Anda di halaman 1dari 30

BAB 10

ALAM SEKITAR KITA


Disediakan oleh
Mohamad Hafizuddin Bin Harun
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21
SEBAB KITA PERLU MENJAGA
ALAM SEKITAR
• Manusia dan hidupan lain memerlukan
• Udara, air, mineral dan unsur bukan hidup yang lain
• Biosfera – lapisan nipis di sekeliling bumi terdiri daripada
• Litosfera – bahagian bumi yang diliputi dengan batu dan tanah
• Hidrosfera & atmosfera – air dan udara yang melingkungi bumi
• Keseimbangan ekosistem
• Memerlukan udara untuk bernafas, air minuman dan
makanan
• Sebilangan besar herba/tumbuhan digunakan untuk
perubatan
• Bahan mentah seperti kayu
• Alam sekitar merujuk kepada sekeliling atau keadaan dalam
lingkungan melakukan aktiviti tertentu
• Alam sekitar didiami oleh benda hidup dan bukan hidup
• Ekologi – sains yang mengkaji bagaimana benda hidup berinteraksi
antara satu sama lain dengan alam sekitar fizikal di sekeliling kita
• Mudahnya, satu segmen biosfera sering dikenal pasti sebagai
ekosistem dan dikaji dengan pemerhatian dan menganalisis
pelbagai interaksi yang wujud di dalam system tersebut
• Ekosistem – komuniti hidupan (mikro-organisma, tumbuhan,
binatang = komponen biotik) yang berinteraksi sesama mereka
dan juga berinteraksi dengan benda bukan hidup (cahaya
matahari, suhu, air, dsb = komponen abiotik)
Penerangan Sebuah Ekosistem
• Terdapat komuniti yang hidup dan saling berinteraksi dalam
satu lokasi
• Istilah komuniti dalam biologi – kumpulan interaksi pelbagai
organisma dalam Kawasan yang sama
• Komuniti boleh dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil yang
dipanggil populasi
• Populasi dikelaskan kepada bilangan organisma bagi spesies tertentu
• Terdapat sempadan yang ditentukan mengikut tabii kajian
yang di jalankan – sempadan yang tetap atau jelas adalah
sukar dilihat secara reality, namun terdapat pengelasan
komuniti utama dipanggil biome
• Terdapat pelbagai pengkelasan biome
• Dianalisis dengan menjejak pergerakan tenaga dan
bahan – peraturan alam semula jadi, di mana bahan
dan tenaga diperlihara adalah
• Bahan kitar semula – bahan mungkin bergerak ke satu
ekosistem ke ekosistem yang lain tetapi ia tidak musnah.
Ia dikitar semula dari satu ekosistem ke ekosistem
berikutnya.
• Aliran tenaga – tenaga yang memasuki sesuatu
ekosistem akan diserap dan tidak berkurang. Bentuk
tenaga boleh berubah dan akhirnya lesap sebagai haba
dan radiasi
• Bahan mati dan bahan reput dikitar semula oleh
pengurai
• Tenaga dalam bentuk haba dihasilkan semasa
kitaran dan dipulihara dalam jaringan makanan
Di Manakah Populasi Manusia
Dalam Jaringan Makanan Ini?
• Di dalam sesuatu ekosistem, terdapat beberapa system
yang berasingan
• Sistem ini mempunyai sempadan yang tertentu dan
persekitaran di sekelilingnya
• Ia boleh mengandungi pelbagai komponen dalam
sempadan yang jelas
• Ia boleh dikelasifikasikan sebagai system tertutup dengan
sempadan tertutup tanpa sebarang input dan output
