nada 2-4) dan bahagian
kedua merupakan predikat (nada 2-3).

 Sama juga seperti intonasi ayat tanya aktif


biasa dengan ayat tanya pasif biasa, iaitu
tingkat nada 2-4 untuk subjek dan 2-3 untuk
predikat.

24
4 3
D i a m e m o h o n j a w a t a n i t u?
2 2
4 3
J a w a t a n i t u d i p o h o n n y a?
2 2

25
INTONASI DALAM AYAT PANJANG
 Walau bagaimana panjang sekalipun ayat,
nada intonasi tetap mempunyai pola yang
sama
 Turun naiknya suara disesuaikan dengan unit-
unit frasa
 Dalam hal ini, pola intonasi berfungsi sebagai
pemenggal atau pemisah frasa-frasa dalam
ayat.

26
CONTOH
Mahasiswa universiti itu membaca buku di
perpustakaan.

 Ada 3 frasa intonasi utama:


 Frasa subjek : mahasiswa universiti itu
 Frasa predikat : membaca buku
 Keterangan : di perpustakaan

27
 Pola intonasi bagi ayat penyata biasa ialag 2-4-
2-3
4 3
mahasiswa universiti i tu membaca bu ku
2 2
 Frasa di perpustakaan merupakan keterangan
tambahan dan tidak begitu penting. Tanpa
kehadirannya, ayat tetap gramatis. Oleh itu,
mada untuk frasa keterangan ialah 1
 Maka intonasi keseluruhan ayat ialah 2-4-2-3-1.

28
LATIHAN

29

Anda mungkin juga menyukai