Anda di halaman 1dari 29

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENGGAL 1

PENGAJIAN PERNIAGAAN 946


TOPIK 5.3: LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
MAKSUD LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
LATIHAN ialah proses peningkatan kemahiran untuk memenuhi keperluan semasa
organisasi yang boleh menyumbang ke pencapaian matlamat organisasi

PEMBANGUNAN ialah proses peningkatan kemahiran untuk memenuhi keperluan


masa hadapan sebagai persediaan untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi
KEPENTINGAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
• Meningkatkan produktiviti pekerja
• Meningkatkan kemahiran pekerja
• Mengurangkan kesilapan pekerja
• Meningkatkan kepuasan pekerja
• Meningkatkan motivasi pekerja
• Dapat mengekalkan pekerja yang terbaik
• Menyedarkan pekerja bahawa mereka dihargai
• Membentuk reputasi sebagai organisasi yang mementingkan aspek pembangunan pekerja
KEPENTINGAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
Meningkatkan produktiviti pekerja
• Sebarang masalah yang berkaitan dengan kelemahan pekerja atau kekurangan kemahiran
boleh diatasi melalui latihan untuk meningkatkan produktiviti
• Dengan kemahiran yang mencukupi, pekerja dapat membuat kerja tanpa tunjuk ajar
malah kesilapan juga dapat dikurangkan

Meningkatkan kemahiran pekerja


• Dengan memberikan latihan dan tunjuk ajar secara spesifik kepada pekerja, kemahiran
pekerja dapat ditingkatkan
KEPENTINGAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
Mengurangkan kesilapan pekerja
• Dengan memberikan latihan dan pembangunan, kesilapan pekerja boleh dikurangkan ke
tahap minimum
• Hal ini akan sekaligus menjimatkan kos kepada organisasi akibat kesilapan pekerja

Meningkatkan kepuasan bekerja


• Kepuasan bekerja seorang pekerja boleh ditingkatkan jika pekerja boleh melakukan
semua tugas yang diserahkan
KEPENTINGAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
Meningkatkan motivasi pekerja
• Pihak pengurusan boleh memberikan program latihan kepada pekerja sebagai tanda
penghargaan kepada mereka dan ini akan meningkatkan motivasi mereka
• Pekerja biasanya bersemangat untuk mempratikkan ilmu yang diperoleh

Menyedarkan pekerja bahawa mereka dihargai


• Jika organisasi memberikan peluang kepada indivudu untuk menyertai program latihan
dan pembangunan, ini menunjukkan bahawa organisasi amat menghargai khidmat
individu tersebut
KEPENTINGAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
Dapat mengekalkan pekerja yang terbaik
• Pekerja yang mendapat kepuasan bekerja akan terus bekerja dalam organisasi yang sama

Membentuk reputasi sebagai organisasi yang mementingkan aspek pembangunan


pekerja
• Reputasi yang baik akan menarik lebih ramai calon yang berkualiti dengan kemahiran
yang diperlukan untuk menyertai organisasi
JENIS LATIHAN

Latihan sambil Latihan luar Latihan


kerja kerja perantisan

Pembelajaran
Simulasi secara atas Kajian kes
talian
JENIS LATIHAN
Jenis Latihan Keterangan
• Pelatih akan mempelajari sesuatu pekerjaan dengan melakukan
kerja itu sendiri
• Sokongan penyelia dalam kaedah ini adalah sangat penting
Latihan sambil • Penyelia perlu bersikap toleransi sekiranya pekerja membuat
kerja kesilapan supaya pekerja dapat memahami pekerjaannya dengan
berkesan
• Dengan batuan penyelia, pekerja akan mengetahui apa kesilapan
yang sering dilakukan
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN LATIHAN SAMBIL KERJA

Kebaikan Kelemahan
• Menjimatkan masa latihan • Pelatih boleh berasa tertekan
• Menjimatkan kos latihan • Kurang berkesan jika jurulatih kurang
• Pekerja tidak perlu meninggalkan pengalaman untuk mengajar
tempat kerja dan ini tidak mengganggu • Produktiviti dan reputasi organisasi
jadual kerja di pejabat terjejas jika kesilapan semasa bekerja
berlaku
JENIS LATIHAN
Jenis Latihan Keterangan
• Latihan yang dijalankan oleh organisasi sendiri atau organisasi
luar dan diadakan di luar waktu bekerja atau di luar tempat kerja
Latihan luar kerja
• Latihan diberikan di lokasi yang lain daripada tempat kerja
sebenar
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN LATIHAN LUAR KERJA

