Anda di halaman 1dari 8

KEPIMPINAN TVET – KECERDASAN EMOSI

ELEMEN-ELEMEN
KECERDASAN EMOSI
KEPIMPINAN TVET – KECERDASAN EMOSI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir slot ini tuan/puan akan dapat:

⮚Membezakan elemen Kecerdasan Emosi untuk pemimpin


TVET iaitu Kesedaran Kendiri, Kawalan Kendiri, Motivasi,
Empati dan Kemahiran Sosial

⮚Mengenal pasti eleman kecerdasan emosi dalam konstruk


Intrapersonal dan Interpersonal untuk pemimpin TVET
KEPIMPINAN TVET – KECERDASAN EMOSI

5 ELEMEN KECERDASAN EMOSI


Motivasi
Kawalan Kendiri
Empati

Kesedaran Kendiri Kemahiran sosial

Kecerdas
an Emosi
KEPIMPINAN TVET – KECERDASAN EMOSI
KESEDARAN DIRI yang perlu diamalkan oleh pemimpin TVET
1. Kesedaran emosi kendiri
(mampu mengenal sebab, perkaitan, pengaruh dan kesannya)
2. Kesedaran ketepatan kendiri
(tahu kekuatan dan kelemahan diri)
3. Keyakinan kendiri
(ada keupayaan kendiri, berketrampilan, berani menyuarakan pandangan dan
membuat keputusan)
4. Penghormatan kendiri
(menghargai keupayaan sendiri, menghargai pencapaian yang dicapai)
5. Kesejahteraan kendiri
(mampu mengekalkan keseimbangan diri, ceria, damai dan menikmati kehidupan
yang bahagia dengan penuh kesyukuran)
KEPIMPINAN TVET – KECERDASAN EMOSI
MENGURUS EMOSI DIRI yang perlu diamalkan oleh pemimpin TVET

1. Kawalan emosi kendiri (mampu mengurus emosi distruktif secara positif)


2. Kebolehubahsuaian (mampu menangani perubahan)
3. Kebolehpercayaan (mampu kekalkan integriti tinggi)
4. Ketekunan (bertanggungjawab pada prestasi)
5. Daya usaha/inovasi (merasa selesa dengan idea dan maklumat baru)
6. Berorientasikan Pencapaian (berusaha menambah piawaian kecemerlangan)
7. Inisiatif (kesediaan bertindak bila ada peluang)
8. Optimis (cekal mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah)
KEPIMPINAN TVET – KECERDASAN EMOSI

MOTIVASI KENDIRI yang perlu diamalkan oleh pemimpin TVET

1. Membangun diri sendiri


(mampu menggunakan emosi diri untuk menggerak dan membimbing diri sendiri
ke arah matlamat yang ingin dicapai)

2. Membangun orang lain


(mampu memperkasa keupayaan individu lain melalui maklum balas dan bimbingan)

3. Kesedaran organisasi
(mampu membaca situasi semasa, politik dan jaringan dalam organisasi)
KEPIMPINAN TVET – KECERDASAN EMOSI

EMPATI yang perlu diamalkan oleh pemimpin TVET

1. Empati
(dapat mengesan perasaan orang lain dan mempunyai keinginan untuk
membantu keperluan perasaan tersebut)

2. Berorientasikan perkhidmatan
(mampu menangani, mengenal pasti dan memenuhi keperluan pelanggan)

3. Melayani Kepelbagaian
(mampu menangani kepelbagaian keperluan mengikut keperluan pelanggan)
KEPIMPINAN TVET – KECERDASAN EMOSI
KEMAHIRAN SOSIAL yang perlu diamalkan oleh pemimpin TVET
1.Kepimpinan Berinspirasi
(mampu membimbing dan memotivasi dengan berpegang pada visi yang sama)
2.Kemahiran Berkomunikasi
(mahir berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan dan menyenangkan semua pihak)
3.Pengaruh
(mampu menggunakan pengaruh untuk memujuk dengan menggunakan pelbagai cara dan taktik)
4. Pemangkin Perubahan
(mampu mempengaruhi orang lain dalam hala tuju yang baru dan bermakna)
5. Pengurusan Konflik
(mampu berunding dan menyelesaikan perselisihan)
6. Membina Hubungan
(mampu menanam dan mengekalkan hubungan melalui ikatan/jaringan perhubungan melalui semangat kekitaan)
7. Kerja Sepasukan
(mampu membina semangat berpasukan melalui kerjasama ke arah nilai dan matlamat yang sama)

Anda mungkin juga menyukai