Anda di halaman 1dari 14

TARJAMAH, TAFSIR

DAN TAKWIL

PM Dr. Ahmad Zulfiqar Shah bin Abdul Hadi


Jabatan Pengajian Islam
Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI
zulfiqar@fsk.upsi.edu.my
Tarjamah
 Terjemah menurut bahasa adalah salinan dari suatu
bahasa ke bahasa lain atau mengganti, menyalin,
memindahkan kalimat dari suatu bahasa ke bahasa
lain.

 Al-Sabuni : memindahkan al-qur’an ke bahasa lain


yang bukan bahasa arab dan mencetak terjemah
dalam beberapa naskah untuk dibaca orang yang
tidak mengerti bahasa arab, sehingga ia dapat
memahami kitab Allah.
 Terbahagi kepada dua bentuk

1. Terjemah Maknawiyyah atau Tafsiriyyah, iaitu terjemah yang


mengungkapkan makna ke dalam bahasa kedua yang
perkataannya tidak terikat dengan kosa kata yang ada dalam
bahasa pertama. Terjemah ini dinamakan terjemah tafsiriyah
karena dalam mengungkapkan makna yang dimaksud hampir
menyerupai tafsir.

2. Terjemah Harfiyyah, Lafdhiyyah, iaitu yang kata perkataannya


sangat terikat dengan kosa kata yang ada dalam bahasa pertama,
sehingga seakan-akan hanya menggantikan makna kata-kata itu
pada urutan dan tempatnya masing-masing secara sama.
TAFSIR
 Perkataan tafsir berasal dari derivasi (isytiqâq) al-fasru
(‫لفسر‬44‫ )ا‬yang berarti ‫كشف‬
( ‫ل‬44‫إلبانة وا‬44‫“ )ا‬menerangkan dan
menyingkap”. Di dalam kamus, kata al-fasru juga bermakna
menerangkan dan menyingkap sesuatu yang tertutup.

 Lafaz dengan makna ini disebutkan di dalam Al-Quran, ‫َو َال‬


ً ‫ ْف ِس‬444‫ل َح ِّق َوَأحْ َس َن َت‬44‫ا‬
‫يرا‬ َ َ‫ َمثَ ٍلِإ َّال ِجْئن‬444‫ْأتُونَ َك ِب‬44‫“ َي‬
ْ 444‫اك ِب‬
Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepada mu
(membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan
kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik tafsirnya.”
(QS Al-Furqan: 33)
 Menurut al-Jurjani, tafsir adalah menjelaskan makna
ayat al-Qur’an ,sama ada dari segi persoalannya,
kisahnya, sebab turunnya, dengan mengemukakan
lafaz yang dapat menunjukkan pada makna secara
terang.

 Menurut al-Zarkasyi, ilmu yang mengkaji pemahaman


Kitabullah yang diturunkan kepada nabi Muhammad
saw, menerangkan makna-maknanya mengeluarkan
hukum-hukum serta ilmu-ilmu yang ada di dalamnya .
TAKWIL

 Ta’wil : Ta’wil berasal dari kata “ Aul “ yang


berarti kembali ke asal. Ta’wil kalam ada dua
keadaan.

 Pertama Ta’wil kalam dengan pengertian suatu


makna yang mutakalim (pembicaraan) dan kedua
mengembalikan perkataannya (kalamnya
dikembalikan).
 Ta’wil bererti:  
Menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada
makna yang lebih layak bagi AllahSwt, ini kerana
zahir makna pada nas al-Mutasyabihat tersebut
mempunyai unsur jelas ada persamaan AllahSwt
dengan sifat makhluk.

Oleh itu, perlu pengta’wilan terhadap ayat-ayat


tersebut bagi mengelak daripada kekeliruan umat
dalam memahami ayat tersebut, iaitu ayat
Mutasyabihat.
 Jenis Ta’wilan ada dua, iaitu:
 Pertama: Ta’wilan Ijmaliyy iaitu; ta’wilan yang
dilakukan secara umum dengan menafikan
makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa
diperincikan maknanya itu, sebagai contoh
perkataan istawa
 Kedua: Ta’wilan Tafsiliyy iaitu ta’wilan yang
menafikan makna zahir nas tersebut kemudian
meletakkan makna yang layak bagi sifat
AllahSwt, seperti istawa bagi AllahSwt itu bererti
Maha Berkuasa, kerana Allah sendiri mensifatkan
dirinya sebagai Maha Berkuasa.
AYAT-AYAT MUTASHABIHAT
1. Firman Allah :

َ ُ‫ون َ‌ربَّهُم ِّمن فَ ْوقِ ِه ْم َويَ ْف َعل‬


َ ‫ون َما يُْؤ َم ُر‬
‫‌ون‬ َ ُ‫يَ َخاف‬
Ertinya : Mereka (para malaikat) takut kepada Tuhan mereka Yang
di atas mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka
mengerjakan apa Yang diperintahkan.(Annahli16:50)
Takwil salaf – Kita tidak mengetahui maksud ‘di atas’ di
dalam ayat tersebut. Kita serahkan maknanya kepada
Allah dan maha suci Allah itu daripada keadaannya
berpihak samada di atas atau di bawah.