• Atau boleh dikelasifikasikan sebagai system terbuka
dengan sempadan terbuka yang membenarkan
pertukaran bahan dan tenaga
Contoh Elemen Terbuka
• Pokok
• Ia ada sempadan jelas dan pelbagai komponen
• Akar
• Batang
• Ranting
• Daun
• Ia menyerap input untuk tumbuh dengan sihat dan kuat
iaitu
• Cahaya matahari
• Karbon dioksida
• Air dan elemen lain
• Sebagai pertukaran, pokok menghasilkan oksigen dan
bahan lain (output)
Senarai dari ekonomi-ekosistem
& kepelbagaian biologi
• Turut merangkumi Perkhidmatan Meregulasi,
Sokongan & Budaya – dihoskan oleh Program Alam
Sekitar PBB
1. Perkhidmatan Mengawal Selia – termasuk kawalan
kualiti udara, pendebungaan, kawalan biologi,
kesuburan tanah, penyerapan dan penyimpanan
karbon, kawalan hakisan tanah, rawatan air buangan,
kawalan iklim dan penimbal cuaca melampau
2. Perkhidmatan Sokongan – termasuk habitat dan
kepelbagaian etnik
3. Perkhidmatan Budaya – meliputi rekreasi,
pelancongan, estetik dan tujuan rohani
ISU ALAM SEKITAR GLOBAL
1. Perubahan litupan tanah dan air permukaan
2. Perubahan iklim
3. Kemusnahan kepelbagaian biologi
4. Penduduk dan pembangunan
5. Pencemaran
6. urbanisasi
Perubahan Litupan Tanah &
Air Permukaan
PENUKARAN TANAH PENGUBAHSUAIAN PEMBANDARAN PERUBAHAN
TANAH PERMUKAAN AIR
Penebangan hutan Mengubah bentuk Perpindahan Proses semula jadi
kepada muka bumi melalui penduduk dari (penghijrahan
pengembangan kerja tanah, kawasan luar sungai, hakisan
pertanian pembinaan (bina bandar ke kawasan pantai), variasi
jalan, untuk bandar iklim jangka
bangunan, dll.) panjang, dan
campur tangan
buatan manusia
(penambakan
tanah, takungan,
dll)
• Litupan tanah – litupan permukaan bumi, dari tanah
kosong kepada tanah yang diliputi lumut, kulat, rumput,
belukar dan hutan malar hijau
• Perubahan litupan tanah dikelaskan sama ada sebagai
• Perubahan tanah secara keseluruhan – spt pembasmian hutan
untuk merancakkan pertanian
• Pengubahsuaian tanah yang menyebabkan perubahan namun
tidak mengubah jenis litupan tanah akibat daripada aktiviti-
aktiviti spt pembalakan
• Kebanyakkan litupan tanah terdiri daripada tumbuh-
tumbuhan semula jadi dan separa semula jadi (81%) telah
diubah menjadi tanah pertanian antara tahun 1992 dan
2015 (OECD, 2018)
• Pembasmian hutan – istilah yang digunakan untuk
menjelaskan pembasmian litupan hutan untuk kegunaan
lain.
• Urbanisasi dan perubahan air permukaan – perkara yang
mendorong kepada perubahan litupan tanah
• Kita telah kehilangan tanah dan air permukaan semula jadi
dan diganti dengan yang buatan
Perubahan Iklim
PEMANASAN KEMARAU RIBUT BANJIR KILAT
GLOBAL
Peningkatan suhu Tempoh Gangguan atmosfera banjir tempatan
keseluruhan berpanjangan hujan dengan angin secara tiba-tiba,
atmosfera bumi yang luar biasa kencang dan biasanya disebabkan
secara amnya kurang turun, yang biasanya hujan, oleh hujan lebat
disebabkan oleh membawa kepada guruh, pencahayaan
kesan rumah hijau kekurangan air atau salji

