Anda di halaman 1dari 8

ANALISIS

SEMANTIK
INSKUITIF
PERIBAHASA
BAHASA MELAYU
A
DAPATAN KAJIAN

* Hasil kajian ini mendapati dengan penggabungjalinan


semantik inkuisitif ke dalam pengajaran peribahasa.

*Dapat mencungkil falsafah dan akal budi


penutur jati di sebalik makna harfiah
peribahasa tersebut dan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran peribahasa
lebih bermakna.

Presentation title 2
PENGENALAN
*Kajian tentang peribahasa dan makna telah banyak dilakukan bagi mengaitkan
keindahan peribahasa dengan kebijaksanaan pemikiran orang Melayu dahulu kala.
*Teori semantik seringkali digunakan oleh pengkaji lepas untuk mengkaji makna
peribahasa dengan beberapa peringkat kupasan yang akhirnya membawa kepada
pemahaman mengenai peribahasa tersebut secara lebih mendalam.
*Semantik dapat dijelaskan sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan
ayat dalam bahasa (Nathesan, 2008). Dalam konteks pemahaman makna bagi peribahasa,
ia merupakan satu aspek yang sangat menarik untuk dikaji oleh penyelidik bahasa.
*Dengan ilmu semantik,makna bukan sahaja dapat dilihat secara tersurat tetapi yang
paling penting ia dapat difahami secara tersirat. Secara khususnya, semantik juga
membawa maksud kajian tentang lambang atau tanda yang menyatakan makna,
hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap
masyarakat (Subet,Nadarajan, Osman, & Hassan, 2015).

Presentation title 3
SOROTAN KAJIAN
*Melalui pembacaan auntentik yang telah dilakukan oleh pengkaji, kebanyakan kajian lepas
yang dilakukan menggunakan kerangka semantik inkuisitif sebagai kaedah menganalisis data
peribahasa dilihat berfokus kepada unsur-unsur yang bertemakan tumbuh-tumbuhan atau
flora seperti tebu, asam kandis, asam gelugor, durian,timun, padi, lalang dan pisang
(Jalaluddin, 2014, 2015; Kasdan,2015; Mansor & Jalaluddin, 2016; Nopiah, Jalaluddin, &
Kasdan,2017, 2018).
*Selain itu, terdapat juga kajian lepas yang menggunakan peribahasa berunsurkan haiwan
ataupun fauna sebagai subjek kajian mereka seperti ikan, ayam, itik, angsa, burung, musang
dan harimau (Kasdan, Jalaluddin, & Ismail, 2016; Daud, 2018a, 2018b; Nopiah,Jalaluddin, &
Kasdan, 2018).
*Melalui sorotan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji, didapati data yang dianalisis
menggunakan kerangka kajian semantik inkuisitif adalah terhad kepada peribahasa yang
berunsurkan flora dan fauna sahaja. Kajian ini cuba menutupi kelompangan kajian semantik
inkuisitif dengan menggunakan peribahasa Melayu yang diguna pakai dalam sukatan mata
pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah sebagai data kajiannya dengan berfokuskan
kepelbagaian fungsi peribahasa berdasarkan tema tertentu yang dilihat lebih dekat dengan
konteks pendidikan seperti tema kekeluargaan dan hal-hal kehidupan.
Presentation title 5
FOKUS KAJIAN
Kajian ini hanya menggunakan tiga daripada lapan tema yang diperoleh
daripada Kamus Peribahasa susunan Rahman (2017), aitu

[1] Tema Keluarga dan Isi Rumah,


[2] Tema Hal-hal Kehidupan
[3] Tema Untung, Nasib dan Sia-sia.

Presentation title 6
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
*Setiap data yang dianalisis disertakan contoh ayat yang diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan buku-buku teks Bahasa Melayu sekolah menengah,Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).Dapatan yang diperoleh daripada data korpus ini dapat membantu
pengkaji untuk melihat penggunaan peribahasa Melayu dalam konteks ayat yang sesuai.
*Selain itu, pengkaji juga menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka
(PRPM-DBP) sebagai sumber rujukan bagi tujuan pengesahan data.
* Seterusnya, analisis data dilakukan dengan menggunakan kerangka semantik inkuisitif dan
RRS.
RUMUSAN
*Hasil daripada analisis yang telah dilakukan mendapati bahawa semantik inkuisitif
merupakan satu pendekatan yang dapat digunakan oleh pengkaji untuk
menganalisis dan memahami makna peribahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa
Melayu sekolah menengah sehingga ke akar umbi.
*Kajian semantik inkuisitif bukan sahaja menganalisis makna peribahahasa secara
harfiah dan kognitif tetapi juga berjaya mencungkil falsafah dan akal budi penutur
jati yang tersirat di sebalik setiap ujaran dan maknanya.

Presentation title 8

Anda mungkin juga menyukai