Kebaikan Kelemahan
• Pekerja tidak berasa tertekan • Masa pelaksanaan program sukar di-
• Pekerja akan rasa lebih berminat untuk tetapkan
menjalani latihan • Penggunaan kaedah latihan yang ber-
• Membantu peserta menjana idea baharu beza akan mengurangkan keberkesanan
yang boleh diaplikasikan di tempat kerja program latihan
• Pencapaian pekerja dalam latihan boleh • Melibatkan kos yang tinggi
dinilai secara langsung dan berterusan • Kandungan program mungkin berbeza
daripada keperluan organisasi dan tidak
sesuai dilaksanakan
JENIS LATIHAN
Jenis Latihan Keterangan
• Kaedah ini biasanya menggabungkan latihan dalam kelas dengan
latihan sambil kerja
• Perantis ialah pekerja sepenuh masa yang bekerja sambil
menjalani latihan
Latihan perantisan • Pekerja baharu akan diletakkan di bawah pengawasan seorang
pakar atau mentor yang bekerja di organisasi yang sama
sehingga pekerja mencapai piawaian industri atau menjadi cekap
• Kaedah ini sesuai untuk pekerjaan yang memerlukan kemahiran
tinggi
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN LATIHAN PERANTISAN

Kebaikan Kelemahan
• Pelatih dibayar elaun • Bukan semua bidang sesuai untuk
• Peluang untuk belajar aspek praktikal latihan perantisan
dengan pakar selain teori-teori yang • Komitmen dan kerjasama yang tinggi
berkaitan antara perantis dengan mentor amat
• Pelatih dilayan seperti pekerja walaupun diperlukan
masih dalam latihan
JENIS LATIHAN
Jenis Latihan Keterangan
• Melalui kaedah simulasi, pelatih akan mempelajari teknik atau
cara bekerja yang sebenar dengan menggunakan model yang
Simulasi serupa dengan peralatan sebenar
• Kaedah ini biasanya digunakan sebagai latihan bagi tugas yang
berisiko tinggi atau kos yang sangat mahal
• Kaedah latihan ini menggunakan arahan secara dalam talian
Pembelajaran
dengan batuan komputer
secara dalam
• Jurulatih boleh memantau latihan melalui komputer tanpa
talian
bersemuka dengan pelatih
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEMBELAJARAN SECARA
DALAM TALIAN

Kebaikan Kelemahan
• Boleh dilakukan di mana-mana sahaja • Masalah sukar diselesaikan sekiranya
• Boleh dibuat di luar waktu pejabat pelatih berdepan dengan masalah
• Boleh dilakukan berulang kali • Kecekapan menggunakan alat teknologi
• Boleh dilakukan mengikut tahap ke- amat diperlukan
pantasan masing-masing • Kurang motivasi kerana tiada hubungan
• Boleh menjimatkan kos latihan langsung dengan pelatih
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SIMULASI

Kebaikan Kelemahan
• Pelatih merasai seperti pengalaman • Pelatih tidak merasai tekanan kerja yang
menggunakan alat sebenar sebenar
• Mengurangkan kos sekiranya berlaku
kesilapan
• Pelatih tidak takut untuk melakukan
kesilapan
JENIS LATIHAN
Jenis Latihan Keterangan
• Pelatih diberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan suatu
Kajian kes kes perniagaan dan diminta untuk menyelesaikan masalah
perniagaan berdasarkan maklumat yang sedia ada
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAJIAN KES

Kebaikan Kelemahan
• Membentuk kemahiran menganalisi dan • Isu yang dibincangkan mungkin tidak
menyelesaikan masalah relevan
• Membantu pelatih mengaplikasi penge- • Maklumat yang tidak mencukupi boleh
tahuan dan kemahiran baharu menyebabkan pelatih membuat penyele-
• Membenarkan pelatih meneroka pen- saian kes yang salah
yelesaian kepada isu yang kompleks • Tidak sesuai untuk pekerja peringkat
bawahan
SENARAI SUMBER RUJUKAN

