Anda di halaman 1dari 48

NBSA 1113 (BEHAVIOURAL SCIENCE 1)

HMS-1/18

HMS-1/18 1
HMS-1/18 2
OBJEKTIF
Pada akhir sesi pembelajaran pelatih dapat:

 Memberi definisi komunikasi.


 Menerangkan proses komunikasi.
 Menerangkan kaedah dalam komunikasi:
- verbal dan non verbal.

HMS-1/18 3
PENGENALAN
• manusia tidak boleh dalam keadaan tidak
berkomunikasi kerana setiap pergerakan
mempunyai mesejnya tersendiri. Diam juga
memberi mesej tertentu. Oleh itu kita perlulah
belajar berkomunikasi dengan berkesan.

HMS-1/18 4
PENGERTIAN KOMUNIKASI
• Komunikasi adalah terjemahan dari perkataan
Bahasa Inggeris communication.

• Berasal daripada bahasa latin communicare =


persamaan.
(Shamsudin, 1993)

HMS-1/18 5
Konsep Asas Komunikasi

Hantar Mesej Terima Mesej

Penghantar Penerima

Terima Mesej Hantar Mesej

HMS-1/18 6
DEFINISI KOMUNIKASI
• Komunikasi adalah satu proses pertukaran maklumat atau
pemindahan pengetahuan, pendapat atau idea, emosi dan
perasaan diantara dua atau lebih orang.

Atau
• Komunikasi adalah proses berlakunya pertukaran maklumat
diantara individu samada sengaja atau tidak sengaja.

Atau
• Komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej
antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum
balas yang serta merta ( De Vito, 1978).

HMS-1/18 7
OBJEKTIF KOMUNIKASI
1. Memuaskan keperluan sosial dan psikologikal
manusia - bergaul, berbual, berkongsi
pemikiran dan berhibur.
 satu proses interaksi yang membantu proses
sosialisasi.

HMS-1/18 8
2. Mendapatkan kesefahaman diantara individu,
pekerja dan juga memupuk kepercayaan di dalam
organisasi.
•Contoh: menggunakan kaedah komunikasi tertentu
bagi mendapatkan pengaruh – melakukan kempen,
memujuk, mempengaruhi, menyebarkan propaganda,
menggunakan media massa dan sebagainya.

HMS-1/18 9
3. Perpindahan maklumat.
• satu cara memberitahu /diberitahu mengenai
sesuatu perkara , kejadian, perasaan atau
maklumat yang berkaitan dengan kehidupan.
• Contoh: Jururawat berkomunikasi dengan pesakit
untuk memberi pendidikan kesihatan dan rawatan
yang dilakukan ke atasnya - dapat membantu
mempercepatkan proses penyembuhan.

HMS-1/18 10
ELEMEN-ELEMEN / KOMPONEN
DALAM PROSES KOMUNIKASI

HMS-1/18 11
Komunikasi adalah proses dua hala melibatkan:

1. Penghantar (sender)
2. Mesej (message)
3. Saluran (Channel)
4. Penerima (Receiver)
5. Maklum balas (Feedback)

HMS-1/18 12
1. Penghantar (sender)
• Penghantar - individu, kumpulan atau institusi yang
mempunyai pendapat, fikiran, perasaan atau mesej
yang ingin disampaikan kepada orang lain.

 Contoh: Dalam bilik kuliah, pengajar dianggap


sebagai penghantar maklumat .

HMS-1/18 13
2. Mesej (Message)
• Mesej adalah maklumat yang dihantar penghantar ke
penerima.

• Enkod ialah proses di mana sesuatu mesej yang dikirim


diterjemahkan .

• Mesej berupa kod samada dalam bentuk bunyi, tulisan,


simbol atau gerak badan - harus ditunjukkan supaya
mesej dapat disampaikan dengan jelas.

HMS-1/18 14
3. Saluran (Channel)
• Saluran adalah perantaraan yang membawa mesej -
bagaimana mesej pindah dari penghantar ke
penerima.

Terdapat 2 jenis saluran:


a. Saluran interpersonal
b. Saluran lain-lain.

HMS-1/18 15
a. Saluran interpersonal
• komunikasi “face to face” antara penghantar dan
penerima.
• berlaku tanpa dirancang (secara spontan).
• adalah komunikasi dua hala iaitu antara individu yang
terlibat.
• Contoh : perbualan kita setiap hari dengan ahli
keluarga, rakan, pengajar atau pesakit.