• Suhu dunia semakin meningkat bermula dari tahun 1860 – tempoh


revolusi perindustrian (Harris, 2004)
• Pemanasan global merupakan gejala daripada perubahan iklim
• Tanda-tanda perubahan iklim
• Kemarau
• Ribut
• Banjir kilat
• Salji di kutub semakin cair – mendorong kepada peningkatan paras air laut
• Kesan perubahan iklim dan pengumpulan gas
rumah hijau di atmosfera
• Gelombang haba, gelombang sejuk dan cuaca ekstrem
yang lain spt banjir kilat, tanah runtuh dan kebakaran
hutan
• Peningkatan kadar morbidity dan kematian
• Pencemaran air dan gangguan bio-fizikal semula jadi
yang lain
• Gangguan dan pencemaran makanan
• Gangguan tenaga dan system sosioekonomi manusia
yang lain
• Perkembangan penting dalam menguruskan perubahan iklim
adalah dengan menerima pakai
• Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
mengenai perubahan iklim (United Nations Framework convention on
climate change, UNFCC), 1992
• Protokol Kyoto, 1997
• Panel antarabangsa mengenai perubahan iklim (international panel on
climate change, IPCC), 1988 – ditubuhkan oleh Pertubuhan Meteorologi
Dunia dan Program Alam Sekitar PBB
• Merupakan Kerjasama antara penyelidik yang menjalankan
penilaian saintifik secara berterusan terhadap perubahan iklim,
impak dan risikonya pada masa akan datang, dan pilihan
penyesuaian hidup dalam perubahan iklim dan kaedah untuk
mengurangkan kesannya.
Kemusnahan Kepelbagaian
Biologi
• Kepelbagaian biologi – kepelbagaian hidupan yang
wujud di sekeliling kita termasuk kepelbagaian
genetic dalam spesies tertentu
• Mempunyai nilai biologi, sosial, etika dan ekonomi
• Pengagihan kepelbagaian biologi di dunia adalah
tidak sekata – ini menjadi masalah dalam
menguruskan kemusnahan kepelbagaian biologi
• Punca kemusnahan kepelbagaian biologi
• Perubahan litupan tanah, air permukaan
• Perubahan iklim
• Pelancongan
• Pencemaran
• Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on
Biological Diversity, CBD), dibangunkan pada tahun
1992 semasa Sidang Kemuncak Bumi (Earth
Summit) di Rio de Janeiro – satu inisiatif global
terawal dan terpenting untuk memelihara
kepelbagaian biologi
Penduduk & Pembangunan
Manusia
Alam Sekitar Environment Menjejaskan
menjejaskan Alam Sekitar:
manusia: iklim, membakar
ketersediaan air, bahan api fosil,
ketersediaan mewujudkan
tempat tinggal, kawasan bandar,
tanah untuk menebang hutan
pertumbuhan untuk kayu,
tumbuhan membuang sisa
People ke sungai
• populasi dan pembangunan secara
amnya merujuk kepada kajian akibat
trend penduduk terhadap
pembangunan sosioekonomi,
kebajikan manusia, dan alam sekitar.
• Peningkatan penduduk & pembangunan sosioekonomi meningkatkan
permintaan utk mendapatkan air yg bersih, makanan, tenaga & ruang
• Ini membawa masalah kepada kekurangan bekalan air bersih,
pengeluaran makanan secara tidak lestari (dan perubahan litupan
tanah), penggunaan & pembaziran, ketaksamaan yg memburukkan
lagi keadaan & penggunaan tenaga global yg tidak sama rata perlu
ditangani
• Seruan daripada Organisasi Kooperatif Ekonomi dan Pembangunan
(OECD) terhadap tindakan kolektif terhadap neksus air, makanan &
tenaga adalah tepat pada masanya.
• Pembangunan masyarakat – mengakibatkan perubahan litupan tanah
& guna tanah
• Bangunan & permukaan buatan manusia telah tumbuh secara
menegak & mendatar
• Zon air buatan utk menampung permintaan air kita semakin
meningkat
• Zon di persisiran pantai mengalami pembangunan secara mendadak
• Ini boleh mengakibatkan hakisan & kemerosotan kesuburan tanah
Pencemaran
• Pencemaran – pengenalan bahan oleh manusia yang
menyebabkan kesan berbahaya. Jenis-jenis pencemaran
• Udara – kehadiran atau kemasukan ke dalam udara bahan yang
mempunyai kesan berbahaya atau beracun
• Air – pencemaran badan air, biasanya akibat aktiviti manusia
• Pencemaran sisa - biasanya melibatkan bahan terpakai atau tidak
diingini, bahan atau bahan kimia memasuki alam sekitar, dan
menyebabkan beberapa jenis kesan negative
• Plastik - pengumpulan objek dan zarah plastik (cth. botol plastik, beg
dan manik mikro) dalam persekitaran yang memberi kesan buruk
kepada hidupan liar, habitat hidupan liar dan manusia
• Tanah
• Haba
• Radiasi
• Bunyi
• Cahaya yang berlebihan
• Pencemaran menjejaskan setiap makhluk di bumi
• Daripada karbon dioksida di atmosfera, ke benifil poliklorin dalam
badan kita ke asid di tanah
• Penggunaan kimia secara meluas – masalah utama kepada alam sekitar
• Sumber pencemaran kimia – berbeza antara pertanian, perindustrian,
pangangkutan dan isi rumah
• Pelepasan gas dari logi arang batu mencemarkan udara – mendorong
berlaku hujan asid yang akan mencemarkan air di tanah
• Hujan asid adalah contoh pencemaran rentas sempadan
• Pencemaran udara – klorofluorokarbon, karbon dioksida, nitrogen
oksida menyebabkan penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau –
menyumbang kepada perubahan iklim
• Pencemaran dan lumpur daripada air larian adalah sebahagian factor
yang memusnahkan hutan paya bakau dan tanah lembap pesisir pantai,
di samping menjejaskan kehidupan marin
• Wujud bahan pencemar toksik seperti bahan pencemar organic dan
logam berat
Urbanisasi
• Merujuk kepada perubahan landskap sosial dan
alam sekitar – didorong oleh penghijrahan dari
Kawasan luar bandar ke Kawasan bandar yang
membawa kepada pembangunan ruang bandar
dengan membentuk bangunan dan permukaan
buatan yang menegak dan mendatar –
menyebabkan kurangnya tumbuh-tumbuhan hijau
TEKNOLOGI HIJAU & ALAM
SEKITAR
• Teknologi hijau mempunyai potensi dan peluang
untuk menghasilkan lebih inovasi dan pembaharuan
dalam pemeliharaan alam sekitar
• Pentingnya
• pemahaman kita tentang konsep hijau
• Kesedaran tentang etika berkaitan alam sekitar
• Anjakan paradigma dalam proses pemikiran kita
• Perubahan amalan seharian kita
• Keperluan untuk kita bertindak secara
bertanggungjawab terletak pada
• Hubungan moral kita dengan hidupan
• Aspek-aspek lain yang terdapat di persekitaran semula jadi
• Teknologi hijau – penggunaan sains dan teknologi
untuk memelihara dan melindungi alam sekitar
• Pertumbuhan hijau – usaha memupuk
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dengan
memastikan bekalan sumber dan perkhidmatan
alam sekitar akan berterusan dari asset semula jadi
yang menjamin kesejahteraan kita
Trend Teknologi Hijau & Penyelesaian
Lestari Mengikut Sektor
Tenaga Tenaga yang boleh diperbaharui (alternatif)

