Anda di halaman 1dari 7

KONSEP KECERDASAN EMOSI

Mayer dan Salovey (1990): Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai kebolehan untuk mengawas diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat itu untuk membantu pemikiran dan tindakannya. Dr. Reuven Bar-On (1997): Kecerdasan emosi merupakan suatu tata susunan personal, emosi, dan kecekapan sosial serta kemahiran yang boleh mempengaruhi untuk berjaya dalam menghadapi tuntutan persekitaran dan tekanan.

Secara kesimpulannya, Seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi baik akan mempunyai kebolehan mengawas dan mengawal diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, mempunyai kebolehan dalam pengurusan emosi iaitu dapat ketenangan jiwa dan menangani stres atau masalah dengan bijak, seterusnya mempunyai kebolehan meningkatkan motivasi diri sendiri, kebolehan mengenal emosi orang lain iaitu mudah merasakan perasaan orang lain di samping mempunyai kebolehan menjalinkan persaudaraan antara manusia iaitu dapat melahirkan kepimpinan yang berkesan.

Tanggungjawab yang diamanahkan mesti dilaksanakan oleh diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Berkeyakinan tinggi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan mempunyai visi kepimpinan diri.

Bersifat penyabar dan penyayang, tidak berdendam, dan baik hati. Menyayangi setiap murid dengan ikhlas tanpa membeza-bezakan status.
Keupayaan dan keyakinan diri memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan seharian. Menjauhkan diri daripada gejala yang boleh merosakkan nama guru.

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Pandai mengatur strategi serta berusaha penambahbaikan kecekapan dan kejituan ilmu serta proses penyebaran ilmu pengetahuan.

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam emosi semasa menghadapi kerenah pelajar .

kebolehan memahami dan mengurus orang lain

mengurus emosi

kemahiran intrapersonal Kemahiran EQ yang perlu dikuasai oleh seorang guru yang baik.

Kemahiran memotivasikan diri

kemahiran interpersonal

Refleksi terhadap tahap kompetensi EQ seseorang guru dan cara menguruskan emosi dalam satu situasi mencabar.
Situasi : Seorang guru disiplin telah menegur muridnya kerana tidak mematuhi peraturan sekolah. Murid itu telah memarahi guru disiplin tersebut dengan kata-kata kasar. Pada situasi yang mencabar ini, guru tersebut haruslah menggunakan kompetensi personal dan juga sosial. Guru tersebut harus menyedar tentang emosi kendirinya dan seterusnya menguruskan diri lalu memotivasikan dirinya. Harus menggunakan kompetensi sosialnya dalam menyelesaikan situasi ini. Guru ketika situasi itu harus bersifat empati dan seterusnya mengurus emosi dan bersabar.

Sekiranya guru tersebut sabar pada ketika itu, dia boleh mengelakkan sebarang pertelingkahan dan perselisihan faham antara muridnya.

Kompetensi EQ yang tinggi penting kepada guru kerana ia menjadikan seseorang guru itu mempunyai ciri - ciri seperti kebolehsuaian, kebolehpercayaan, ketekunan dan kepimpinan berinspirasi.

Anda mungkin juga menyukai