Anda di halaman 1dari 43

PENDIDIKAN KESIHATAN

MINGGU 2

TOPIK 2:
KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN AWAM

PENGAJAR:
NOR AFIZA BINTI MOHAMED
ILKKM SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
OBJEKTIF
Selepas menamatkan kuliah, pelajar sepatutnya berupaya:

1. Mendefinisikan komunikasi.
2. Menyatakan elemen proses komunikasi.
3. Menyatakan rintangan komunikasi.
4. Menyatakan kerangka pengucapan awam.
5. Menerangkan teknik pengucapan awam berkesan.
APA YANG SEDANG BERLAKU???
1. DEFINISI KOMUNIKASI
“Komunikasi adalah suatu proses di mana dua
orang atau lebih membentuk atau melakukan
pertukaran informasi dengan satu sama lain
yang pada akhirnya akan tiba di mana mereka
saling memahami dan mengerti”

Everett M Roger & O. Lawrence Kincaid, 2004


“Komunikasi adalah satu proses di mana idea dialihkan dari sumber kepada suatu
penerimaan atau lebih dengan maksud untuk mengubah tingkah laku mereka”

Everett M Roger
2. PROSES DAN ELEMEN DALAM PROSES
KOMUNIKASI

1. Penerangan
2. Sumber 3. Mesej
Awal

4. Saluran

6. Kesan /
5. Penerima
Maklumbalas
2.1 PENERANGAN AWAL ( FEED
FORWARD)

Pengetahuan mengenai latar belakang


golongan penerima.
• Latar belakang ini termasuk taraf pendidikan,
adat istiadat, bangsa dan lain-lain berkenaan si
penerima.
• Berguna untuk membolehkan sumber
menyediakan mesej yang sesuai untuk
kumpulan sasar
2.2 SUMBER (SOURCE)

• Orang yang menyediakan mesej untuk


golongan penerima, misalnya seseorang
individu, sesebuah kumpulan atau
sesuatu pertubuhan atau organisasi
• Sumber akan membuat kandungan mesej
(mengekod)
• Pengekod: proses di mana buah fikiran/
fakta-fakta diubahsuai dengan bentuk
yang boleh dihantar
• Contoh: menyediakan satu skrip tentang
kawalan nyamuk Aedes untuk siaran radio
2.3 MESEJ (MESSAGE )

• Rangsangan / maklumat yang dihantar oleh


sumber kepada si penerima.
• Mesej boleh dalam bentuk lisan dan bukan lisan
2.4 SALURAN (CHANNEL )
• Cara penyampaian sesuatu mesej daripada sumber kepada penerima.
• Terdapat dua jenis saluran , iaitu :

1. Saluran sebaran am (media 2. Saluran interaksi di antara


massa) individu

• Satu saluran yang dapat • Contohnya: dalam


menyebar idea- idea secara perbincangan antara 2
meluas dalam tempoh masa orang, perbincangan
yang singkat. kumpulan dan sebagainya.
• Misalnya radio, televisyen,
suratkhabar, majalah,
poster, pameran dan
sebagainya.
2.5 PENERIMA (RECEIVER)

• Individu atau kumpulan atau masyarakat yang


menerima mesej.
• Kandungan mesej yang diterima akan ditafsirkan
(encoding)
2.6 KESAN - KESAN

• Perubahan dari segi pengetahuan, sikap dan tingkah laku


ke atas penerima
• Penambahan pengetahuan merupakan salah satu kesan
penyampaian mesej, misalnya selepas ceramah kesihatan.

i) Penukaran sikap
- Selepas penyampaian mesej, si penerima
mungkin akan mengubah sikapnya

ii) Perubahan Tingkah laku


- Individu-individu, kumpulan atau orang ramai
mengamalkan langkah-langkah yang disyorkan
setelah penerangan dan dorongan/ galakan diberi
oleh kakitangan kesihatan.
2.7 MAKLUMBALAS

• reaksi penerima terhadap sumber


• bergantung kepada maklumat asas, jenis saluran,
penerima
• tujuan mendapat maklumbalas adalah untuk
mengetahui sejauhmana sesuatu komunikasi itu
berkesan.
• Jika maklumbalas tidak ditanya oleh si penyampai,
maka proses komunikasi menjadi proses sehala sahaja.
RINTANGAN KOMUNIKASI
1. PERINGKAT SUMBER

1) Bahasa sukar difahami


2) Gaya kurang menarik
3) Penggunaan alat pandang dengar kurang berkesan
4) Jarak komunikasi yang jauh
5) Perbezaan fisiologi (umur, jantina, kesempurnaan anggota dll)
6) Perbezaan nilai
7) Sifat agresif atau pasif
8) Komunikasi berbentuk sehala
RINTANGAN KOMUNIKASI
2. PERINGKAT MESEJ

1. Kacau ganggu – bunyi telefon,


2. Hilang tumpuan kerana persekitaran yang tidak selesa
3. Susun atur duduk tidak menyenangkan – terlalu jauh,
berterabur
4. Gangguan mekanikal alat pandang dengar
5. Proses komunikasi terlalu lama
RINTANGAN KOMUNIKASI
3. PERINGKAT PENERIMA
1. Bahasa sukar difahami
2. Topik tidak sesuai
3. Perbezaan fisiologi - kecacatan
4. Bersikap dogmatik – tertutup, tidak boleh di bantah, menunjukkan kuasa,
tidak rasional dan ego.
5. Perbezaan tanggapan dan nilai – berkait rapat dengan psikologi dan amalan
yang baik
6. Perbezaan tahap pendidikan dan pengetahuan
7. Perbezaan sosiobudaya – cara hidup, adat istiadat
8. Gangguan psikologi dan fizikal – halusinasi, skizofrenia, fobia, tekanan jiwa
CARA MENGATASI
1. PERINGKAT SUMBER
1. Guna bahasa yang senang, jelas dan mudah difahami.
2. Memerhati reaksi penerima, mengubahsuai gaya persembahan dan
banyakan penggunaan alat pandang dengar.
3. Meningkatkan kemahiran dan gunakan alat pandang dengar yang anda
mahir.
4. Sesuaikan kaedah komunikasi dengan jarak.
5. Sesuaikan topik dan mesej dengan keupayaan khalayak.
6. Peka dengan reaksi yang ditunjukkan dan beri maklum balas kawalan.
7. Tingkatkan keyakinan, kawal diri dan hormati orang lain.
CARA MENGATASI
2. PERINGKAT MESEJ
1. Kacau ganggu - minimakan dengan mendapat tempat yang lebih
sesuai.
2. Ubah susun atur mengikut kesesuaian kaedah yang hendak
digunakan.
3. Gangguan ABM - cari alternatif lain atau jangan gunakan langsung.
4. Rancang penggunaan masa yang saksama.
CARA MENGATASI
3. PERINGKAT PENERIMA
1. Beri/dapatkan maklum balas tentang kebolehfahaman bahasa
yang digunakan.
2. Beri/dapatkan maklum balas serta respon secara jujur.
3. Gunakan kaedah berkumpulan seperti “group dynamic”.
4. Rapatkan jurang melalui komunikasi dua hala.
5. Analisis pendengar / khalayak.
6. Wujudkan keseimbangan pendapat.
7. Gunakan budi bicara.
• Komunikasi menjadi berkesan apabila :
1. Mesej disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima.
2. Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan
penerima.
3. Perubahan yang dilakukan oleh penerima susulan kepada kehendak
mesej adalah menepati perubahan yang dikehendaki penyampai.
4. Sekiranya si penerima menerima mesej, tetapi tidak melakukan apa
yang dimaksudkan, komunikasi itu gagal.
DEFINISI

• Suatu proses komunikasi antara individu


yang berucap kepada sekumpulan
pendengar (hadirin/ audiens) yang
melibatkan penghantaran mesej melalui
lisan dan bukan lisan
• Contoh : taklimat, ucapan, ceramah dan
pembentangan
TUJUAN

• Menyampaikan maklumat : Ceramah,


Taklimat, Kuliah, Penerangan
• Mempengaruhi/ Memujuk :
• Kempen (Kebersihan, Berhenti Merokok)
• Promosi (Kenderaan, Rumah, Pakaian)
• Penghargaan, Pujian, Inspirasi : Ucapan di
Majlis Rasmi, untuk Anugerah, Naik
pangkat, Persaraan, Konvokesyen
• Menghiburkan : Majlis Keraian berbentuk
hiburan
ELEMEN- ELEMEN PENGUCAPAN
AWAM
• Pengucap : Seseorang yang merupakan sumber menyampaikan
mesej kepada penerima atau pendengar
• Ucapan : Bahan/ Mesej/ Maklumat yang hendak disampaikan
oleh pengucap
• Audiens : Kumpulan sasar pengucap
• Situasi : Keadaan di mana sesuatu ucapan itu disampaikan
(Tarikh, masa, tempat, majlis)
• Saluran : Media penghubung (elektronik atau cetak) dari
pengucap kepada audiens (alat pembesar suara, buku, brosur dll)
• Maklumbalas : Reaksi audiens samada secara
lisan atau bukan lisan kepada mesej yang
disampaikan oleh pengucap
• Gangguan : Pelbagai gangguan semasa
ucapan samada disebabkan pengucap,
audiens, mesej, persekitaran, peralatan
teknikal dan sebagainya
JENIS-JENIS UCAPAN

Impromptu • Tanpa persediaan awal / notis


/spontan • Bergantung pengalaman dan pandangan sendiri

• Disedia dibaca sepenuhnya dari teks


Manuscript • Perkataan dan susunan mengikut keutamaan

• Nota ringkas
Extemporaneous • Gaya tersendiri dan menarik

• Berisiko, tertakluk kpd daya ingatan seseorang


Memorized / hafal • Kaedah penyampaian tidak teratur
PERSEDIAAN SEBELUM BERUCAP

Persediaan
pengucapan
awam

Latihan
Analisa
sebelum
audien
ucapan

Analisa
Analisa
majlis /
penceramah
upacara
A) PERSEDIAAN SEBELUM BERUCAP
1. Persediaan pengucapan awam
• Pemilihan bahan ucapan dan pengelolaan.
• Pilih tajuk yang sesuai dengan pendengar
• Pengetahuan tentang subjek
• Pengelolaan bahan.
• Ucapan mesti mengandungi:
• Pendahuluan iaitu gambaran umum kandungan ucapan.
• Badan ucapan iaitu idea utama atau kandungan penuh ucapan.
• Kesimpulan iaitu merumuskan semula isi ucapan yang telah disampaikan.
• Gunakan cara yang informal dalam pengelolaan bahan.
• Elakkan menggunakan nota.
• Selitkan sindiran berguna dan jenaka agar menarik minat pendengar. Rancangkan ayat
pertama sesebuah ucapan dengan penuh teliti.
2. Analisa Audien
• Faktor-faktor yang perlu dianalisa ialah:
• Siapa yang terlibat
• Pengalaman dan tahap pengetahuan tentang subjek yang akan dibincangkan.
• Tanggapan terhadap topik perbincangan.
• Umur purata, jantina dan bilangan.
• Tahap dan taraf pembelajaran.
• Taraf ekonomi.
• Apa yang hendak disampaikan?
• Adakah untuk makluman? Untuk meyakinkan? Atau untuk menghibur?
• Mengapa? Bagaimana? Bila? Di mana?
3. Analisa majlis / upacara
• Faktor-faktor yang perlu diambil kira:
• Tujuan perjumpaan : formal, perayaan, ulang tahun, budaya dan sebagainya.
• Lokasi : tempat ceramah.
• Kemudahan : bilik, alat-alat pandang dengar, papan tulis, kerusi meja dan sebagainya.
• Masa untuk berucap: adakah masa itu sesuai, adakah audien dalam keadaan ingin
mendengar, berapa lama harus berucap.
• Masa selepas ucapan : adakah sesi soal jawab? Adakah penceramah lain yang akan
mengambil giliran.
4. Analisa penceramah (pemidato).
• Penganalisaan terhadap diri sendiri. Faktor penting yang perlu
diberi perhatian.
• Tahap pengetahuan tentang topik yang dipilih.
• Masa untuk membuat persediaan.
• Minat terhadap subjek / topik yang akan disampaikan.
• Taraf dan keupayaan penceramah.
5. Latihan sebelum ucapan.
• Panduan yang mungkin membantu dalam latihan sebelum
berucap:
• Baca ucapan yang telah tersedia berulang kali
• Berlatih dari nota-nota kecil
• Ingatkan butiran-butiran utama ucapan
• Gunakan daya mental
• Berlatih berucap secara menyeluruh
• Berlatih di hadapan cermin
• Guna kaedah rakaman
• Catatkan tempoh masa yang diambil
• Rangkakan ucapan
B) TEKNIK PENGUCAPAN AWAM

• Teknik penyampaian
1. Mulakan ucapan dengan yakin terhadap diri dan pengetahuan yang
ada.
2. Pandang sekeliling para pendengar seketika sebelum mula.
3. Berlagak seperti biasa : jangan cuba meniru gaya orang lain.
4. Jangan merujuk kepada nota.
5. Adakan interaksi dengan audien dari mula hingga ke akhir ucapan.
6. Nota: Gunakan kad kecil untuk nota berukuran 3” x 5”. Ini adalah
sebagai rujukan fakta-fakta ucapan.
7. Elakkan bunyi-bunyi yang tidak perlu. Elakkan menggunakan “anda”,
“er”, “ah”, “um” atau lain-lain bunyi yang boleh mengganggu ucapan.
8. Jeda: Berhenti seketika di akhir penyampaian sesuatu idea
atau fakta.
9. Berdiri tegak: Jangan bersilang kaki atau menopang pada
rostrum dan lain-lain.
10. Elakkan pergerakan yang tidak perlu : jangan bermain-
main dengan pensil, nota-nota, pakaian, atau selalu
menggaru kepala dan lain-lain.
11. Pakai pakaian yang sesuai: Pakaian mesti sesuai untuk
upacara. Ia membantu meningkatkan imej berucap.
12. Gunakan alat pandang dengar: gunakan dengan cara yang cekap
dan berkesan.
13. Gerak geri yang berkesan: termasuklah pergerakan kaki, tangan,
kepala, mimik muka, senyuman, mata serta badan.

14. Melangkah dengan gaya dan cara yang betul.


15. Berucap dengan pendengar, bukan kepada pendengar.
16. Jangan bercakap membelakangkan pendengar.

17. Bezakan tempo bercakap dari masa ke masa.


18. Sebutkan dengan jelas dan terang.
19. Jangan tergesa-gesa mengucapkan terima kasih.

20. Pastikan dan tentukan masa: jangan melebihi masa yang


diberikan.

Anda mungkin juga menyukai