Anda di halaman 1dari 7

KONFLIK SOSIAL DAN

EMOSI
Pengertian konflik – Konflik adalah sebuah pertentangan atau perselisihan yang terjadi
antara individu atau kelompok kerana sebab-sebab tertentu. Konflik tentu mengarah pada
hal negatif karena menyebabkan perselisihan atau permusuhan. Faktanya definisi konflik
bisa diertikan lebih luas lagi, tergantung pendapat para ahli.

1.Konflik sosial
2.Konflik emosi
KONFLIK SOSIAL
Konflik boleh dikategorikan kepada tiga kategori seperti berikut :

1.Konflik interpersonal - Konflik yang terjadi pada individu sendiri.

2.Konflik intrapersonal - Konflik interpersonal terjadi antara dua orang atau lebih dimana
nilai, tujuan, dan keyakinan berbeza.

3.Konflik inter-kumpulan - Konflik terjadi antara dua atau lebih


PUNCA-PUNCA KONFLIK
Konflik berlaku dipengaruhi oleh beberapa sebab. Punca konflik akan timbul apabila terdapat
percanggahan atau perbezaan dalam keperluan, persepsi, kuasa, nilai dan perasaan serta emosi.
Perkara-perkara seperti ini boleh merenggangkan hubungan dalam organisasi, keluarga,
kumpulan atau masyarakat. Punca konflik secara umumnya:-

•Keperluan
– Keperluan merupakan perkara asas yang diperlukan dalam kehidupan. Konflik akan mula
timbul apabila berlaku pengabaian dalam memenuhi keperluan orang lain, diri sendiri atau
kumpulan.

. Persepsi
– Realiti yang ditafsirkan orang adalah berbeza-beza sehingga boleh menimbulkan
pencanggahan sebab dan akibat suatu pemasalahan.
• Kuasa
– Konflik timbul apabila seseorang cuba membuat perubahan terhadap tindakan untuk menambahkan
kelebihan yang tidak adil.

• Nilai
– Perbezaan kepercayaan dan pegangan hidup satu pihak yang tidak boleh diterima dengan terbuka oleh
pihak satu lagi.

• Perasaan dan emosi


– Membiarkan perasaan dan emosi menjadi pengaruh besar melebihi masalah yang dihadapi. Apabila
menghadapi sesuatu masalah, seseorang cenderung menggunakan emosi untuk menyelesaikannya.
• Punca konflik dalam keluarga

• Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga. Sumber
pendapatan yang rendah tidak mampu menampung jumlah ahli keluarga yang ramai.
Keperluan dalam keluarga juga tidak dapat dipenuhi sepenuhnya mungkin menyebabkan
anak-anak memberontak.
• Kekurangan kasih sayang dalam keluarga disebabkan oleh kesibukan ibu bapa dalam
pekerjaan. Anak-anak akan terabai dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Anak-anak akan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang kurang sihat dan
menghancurkan masa depan mereka.
• Masalah emosi akibat tekanan di tempat kerja yang dialami oleh ibu bapa terbawa-bawa
hingga ke rumah. Anak-anak akan menjadi bahan atau tempat melepaskan amarah dan
bebanan apabila apabila arahan mereka diingkari.
LANGKAH-LANGKAH MENGELAK KONFLIK
• Kawal emosi
Sebagai langkah untuk mengawal emosi, anda hendaklah mengawal minda terlebih dahulu. Emosi
datang daripada minda separa sedar oleh itu kita hendak bijak mengawalnya. Untuk mengawal
minda separa sedar, anda perlu mencari ketenangan anda sendiri seperti mendiamkan diri dan
bertenang. Anda boleh lakukannya paling kurang 10 minit dalam masa sehari. Carilah tempat yang
tenang dan jauh dari gangguan oleh itu anda akan merasa lebih tenang dan selesa. Cara yang
terbaik adalah berzikir untuk menenangkan hati dan terlepas dari segala kegelisahan emosi.
• Komunikasi berkesan
Satu kaedah yang mampu mengurangkan dan mengelakkan daripada konflik berlaku. Antara ciri-ciri
komunikasi yang berkesan ialah bersikap ikhlas, menjadi pendengar, Bahasa badan yang sesuai
dan sebagainya
• Mengamal nilai murni
Menjamin keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Justeru patuh kepada nilai yang telah dipersetujui
Bersama akan mengelakkan daripada berlakunya konflik.
• Bersikap asertif
Melahirkan perasaan yang jujur, berterus terang. Setiap Tindakan dan perlakuan dikawal oleh diri sendiri.
Terlalu mengikut kehendak orang lain melebihi kemampuan diri akan menyebabkan timbulnya konflik
dalam diri
• Menetapkan matlamat kehidupan
Setiap kejayaan perlu disertai dengan penetapan matlamat.konflik boleh terjadi jika wujud persaingan dua
puhak yang berlainan. Penetapan matlamat dalam kehidupan menjadikan kita lebih focus.

Anda mungkin juga menyukai