Anda di halaman 1dari 12

BAB 6

KONSEP PENGGUNAAN DALAM EKONOMI ISLAM


6.1 DEFINISI PENGGUNAAN
 Penggunaan dari segi bahasa ialah guna atau pakai. Dari segi istilah ialah
perlakuan mengguna barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan
semasa.

 Dari segi ekonomi Islam, penggunaan ialah menggunakan sesuatu yang baik dan
menyenangkan. Penggunaan dalam bahasa Arab disebut al-Istihlaq iaitu
melenyapkan zat (benda) dan menghilangkan faedahnya, dengan erti mengguna
pakai sesuatu benda atau barangan yang boleh yang boleh memberi faedah bagi
menghasilkan manfaat yang dikehendaki.
6.2 OBJEKTIF PENGGUNAAN
 Objektif utama penggunaan dalam Islam adalah untuk memberi kemudahan dalam
urusan kehidupan manusia menjalankan ibadah kepada Allah S.W.T. Antara
objektif lain dalam penggunaan ialah:

a)Kebenaran hak.
Membenarkan manusia menggunakan hanya perkara-perkara yang mendapat keizinan
dari Allah, baik dari segi zat, cara, tujuan penggunaan tersebut.

b) Kebersihan dan kesucian.


Barangan yang digunakan mestilah bersih dan suci, baik, berguna dan sesuai untuk
dimakan (jika barangan makanan).
c) Kesederhanaan.
Islam menganjurkan penggunaan tahap yang minimum, supaya dapat mengawal dan
menahan kehendak nafsu dan tidak berlebih-lebihan.

d) Kerohanian dan akhlak.


• Penggunaan mestilah dapat memenuhi etika, adat kesopanan dan kelakuan yang
terpuji dengan mengenepikan sifat-sifat tercela.

• Sifat syukur, zikir, fikir dan sabar perlu ada dalam masa penggunaan.
6.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
GELAGAT PENGGUNA
 Ekonomi konvensional menetapkan perkara berikut sebagai mempengaruhi gelagat
pengguna iaitu pilihan pengguna, pendapatan, harga barang lain yang berkaitan,
perubahan agihan pendapatan, saiz dan struktur penduduk, polisi kerajaan, faktor musim
dan kadar faedah. Ini berbeza dengan ekonomi Islam yang memberi tumpuan kepada
memenuhi keperluan dan bukannya memenuhi kehendak serta menjauhi barangan
tertentu kerana larangan agama. Menurut Monzer Kahf(1982), gelagat pengguna Islam
dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
1.Kepercayaan kepada hari Akhirat.
• Kepercayaan kepda kehidupan selepas mati memberi kesan betapa pengguna Islam perlu
merancang dengan sebaik-baiknya utiliti penggunaan mereka bagi kehidupan dunia meliputi
perbelanjaan nafkah dan penggunaan untuk kehidupan akhirat seperti sedekah, zakat dan
wakaf kepada golongan yang serba kekurangan kerana kesan penggunaan di dunia adalah
serta merta manakala kesan penggunaan untuk akhirat adalah tertangguh tetapi saling
berkaitan.
 • Perbelanjaan atau penggunaan sebegini menggambarkan ketaatan seseorang
manusia kepada Tuhannya dan menunjukkan perasaan kasih sayangnya kepada
manusia lain kerana sanggup membahagiakan keutamaan penggunanya.

2.Konsep AI-Falah
• Kejayaan dalam sebarang aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keredhaan
Allah iaitu penyucian niat dan tindakan dari sebarang tingkah laku yang bercanggah
dengan syariat dan nilai akhlak.

• Aktiviti penggunaan yang dilakukan dianggap sebagai amanah dan


tanggungjawab individu kepada Tuhannya dan sebagai memenuhi keperluan
masyarakatnya.
3.Konsep Harta
• Harta sebagai rezeki milik Allah dan manusia diberi amanah menggunakannya bagi
faedah kebaikan kehidupan.

• Harta ialah pendapatan dan kekayaan, ia merupakan alat kehidupan dan bukan
matlamat hidup.

4.Konsep Barangan dan Perkhidmatan


• Pengguna Islam hanya akan memilih dan menggunakan barangan dan perkhidmatan
yang baik, halal, berguna dan berakhlak.

• Penggunaan juga mestilah tidak memberi kemudharatan kepada kesihatan dan


kehidupan masyarakat.
• Penggunaanya akan meningkatkan rasa kesyukuran,ketenteraman, pengabdian dan
kerjasama sesama manusia.

5.Beretika dalam penggunaan


• Segala yang ada di alam ini adalah kurniaan Allah, manusia harus
menggunakannya dengan baik dan suci kerana manusia menggunakan (pinjam guna) hak
milik Allah.

• Seseorang pengguna Islam mesti mencorakkan penggunaan untuk


perbelanjaan yang sesuai dengan budaya Islam iaitu bagi memenuhi
keperluan dirinya, keluarganya dan masyarakatnya kerana kehendak Allah.
• Saiz penggunaan Islam adalah sederhana tetapi dinamik kerana penggunaannya
mengikut kepentingan.
6.4 HIRARKI PENGGUNAAN
 Pembahagian kedudukan penggunaan dalam 1slam adalah mengikut keutamaan dan kepentingan
penggunaan tersebut. Dalam ekonomi Islam, penggunaan dibahagikan kepada tiga kedudukan,iaitu:
i.Barangan Dharuriyyat.
• Secara umum boleh dipanggil barangan pembangunan (development
goods), iaitu merangkumi semua keperluan asas seperti makanan, perubatan,pelajaran.perlindungan
harta dan addin. Tanpa barangan dan perkhidmatan seperti ini urusan kehidupan akan terjejas.
ii. Barangan Hajiyyat.
• Barangan dan perkhidmatan yang bersifat tahsini dan berfungsi di dalam meningkatkan kualiti
keperluan asas agar dapat keselesaan dan kesenangan.

• Tanpa barangan ini, kerosakkan atau kemusnahan hidup tidak akan berlaku tetapi hanya
menimbulkan unsur-unsur ketidak selesaan dalam hidup.
iii. Barangan Kamaliyyat
Individu yang ingin menikmati tingkat kehidupan yang lebih selesa dari nikmat tingkat
kehidupan yang lebih selesa dari nikmat barangan dan perkhidmatan yang bersifat
tahsini/hajiyat, tidak dilarang di dalam Islam berdasarkan firman Allah S.W.T. yang
bermaksud:
"Katakanlah, siapakah yang telah mengharamkan perhiasan Allah yang telah
dikeluarkannya untuk kegunaan hamba-hambaNya dan rezeki yang baik-baik".
Berdasarkan kefahaman ayat diatas, memberi isyarat kepada pengguna muslim bahawa
barangan dan perkhidmatan yang berkualiti, mewah dibenarkan.
Kepentingan Penggunaan

1. Bersesuaian dgn kehendak Allah


2. Besederhana
3. Beretika
4. Bermatlamat
5. Sistematik
 KESIMPULAN? PANDANGAN KELAS?

Anda mungkin juga menyukai