• Teks Pra-U STPM Pengajian Perniagaan, Penerbit Sasbadi


• Praktis Topik Kertas Soalan Peperiksaan Tahun-tahun Lepas STPM Penggal 1,2,3
(2015 - 2019/2020), Penerbit Sasbadi
• Laporan Peperiksaan STPM Penggal 1, Majlis Peperiksaan Malaysia dan Penerbit
Sasbadi
• Nota Komprehensif Pengajian Perniagaan Semester 1, Penerbit Local Publications,
Penulis: Mokhtar Pet
SOALAN STPM DAN RINGKASAN ULASAN
PENCAPAIAN CALON DALAM TIAP-TIAP SOALAN

SEGALA SOALAN SERTA ULASAN PENCAPAIAN CALON ADALAH HAK


CIPTA MUTLAK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SOALAN SEBENAR STPM
SOALAN ESEI PENDEK
STPM 2015 Q1(i)
Huraikan TIGA kepentingan latihan dan pembangunan. [6]
RINGKASAN ULASAN MPM TENTANG PENCAPAIAN CALON PADA SOALAN

“Soalan (i) menghendaki calon untuk menghuraikan tiga kepentingan latihan dan
pembangunan.”

• Hanya segelintir calon dapat menghuraikan kepentingan latihan dan


pembangunan kepada pekerja dengan tepat
• Kebanyakan calon cenderung untuk memberikan jawapan sama ada yang
berbentuk umum atau yang lebih menjurus kepada kepentingan terhadap
organisasi

Dipetikkan dan diringkaskan dari Laporan Peperiksaan STPM Penggal 1


Tahun 2015

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia


JAWAPAN YANG DITERIMA
• Meningkatkan produktiviti pekerja
• Meningkatkan kemahiran pekerja
• Mengurangkan kesilapan pekerja
• Meningkatkan kepuasan pekerja
• Meningkatkan motivasi pekerja
• Menyedarkan pekerja bahawa mereka dihargai
SOALAN SEBENAR STPM
SOALAN KAJIAN KES
STPM 2015U / 2016 Q2(b)
Berdasarkan kes di atas, terangkan pelan latihan dan pembangunan kerjaya yang
dilaksanakan di IBM. [11]

STPM 2016U / 2017 Q2(b)


Berdasarkan kes di atas, bagaimanakah JCorp memastikan tenaga kerjanya
kompeten? [22]
RINGKASAN ULASAN MPM TENTANG PENCAPAIAN CALON PADA SOALAN

“Soalan (b) menghendaki calon untuk menerangkan pelan latihan dan


pembangunan kerjaya yang dilaksanakan di IBM.”

Kekuatan calon
• Kebanyakan calon dapat memberikan fakta, huraian serta kaitan kes dengan
tepat

Kelemahan calon
• Segelintir calon menggunakan kaitan kes sebagai fakta

Dipetikkan dan diringkaskan dari Laporan Peperiksaan STPM Penggal 1


Tahun 2016

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia


SOALAN SEBENAR STPM
SOALAN KAJIAN KES
STPM 2016U / 2017 Q2(b)
Berdasarkan kes di atas, bagaimanakah JCorp memastikan tenaga kerjanya
kompeten? [22]
RINGKASAN ULASAN MPM TENTANG PENCAPAIAN CALON PADA SOALAN

“Soalan (b) menghendaki calon untuk menerangkan bagaimana JCorp memastikan


tenaga kerjanya kompeten.”

Kekuatan calon
• Kebanyakan calon dapat memberikan fakta dan kaitan kes yang tepat

Kelemahan calon
• Segelintir calon gagal memberi fakta yang tepat
• Kaitan kes terpesong daripada kes yang diberi

Dipetikkan dan diringkaskan daripada Laporan Peperiksaan STPM Penggal 1


Tahun 2017

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia


SEKIAN, TERIMA KASIH

PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


PENGGAL 1

Anda mungkin juga menyukai