Takwil khalaf – Maksud ‘di atas’ itu ialah ‘ketinggian dan


kebesaran’. Maka jadilah maksudnya para malaikat
takut dengan ketinggian dan kebesaran Allah
ii)Firman Allah

‫‌ش ا ْستَ َو ٰى‬


ِ ْ
‫ر‬ ‫ع‬
َ ْ
‫ال‬ ‫‌ح َم ٰـ ُن َعلَى‬
ْ ‫ال َّر‬
Ertinya : Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas
Arasy.(Ta Ha 20:5)

Takwil salaf – Kita tidak mengetahui maksud ‘bersemayam’


tersebut dan kita serahkan maknanya kepada Allah. Akan
tetapi mustahil Allah daripada mengambil tempat dan
mustahil zatNya itu daripada bersentuh dengan ‘Arasy.

Takwil khalaf – Maksud bersemayam itu ialah memerintah


dan menguasai.Maka jadilah makna ayat tersebut Allah itu
memerintah dan menguasai ‘Arasy.
 Firman Allah

ِ ‫ك ُذو ْال َجاَل ِل َواِإْل ْك َر‬


‫‌ام‬ َ ِّ‫َويَ ْبقَ ٰى َوجْ هُ َ‌رب‬
Ertinya : Dan akan kekallah wajah Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran
dan Kemuliaan:(Ar-Rahman 55:27)

 Takwil salaf – Kita tidak mengetahui maksud wajah Allah di


dalam ayat di atas , dan kita serahkan maknanya yang sebenar
kepada Allah , tetapi kita mengiktikadkan mustahil Allah itu
daripada bersamaan dengan makhluk beranggota wajah dan
bersuku - suku.

 Takwil khalaf – Yang dimaksudkan wajah di dalam ayat di


atas ialah zat Allah.Maka jadilah makna ayat tersebut “Dan
kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan”
 Sabda Rasulullah SAW
‫ﻗﻟﺏ ﺍﻟﻣﺅﻣﻦ ﺑﻴﻦ ﺇﺼﺑﻌﻴﻦﻣﻦ ﺃﺼﺎﺑﻊ ﺍﻟﺭﺣﻣﻦ‬

Ertinya : Sesungguhnya hati orang yang beriman itu berada di


antara dua jari daripada jari – jari Tuhan yang bersifat
Rahman.
 Takwil salaf – Kami tidak mengetahui makna ‘jari’ di dalam
hadis di atas.Tetapi mustahil Allah swt itu mempunyai anggota
jari dan bersuku – suku.

 Takwil khalaf – Maksud dua jari tuhan itu ertinya dua sifat
Tuhan iaitu kudrat (kuasa) dan iradat (kehendak).Maksudnya
hati manusia itu sentiasa di dalam taaluk kuasa dan kehendak
Allah.
PEMBAHAGIAN BENTUK
TAKWIL
 Mazhab Khalaf dinamakan sebagai mazhab Isbat wa Takwil
(yakni menerima ayat-ayat mutasyabihat itu dengan mentakwil
(mentafsirkan) maknanya),

 Mazhab Salaf dinamakan mazhab Isbat wa Tafwidh (yakni


menerima ayat-ayat mutasyabihat itu tetapi menyerahkan
maknanya kepada Allah) dan

 Mazhab Ibnu Taimiyah (Salafiyah) dinamakan; Isbat wa Tanzih


(menerima ayat-ayat mutasyabihat tadi dengan makna zahirnya
tetapi dengan mentanzihkan Allah (yakni menyucikanNya) dari
penyerupaan dengan makhluk).
LATIHAN

 Anda dikehendaki untuk mencari tempat khilaf


ayat-ayat mutashabihat yang dinyatakan dalam
kitab tafsir.
 Anda dikehendaki mengeluarkan nas tafsir
berkenaan berserta tafsir dan takwil yang telah
dibuat.
 Buat penilaian dan analisis ringkas di atas
kefahaman anda ke atas nas berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai