Anda di halaman 1dari 29

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

BAB 7 : IDEOLOGI
GENERAL STUDIES DEPARTMENT
SUNWAY COLLEGE
KUALA LUMPUR
HASIL PEMBELAJARAN

(1) Menjelaskan cabaran ideologi relativisme pasca


modenisme sebagai reaksi daripada kegagalan
modeniti

(2) Menjelaskan perkembangan fenomena dan


manifestasi relativisme pasca modenisme disamping
menghuraikan implikasi relativisme pasca
modenisme dalam menafikan kebenaran dan hakikat
dalam kehidupan semasa

(3) Menganalisis jawapan agama dan tradisi


terhadap cabaran ideologi relativisme
pascamodenisme dalam kehidupan semasa
DEFINISI, CIRI & PERKEMBANGAN
IDEOLOGI RELATIVISME
DEFINISI IDEOLOGI

• Ideologi berasal dari Bahasa Inggeris (idea) yang bererti konsep,


gagasan, pengertian dasar, cita-cita.
• Perkataan (logi) yang dalam bahasa Bahasa Yunani (logos)
memiliki arti ilmu atau pengetahuan.
• Secara literal; ideologi adalah pengetahuan gagasan, idea, science
of ideas atau ajaran tentang pengertian dasar.
• Ensiklopedia Brittanica “salah satu item yang membentuk
keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah
masyarakat serta meliputi permasalahan politik , sosial, ekonomi
dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio –
geografi manusia”
DEFINISI IDEOLOGI

• Kamus Dewan Edisi Keempat ; (idéologi) faham (ajaran) yang


dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain
lain : demokrasi ialah satu ~ yang diagung-agungkan oleh orang-
orang yang bertamadun.
• Shahrol Aman Ahmad, (UUM; 2021) merupakan sistem pemikiran
dan idealisme yang mendasari sikap, pemikiran dan tindakan
seseorang terhadap sesuatu termasuk dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial.
DEFINISI RELATIVISME

• Definis Kamus Dewan Edisi Keempat : Relativisme adalah faham


bahawa ke­benaran nilai moral tidak semestinya tetap atau mutlak
sebaliknya berbeza atau berubah-ubah mengikut persekitaran, indi­vidu
atau kebudayaan sesebuah masyarakat.
• Secara umum, teori relativisme adalah teori yang menolak sesuatu
kebenaran yang objektif.
• Relativisme menganggap kebenaran itu boleh dilihat dari pelbagai
sudut.
• Konsep relativisme bertentangan dengan konsep dogmatisme
(sistem kepercayaan atau agama yang di anggap benar dan diterima oleh
orang ramai tanpa se­barang pertikaian)

• Secara keseluruhan, Ideologi Relativisme adalah


padangan/idea/gagasan sesuatu berdasarkan fahaman sesuatu
masayarakat. Pandangan itu berubah-ubah dan menolak sesuatu
kebenaran yang bersifat mutlak.
• Dengan kata lain, kebenaran mutlak tidak wujud sebaliknya bahawa
konsep kebenaran bergantung kepada kriteria berubah-ubah (teori
saintifik, penilaian peribadi, atau tradisi kebudayaan).
CIRI-CIRI IDEOLOGI RELATIVISME

Menafikan universalisme: Menafikan absolutisme:


tidak wujud satu persetujuan
01 sejagat berkenaan kebenaran, 03 tidak wujud nilai yang
bersifat tepat dan tidak
kebaikan, dan lain-lain. berubah seperti nilai
kebenaran, kebaikan,
keburukan dan lain-lain.
Menafikan objektivisme:
Nilai ini tidak mampu
02 nilai kognitif, etika dan
estetika tidak bebas daripada 04 bebas tanpa bergantung
pengaruh minda (mind kepada pemikiran manusia
independent). (yang saling berbeza).
PERKEMBANGAN
IDEOLOGI RELATIVESME

• Ideologi dan pemikiran boleh dikaitkan dengan


bidang falsafah kerana ideologi ini sebagai
konsep pemikiran bersifat umum yang
dipengaruhi oleh idea-idea falsafah.
• Secara umum aliran ideologi falsafah dapat
dibahagikan kepada 5 iaitu
a) Zaman Awal (Dark Age),
b) Zaman Pertengahan (Renaissance dan
Enlightement),
c) Zaman Moden (Modenisme) dan
d) Zaman Kontemporari (Paca Modenisme).
PERKEMBANGAN
IDEOLOGI RELATIVESME

01 Zaman 03 05
Zaman
Renaissance Modenisme
Zaman Pasca-
Modenisme
Zaman - kebenaran adalah relatif (tidak
Dark Age Enlightenment
02 04
mutlak) dan tiada siapa yang
Kegelapan - Era Pencerahan di mana
berhak mendakwa apa yang
dipegangnya benar kerana tidak
kepercayaan dan pegangan wujud rujukan objektif untuk
- Mempunyai dasar
- Zaman ini, golongan - Zaman Renaissance, manusia adalah kritikal, pembuktian benar atau palsu.
kuat, bahawa akal
gereja mendominasi dikenali zaman peralihan / berasaskan sebab musabab
manusia hebat
pemikiran (ideologi), pemulihan dan kaedah-kaedah
tiada perkara
segala ketetapan perlu - Muncul golonga-golongan saintifik.
- Golongan pemikir berusaha melebihi akal.
rujuk kepada golongan pemikir yang menentang - Menafikan tentang
ini. pihak gereja. untuk melahirkan
kewujudan
- Tiada perkembangan - Mereka amat masyarakat yang lebih
metafizik kerana
sains, ekonomi dan menitikberatkan ilmu dan terbuka, bertolak ansur,
segala benda mesti
politik mempunyai sifat ingin menekankan kebahagiaan
dibuktikan secara
- Semua pemahaman tahu yang tinggi. individu dan berdasarkan
sainstifik.
tertumpu kepada agama - Mula membuat kajian undang-undang dan
tentang pelbagai ilmu perlembagaan.
terutama sains dan
teknologi
PERKEMBANGAN
IDEOLOGI RELATIVESME

• Falsafah dan perkembangan ideologi relativesme


pascamodenisme bermula pada pada abad ke-17 di
Benua Eropah.
• Secara umum ideologi relativisme ini mempunyai 2
ciri utama iaitu ;
1. Bersifat rasional iaitu menggunakan asal
sebagai sumber (autoriti) tertinggi dalam
mencapai ilmu pengetahuan.
2. Naturalistik iaitu menjelaskan fenomena luaran
dan dalam alam tanpa andaian bersifat luar biasa
dan berbentuk saintifik.

• Aliran pemikiran / ideologi relativesme


pascamodenisme telah memberi kesan negatif yang
besar kepada sistem kehidupan dan peradaban
manusia.
PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODENISME
PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODENISME

Pendahuluan

• Modenisme = pemikiran cara moden.


• Secara etimologi (linguistic)- konsep modeniti berasal daripada
perkataan Latin “modo” yang bermaksud terkini atau
sekarang.
• Menurut Nasaruddin Yunus, 2007 - Ideologi ini berkembang
dalam beberapa bentuk yang selari dengan 3 konsep iaitu
modeniti (fizikal), modenisme (pemikiran) dan modenisasi
(suatu proses).
• Gabungan ketiga-tiga konsep tersebut ialah logik, rasional dan
objektif berdasarkan data empirical (pemerhatian atau
eksperimen) melalui pancaindera dan pengalaman manusia.
• Secara umum, ideologi ini berpegang kepada kepercayaan bahawa
masyarakat perlu dibebaskan daripada tradisi yang dimonopoli
oleh penguasaan agama.
PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODENISME

• Perkembangan ideologi modenisme merupakan lanjutan


pertentangan antara golongan cendekiawan dengan
golongan teologi Kristian pada era Renaissance.
• Gerakan ini melahirkan falsafah moden berasaskan
fahaman humanisme.
• Humanisme – adalah fahaman manusia boleh berdiri
sendiri dan tidak lagi memerlukan Tuhan dalam
kehidupan.
• Fahaman modenisme berkembang berterusan pada abad
ke-17 hingga abad ke-20 dengan kejayaan sains dan
pencapaiannya dalam bidang fizik, kimia, astronomi dan
sebagainya.
• Ini membawa kepada berlaku proses sekularisasi yang
memisahkan secara keseluruhan dalam bidang ilmu
pengetahuan dan agama.
PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODENISME

• Golongan pemikiran Modenis ini terdiri daripada para ahli


falsafah seperti Immanuel Kant, John Locke, David
Hume, Karl Popper.
• Mereka begitu mengagungkan pencapaian sains dan kaedah
sainstifik yang merupakan suatu kemajuan dalam
pencapaian ilmu manusia. Immanuel Kant John Locke Karl Popper
• Melalui kejayaan sains yang berteraskan kepada kaedah
empirikal (eksperimen) dan rasional, maka mereka
mempunyai satu keyakinan baharu akan kebolehan
manusia untuk mencipta suatu kehidupan lebih baik di
dunia dan kebudayaan baharu berasaskan rasionaliti serta
kaedah sainstifik.
• Mereka beranganggapan bahawa dengan akal fikiran
yang rasional, ilmu sains dan kaedah saintifik, manusia
dapat mencipta sesuatu kejayaan atas dasar
kemanusiaan bukan lagi dasar keagamaan (Tuhan).
PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODENISME

• Bertrand Russell dan Karl Popper menekankan pemikiran rasional


dan kaedah saintifik (scientific method) di dalam menyelesaikan
pelbagai masalah-masalah seperti alam tabii dan kemanusiaan.

• Secara keseluruhan Ideologi Modenis menumpukan kemampuan


akal rasional dan kebolehan manusia mencapai kebenaran dan
kesejahteraan hidup.

• Pemikiran modenis mempunyai beberapa andaian asas:

1. Meragui kewujudan Tuhan dan realiti yang lebih tinggi.


2. Alam semesta wujud secara mekanistik (kejadian semula jadi) dan
teratur oleh undang-undang tertentu yang disebut sebagai Newtonian
Universe.
3. Menyakini bahawa akal manusia mampu memahami hakikat
fenomena alam secara tersendiri.
PERKEMBANGAN IDEOLOGI PASCAMODENISME
PERKEMBANGAN IDEOLOGI PASCAMODENISME

Pendahuluan
• Istilah pascamodenisme dalam bidang falsafah mula diperkenalkan oleh
Jean Francois Leotard sekitar tahun 1970-an.
• Menurut Isaiah Berlin (1979) dalam bukunya Against the Current
menyatakan fahaman Pascamodenisme sudah wujud sejak abad ke-18 di
Barat. Namun fahaman ini muncul semula pada abad ke-20 iaitu dalam
tahun 1960-an di mana merupakan suatu reaksi kepada ideologi
Modenisme.
• Pemikiran pascamodenisme telah menyemak semula malah
memperbaharui kembali paradigma pemikiran modenisme dengan
mengkritik idea modenisme yang dilihat gagal untuk memertabatkan nilai
kemanusiaan.
• Anthony Giddens, menjelaskan era modenisme telah menyebabkan
malapetaka besar kepada kehidupan manusia. Menurutnya, antara
kegagalan pemikiran modenisme ialah penggunaan kekerasan sebagai
kaedah dalam menyelesaikan konflik. Erti lain, pihak kuat mendominasi
pihak lemah melalui pelbagai bentuk penindasan.
PERKEMBANGAN IDEOLOGI PASCAMODENISME

• Ideologi pascamoden (pancamodenisme) juga menentang semua


bentuk kenyakinan asas bersumberkan kebenaran mutlak ajaran
agama sama ada berasaskan wahyu atau akal rasional.
• Pascamodenisme sering memfokuskan kepada dilema, membina
keraguan dan kesangsian terhadap kaedah pembuktian saintifik
aliran modenisme.
• Ahmad Sunawari Long (2006) dalam bukunya Sejarah Falsafah
menjelaskan bagi fahaman ideologi pascamoden, tidak wujud konsep
kebenaran yang bersifat universal seperti kebenaran yang dibuktikan
oleh akal fikiran. Sebaliknya kebenaran adalah relatif (tidak
mutlak) dan tiada siapa yang berhak mendakwa apa yang
dipegangnya benar kerana tidak wujud rujukan objektif untuk
pembuktian benar atau palsu.
• Aliran pemikiran ini telah menyerap, mengambil ruang dan mencabar
prinsip asas yang dipegang manusia moden melibatkan keseluruhan
sistem kehidupan manusia.
PERKEMBANGAN IDEOLOGI PASCAMODENISME

Dekonstruktif – mencabar
Tiada kebenaran
teori moden mahupun
mutlak
ajaran agama

Pemikiran tidak Relativisme – kebenaran


CIRI
ditunjangi dogma agama, bersifat relative dan
PEMIKIRAN berasaskan kepada nilai,
adat prinsip moral
PASCAMODEN konteks dan budaya sesuatu
masyrakat

Media massa baharu


sebagai penentu
kebenaran dan kesalahan Pluralisme –
perilaku manusia kepelbagaian perlu
diraikan dan
ditolenrasikan

Aminuddin Ruskam al-Dawami, 2004 dalam kertas kerja berjudul Gagasan Naratif dalam
Pasca Moden.
PERKEMBANGAN IDEOLOGI PASCAMODENISME

TEKNOLOGI
• Penyebaran ideologi pascamodenisme
bergerak pantas melalui pelbagai bentuk dan
media melalui proses globalisasi dan revolusi
industri 4.0 yang menjadikan dunia semakin
kecil

Sumber: Ashish Kelkar, Sociological & Philosophical Understanding: Premodern, Modern & Postmodern Period
IMPLIKASI IDEOLOGI RELATIVISME
PASCA MODENISME TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
IMPLIKASI IDEOLOGI RELATIVISME
PASCA MODENISME TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

Kepercayaan dan Krisis nilai dan etika dalam


amalan agama kehidupan

Liberalisme dalam kepercayaan dan Pembentukan nilai etika berasaskan


agama yang menjadikan semua agama kepada pemikiran hedonisme (pan­dang­an
adalah benar dan sama hidup yang mementingkan kese­ronokan
hidup)

Kemunculan gerakan hak asasi dalam Implikasi


memperjuangkan kelompok minoriti
dan devian (menyimpang daripada
normal)

Memperjuangkan hak asasi yang


melibatkan gender seperti LGBT
dan gerakan feminisme

Kerapuhan sistem kekeluargaan

Mempelopori kehidupan tanpa berkahwin


yang sudah tentu memberi kesan dalam
konteks tanggungjawab dan hak dalam
institusi kekeluargaan
IMPLIKASI IDEOLOGI RELATIVISME
PASCA MODENISME TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

Sistem ekonomi konsumerisme Perubahan struktur sosial


(sistem melindungi hak dan dan masyarakat
kepentingan pengguna)
Implikasi Kehidupan masyarakat yang
Mementingkan keuntungan dengan
menggunakan imej dan simbol serta lebih bercorak individualistik
prestij

Penghasilan produk hiburan yang


tidak mementingkan makna dan
tujuan

Dapat diperhatikan sama ada dalam


bentuk lirik, muzik, mahupun filem
fiksyen dan imaginasi
JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI KEILMUAN
TERHADAP IDEOLOGI RELATIVISME PASCA MODENISME
JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI KEILMUAN
TERHADAP IDEOLOGI RELATIVISME PASCA MODENISME