HMS-1/18 16
b. Saluran lain

• Saluran adalah cara untuk menyampaikan rangsangan


yang biasa seperti penglihatan, pendengaran
termasuk yang lain-lain.

 Telefon - mentransformasikan suara


 Surat - maklumat yang ditulis untuk dibaca
 Televisyen - Kombinasi dari penglihatan, bunyi dan pergerakan
 Radio - mempunyai kesan audio untuk sebar maklumat

HMS-1/18 17
4. Penerima (Receiver)
• Penerima ialah individu / kumpulan yang menerima mesej.

• Penerima akan decode atau mentafsir makna mesej.

• menggubal apa yang ingin disampaikan oleh penghantar


dalam bentuk kod, dan menyampaikannya dalam bentuk
mesej.

HMS-1/18 18
5. Maklum balas (Feedback)
• Respon / tindakan penerima terhadap mesej yang
diterima.

• Maklumbalas boleh jadi berbentuk lisan atau bukan


lisan - menentukan keberkesanan komunikasi.

HMS-1/18 19
Jadi komunikasi adalah seperti didefinisikan oleh Harold Lasswell:-

 Siapa mengatakan apa melalui saluran mana kepada siapa dan


apakah kesannya?
(Who says what in which channel to whom with what effect)

HMS-1/18 20
KAEDAH KOMUNIKASI
• Komunikasi Lisan (verbal)
• Komunikasi bukan lisan (non verbal)

HMS-1/18 21
1. KOMUNIKASI LISAN (VERBAL)
• komunikasi menggunakan bahasa yang
membolehkan manusia mengeluarkan idea dan
perlakuan.

• Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual


secara bersemuka.

• boleh berlaku antara dua orang yang berada


berjauhan dengan menggunakan telefon.

HMS-1/18 22
KOMUNIKASI LISAN TERBAHAGI KEPADA:
i. Pertuturan
a. Perbualan tidak dirancang
•berlaku dalam suasana tidak formal - dirumah, restoran,
jamuan makan dimana 2 orang / > berbual tentang tajuk
yang menarik perhatian mereka.

HMS-1/18 23
b. Perbualan yang dirancang secara
tidak formal
•Berlaku apabila 2 / > individu
bersetuju untuk mengadakan
perbincangan awal sebelum sesuatu
perbincangan rasmi diadakan.
Perbualan ini bertujuan untuk
mendapat gambaran jelas tentang
sesuatu perkara berbangkit.

c. Perbualan melalui telefon


•Penggunaan masa kini.

HMS-1/18 24
d. Mesyuarat
•majlis perbincangan formal yang
mengikut agenda mesyuarat dan
diminitkan untuk mendapatkan
sesuatu keputusan atau tindakan
susulan.

e. Pengajaran
•pembelajaran formal adalah dibilik
kuliah.
•pembelajaran tidak formal aadalah
melalui pemerhatian, penerokaan
terhadap persekitaran.
HMS-1/18 25
f. Temuduga
•Fungsi temuduga juga untuk
mengenali seseorang, menilai
kebolehan berfikir atau cara dia
menyampaikan idea.
•bertujuan untuk kenaikan pangkat,
pengesahan jawatan dan sebagainya.

g. Pengucapan awam
•pengucap bercakap dikhalayak ramai
dalam sesuatu majlis rasmi seperti
forum, dialog, seminar dan sebagainya.
•pengucap perlu membuat persiapan
yang rapi dari segi tajuk perbincangan,
audien dan suasana majlis tersebut.

HMS-1/18 26
ii. Tulisan
•> kepada proses komunikasi intrapersonal.
•Penyampai perlu berfikir sebelum menulis kerana
penerima tidak boleh bertanya secara langsung
atau menghubungi segera.

•Mesej dalam bentuk perkataan tidak boleh


diubah sewenang-wenangnya.

•Antara bentuk komunikasi tulisan yang biasa


digunakan ialah menulis laporan pesakit,
tugasan, notis, surat pekeliling, memo dan
sebagainya.
HMS-1/18 27
iii. Bacaan
•Untuk memahirkan komunikasi pertuturan dan
meningkatkan perbendaharaan kata, kita perlu
banyak membaca – buku, majalah, surat khabar
dan bahan bacaan yang lain.

HMS-1/18 28
FAKTOR MEMPENGARUHI
KOMUNIKASI LISAN:
1. Umur
 Kanak-kanak = tumpuan adalah
singkat. Tanya beberapa soalan yang
senang / melukis gambar merupakan
komunikasi untuk mereka.

• Pra sekolah – bercakap dengan paras


level mata untuk mengurangkan
ketakutan mereka. Ajak mereka
berbual semasa berkomunikasi di
rumah.

HMS-1/18 29
• Remaja - Perlu menggunakan skill yang
aktif untuk mendengar.
• berkomunikasi dengan cara memujuk jika
mereka berdegil dan elak menghukum.

• Veteran – ada kala mempunyai masalah


pendengaran. Cara komunikasi:
 perlu menghadapnya.
 bercakap dengan sepatah-sepatah dan
elakkan persekitaran yang bising.
 elak tanya soalan yang banyak dalam satu
masa.
 ulang semula percakapan supaya mereka
dapat memahaminya.
HMS-1/18 30
2. Budaya
•menerima mesej berdasarkan pola
kebudayaannya - berbeza antara satu
sama lain.
•Contoh: perkataan gampang = mudah,
anak haram, bastard.

4. Kecacatan
•Kecacatan disebabkan cleft palate juga
mempengaruhi komunikasi lisan.
Penerima perlu mendengar dengan
tumpuan apa yang diperkatakan.
HMS-1/18 31
3. Taraf pendidikan
•sekolah rendah / sehingga PMR - jururawat perlu
bercakap dalam ayat yang mudah difahami oleh
mereka.

•berpendidikan tinggi, jururawat menggunakan bahasa


yang setaraf dengan mereka, supaya mereka tidak
memandang rendah kepada jururawat.

HMS-1/18 32
PRINSIP-PRINSIP KUMUNIKASI LISAN YANG BERKESAN:
1.Mesej hendaklan disampaikan dengan ringkas dan
mudah difahami.

2.Mesej mestilah terang dan jelas termasuk mengapa,


bila, bagaimana, siapa, apa, dimana.

2.Masa sesuai dan berpatutan.


3.Jururawat perlu pandai mengucapkannya mengikut
keadaan masa semasa berkomunikasi dengan pesakit. .

HMS-1/18 33
4. Mesej perlu disusun :
• memberi penekanan terhadap idea yang penting.

5. Mesej boleh dipercayai, betul, jujur, tepat.


 Jururawat perlulah berpengetahuan mengenai tajuk
perbincangan, informasi yang diberi adalah tepat.
 sekiranya dia tidak pasti katakan - “saya tidak pasti
tetapi saya akan dapatkan seseorang yang tahu
mengenainya”.

HMS-1/18 34
2. KOMUNIKASI BUKAN LISAN (NON VERBAL)
• Komunikasi yang disampaikan tanpa menggunakan
pertuturan /body language (bahasa badan) seperti gesture,
nada suara, jarak ungkapan, hentian dan diam, keluhan dan
sebagainya.

• boleh menyampaikan mesej yang sukar untuk dilahirkan


melalui pertuturan atau tulisan. Ia boleh menggambarkan
emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang.

HMS-1/18 35
Komunikasi bukan lisan ialah:

a)eye contact
komunikasi bermula dengan kontak mata - merupakan
satu cara memulakan perbualan.

Menunjukan hormat dan rela mendengar supaya


komunikasi diteruskan.

adakalanya mata dan bulu kening menjadi penunjuk


yang tepat mengenai perasaan takut, terperanjat, teruja.
HMS-1/18 36
b. Reaksi air muka
•menentukan jalinan komunikasi yang akan dilaluinya dan
menunjukkan perasaan seseorang.

•muka masam - jalinan komunikasi antara dua individu mungkin


tidak akan mesra.

•muka yang manis, menggambarkan perasaan gembira dan


positif kepada orang yang kita ingin berkomunikasi -
mewujudkan jalinan komunikasi yang positif dan mesra.

•Jururawat juga perlu mengawal riak air muka dan perasaan


seperti takut, risau, cemas dan jijik, kerana klien dapat membaca
riak air muka kita.
HMS-1/18 37
c) Postur
•aligment badan yang baik - sihat tubuh
badan dan sikap positif.
•depress dan letih – bongkok.
•kesakitan – memegang dibahagian anggota
yang sakit.

d) Gaya (gait)
•gaya jalan yang penuh semangat – gembira.
•berjalan sambil menyeret kaki - sedih dan
tawar hati.

HMS-1/18 38
e) Gerak isyarat (gesture)
•Menggunakan bahagian-bahagian tertentu badan yang
memberi berbagai makna.
•Berikut adalah isyarat yang biasa digunakan:
ibu jari ke atas – menunjukkan kejayaan dan ke arah
bawah menunjukkan kegagalan.