Pengeluaran makanan Amalan pertanian lestari, pertanian organic

Air Rawatan air/pembersihan air

Persekitaran terbina Bangunan hijau

Industri pembuatan Reka bentuk untuk alam sekitar, kejuruteraan hijau

Sektor pengangkutan Pengangkutan hijau

Sisa buangan Kitar semula, teknologi pengurusan sisa lain

Alam sekitar Usaha pemuliharaan dan pemeliharaan


MATLAMAT PEMBANGUNAN
LESTARI
• Juga dikenali sebagai SDG – Sustainable
Development Goals
• 17 matlamat dengan 169 sasaran yang dibangunkan
oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
sebagai plan Tindakan untuk manusia, planet,
kekayaan, dan keamanan
SDG 1 Menamatkan kemiskinan dalam segala bentuk di mana jua
SDG 2 Menamatkan kebuluran, mencapai keselamatan makanan & memperbaiki nutrisi &
pertanian secara lestari
SDG 3 Memastikan kehidupan sihat & mempromosi kehidupan sejahtera untuk semua
peringkat umur
SDG 4 Memastikan keterangkuman & kesaksamaan Pendidikan berkualiti & mempromosikan
peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua
SDG 5 Mencapai kesamarataan gender & memperkasa semua wanita & kanak-kanak
perempuan
SDG 6 Memastikan ketersediaan & pengurusan secara lestari bagi air & sanitasi untuk semua
SDG 7 Memastikan akses kepada tenaga yang mampu milik, andal, lestari & moden untuk
semua
SDG 8 Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, terangkum & lestari,
pekerjaan lengkap & produktif serta kerja yang memuaskan untuk semua
SDG 9 Membina infrastruktor yang tahan lasak, mempromosikan perindustrian terangkum &
lestari serta merancakkan inovasi
SDG 10 Mengurangkan ketidaksamaan di dalam dan antara negara
SDG 11 Menjadikan bandar & tempat tinggal manusia lebih terangkum, selamat, tahan lasak
dan lestari

SDG 12 Memastikan pola penggunaan & penghasilan secara lestari

SDG 13 Mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim & impaknya
Nota: mengakui bahawa UNFCC adalah forum antarabangsa utama untuk
merundingkan sambutan global terhadap perubahan iklim

SDG 14 Memulihara dan menggunakan secara lestari sumber laut, perairan & marin untuk
pembangunan lestari

SDG 15 Melindungi, membaik pulih dan mempromosikan penggunaan secara lestari


ekosistem daratan, mengurus hutan secara lestari, menangani penggurunan,
menghentikan & mengembalikan kesuburan tanah yang telah merosot dan
menghentikan kemusnahan kepelbagaian biologi
SDG 16 Mempromosikan keamanan dan masyarakat terangkum untuk pembangunan lestari,
menyediakan akses kepada keadilan untuk semua, dan membina institusi yang efektif,
bertanggungjawab dan terangkum pada semua peringkat

SDG 17 Mengukuhkan segala tujuan pelaksanaan dan mempergiat Kerjasama global untuk
pembangunan lestari
JEJAK EKOLOGI & ANDA
• Merupakan alat pengiraan sumber yang kita gunakan
• Digunakan oleh Global Footprint Network untuk mengukur
jejak ekologi global – merujuk kepada permintaan dan
bekalan alam semula jadi
• Dalam mempertimbangkan jejak ekologi anda – anda harus
menilai gaya hidup anda dari pelbagai perspektif termasuk
• Makanan
• Pembelian
• Penghasilan bahan buangan
• Penggunaan tenaga
• Akomodasi
• Pengangkutan
4 Persoalan Asas Harus Dijawab Jika Ingin
Menilai Penggunaan Makanan Anda
• Apakah peratusan makanan segar dalam pengambilan makanan harian
anda?
• Rasional – makanan segar berbanding makanan yang diproses menggunakan
tenaga, air, bahan dan sumber lain yang jauh lebih rendah; dan menghasilkan jauh
lebih rendah bahan buangan. Beli makanan segar dan bermusim;
• Apakah peratusan makanan hasilan tempatan dalam pengambilan
makanan harian anda?
• Rasional – makanan hasilan tempatan memerlukan simpanan dan penyejukkan
yang lebih rendah berbanding dengan makanan import. Beli makanan hasilan
tempatan;
• Apakah peratusan sayur-sayuran dalam pengambilan makanan harian
anda?
• Rasional – ternakan mempunyai jejak karbon yang jauh lebih besardari tanaman
sayuran. Makan lebih buah, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang;
• Berapa banyakkah daripada makanan harian anda yang dibazir atau
dibuang?
• Rasional – Beli dan masak mengikut keperluan anda. Kurangkan makanan buangan
anda

Anda mungkin juga menyukai