• Ideologi relativisme ini bersifat bias kepada ideologi


manusia tanpa bergantung kepada ilmu atau kepercayaan
yang bersifat mutlak (absoluth truth)
• Jalan penyelesaian dalam mendepani cabaran relativisme
pascamodenis ialah mengembalikan semula manusia
kepada institusi agama dan tradisi keilmuan yang kukuh.
• Mengimbas semula perbincangan dalam bab 5 dan bab 6,
penerangan jelas dibincangkan berkaitan konsep insan, asal
usul, falsafah dan tujuan kehidupan manusia.
• Kegagalan ideologi modenis dan pascamodenis ialah
kecelaruan dalam membina epistemologi, metafizik dan
sistem nilai dalam memahami makna kebenaran dan
kebahagiaan hidup.
JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI KEILMUAN
TERHADAP IDEOLOGI RELATIVISME PASCA MODENISME

• Ideologi modenis dan pascamodenis menolak peranan


agama dalam menentukan tujuan kehidupan. Mereka
tidak mengakui tujuan kejadian manusia dan menolak
kejadian manusia berasaskan unsur fizik (tanah) dan
unsur tinggi iaitu (roh).
• Jika dibahasakan dari sudut fahaman agama, apakah
kesan Relativisme dari segi penerimaan kefahaman
keagamaan ?
• Contoh agama Islam : Menurut Shahol Aman Ahmad,
menjelaskan ada beberapa kepercayaan yang diterima
oleh orang Islam dan kebenaran tidak boleh diragukan.
Kebenaran itu dianggap mutlak seperti kepercayaan
kepada Tuhan adalah satu kebenaran mutlak yang
tidak boleh diragui.
JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI KEILMUAN
TERHADAP IDEOLOGI RELATIVISME PASCA MODENISME

• Pihak ahli sains juga menolak Relativisme kerana


jika ahli sains menjalankan kajian saintifik dengan
menerima fahaman Relativisme maka mereka
tidak boleh berpegang kepada mana-mana satu
teori.
• Contoh, sekiranya pada masa yang sama mereka
menerima teori A, B dan C yang berbeza antara
satu sama lain, akan menimbulkan suasana huru-
hara (chaotic) dalam sains kerana tidak ada
konsensus (persetujuan bersama) mengenai teori
mana yang harus diguna pakai oleh semua ahli
sains.
• Bagi ahli sains seperti Kuhn menerima bahawa
sesuatu scientific communitty akan hanya
menerima satu teori sahaja yang dianggap tepat
dan betul.
JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI KEILMUAN
TERHADAP IDEOLOGI RELATIVISME PASCA MODENISME

• Contoh dalam bidang Fizik, mereka menerima teori


Einstein dan tidak menerima teori lain seperti Newton dan
lain lagi. Hakikatnya, mereka tidak boleh mengatakan “oh
teori Einstein benar”, tetapi pada sudut lain teori Newton
juga benar.
• Jika begitu kajian sainstifik tidak boleh dijalankan kerana
mereka mengambil sikap (menerima kedua-dua teori
Einstein dan Newton adalah benar)– mesti mempunyai
landasan teori.
• Oleh itu, penyelesaian bagi mendepani cabaran ideologi
pascamodenis iaitu manusia memerlukan kerangka berfikir
yang berasaskan epistemologi, metafizik dan nilai-nilai
agama sama ada dalam aspek ilmu dan amalan. Kebenaran
harus berpandukan sumber wahyu, akal rasional,
pancaindera yang sihat sebagai penyelesaian isu peradaban
manusia.
KESIMPULAN

• Aliran ideologi begitu mempengaruhi kehidupan


seseorang.
• Dalam situasi globalisasi, ideologi pemikiran pasca
relativisme modenis telah menjadi satu ancaman kepada
kesejahteraan peradaban manusia.
• Seolah-olah menjadi pegangan dalam kehidupan serta
menjadi panduan dalam membuat keputusan. Ini akan
mencorak tindakan dalam kehidupan seseorang.
• Oleh itu, ideologi yang dipegang mestilah didasari dengan
justifikasi kukuh dan seiring dengan logik akal dan
berlandaskan kepada fitrah insan yang mengandungi
J.E.R.I (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual) .
• Hanya tradisi keilmuan dan agama yang benar mampu
mengatasi cabaran fahaman tersebut.

Anda mungkin juga menyukai