•illustrators – adalah gerak tangan yang digunakan


bersama dengan verbal. Tujuannya merperkukuhkan lagi
perkara yang diperkatakan melalui pertuturan. Contoh:
menggerakkan tangan untuk menggambarkan sesuatu
yang ingin disampaikan.
HMS-1/18 39
• Bagi mereka yang mempunyai masalah komunikasi
yang khas seperti pekak dan bisu akan menggunakan
tangan untuk berkomunikasi.

• Pesakit yang lemah yang tidak dapat berkomunikasi


verbal akan menggunakan tangan atau jari untuk
berkomunikasi seperti ‘ya’ atau ‘tidak’.

HMS-1/18 40
f) Keterampilan fizikal.
•kelihatan ceria dan kemas menunjukkan ia
berada dalam keadaan gembira.
•Individu yang mengidap penyakit akan
menunjukkan beberapa perubahan pada
keterampilannya.

g) Cara berpakaian dan grooming


•good self esteem memberi perhatian lebih
kepada pakaian dan grooming.
•low self esteem memberi kurang perhatian
pada pakaian.
•Seseorang yang sakit menunjukkan kurang
minat pada rupa paras sendiri.
HMS-1/18 41
h) Bunyi
•Dikeluarkan secara oral tetapi dalam bentuk
komunikasi bukan verbal.
•menyampaikan emosi yang berkaitan dengan
maksud sesuatu mesej.

•Bunyi ditafsirkan dengan berbagai cara:


menangis kerana sedih/mungkin gembira.
Tercungap (gasping) – takut/sakit.
Mengeluh – letih / bosan / merasa lega

•nada suara juga boleh membawa makna rasa


meluat atau menyampah, kebimbangan, takut
dan tidak selesa.
HMS-1/18 42
i) Senyap/sunyi
•Waktu senyap (periods of silence)
semasa komunikasi selalunya membawa
makna. Senyap diantara dua orang
menunjukkan saling faham memahami /
marah diantara satu sama lain.

j). Proksemik
•Adalah jarak, ruang atau kawasan. Ia
dipengaruhi oleh unsur seperti status,
budaya, konteks, perkara yang berkaitan
dengan komunikasi, jantina dan umur.

HMS-1/18 43
Hall (1959), 4 pembahagian ruang peribadi jarak mesra, jarak
peribadi, jarak sosial dan jarak umum.

1. Jarak akrab
•adalah dalam lingkungan < daripada 18 inci – Individu hanya
berbual secara berbisik-bisik. Topik perbualan adalah sesuatu
yang sulit. Individu yang terlibat dalam interaksi ini sudah
mengenali antara satu sama lain.

2. Jarak peribadi
•adalah diantara ½ kaki hingga 4 kaki - Individu mempunyai
hubungan rapat. Topik perbualan adalah berkaitan dengan
perkara peribadi tetapi tidak sulit. Jarak ini sesuai untuk
berinteraksi dengan rakan-rakan.
HMS-1/18 44
3. Jarak sosial
•adalah diantara 4 kaki hingga 12 kaki - Interaksi
berlaku melibatkan orang yang tidak dikenali atau
kerana urusan rasmi seperti temuduga, mesyuarat atau
perjumpaan.

4. Jarak awam
•jarak > daripada 12 kaki - melibatkan sesi
pengucapan. Jarak yang jauh dan tidak melibatkan
interaksi antara individu (komunikasi satu hala sahaja).

HMS-1/18 45
• Ciri asas komunikasi non verbal:
• Komunikasi bukan verbal selalunya berlaku tanpa kawalan
seseorang dan secara keseluruhannya menunjukkan hampir
tepat kepada perasaan sebenar seseorang.

• berlaku secara serentak - verbal dan non verbal.

• Mesej boleh berbentuk samaran - Kita tidak boleh andaikan


apa yang penghantar maksudkan dan apa yang penerima
maksudkan adalah sama. Contoh:
1. Semasa sisi kuliah seseorang pelajar menguap secara tiba-
tiba kerana mengantuk tetapi guru menganggap pelajar
tersebut mungkin telah bosan.
HMS-1/18 46
TERIMA KASIH

HMS-1/18 47
LATIHAN
SEQ:
1. Berikan definisi komunikasi.
2. Nyatakan objektif komunikasi
3. a. Nyatakan elemen-elemen dalam proses
komunikasi.
b. Nyatakan dua (2) cara komunikasi.

HMS-1/18 48

Anda mungkin juga menyukai